Sejuk pukul 5 pagi makin terasa. Kedinginan pagi yang gelap sangat mendamaikan. Usai solat tahajjud, aku mengambil nota kuliah untuk dibaca. Saat tangan ingin menghayun laju batang pen untuk 'bersilat', tiba-tiba kedengaran suara dari arah kanan telinga. Suara yang ramai. Memecahkan kesunyian di pagi yang dingin. Aku hanya menggelengkan kepala. Sekali lagi suara itu kedengaran. Lepas itu, senyap dan terus sunyi. Kini aku hanya ditemani lagu-lagu sentimental di mp3 hitam berkilatku.
Namun, kadang-kadang suara itu kedengaran lagi. Lagi dan lagi. Gelengan kepala hanya menyusuli teriakan 'goal!!!'.
Apakah yang difikirkan oleh mereka ya? Tengok perlawanan bola. Okey, tak menjadi masalah sebab hukum perbuatan itu hanyalah mubah (harus). Tapi pepagi buta nih, tengok perlawanan bola. Bagi saya, masih hukumnya mubah. Kalau difikirkan dengan akal yang sihat dan rasional, bukankah lebih baik kita menghadap Ilahi di waktu-waktu begitu. Kenapa ya? Sebabnya solat malam atau solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah SWT sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (HR Abu Daud)
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah SAW pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (HR Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah SAW, “Ketika Rasulullah SAW masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah SAW. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah .AW, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Pesanan : perbanyakkanlah solat malam dan kurangkanlah menonton bola.. hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,fuh terasa nih haha ini la sukan yang paling ana minat nonton cuma kalau dah sampai 3 pagi ana batalkan niat nak nonton.
ReplyDeletewslm, biasalah sukan kegemaran kaum adam.. Bukannya tak boleh tonton bola, cuma beringatlah.. :D
ReplyDeleteSekadar menasihati kaum adam termasuklah adik ana..
wallahualam..