Daya Penarik Fesyen Muslimah

Ketika saya di tingkatan 5, saya selalu membaca majalah dara.com. Kawan saya membelinya setiap bulan tanpa gagal. Walaupun harganya boleh dikatakan mampu dimiliki oleh remaja, namun agak mahal bagi saya. Bagi saya, majalah itu adalah rujukan untuk para remaja berfesyen gaya terkini terutamanya remaja yang inginkan gaya sedikit islamik.

Setelah beberapa sesi keluarannya, majalah tersebut mula mencari cover girl. Segala kriteria yang ditetapkan haruslah dipenuhi oleh para peserta. Dan setiap keluaran, akan muncul cover girl yang bertuah. Ketika itu, saya tidak mempunyai ilmu yang boleh menjawab segala pertanyaan saya. Kini, mungkin jawapan saya ini akan ada tentangannya daripada pelbagai pihak terutamanya golongan muslimah. Suka saya nak sampaikan di sini bahawa penerangan inilah yang sepatutnya wanita muslimah ambil serta laksanakan, bukan yang lain.

Jika sebelum ini, ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan ini. Namun, saya tidak akan sesekali berputus asa dengan penolakan itu. Kepada mereka yang tidak bersetuju dan kurang berpuas hati, adalah lebih baik anda membaca sesuatu di sini terlebih dahulu.

Ia merupakan sebuah artikel di mana perdebatan dan serangan sering dilakukan ke atas cara pemakaian wanita Muslimah. Serangan dan perdebatan dilakukan dalam rangka menggagas salah satu idea sekular dari Barat iaitu kebebasan dalam bertingkah laku. Kegagalan anda yang tidak berpuas hati untuk membaca artikel, ini akan menyebabkan anda sentiasa mencari ubat yang akan memparahkan keadaan kesihatan pemahaman anda. Bacalah sampai ke noktah yang terakhir agar penawarnya bisa merawat pemahaman anda seratus peratus, insyaAllah.

Berbalik kepada persoalan yang belum saya nyatakan di sini. Mengapa pakaian wanita gaya islamik adalah sebegini rupanya? Sebegini yang bagaimana adalah seperti di ruangan fesyen majalah tersebut. Sebenarnya, pemakaian seorang Muslimah di Malaysia adalah jauh berbeza dengan pemakaian seorang Muslimah di negara-negara umat Islam yang lain. Ada sesetengah mengatakan bahawa, "itu realiti di sana. Di Malaysia realitinya lain."

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut tentang perkara ini, adalah sangat baik jika anda membaca artikel-artikel di bawah terlebih dahulu. Ingat! Pembacaan tersebut adalah semata-mata untuk menjernihkan pemahaman anda yang sedia ada dan juga untuk anda berfikir sejenak.
  1. Gaya bertudung Dato' Siti Nurhaliza
  2. Pemaksaan ke atas Muslimah untuk Membuka Hijab
  3. Adakah Islam Menindas Wanita?
  4. Pakaian Muslimah
  5. Kewajiban Berjilbab
  6. Aurat Wanita
Setelah anda membaca dan meneliti sendiri tentang perkara ini, apakah pemahaman anda sekarang sudah berubah walaupun sedikit? Atau anda masih tidak berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan ini?

Sedarlah wahai saudariku, busana Muslimah yang diwar-warkan atau dijajakan sekarang ini adalah jauh berbeza dari busana Muslimah yang telah ditetapkan oleh Islam. Muslimah di Malaysia adalah sama sahaja seperti Muslimah di Indonesia, Afghanistan, Britain, India, Amerika, Singapura, Thailand dan negara-negara umat Islam lainnya. Hukum pemakaiannya juga adalah sama, bukan mengikut tempat, realiti atau keadaan geografi sesuatu negara. Yang berbeza di antara para Muslimah adalah ketakwaan mereka.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133: “Dan bersegeralah kepada ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa...”

Maka, apakah yang anda tunggu lagi, wahai saudariku?

Wallahu’alam.

4 comments:

  1. Nik Hasanul AnwarJul 3, 2011, 5:48:00 PM

    Syukran atas ilmu yang dikongsi, tahniah di atas usaha yg dilakukan, moga Allah permudahkan urusan, amin

    ReplyDelete
  2. Afwan ya akhi..

    Hanya Allah sahajalah tempat bergantung harapan..

    Terima kasih.. aminn..

    ReplyDelete
  3. Salam, ukhti, terima kasih di atas perkongsian Ukhti kat sini, wah, nice post. Betul kan, benda baik jangan dilengahkan, takut nanti tak buat, thanks sgt ukhti! :)

    -adindalunia-

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam, ukhti..

    sama2.. insyaAllah.. semoga Allah memudahkan segala urusanmu, ukhti.. :)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat