Entri kali ini bukanlah entri ilmiah. Saya rasa hendak menulis. Tapi tentang apa yang saya rasa. Jadi, janganlah mengharapkan entri ini akan memberikan anda keilmiahan ilmu. Tapi berharaplah agar entri ini ada story to share behind that for the future. Hee.
Well, perkara wajib apabila melayari internet adalah check google mail, facebook, ym, MyK, UM dan Kosmo. Nampak tak saya ni juga seorang yang bersosial sebab ada facebook? Anda tak nampak, it's ok. Sebab saya juga memakai mata empat. Jadi, bermata empat banyak keistimewaannya. Betul tak, sahabat sekalian? ;)
Pesanan daripada penaja sekali lagi: Entri ini hanyalah untuk saya berkongsi. Sila harapkan entri ini akan menghiburkan anda terutamanya kepada teman-teman yang sedang membuat research dan yang sukakan subjek CHC.
Menulis kali ini adalah dalam mood yang ceria. Banyak kali saya matikan hasrat untuk menulis sebegini. Tetapi ketidakbolehan saya melelapkan mata untuk menghilangkan pening, maka inilah hasilnya. Anda sokong?
Saya boleh rasa apa yang teman-teman rasa melalui fb. Sebab fb terlalu terbuka untuk semua orang yang berada di dalam rangkaian kenalan. Hari ini apa yang dirasa oleh mereka adalah luahan yang menggembirakan. Maka, tak salah rasanya saya juga turut bergembira. CHC adalah subjek yang diambil oleh pelajar Farmasi UKM bersama pelajar Perubatan UKM. We're in the team because we're the health care professional to be.
Supervisor dalam kumpulan saya adalah medical specialist in education. Sebenarnya, saya agak beruntung kerana dapat supervisor sepertinya. Sebab ilmunya perlu diambil. Katanya, untuk menjadi health care kena ada skill dan skill itu tak boleh hilang. The skill is encouraging to talk with patient. Apalah gunanya ilmu sampai level yang ke berapa dah tapi keberanian untuk meluahkan ilmu tiada. It is not easy to be a future pharmacist or doctor.
So, the moral of the entry are
- Bergembiralah bekerja dalam kumpulan yang mempunyai ahli dari pelbagai bidang kesihatan terutamnaya farmasi dan perubatan. (Untuk health care lain, koordinator subjek ini mungkin akan menambah keahlian baru seperti pelajar nursing. Bergembiralah dengan berita ini, hee)
- Apabila melawat pesakit di rumahnya, layanlah dengan mesra tetapi profesional. Keprihatinan anda terhadap mereka adalah kunci kekuatan anda di masa akan datang. Wish you all the best.
- Pendekatan Menyeluruh (Holistic Approach) adalah cara terbaik untuk pelajar farmasi dan perubatan belajar apa yang terbaik untuk pesakit, ahli keluarganya dan juga komuniti sekitarnya terhadap penyakit yang dihidapinya.
- Khusus kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi kencing manis dan darah tinggi. Suruhlah ahli keluarga anda memakan ubat mengikut arahan doktor. Ini adalah penting untuk mengelakkan komplikasi di kemudian hari. Komplikasi yang paling vital is getting stroke. So, you decide!
- To my abah, makan ubat ikut waktu ye. Jangan terlepas waktu makannya. Pemakanan juga harus dikawal. Kerana pengambilan ubat semata-mata tidak membantu mengawal kolesterol dalam darah. Please eat healthy and balance diet. ;)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)