Kata Ibu, "Anak-anak Perlu Dididik!"


Gambar Hiasan.

Bagi para ibu yang masih memiliki anak kecil, pastinya melihat keletah mereka sudah cukup menenangkan perasaan. Bagi para ibu yang sudah memiliki anak remaja, cabaran pasti lebih mencabar. Dan bagi para ibu yang mempunyai anak dewasa, sudah pasti boleh menarik nafas lega. Namun pernahkah kita sebagai anak terfikir sejauh manakah perihnya mereka ingin melihat kita di usia begini?

2 minggu yang lalu, saya dalam proses mencari 'bahan-bahan bukti' untuk disajikan kepada para ibu. Saya juga sempat melayari ke blog-blog ibu-ibu muda dengan keletah anak mereka yang baru setahun jagung. Memang comel. Atas sebab-sebab tertentu, 'bahan-bahan bukti' itu terpaksa saya simpan untuk tatapan saya sendiri. Apa yang penting, dalam proses pencarian itu saya telah mendalami sesuatu untuk saya praktikkan kelak, insyaAllah dan anda juga boleh praktikkan.

Saya amat berterima kasih kepada ibu-ibu yang sudi berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak mereka. Dari ibu yang memiliki anak kecil sehinggalah ibu yang telah memiliki anak seusia saya. Macam mudah, bukan? Saya mungkin tidak tahu bagaimanakah rasanya mendidik anak kerana status saya yang masih begini tapi menyampaikan agar generasi kelak mendapat pendidikan yang sempurna menjadi tanggungjawab saya sebagai saudara Islam.

Ramai ibu mengatakan mendidik anak di era globalisasi ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Iya, saya akui akan kebenaran kata-kata mereka. Lebih-lebih lagi kepada ibu yang bukan sahaja ingin melihat anaknya cemerlang dalam akademik bahkan memiliki akhlak yang baik, taat dan soleh. Untuk mendidik anak agar menjadi soleh, para ibu tidak boleh sepenuhnya menyerahkan kepada sekolah. Tapi peranan aktif orang tua juga amat diperlukan dalam masalah ini. Orang tua perlu menjadi contoh yang baik bagi anaknya. Maka bagaimana caranya menjadi orang tua yang bijak dan arif untuk menjadikan anak-anaknya taat pada syariah?

Buat para ibu yang masih memiliki anak-anak kecil yang mumaiyyiz, saya ambil sedikit pengalaman sahabat saya. Katanya, kita perlu tanamkan kepada anak-anak tentang konsep dosa-pahala dan syurga-neraka. Setiap apa yang anak-anak nak buat atau dah terbuat, kita perlu beritahu anak-anak bahawa setiap perbuatan mempunyai kaitan dengan balasan di akhirat nanti. Contohnya, apabila ibu suruh solat atau mengaji, ibu-ibu boleh kata kepada anak-anak, 'siapa nak masuk syurga??? jom solat." kalau sesama anak-anak bergaduh ke, para ibu perlu menerangkan bahawa di dalam Islam hubungan adik-beradik tu macam mana dengan menceritakan contoh-contoh sirah.

Kata umi saya pula, kanak-kanak ini pada awal-awal usia mumayyiznya memang akan menipu. Kerana saya juga telah melalui detik itu. Pengalaman daripada sahabat saya tadi, kalau anak-anak ada unsur-unsur nak menipu, para ibu boleh khabarkan tentang ancaman di akhirat akibat menipu.

Bab akidah pula, para ibu boleh tunjukkan benda-benda atau perkara-perkara yang boleh diindera seperti tanya anak-anak, "siapa yang jadikan gunung atau laut vs siapa jadikan basikal atau kereta atau mainan. Para ibu pelu cuba kaitkn setiap yang ada di bumi ni ada penciptanya. Untuk menjelaskan lagi tentang ciptaan, ibu-ibu juga boleh tunjukkan kepada anak-anak patung besar dewa di Batu Caves dan tokong cina siapa yang telah jadikan benda itu dan boleh ke benda tu jadikan manusia atau langit dan sebagainya.

Tapi katanya, bukan mudah nak mendidik atau mengasuh anak sebab keadaan di luar amat bertentangan dengan apa yang diajar oleh si ibu. Anak-anak boleh terkeliru bila si ibu menceritakan tentang aurat wanita, menundukkan pandangan dan sebagainya.

Untuk pembacaan lanjut, anda boleh layari web ini, dan Cara Mudah Mendidik Anak Mencintai Islam atau mana-mana sumber rujukan yang boleh anda dapatkan.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh dilakukan oleh para ibu khususnya dalam mendidik anaknya agar menjadi anak yang soleh, taat syariah dan sekaligus mencintai Islam.

1) Perlu tumbuhkan kecintaan pertama dan utama kepada Allah.
2) Ajak anak-anak mengidolakan peribadi Rasulullah.
3) Ajak anak-anak terbiasa menghafal, membaca, dan memahami al-Quran.
4) Tanamkan kebiasaan beramal untuk meraih syurga dan kasih sayang Allah.
5) Sesekali, berilah penghargaan dan hukuman demi mendidik untuk amal baik dan amal buruknya.
6) Yang terpenting, ibu bapa perlu menjadi teladan dalam beribadah dan beramal salih.
7) Ajarkan secara bertahap hukum-hukum syariah sebelum usia anak baligh.
8) Perbanyakkan rumah, surau, dan masjid di lingkungan anda dengan kajian Islam, di mana para ibu dan anak-anak berperanan aktif.
9) Ajarkan anak bertanggungjawab terhadap kewajiban-kewajiban untuk dirinya, keluarganya, lingkungannya, dan dakwah Islam. [Sumber tips: Al Waie edisi 64]

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat