Zaman Kanak2 Riang ala Kanak2 Ribena B-)

Bila saya melihat tumbesaran adik-adik saya, teringat saya ketika seusia mereka. Kira-kira 13-16 tahun yang lalu. Saya andaikan entri ini ada sedikit kaitan dengan entri ini. Kalau saya imbas masa kanak-kanak saya, saya rasa gembira dan sihat selalu. Adik-adik saya tak merasai semua itu.

Setiap kanak-kanak secara fitrahnya memang inginkan keseronokan dan bersahabat seperti kanak-kanak lain. Waktu saya berumur 6 tahun, setiap petang mesti main pondok-pondok atau main masak-masak. Alatan yang digunakan adalah tempurung kepala, ranting-ranting kayu untuk pengacau, batu-batu sebagai penumbuk dan daun-daun pokok sebagai pinggan. Kalau nak masak, guna daun-daun atau bunga-bunga. Seronok sangat masa tuh. Ibu bapa tak perlu risau di mana saya bermain.

Tapi sekarang.. Alatan untuk memasak memang dah ada kat kedai. Ibu bapa tinggal beli je. Semuanya diperbuat dari plastik. Mangkuk, kuali, cawan, pinggang, sudu, garfu even makanannya pun. Manalah best sebab semuanya keras semacam. Hee. Tak macam zaman saya waktu kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang nak main masak-masak pun main dalam rumah je. Saya dulu main tepi longkanglah, bawah pokoklah, siap bentang tikar barulah ada open air. Fresh je rasa. Sekarang ada air-cond, so anak-anak main dalam kotak rumah je. Huhuhu.

Selain main masak-masak, saya juga main hide and seek. Saya bukan main kat sekitar rumah je tapi satu taman. Siap sembunyi belakang semak sampai muka saya calar balar. Saya ingat lagi waktu itu di padang ragut lembu. Ada semak dekat dengan tepi jalan. Ketika kawan-kawan saya jumpa saya, muka saya terkena daun yang berduri. Sampai sekaranglah parut tuh ada. Hehehe. Dulu, saya bukanlah jenis kanak-kanak sekarang yang hanya main barbie doll. Saya tak main semua tuh. Saya nih lebih kepada outdoor activities. Betapa saya nih seorang yang nakal, sampai sayalah yang paling gelap di antara adik beradik sebab setiap petang mesti main kat luar rumah.

Sekarang.. Main hide and seek semuanya dalam rumah je. Dah la rumah hanya semata-mata rumah. Takde ruang langsung kat sekitar rumah nih. So, sembunyi dalam bilik, takpun kat dapur, atau belakang mesin basuh, ataupun belakang kenderaan. Kan tak best macam tuh. Tak friendly dengan nature. Terlebih friendly dengan batu bata dan juga besi-besi kenderaan. Hikhikhik.

Permainan dulu-dulu juga memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Anda pernah main tak baling selipar atau polis entry one two jaga atau galah panjang? Itulah kegemaran saya masa kecik-kecik dulu. Kenapa saya cakap memberikan kesihatan kepada tubuh badan? Sebabnya kita kena kejar-kejar, lari-lari. Sekarang nak main macam tuh takde ruang. Kalau nak main kat playground pun kebanyakan kawasan di conquer oleh pemain-pemain 'bola sepak dunia'. So, main buaian jelah atau jongkat jongkit.

Apa yang saya nak highlight di sini, ibu bapa tak pernah risau saya main di mana dan dengan siapa. Cuma saya kena balik rumah sebelum pukul 7 malam. Pernah suatu hari tuh saya balik terlewat beberapa minit. My daddy tak bagi saya and my sis masuk rumah. Siap kena rotan lagi. Pukul 8 barulah mummy bagi masuk, itupun setelah kering air mata menangis. Hee. Tapi sekarang, ibu bapa mesti tanya anak-anak keluar dengan siapa, main dekat mana. Sebab risau. My daddy dengan mummy tak marah sangat kat adik lelaki saya kalau balik lambat. Nak kena rotan? Kirim salam jelah.

Zaman kanak-kanak saya dulu tak sama dengan zaman kanak-kanak adik-adik saya. Situasi berubah, tahun berubah, zaman juga berubah. Kerisauan ibu bapa untuk mengizinkan anak-anak bermain di luar amat ketara dewasa ini. Mana tidaknya, kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa. Ini membuktikan bahawa negara ini sudah tidak seperti dulu lagi. Sudah tidak aman. Walaupun bilangan polis semakin bertambah, tapi jenayah juga semakin bertambah dan semakin dahsyat. Jadi di mana silapnya bila keamanan negara tidak terjamin dengan ramainya bilangan polis?

p/s: akan bersambung..

6 comments:

  1. teringat ketika sy zmn sekolah dulu2..

    mmg seronok menjd knk2..

    ReplyDelete
  2. Saya juga mempunyai pengamalan di zaman kanak-kanak. Semasa duduk di taman perumahan, lorong saya paling famous untuk di'diami' kerna di lorang saya mempunyai paling ramai kanak-kanak yang seusia dan tidak seusia (selisih 2,3 tahun lebih muda dan tua). Di situ lorong kami jadi padang jarak padang studium. kami mengunakan ruang yang ada sehabis mungkin dengan bermain; galah panjang, layang-layang, roundes, bolah sepak, baling selipar, polis entru 0ne to jaga baik berkaki mahu pun berbasikal, guli, semunyik ibu,ram-ram ret, gasing, pondok2.. Untuk pengetahuan wanita mustanir, padang permainan telah pun ada disediakan..Padang itu disebelah lorongkan..Pape pun, zaman kanak-kanak era kelahiran 80an is the best..tak mengalami stress, gangguan, ancaman dan sebagainya...

    Pasal game zaman budak2 skrg neh..yg games dorg indoor je n tak leh keluar kan peluh..abg sy ada game indoor tapi fizikali kita bermain sprti di luar..lencun basah baju dbuatnya..name game tuh, ape ek???bukan PSP, PS 2, PS 3...tapi adalah Wii Nitendo..

    Sekadar bercerita, sebab teringat kisah lama..lagi satu, saya pernah main permainan kawin-kawin..hahahaha..:))

    ps: nak tanya kena ia dipanggil kanak-kanak ribena??..hee..:p

    ReplyDelete
  3. best kan zaman kanak-kanak.. =)

    Sekarang kanak2 lebih suka indoor activities like PSP and computer game. Lagi satu, parents pun takde lah risau mana..

    Banyaknye panglima kungfu main dulu2.. saya banyak gak, tapi dah lupa namanya..

    kenapa dipanggil kanak-kanak ribena sebab saje nak ikut style kanak-kanak yg suka minum Ribena like dlm iklan TV.. :D

    ReplyDelete
  4. dulu maen tembak2 pkai buluh kecik ngan buah apebendenama ntah.. lupa.. skrg x dah.. skrg maen counter strike jerk..
    =P

    ReplyDelete
  5. buah apebendanama ntah is buah saga kan? ke buah lain ek? hee

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat