Aduan Adik dan Luahan Umi adalah Masalah ku Jugak..

Semalam dan kelmarin, 2 malam berbeza tapi isinya sama. Aduan uda dan luahan umi, penyelesaiannya sama. Di awal-awal semester begini, pasti isu yuran pengajian timbul kembali. Sebagai kakak dan anak, saya juga merasai apa yang mereka rasa. Saya juga pelajar.

Ketika adik mendapat tawaran belajar dulu, dalam surat tawaran dinyatakan bahawa yuran yang ribuan harganya adalah untuk setahun pengajian. Setelah masuk semester kedua, barulah tahu hakikat sebenar bahawa yuran beribu itu adalah untuk satu semester sahaja. Mana nak dicekau duit sebanyak itu? PTPTN? Ini bukan masalah adik saya seorang, tapi beribu-ribu lagi menjadi masalah pelajar-pelajar di dalam sistem pendidikan Kapitalis.

Tapi alhamdulillah, kawan-kawan adik cakap adik nih keluarganya kaya sebab semuanya sponsored by PaMa. Alhamdulillah, amin.. InsyaAllah.. Permasalahannya, ramai yang mengambil jalan mudah dan kalau mengambil jalam susah, risikonya tetap ada. Lantas, untuk menimba ilmu sentiasa menjadi dilema yang tidak berpenghujung. Membuat pinjaman tidak salah, tapi meminjam dengan PTPTN masalahnya sangat besar. Kita akan terlibat dengan dosa riba. Jadi bagaimana nak belajar? Hendak belajar memerlukan duit. No money, no education. Yes, it is right in Capitalism. 

Sebenarnya, pembiayaan untuk belajar nih tanggungjawab siapa ye? Ibu bapa ke? Betul, ibu bapa yang bertanggungjawab. Dalam keadaan sekarang, ibu bapa yang bertanggungjawab seperti kedua ibu bapa saya. Tapi kalau ibu bapa yang tak mampu, adakah anak-anak yang sepatutnya belajar, tidak dihantar belajar? Kesian tak? Ada sesiapa kisah kalau ada anak-anak yang terbiar tidak mendapat pendidikan? Nobody cares. Nobody. 

Masalah kewangan untuk biaya pendidikan semakin membengkak apabila anak-anak memasuki institusi pengajian tinggi. Yuran-yurannya maha ribuan ringgit. Lain kursus, berbeza bayaran. Lain kursus, berbeza tajaan. Lain kursus, lain syarat-syaratnya. Kesian adik saya. Nak mohon untuk tajaan pengajiannya, kursusnya tidak dipilih kerana belum ada batch yang bergraduasi. Maka, masalah kewangan menjadi masalah yang perlu saya fikirkan juga. InsyaAllah, adik saya yang lagi satu juga akan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya bulan Julai ini. Masalah biaya pendidikan juga akan timbul. Jadi, siapakah yang mahu bertanggungjawab?

4 comments:

  1. Salam. Yup.. btol tu ukhti.. dgn sstem kufur skrg ni, student dibeban dgn yrn2 pngajian yg tnggi. bg yg dpt tajaan tu alhamdulillah. tp bg yg x dpt tajaan,dh trduduk.. then depa duk pinjam PTPTN. katenye blh.. sbb sme mcm konsep ujrah ataupun ijarah. haish... byk helah org2 yg nk kaut keuntungan smata-mata ni. snggup mghalalkn ap yg haram. yg pntg maslahat. thats is capitalism!!! Ummat pun ikut menonong jek tanpa priksa atas dalil2 yg qathi'e.. Yg pntg dh disahkan lulus oleh pihak jbatan agama dn para ustaz/ustazah pn membenarkan.. Sampai ade yg kate ni mrupakan brita gembira bg student sbb PTPTN dh trunkan "caj perkhidmatan"..
    BTW.. smue ipt akn naik bln septmber kan.. cuti sakanlah stuednt2 nnti..ckup pose sbulan kat rumah..

    ReplyDelete
  2. Salam. I'm sorry for the trouble you and your family are facing right now. It's a problem for muslims esp to find ways to live out of riba in this world nowadays. Even banking in UK ni pun, walau bank2 dah tawarkan Islamic banking, tapi akan tetap ada satu lagi akaun yang memberikan interest, jadi perlu lebih berhati2 dalam transaction.

    Apapun, I want to draw your attention to the 'PTPTN sekarang berkonsepkan ujrah' issue as discussed by Ustaz Zaharuddin. Kerana kita ni duduk dinegara Malaysia dan dah keluar fatwa majlis Ulama' Malaysia berkaitan isu ptptn - ujrah ini, jadi seperti kata Ustaz Zaharuddin, insyaAllah kita terlepas daripada menanggung beban dosa riba' itu sendiri. Kerana buat masa ini tak ada pilihan lain yang lebih baik dan lebih mudah.

    InsyaAllah u can read on the issue here: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

    Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. ;)

    ReplyDelete
  3. @Seri Kandi Islam,

    samada caj perkhidmatan diturunkan atau tak diturunkan, caj tuh tetap ada..Sepatutnya, kalau pinjam 1K, bayar balik 1K lah jugak..

    Apa yg pasti, apa sahaja yg melibatkan duit atau manfaat, kita akan digesa untuk melaksanakannya spt membayar zakat.. Namun, sayang seribu kali syg yg selayaknya terima wang zakat, tidak diberi pun.. inilah realiti tiadanya penerapan sistem Islam yang kaffah..

    ReplyDelete
  4. @Reverie Malaya,

    thanks rev atas perkongsian awak.. ;)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat