Rupanya apa yang saya pernah lakukan bertahun-tahun yang lalu, juga tahun ini adalah salah. Malah, ia HARAM di sisi Islam. Saya gembira melihat bunga api di tahun baru walaupun saya hanya melihatnya di balkoni rumah. Kegembiraan saya itu bermakna saya redha dan suka akan kehadiran tahun baru. Sebab apa saya gembira? SEBAB saya tidak pernah tahu akan hal di sebalik 1 JANUARI setiap tahun. Saya pasti anda juga tidak tahu. Maka, entri ini akan memberitahu anda mengapa kita tak boleh menyambut, meraikan malah untuk suka juga tidak boleh.
Dalam buku World Book Encyclopedia yang diterbitkan pada tahun 1984 menyebutkan bahawa pemimpin bangsa Rom, Julius Caesar menetapkan tanggal 1 Januari sebagai tahun baru. Bangsa Rom mendedikasikan hari ini untuk Dewa Janus yang merupakan penjaga gerbang pintu dan simbol dari sebuah awal. Nama Januari diambil dari namanya, Janus, di mana dewa ini memiliki dua wajah yang melihat ke depan dan ke belakang.
Tanggal 1 Januari tahun 45 Sebelum Masehi (SM), untuk pertama kalinya dalam sejarah dirayakan sebagai hari tahun baru. Tak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Rom, dia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ke-7 SM. Dalam menreka kalender baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, ahli astronomi dari Aleksandria, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang-orang Mesir.
Satu tahun dalam penanggalan baru itu dikira sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teoritis boleh menghindari penyimpangan dalam kalender baru ini. Tak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau Julai. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, iaitu Kaisar Agustinus, menjadi bulan Ogos.
Okeyh, kita berbalik kepada sejarah 1 JANUARI. 1 Januari seperti yang dimaklumkan di atas merupakan hari yang didedikasikan buat Dewa Janus. Siapa Dewa Janus nih?
Dalam mitologi Romawi Kuno, Dewa Janus dikenal sebagai seorang dewa berwajah dua. Satu menghadap ke depan dan satunya ke belakang. Ia bermaksud pintu, gerbang, lorong masuk dan dihormati sebagai dewa penguasa Pintu dan dewa pelindung segala karya.
Itulah mengapa bulan pertama setiap tahun dinamakan dengan bulan Januari, Januarius mensis (latin, bulan Januari) Dan bulan ini boleh dikatakan berwajah dua. Wajah yang satu menghadap ke tahun sebelumnya dan lainnya ke tahun hadapan. Namun orang Romawi Kuno memohon restu Dewa Janus tidak hanya pada bulan Januari (khususnya tanggal 1), tetapi setiap hari (yang merupakan hari baru) bahkan tiap kali mereka akan memulai kegiatan penting.
Ringkasnya,
1.Dewa Janus sendiri adalah dewa sembahan kaum Pagan Romawi.
2. Kaum Pagan, atau dalam bahasa kita disebut kaum kafir penyembah berhala.
3. Sejarah budaya Pagan (penyembahan berhala) wujud semenjak zaman Hermaic (3600 SM) di Yunani, dan dikawal oleh sebuah persaudaraan rahsia yang disebut sebagai Freemasons. Freemasons sendiri adalah kaum yang memiliki misi untuk melenyapkan ajaran para Nabi dari dunia ini.
Bulan Januari (bulannya Janus) juga ditetapkan setelah Disember. Ini kerana Disember adalah pusat Winter Soltice, iaitu hari-hari di mana kaum pagan penyembah Matahari merayakan ritual mereka semasa musim dingin. Pertengahan Winter Soltice yang jatuh pada 25 Disember, dan inilah salah satu dari sekian banyak pengaruh Pagan pada budaya Kristian selain penggunaan lambang salib. Tanggal 1 Januari sendiri adalah seminggu setelah pertengahan Winter Soltice, yang juga termasuk dalam bahagian ritual dan perayaan Winter Soltice dalam Paganisme.
Kaum Pagan sendiri biasa merayakan tahun baru mereka (atau Hari Janus) dengan mengelilingi unggun api, menyalakan lilin dan menyanyi bersama. Inilah yg sedang diikuti oleh Umat Muhammad hari ini!!!
Bukankah mengelilingi unggun api sama juga dengan melihat bunga api? Bukankah menyanyi bersama adalah gembira dan sama juga dengan gembiranya kita menyambut tahun baru? Bukankah situasi ini adalah SAMA?? Jadinya, berazam baru boleh ke tak ye?
emm.. kena perhalusi balik artikel ukhti ni..
ReplyDeletesebab:
1. adakah kita gembira melihat bunga api atau gembira dgn majlis tu??? kita kan ada ghorizatul baqo'. so, x hairanlah klu kita suka benda2 mcm ni
2. memetik tulisan kak ha (fatimah syarha) di dalam akaun facebook beliau:
"Boleh rujuk buku Yusuf al-Qaradhawi bertajuk Fiqhu Siyam. Ada dihurai tentang tahun masihi dan tahun qamari. Tahun masihi mengikut peredaran matahari. Tahun qamari mengikut peredaran bulan. Matahari dan bulan kedua-duanya ciptaan Allah SWT.... Kedua-dua tahun ini daripada Allah SWT. Al-Quran sendiri mengiktirafnya sebagai suatu hisab.
Kita menghormati bulan masihi dan juga bulan qamari. Cuma kita sebagai Muslim lebih mengutamakan bulan Qamari kerana di dalam bulan ini ada kemuliaan bulan Ramadhan yang disebut dalam al-Quran, juga ada bulan2 lain yang sering dimuliakan dalam kalam Rasul.
Azam dan niat….kedua-duanya dianjurkan dalam Islam. Azam bersifat umum, niat pula lebih spesifik. Sama tapi tak serupa. Apabila Rasulullah mengatakan sebaik-baik tentera ialah yang menawan Konstantinople, tentera Islam pada setiap zaman hinggalah tiba zaman Al-Fatih ‘berazam’ menakhluknya. Azam itu mereka ‘niat’kan kerana Allah SWT.
Meriah...meriah mereka dengan luaran. meriah kita dari dalam jiwa.Jiwa yang bermuhasabah, bertaubat, berazam, berniat dan memberi tenaga kepada anggota untuk menjadi lebih baik.
wallahu'alam."
so, ada apa2 komen???
Mestilah ada..
ReplyDelete1) ana gembira sebab melihat bunga api di tahun baru.. ada ke dapat tgk bunga api bukan di tahun baru skrgn nih? So, di situ ana telah melahirkan rasa gembira dengan datangnya tahun baru.
2) untuk merujuk buku Yusuf al-Qaradhawi bertajuk Fiqhu Siyam, adakah bukunya itu mmg menjelaskan hukum tentang tahun masihi dan tahun qamari? dan bolehkah bagi dalil ttg tahun Masehi? sebab ini ana kurang pasti.
3) ok, mungkin ayat ana tuh kurang diperincikan.. Maksud ana, berazam baru di tahun baru.. kalau dalam konteks ini, ana merasakan apa perlunya berazam baru pada tahun baru sedangkan setiap masa kita perlukan azam baru.. Tak perlu nak tunggu tahun baru..
Wallahualam..
1. ada je tempat2 lain nak tgk bunga api. cumanya, bunga api tu byk ada masa pesta tahun baru. ana sendiri suka tgk bunga api. tp ana x plak suka kat tahun baru. kena asingkan suka pada bunga api dgn suka pada tahun baru. perkara yg amat berbeza
ReplyDelete2. ana x baca buku tu. cuma memetik daripada tulisan kak ha je. mgkn x tulis pasal tahun masihi, tp tahun matahari. krn tahun matahari dan tahun bulan adalah ciptaan Allah SWT
Maksud Cik bukan berkenaan bunga api tapi sambutan tahaun baru..mungkin salah faham dsitu...:)
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi...
ziarah rakan yang saya follow :)