Ringkas dan Padat..

Saya rasa semakin tak rajin nak menulis di blog. Huhuhu. Bila rasa nak menulis, saya memerlukan masa minimum sejam. Jadinya, saya amat bercinta sekarang nih nak menulis. Nak bercerita tentang aktiviti harian, itu bukan tujuan belog WM ini dibina. Nak bercerita tentang isu semasa, iya mungkin. Tapi itulah memerlukan masa, tenaga dan fikiran yang tenang.

Tambahan pula, kurang 2 minggu lagi nak midterm exam. Semakin sibuklah saya walaupun saya tak sesibuk mana. Hee. Bila nak dekat exam, maknanya hari presentation semakin dekat. Tak kiralah presentation duniawi atau ukhrawi. Dua-dua penting. Banyak artikel jurnal yang perlu dicari, dibaca dan difahami. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang perlu dilancarkan di lidah.

Masalah kelembapan internet juga menjadi punca kurang rajin. Sejak seminggu yang lalu, streamyx di rumah seakan-akan merajuk dengan semua peng'online' dan blogger tegar termasuklah saya. Masakan tidak, bila nak online je, no internet access. Maka bband yang tak berapa laju jugak yang boleh menolong.

Tapi lain pula kalau di kolej, bband yang tak berapa laju nih, terus berhenti mengakses. Terus tak boleh online. Huhuhu. Sedeyh. Kalau nak online, ada masa-masanya. Antaranya, seawal jam 4 pagi hingga 8 pagi, Jam 10 pagi hingga 12 tengahari.. Petang pula ikut mood bband. Kalau hujan, lambatlah. Kalau malam, lagilah tak dapat nak online. Tunggulah jam 4 pagi keesokannya.

Kesimpulannya, keadaan yang tak berapa rajin terus jadi tak ada perasaan nak update. Ehemm... Kalau teman-teman yang membaca nih sedar, ini adalah entri terbaru. Hee.

Kepada teman-teman UKM yang akan menduduki midterm exam dan mungkin para blogger juga, selamat menjawab. Semoga berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Doakan saya juga ya.. Terima kasih, teman-teman..

2 comments:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat