[Gambar] Aktiviti berB.A.S.I.K.A.L. menyihatkan badan

Apakah aktiviti fizikal yang anda suka lakukan?
Duduk sebentar apabila tiba di rumah nenda.
Rata-rata blogger sekarang nih suka aktiviti tarian jari jemari kan? Apa tuh? Apa lagi kalau bukan berblogging. Tetapi saya lebih suka berbasikal. Kalau diikutkan pengalaman dulu-dulu, basikal adalah kenderaan saya. Ke mana sahaja saya pergi mesti dengan basikal. Basikal juga menjadi kebanggaan buat saya, adik-beradik dan teman-teman.

Seingat saya, saya menaiki basikal seawal usia 5-6 tahun. Boleh dikatakan lewat jugalah sebab anak saudara saya seusia setahun lebih sudah menaiki basikal walaupun ia adalah basikal roda tiga. Rasanya bukan semua orang suka naik basikal apatah lagi untuk dijadikan aktiviti kegemaran.

Saya memiliki basikal sendiri tanpa berkongsi dengan adik-adik pada tahun 2000-2001 macam tuh. Masa tuh saya masih bersekolah rendah. Apa perasan anda kalau anda mempunyai hak milik sesuatu barang? Mestilah suka kan. Jadi, pergi ke mana-mana mesti dengan basikal. Ke sekolah dengan basikal. Ke kedai belakang rumah dengan basikal. Ke pekan yang jauh dengan basikal. Pendek kata, dengan basikallah.

Ilham suka naik basikal.
Ada juga kebaikan naik basikal ini. Bagi sesiapa yang nak slim dan maintain selalu, kenalah naik basikal jalan-jalan pusing taman permainan setiap petang kalau tak hujan. Lagi seronok, kalau ada adik kecil naik basikal roda tiga ikut sekali. Hekhehek. Nampak sangat comel kan.

Owh ya. Untuk penggemar basikal pasti tahu yang basikal macam ada 2 jantina. Bagi saya, basikal ada jantinanya, lelaki dan perempuan. Basikal jenis lelaki, palang dekat dengan tempat duduk tinggi manakala untuk jenis perempuan, palangnya rendah. Rendah untuk memudahkan kaum hawa yang berpakaian baju kurung atau jubah naik supaya kainnya tidak terselak. Kiranya menjaga kesopan santunan kaum hawalah. Selebihnya, saya kongsikan gambar-gambar Ilham dengan basikal.



Jadi, anda suka berbasikal?

Wajib Ikhlas. Betul ke?

Assalamualaikum semua,

Pastinya sembang-sembang dengan si ayah akan membawa kesimpulan yang bermakna. Apa? Pengajaran dan pembelajaran. Kata orang PNP. Kita diajar dan kita juga kena mengajar atau menyampaikan apa yang telah kita perolehi kan.

Untuk semalam pagi, pemanduan saya tertumpu di jalan raya tapi pendengaran saya menangkap setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut si ayah. Perbincangan ringan akhirnya memberikan saya ruang untuk bertanya. Soalan mudah sahaja,  

"ikhlas itu wajib?"

"aah, WAJIB. kalau tak ikhlas, berdosa." 

"angah ingat sunat je. sebab ingatkan tak buat tak dapat pape, buat dapat pahala. rupanya tak buat dapat dosa eh." 

Akur dengan penerangan si ayah. Suasana sesekali sepi namun kereta yang dipandu tetap lancar menelusuri lebuh raya. Ikhlas hukumnya wajib. Dalilnya banyak sama ada dari al-Kitab mahupun as-Sunah. Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. (TQS. az-Zumar [39]: 2)
 
Katakanlah, “Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku”. (TQS. az-Zumar [39]: 14)

Ayat-ayat di atas merupakan seruan kepada Rasulullah SAW., hanya sahaja sudah dimaklumi bahawa seruan kepada Rasulullah SAW. adalah juga seruan kepada umatnya. Adapun dalil wajibnya ikhlas dari as-Sunah adalah :

Hadis dari Ubay bin Ka’ab RA. riwayat Ahmad, ia berkata dalam al-Mukhtarah, isnadnya hasan; Rasulullah SAW. bersabda:

"Berikanlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemegahan, keluhuran, pertolongan, dan keteguhan di muka bumi. Siapa sahaja dari umat ini yang melaksanakan amal akhirat untuk dunianya, maka kelak di akhirat ia tidak akan mendapatkan bahagian apa pun."

Manakala hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hâkim, ia berkata hadis ini shahih memenuhi syarat al-Bukhâri Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

"Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT. sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah."

Kalau nak tahu keterangan lanjut, boleh je baca kat sini, Pilar-pilar Pengokoh Nafsiyah Islamiyah. Nak download terus pun boleh, sebab ia adalah sebuah buku. ^_^. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita buat sesuatu tak ikhlas. Saya lebih cakapkan diri sendiri. Lepas nih, niat memang akan ikhlas lillah.

Lagi Seminar Bulan April 2011 menanti Anda!! Jangan lepaskan peluang keemasan anda meraih pahala!!!

Bagi yang terlepas peluang untuk mengikuti perbincangan umum ini awal bulan April baru nih, anda boleh baca pengenalan di sini. Jadi, bolehlah kaum hawa terutamanya para Muslimah hadir ke Forum Wanita [sila klik pautan bertulisan merah] berkenaan isu kecantikan ini. Rugi kalau anda tak menghadirkan diri ke sana. Bukannya apa, kalau hujung minggu asyik berjalan-jalan, membeli-belah, makan-makan, apalah salahnya jika membawa diri ke majlis ilmu pula. Dapat pahala lagi, InsyaAllah. Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." Selain itu, antunna dapat juga mengelakkan diri dan keluarga dari kepanasan api neraka, sepertimana firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”. [TQS At-Tahrim : 6]

Dan forum wanita ini khusus untuk wanita ye. Kaum adam tak boleh datang. Kalau nak dapat input jugak, mintalah adik perempuan atau kakak atau mak atau isteri anda yang datang. InsyaAllah, anda juga dapat menolong keluarga dari siksa api neraka. InsyaAllah. So, bagi kaum adam yang nak datang seminar, boleh datang seminar seperti gambar di sebelah. Untuk pencerahan politik. Saya ulang, politik. What say you? Hahaha

Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 pada 16hb April 2011 (owh, rupanya kakak saya dah masuk kategori jubli perak, ahaks...), pemenangnya ialah BN dengan perolehan majoriti dua pertiga kerusi. Untuk pencerahan minda dan bantuan anda bertanya soalan ketika di seminar, sila baca artikel nih dulu ye. Dapatlah juga maklumat awal sebelum datang ke munaaqashah nanti. Tak rugi pun. Kalau tak dapat datang pun, at least dapat juga tahu maklumat tentang piliharaya sikit-sikit kan. =)

Kepada semua pembaca, selamat mengumpul pahala, InsyaAllah.. Datang, jangan tak datang. Datang, jangan tak datang. =)

[Sharing Is Caring] Rahsia pemakaian susuk

Rahsia pemakaian susuk
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah@utusan.com.my

MUNGKIN ramai yang pernah mendengar kaedah tradisional menyerikan wajah menggunakan susuk. Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan. Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki dan masyarakat Eropah.

Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
Susuk yang selalu diamalkan adalah susuk logam dan susuk ayat.

Pemakaian susuk bukan sahaja terhad di bahagian wajah, ia boleh dipasang pada alat kelamin. Susuk ketahanan diri juga boleh dipasang bagi tujuan tertentu. Susuk dikatakan untuk awet muda, kelihatan cantik, mempesona dan kekuatan diri.

Menurut seorang bomoh artis, Awang Mohd. Haji Yahya yang lebih dikenali sebagai Pak Awang, susuk menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu dan tidak sesuai menggunakan botox.

Tujuan

Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif. Sebelum memakai susuk, seseorang perlu tahu tujuan mereka memilih kaedah itu. Misalnya, Pak Awang tidak menggalakkan orang Islam memilih susuk logam kerana ia jelas haram di sisi agama.

Pemakaian susuk tidak mengambil masa yang lama. Ia boleh dilakukan dalam masa 20 minit untuk susuk logam manakala kurang sejam untuk susuk ayat.

Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.

Sebelum seseorang itu dipakaikan susuk, syarat dan kesan-kesan pemakaian akan diterangkan.

Biasanya, penerangan menyentuh tentang jenis susuk yang sesuai, susuk yang dilarang, syarat dan pantang larang yang perlu dipatuhi pemakai.

''Contohnya kita memberitahu susuk apa yang dibenarkan dan tidak menyakitkan pemakai dan susuk yang terlarang," ujarnya.

Dalam pertemuan singkat itu, Pak Awang turut menunjukkan teknik-teknik pemakaian susuk . Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingini.

Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.

Kain yang dipotong kecil akan diletakkan di tempat yang ditanda supaya susuk yang dimasukkan meresap ke dalam muka atau badan pemakai.

Akhir sekali, Pak Awang akan menutup kepala pemakai sehingga ke paras hidung menggunakan kain kuning manakala kain merah ditutup dari paras muka ke leher selama 10 ke 15 minit.

Tujuannya juga supaya susuk itu meresap ke tubuh badan. Selepas itu kain yang sama digunakan untuk mengebas badan pemakai.

Pak Awang turut menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan bomoh yang mungkin menyamar sehingga sanggup mengenakan syarat yang tidak logik seperti melakukan seks sebelum memasang susuk.

Peringatan beliau lagi, masyarakat harus mempunyai niat yang betul sebelum memakai susuk supaya tidak bertentangan dengan syariat agama.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/4/2011


Rencana Kapitalisme: Kecantikan Dunia Atau Syurga Allah Menjadi Dambaan Wanita Muslimah?

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Itulah pantun dua kerat yang sesuai ditujukan kepada sekelompok orang yang masih menganggap pemakaian susuk mempunyai rahsianya tersendiri. Apa tidaknya, pemakaian susuk bukannya amalan kecantikan yang asing dalam masyarakat Melayu sejak lama dahulu. Ditambah pula dengan propaganda Barat ke atas golongan wanita yang melabelkan wanita yang mempunyai fizikal yang menarik pada pandangan mereka adalah wanita cantik. Termakan dek janji-janji kufur dari Barat itu, wanita Muslimah sanggup menggadaikan janjinya pada Allah untuk taat kepada perintah dan larangan Allah ketika mereka masih dalam rahim ibu-ibu mereka.

Pemakaian susuk, biasanya melibatkan ilmu sihir. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi untuk mengubat penyakit tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Sesungguhnya sihir itu haram dan boleh membawa kepada syirik seperti disebut dalam satu hadis: "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." [Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah]. Susuk ada persamaannya dengan peniup simpul ini iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan atau dibiarkan menyerap ke dalam tubuh.

[Gambar] Muslimah ENERGIK mesti tahu hal KERETA

Assalamualaikum,

Dulu sebelum dapat lesen kereta, memang tak pernah pandu kereta. Bila dah belajar dalam kelas memandu, maka itulah secara rasminya memandu kereta. Opss!! Bukanlah. Ketika form 2 dah pandu kereta. Terlupa pula. :D

Ditakdirkan saya mendapat lesen kereta tanpa P sebab saya telah memegang lesen P B2 untuk 2 tahun. So, pandu kereta tanpa sticker P. Bangga? Hahaha

Oleh kerana sudah pandai memandu kereta beberapa tahun yang lalu, maka kenalah juga tahu selok belok tentang kereta. Sesi pengajaran segalanya bermula akhir tahun lepas bersama Mr Dad. Hee.


Kalau suka jalan-jalan bawa kereta, mesti rajin cuci kereta. Jangan malas. Kalau sayang kereta, mesti bersihkan. Kesian kat kereta, hari-hari kena hujan (kalau hujanlah), hari-hari kena panas dan hari-hari kena habuk terutamanya di kota-kota seperti Kuala Lumpur. Maka frekuensi membersihkan kereta akan meningkat dengan kerapnya kita memandu ke kota-kota.


Kalau lagi rajin, sila vakum kereta bagi lagi suci sesuci sucinya. Alas kaki dalam kereta semuanya mesti dicuci. Ingat, habuk-habuk dan segala sisa kotoran dari kasut yang ditinggalkan di atas alas kereta mesti dihilangkan. (Saya tahu semuanya tahu kan.) Kereta macam nih lah baru best nak bagi orang masuk kan.


Owh, ya. 3 gambar di atas nih adalah car wash Kg Baru. Pernah pergi? Saya pertama kali pergi. Itupun sebab berlaku kejadian yang tak diingini ke atas kereta tersebut. Malu nak drive sampai balik, singgahlah di situ cuci terus. Bersih sampai dashboard pun habis licin takde habuk. Hehehe.. Tapi takdelah bersih sangat. :D


Petangnya pula, ke bengkel kereta. Minyak hitam harus diganti kerana sudah sampai limit. Ini juga pertama kali ke bengkel tanpa Mr Dad. Yang ada hanyalah Si kecil Megat Ilham dan kakchik, peneman setia. Tak pernah tengok orang ganti minyak hitam. Yang pernah hanyalah isi minyak enjin sampai penuh. :D Ini juga pengalaman baru buat kami bertiga terutamanya si Ilham, Kenapa? Sila tengok gambar di bawah ini.


Si Ilham sangat teruja dengan terangkatnya tayar kereta. Hehehe. Okeyh, bila kita pandai naik kereta, kena pandai isi minyak, basuh dan cuci kereta sampai bersih, tukar tayar (ini Mr Dad belum ajar), cek enjin (termasuk air dalam radiator, minyak enjin), cek lampu dan segala yang berkaitan kereta. Kena tahu semua. Dalam bab ini, tak boleh sentiasa harapkan kaum adam. Kalau tiba-tiba berlaku perkara tak diingini, takdelah panik kan.

Lagi satu sebelum berundur sebab guruh dah berbunyi bukan telefon yang berbunyi ye, kalau accident sila jangan panik. Segala urusan atau masalah atau kemalangan yang berlaku, tidak kira siapa yang salah, sila laporkan ke balai polis. Jangan sesuka hati sesedap rasa nak bayar on the spot kalau kita yang salah. Itu sahaja buat masa ini ya.

My Passion : Homemade TRIFFLE

Assalamualaikum, ^_^

Senyum lagi kita di petang hari. Okeyh, harinih saya nak berkongsi resepi homemade triffle. Kali nih bukan saya teringin sangat nak makan atau orang tua kata mengidam. Tapi saya lebih kepada teringin nak buat. Seriously, saya gembira sangat ketika membeli, menyediakan dan memberi insan-insan tersayang makan triffle nih. Yang ajaibnya, saya tak kisah kalau dapat makan sikit. Tak macam sebelum nih untuk masakan yang lain. Kalau saya ingin buat sesuatu masakan, bermakna saya yang nak sangat makan. Tapi tidak kali nih ye.

Untuk pengetahuan,saya ambil resepi ini 100% melalui internet. Sumber utama resepi saya adalah Puan Lynna (http://kisahlynna.blogspot.com/2010/10/homemade-triffle.html). Sebab saya teringin nak buat sejak tengok resepinya di belog. Tapi belum bersungguh-sungguh. Tapi setelah melihat belog Puan Syaima, (http://syaimanotes.blogspot.com/2011/03/mari-kita-membuat-trifle.html) terus mesej ummi beritahu yang saya nak buat puding triffle. Bila ummi balas dengan, "buatlah." Saya mesej bahan-bahannya. Ummi balas, "banyaknya. mu belilah sendiri." Saya hanya menjawab ok.  

Bila tiba di rumah, saya dengan senang hati membeli belah bahan-bahannya ditemani adik saya, Kakchik. =) Apa yang dibeli seperti gambar di bawah adalah untuk 3 bekas adunan. Saya pun tak pandai nak agak, saya main beli je. So, total semua harga bahan-bahan triffle yang saya buat tak termasuk roti, kaya, dan 2 tin buah laici dalam tin adalah RM55. Mahal ke murah yek?? Anda nilai sendiri. =D


BAHAN-BAHAN :

2 kek gulung perisa coklat
1 1/2 tin buahan campuran/fruit cocktail
8 sudu penuh tepung kastard
yogurt asli + gula sikit untuk elak rasa masamnya
1 tin buah peach
2 1/2 tin susu cair
2 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh. Saya guna NONA )



Untuk lapisan-lapisan triffle, saya 80% saya follow cara Puan Kzai buat (http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/09/puding-trifle.html) Sukatannya pula, saya main agak je sebab first time buat. Hehehe. Tapi Alhamdulillah, semuanya suka. ^_^


Lapisan 1
Potong kek gulung anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas transparent baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit cocktail ke atas kek gulung hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastard dengan susu cair.


Lapisan 2
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 1 (kek gulung). Ketepikan sekejap.


Lapisan 3
Panaskan 2 1/2 tin susu cair dengan api sederhana (sambil tu bancuhkan 8 sudu tepung kastad dengan 3/4 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang di atas lapisan 2 (buah-buahan koktail) tadi.

atau (resepi Puan Lynna)

RESEPI UNTUK KASTARD :

2 1/2 tin susu cair
1 tin air buah-buah dalam tin
8 sudu besar tepung kastard
3/4 air (saya sukat guna tin susu)

CARA MEMASAK KASTARD

1. Panaskan susu cair dengan api sederhana
2. Masukkan Kastard yang telah dibancuh dengan 3/4 tin susu air
3. Masukkan air buahan dalam tin
4. Masukkan jugak setitik esen vanilla (tapi saya tak letak)
5. Kacau perlahan-lahan sehingga 10-15 minit dan tutup api



Bekas pertama ini untuk family makcik saya.
Semuanya ada 8 orang makan (4 kanak-kanak bawah 12 tahun+ 4 orang dewasa)

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly kristal NONA hingga mendidih. Masukkan jelly kristal tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (kastard).



Bekas depan nih adalah bekas kedua untuk kawan-kawan saya.
Semuanya 8 orang dewasa juga.


Dan ini bekas ketiga untuk family saya.
Semuanya 8 orang makan. (1 orang kanak-kanak bawah 12 tahun + 7 orang dewasa)

Lapisan 5
Bila jelly kristal dah beku sapukan yogurt asli ataupun whipping cream ke atasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah peach ke atasnya.

Nota penting: untuk puding ini, turutan lapisannya ikut kreativiti anda. Berapa sukatannya juga, ikut mangkuk atau bekas yang anda nak guna. Saya guna untuk 3 bekas seperti dalam gambar-gambar di atas tapi jenis bekas yang berbeza-beza saiznya. Apa yang paling penting, anda gembira. Yeahh!!!

The teaser for Today..

Assalamualaikum,

Semalam ada blogger yang memberi komen di sini. Owh entri saya tahun lepas. Hehehe. (teruja sekejap). Kemudian ke belog ini, sebab ada pautan di entri tersebut. Saya nampak video di entri Apa ini?. Tapi tak adalah pula saya nak melihat video tersebut. Eh, sebenarnya saya dah klik button play, tunggu loading kejap. Tapi saya dah tertutup window belog tersebut sebab terlupa akannya. Maka tak adalah saya menonton video kan.

Pagi nih, ada sahabat FB saya postkan satu pautan video. Bukan video yang sama tapi oleh pelakon yang sama. Saya menontonnya. Gelak. Itu je yang mampu saya lakukan.Dan anda juga mungkin lakukan yang sama selepas menontonnya, GELAK. :P



Nota : Maaflah kalau entri ini mengarut. Tapi untuk menghiburkan hati tiada masalah, saya kira. Kalau salah, mohon dibetulkan ye..Terima kasih. ^_^

Tiada isi??


Assalamualaikum,

seperti biasa, 'kekasih hati' saya dalam gambar di atas ^_^. Ringkas je entri ini, insyaAllah.

Makan tengah hari tadi bersama umi dan abah. Umi berkata, "belog mu tak ada isi pun." "Erk??" Mulalah saya terpinga-pinga dan mata pun nak terbeliak melihat makanan walaupun pinggan dah licin. Huhuhu. Selang beberapa minit, abah pula bertanya tentang beberapa perkara. Malunya tak dapat menjawab soalan-soalan cepumas daripada abah. -_-'

Kesimpulannya, haruslah banyak membaca dan berfikir. BerF.I.K.I.R. barulah cemerlang sebab neuron-neuron otak bersambung. Ini kalau biar lelama tak berfungsi, berkarat jadinya. 

Adakah anda cantik??

BANDAR BARU BANGI 3 April – Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dengan kerjasama  Khilafah Center telah mengangkat tema kecantikan yang begitu sinonim dengan wanita sebagai Diskusi Bulanan kali ini dengan tajuk: “Kecantikan Wanita: Memikat atau Menjerat”.  (Klik tajuk untuk post terdahulu) Diskusi kali ini menampilkan dua aktivis dakwah Hizbut Tahrir Malaysia iaitu Ustazah Ain Abdurrahman dan Ustazah Amani selaku barisan panelis manakala Puan Fairuz sebagai moderator.

Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran yang disampaikan oleh ukhti Huda Humairah dari surah an-Nisa bermula dari ayat 1-5.  Selaku panel pertama Ustazah Amani mengupas realiti semasa berhubung isu kecantikan dan wanita.  Beliau mempertontonkan realiti “muslimah cantik” yang selama ini dilihat sebagai ikon kecantikan dan natijah daripada keadaan tersebut.  Sememangnya wanita hari ini terlalu obses akan kecantikan sehingga sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana untuk kelihatan cantik.  Para muslimah tidak terkecuali sehingga ada yang sanggup melanggar hukum syara’.  Mereka seakan-akan lupa dengan firman Allah yang bermaksud “Setiap diri bertanggungjawab di atas apa yang telah diperbuatnya”. [TMQ al-Muddatstsir (74) : 38].

Ustazah Ain Abdurrahman selaku panelis kedua membentangkan kepada para hadirin  kepelbagaian definisi kecantikan mengikut tempat dan bangsa.  Ternyata seantero dunia saat ini tiada satu pun yang mendefinisikan kecantikan mengikut sudut pandangan Islam. Ternyata nilaian cantik itu hanya di mata manusia.  Hadirin juga dibentangkan dengan perkara utama dalam isu kecantikan ini iaitu agenda besar puak kuffar.  Puak kuffar Barat yang ternyata tidak pernah senang dengan Islam sehingga kita mengikut telunjuk mereka, terus-terusan menyerang umat Islam. Penjelasan itu telah memperlihatkan kepada para hadirin dengan satu lagi bentuk serangan puak kuffar terhadap umat Islam.

Para hadirin turut dihidangkan dengan  tayangan video berhubung isu yang dibicarakan.
Seterusnya, Ustazah Amani pada pusingan kedua menyentuh dari sudut fiqh Islam dan hukum syarak yang terkait dengan wanita.  Islam telah menggariskan panduan khusus kepada umatnya berhubung tatacara berpakaian di tempat umum, larangan bertabbarruj, kewajiban menutup aurat dan sebagainya.  Para hadirin juga dikhabarkan dengan hadis Rasulullah SAW yang memberi peringatan kepada wanita dengan gambaran penyiksaan wanita di dalam neraka.

Seterusnya Ustazah Ain pula berkongsi pandangan mengenai bagaimana wanita muslimah sepatutnya menilai diri mereka.  Wanita khususnya muslimah haruslah mementingkan kesihatan dan penampilan cantik sesuai dengan kehendak syara’.  Beliau memberikan penekanan khusus akan nilai utama diri seseorang di sisi Allah ialah taqwa. Wanita juga perlu berusaha kembali untuk memartabatkan kemuliaan muslimah yang telah diinjak oleh kaum kuffar sejak jatuhnya Daulah Khilafah berabad yang lalu.

Di akhir forum, hadirin tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan ahli panel. Melalui soalan dan pandangan yang dilontarkan dapat disimpulkan bahawa para hadirin telah mengikuti dengan jelas setiap butir perbincangan sepanjang forum itu berlangsung. Majlis diakhiri pada jam 12:45 tengahari dengan bacaan doa oleh ukhti Huda Humairah.

Di kesempatan ini juga pihak MHTM selaku penganjur program, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada muslimah yang hadir untuk sama-sama memeriahkan seminar. Diharapkan semoga seminar ini dapat menyedarkan umat Islam khususnya para muslimah akan agenda puak kuffar dalam isu kecantikan. Wallahu ’alam.


Nota : Gambar-gambar sekitar Diskusi Wanita boleh dilihat di laman sesawang rasmi HTM - klik sini.

Kita mampu Menjadi Negara SUPERPOWER !

Assalamualaikum

^_^ (S.E.N.Y.U.M.) - tak perlu kata apa-apa.

Dengan negara Khilafah , umat Islam akan memiliki negara superpower pembawa kebaikan untuk dunia, negara pemimpin bukan pengikut yang terkebelakang.

Salah satu kelemahan utama umat Islam sekarang ini adalah ketidakmampuan untuk melihat potensi sendiri. Akibatnya umat Islam selalu menjadi negara pengikut (follower) yang diparahkan dengan penyakit rendah diri (inferior) dan mental sebagai peminta . Keadaan ini membuat umat Islam selalu bergantung kepada negara-negara Barat , tunduk mengambil ideologi Kapitalisme Barat. Meskipun Barat dengan ideologi kapitalisme sendiri sedang mengalami kemunduran yang sangat teruk.

Padahal umat Islam telah diberkahi Allah SWT dengan semua hal yang diperlukan untuk menjadi untuk menjadi negara superpower yang memimpin dunia. Umat Islam memiliki kemampuan kebendaan dan intelektual yang akan membawa manusia dari semua bangsa, warna kulit, dan bahasa menuju kemakmuran di dunia ini. Umat Islam diberkahi dengan aqidah dan ideologi yang mulia untuk seluruh alam. Yang tidak dimiliki oleh umat Islam sekarang hanyalah satu, yakni negara Khilafah yang menyatukan semua potensi itu. Dengan negara Khilafah ,umat Islam akan menjadi negara superpower yang membawa berkah bagi dunia, pemimpin bukan pengeikut.

Dalam buku Emerging World Order, The Islamic Khilafah State, Jafar Mumammad Abu Abdullah menggambarkan besarnya potensi umat Islam untuk menjadi negara superpower. Betapa tidak, dunia Islam memiliki pusat populasi yang besar, lebih dari 1,5 billion  ( 23% dari populasi dunia). Sebaliknya di bahagian belahan dunia yang lain terutama di Eropah, angka pertumbuhan penduduknya cendrung negatif (menurun), angka pertumbuhan penduduk negeri sungguh menggembirakan, Alhamdulilah. Dengan begitu, Negara Khilafah Islamiyah akan memiliki angka tenaga kerja yang tinggi (18% tenaga kerja dunia). Dengan peningkatan kemampuan sumber daya manusia dunia Islam, hal ini akan menyokong produksi secara besar-besaran dan aktiviti ekonomi yang produktif.

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random GiveAway

Assalamualaikum,

Saya suka COKLAT. Suka yang teramat. Semuanya coklat dan segalanya coklat. Apatah lagi kalau dapat coklat yang berjenama Ferrero kan. ^_^

Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya saya, dengan sukacitanya,  men'join'kan diri untuk mendapatkan Yuyu Zulaikha - Ferrero Random GiveAway seperti yang anda baca bila buka belog ini. Hihihihi.


Sesiapa sahaja layak mendapatkan Ferrero Collection. Anda juga mampu mendapatkannya.

Bukan coklat Ferrero sahaja yang akan diberi oleh cik yuyu nih, ada lagi hadiah yang menarik menanti anda. Jom jenguk di sini.

Terima kasih.. =)

D.E.M.O.K.R.A.S.I. di Ivory Coast. Anda tahu???

Sebagai seorang muslim yang peduli akan saudaranya, saya hadirkan krisis yang sedang melanda saudara seakidah kita di Ivory Coast. Persoalan utama saya cuma satu, mengapa masih memilih demokrasi? Bukankah Rasulullah SAW telah meninggalkan 2 perkara kepada umatnya (kita)untuk kita ambil dan ikuti?
.......................................................................................................................................

ABIDJAN, Ivory Coast: Souleyman Sissouma menjadi korban ketiga imam yang dibunuh dalam bulan Mac dalam satu pembunuhan yang kejam. Keluarga mangsa menyembunyikan diri dan takut untuk keluar walaupun hanya untuk menghadiri upacara pengkebumiannya.

Ketika ramai penduduk sedang berkabung dan berkumpul di perkarangan masjid, tiba-tiba sebuah kereta dibakar, diterbalikan dan diletakkan di hadapan masjid. Ini merupakan antara tanda bahawa sedang berlakunya peningkatan kempen keganasan terhadap umat Islam yang menyokong Alassane Outtara, di mana kemenangannya diiktiraf secara antarabangsa dalam pilihanraya presiden November baru-baru ini.

Outtara, seorang Muslim, kini terperangkap dalam pertempuran terhadap kedegilan Presiden Laurent Gbagbo yang mahu terus berkuasa dan konflik ini berlarutan sehingga bertukar menjadi keganasan antara agama. Sekurang-kurangnya 10 masjid di seluruh Abidjan telah dibakar dan sebuah lagi terpaksa ditinggalkan selepas diserang dengan bom tangan melalui tingkap ketika waktu solat.

Kecantikan : Memikat ATAU Menjerat??

Puan-puan, kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek,

Anda semua dijemput khas untuk hadir ke Diskusi Wanita April 2011. Kali ini tema yang diangkat sangat bersesuaian sekali dengan kita, para wanita, perempuan dan juga muslimah iaitu KECANTIKAN. Mari kita nyanyikan sedikit lagu ini, "Siapa bilang gadis melayu tak menawan, Tak meraik hati, tiada memikat.."

Sebenarnya, apakah yang ingin dikupas oleh ahli-ahli panel tentang KECANTIKAN ini??

Untuk mengetahui kupasan dan penerangan lanjut, marilah sama-sama memeriahkan dan menghadirkan diri ke acara ini.



DISKUSI WANITA, APRIL 2011:
'KECANTIKAN - MEMIKAT ATAU MENJERAT?'

Tarikh: 3 APRIL 2011 (AHAD) 
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi
Tel/Fax: 03-8922 3149

Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma


Tertekan. Mengapalah tidak minggu lepas???


Tiba-tiba rasa tertekan. Mulalah dalam kepala nih nak makan pelbagai makanan sedap-sedap sampai terlupa kena jaga makan. T__T

Berikanlah daku kekuatan.

Harap Maklum!!

Shoutmix di belog ini terpaksa 'dihilangkan' buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.. Ia akan 'dihilangkan' dalam jangka masa yang tidak pasti sehingga diberitahu kelak..

Kepada para pengunjung dan pembaca, terima kasih atas kunjungan dan sokongan kalian ke atas belog nih. Sila tinggalkan jejak kalian di ruangan komen ya. Saya akan mengunjugi belog kalian kemudian. Terima kasih.

Gambar tiada kaitan dengan entri.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat