Berwajah baru

Assalamualaikum,

Baru saya perasan, sekarang bukan lagi bulan April. Alhamdulillah, dah masuk bulan Mei dan bermakna sesi cuti semester sudah bermula. Maka, riuh rendahlah rumah ini dengan kepulangan 3 orang pelajar lepasan sekolah. :P

Entri yang dikarang semalam, masih di permulaan cerita. Kebuntuan mengarang menjadikan saya semakin lambat menerbitkan sebarang entri. Saya minta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang labah-labah sehingga hampir seminggu.  


Sebagai tanda maaf, saya terbitkan entri ceria ini. Blog saya berubah wajah sekali lagi. Kali ini bertemakan warna oren, lain dari biasa kan. Segalanya berubah. Widget juga berubah tajuk. Dari yang biasa-biasa kepada barangan aksesori seorang muslimah. Faham? Kalau kurang faham, atau kata orang putih, kurang ngerti, sila tengok di sebelah kanan sidebar saya. Semuanya adalah barangan aksesori seorang wanita kan? Seperti kerongsang jubah, shayla, beg tangan, kasut dan sebagainya.

Saja mengubah semuanya, untuk mengambarkan betapa saya ini memang seorang muslimah sejati.. :D Cuma tulisan header sahaja berwarna biru. Bukannya tak nak tukar, tapi sengaja belum mahu menukar kerana header tersebut adalah nukilan bro faiz (boleh klik sini ye!). Tidak mahu mensia-siakan hasil tangan orang, saya gunakan header yang dibuat transparent untuk beberapa ketika. 

Nota : roti (dari Bread Story, The Mall) di atas adalah sekadar gambar hiasan semata-mata. Kelaparan yang amat selepas membeli-belah di Pesta Buku semalam. Alhamdulillah. Owh, di sebelah saya ialah Alang sedang memandu dan saya memakan roti itu. :D

6 comments:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat