Raya : KeTAATan BerTAMBAH!


Syawal 1432H vs Merdeka 2011. Mana menjadi Keutamaan Kita?

Hujan lebat mencurah-curah semalaman. Lebat hujan malam tadi tidak terasa akan dinginnya apatah lagi untuk merasai sejuknya hujan. Selalunya, kalau hujan lebat sebegini pasti selimut tebal akan menutup badan dari atas sampai bawah. Ini keadaan suhu adalah seperti biasa.

Cuma yang berlainan dari biasa, langit tidak gelap, tidak juga hitam. Dengar kata seseorang, langit sangat terang benderang. Walaupun keadaan di bumi tidak tenang, tapi di langit hanya Allah SWT yang tahu. Perkiraan hari tetap menjadi kekuasaan Allah. Adakah itu tandanya Lailatul Qadr? Wallahu'alam.

Ada sedikit perselisihan tentang dua perkara untuk beberapa hari ini dan ia masih menjadi isu hangat bagi kaum muslim terutamanya di Malaysia.

1) Tentang Bendera - Bendera Rasulullah vs Jalur Gemilang? Mana satu yang perlu dikibarkan dengan megah? Atau sebenarnya begini, Jalur Gemilang: Bendera yang Tak Layak untuk Dikibar?

2) Lihat Anak Bulan Syawal - Kalau esok 30hb Syawal, Di mana Anak Bulan yang dilihat? Atau telah diTETAPKAN? Boleh cuba fahami di sini.

Sumber: FB

Apapun yang kita perselisihkan, kita tidak boleh melihat sesuatu fakta dan dalil tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Kata seorang sahabat saya, "Ketiadaan sistem Islam yang syumul mengundang seribu satu masalah.. 'Ibu' segala kefardhuan hendaklah segera kita tegakkan. Semoga kita semakin bersemangat memperjuangkan KHILAFAH." Takbir!!

Mood Raya dan Doodles

Assalamualaikum wbt semua blogger,

Hari ini mari kita bercerita santai. Tiada isu sensitif tapi hanya luahan dan pendapat saya sahaja okeyh.

Sudah malam Ramadhan ke-29. Adakah amalan kita semakin meningkat? Semakin pantas dan banyak beribadat serta membuat pahala? Atau semakin fikirkan segala persiapan raya? Semoga apa juga yang kita lakukan, apa yang kita fikirkan, mestilah berlandaskan syariat Islam dan hukum syarak.

Ermm.. Lama rasanya blog ini sepi dengan perkongsian berguna apatah lagi untuk membangkitkan pemikiran kita sebagai umat Islam. Apabila dibelek-belek kembali post-post sekitar tahun 2010-2011, rasanya banyak sangat post yang mengarut dan entah apa-apa.. Malu rasanya kepada dua muslimah remaja yang berpengetahuan luas ini dan ini serta lelaki muda yang berani ini.

Terlalu banyak kekurangan diri ini yang menjadi punca kemeruduman penulisan berguna. Seingat saya, pertaruhan blog ini dibina adalah untuk menyampaikan apa yang haq dan membetulkan yang bathil. Hanya itu. Dek kerana arus arena blog yang semakin laju dilanda kegilaan, maka entah apa-apa sahaja entri ditulis asalkan ber'update'. Dahsyat sungguh pemikiran saya yang sebegini.

Saya bukannya apa kerana setiap kali sign in to blogger.com, mesti buat new post. Ada sahaja idea seciput yang hendak dikongsikan bersama pembaca tentang kehidupan sehari-hari. Tetapi baru menaip beberapa huruf, saya sudah kebuntuan idea untuk mengarang. Lantas, saya save dan close. Hampir setiap hari begitu. Penyudahnya, saya buat entri karutan sahaja sebab lebih mudah tanpa perlu idea yang bernas. Cukup sekadar 'pas-pasan' saja, kata orang seberang. Huhuhu.

Setelah banyak komen-komen daripada orang-orang terdekat, maka satu keputusan telah dibuat. Semoga ia demi kebaikan bersama. Saya tidak mahu terikut-ikut trend blogger sekarang terutamanya yang muda mudi serta masih mentah dalam arena blog. Ya Allah! Jangan biarkan hatiku berbolak-balik. Biarkan isinya sedikit, asalkan sangat berguna dan memberi kesan kepada yang membaca, InsyaAllah.

Memandangkan mood raya juga semakin menghampiri, biarlah ia menjadi penamat buat entri-entri mengarut dan sebagai permulaan kepada diri saya yang baru serta entri yang segar. Bukan baru apa, baru dari segala hiburan dan perkara-perkara duniawi yang tidak berkesudahan sekiranya tidak ditamatkan.

Owh ya tajuk juga sudah ber'mood' raya dan doodle, kad raya telah diberikan dan telah ditunjukkan beberapa hari lepas. Anda dah tengok? Kalau belum, silalah cepat-cepat tengok ya. Juga telah menjadi kegilaan ramai blogger terutamanya blogger muda serta belasan tahun untuk membuat doodle sendiri sehinggakan ada yang mengaku sendiri punya sedangkan pembuatnnya tahu dia menipu. Sana sini duk sibuk pasal doodle. Saya juga ada doodle walaupun bukan buat sendiri tapi itu menunjukkan saya. Semua orang kenal.
From Mel Amalina.
Daripada FLS.
From Mel Amalina.
From Tengku Puteri.
From Amar Amirah Radzi.
From Amar Amirah Radzi.
From Amar Amirah Radzi.

Bersempena dengan Idulfitri yang bakal menjelma lusa atau tulat, adalah lebih baik kita membaca maklumat ini Rukyah atau Hisab (Astronomi)? terlebih dahulu. Semoga ia dapat mencerahkan pemikiran kita, InsyaAllah.

Sebelum saya menutup tirai Ramadhan 1432H sebagai seorang single, insyaAllah saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesilapan saya selama ini, samada yang nampak ataupun tidak, yang jelas ataupun samar-samar. 

Akhir sekali, Selamat 'Berkonvokesyen' kepada sesiapa yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Ramadhan... tarikh konvokesyen adalah pada 1 Syawal 1432H insyaAllah bersamaan 30 Ogos 2011... Antara subjek yang perlu lulus dgn cemerlang adalah:

PZB001-Puasa Zahir Batin
QIA002-Qiamulail
TRW003-Solat Terawih
TDA004-Tadarus AlQuran

Anda ada masa 1 hari lagi untuk menamatkan pengajian... insyaAllah.. semoga berjaya..! :)

Nota: Doakan saya!

KAD Raya untuk Anda!!

Bismillahirrahmaniirahiim...

Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan.... lalu kusapa ia, "Hendak kemana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama MUKMIN". Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA, Bersandarlah pada TAWADHU' saat kesombongan menyerang, mintalah nasihat A-QURAN & AS-SUNAH di setiap masalah yang dihadapi...

Klik untuk pembesaran yang sihat.. :D

Nota: Doodle nih tempah daripada blogger Amar Amirah Radzi. Kiranya, itu saya. Siapa yang ambil bermakna itu bukan dia.. Hahaha

Hari Tanpa Lapar - Sejuta Impian


altalt

 
Di kala umat Islam di Malaysia “berpesta” membeli juadah untuk berbuka di bazaar- bazaar Ramadhan yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan di bulan puasa ini, lain pula keadaannya di Somalia. Saudara se-aqidah di sana dalam keadaan kebuluran dan ramai yang terdedah kepada pelbagai penyakit kerana ketiadaan makanan yang mencukupi. Lebih menyedihkan, di bulan yang mulia ini, mereka seolah-olah  ‘berpuasa’ sepanjang masa – mereka tidak berbuka dan tidak bersahur! Lebih buruk, keselamatan mereka turut terancam dengan kejadian rogol yang berlaku setiap hari! Apakah kita tidak merasa kecewa sedikitpun atas apa yang berlaku di Somalia? Di mana dalam masa yang sama, kita sering membuang makanan yang tidak habis kerana terlalu serakah membeli juadah berbuka!! Apakah para pemimpin kita merasa selesa dan bangga mengagihkan bubur lambuk di masjid- masjid tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyalurkan makanan serta bantuan kepada saudara se-aqidah kita di Somalia? Tidakkah para pemimpin umat Islam merasa terpanggil untuk menyelesaikan masalah umat Islam ini dengan segera??

Mungkin ada yang merasa mereka perlu berbuat sesuatu….namun apa yang berlaku cumalah mesyuarat demi mesyuarat. Setiap kali krisis ke atas umat Islam berlaku, setiap kali itulah mereka akan membuat mesyuarat tergempar atas platform OIC. Meskipun begitu, hasilnya tetap sama – pelbagai masalah umat Islam masih tidak dapat diselesaikan. Sekiranya kita menelusuri masalah ini, kita akan dapati beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku.

Pertama, hilangnya rasa persaudaraan se-aqidah sekelompok umat Islam terhadap kelompok umat Islam lain kerana wujudnya sifat wathaniyyah (nasionalisme) yang telah ditanam oleh penjajah umat Islam. Walhal, sifat ini merupakan suatu yang diharamkan oleh Islam. Mereka merasakan apa yang berlaku di Somalia adalah masalah “warganegara” Somalia dan bukannya masalah umat Islam bersama. Malah yang lebih teruk lagi sekiranya ada yang boleh menyatakan “rasa syukur” kerana apa yang berlaku di Somalia tidak berlaku di Malaysia! Subhanallah!!

Kedua, tiadanya pemimpin umat Islam yang akan melindungi dan memastikan kebajikan, keselamatan serta keperluan asas umat Islam di seluruh penjuru dunia ini terpenuhi. Ini berbeza situasi ketika Umar al-Khattab memerintah umat Islam. Dalam menanggapi masalah kebulurun di Madinah pada era pemerintahannya,  beliau dengan segera menyalurkan bantuan bekalan makanan yang dibawa masuk ke Madinah dari wilayah-wilayah lain seperti dari Mesir dan Syria. Pada masa yang sama, perbendaharaan negara dibelanjakan untuk membeli dan menyediakan makanan kepada penduduk Madinah.

Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz pula, Ibnu Abdil Hakam meriwayatkan, Yahya bin Said, seorang petugas zakat pada masa itu berkata, "Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya." [Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59]. Inilah kesan daripada pelaksanaan Islam oleh pemerintah yang amanah seperti para khalifah sebelum ini yang memakmurkan bumi Afrika daripada kebuluran.

Ketiga, inilah salah satu daripada kerosakan yang disebabkan oleh kapitalisme di negeri kaum muslimin. Sistem kapitalisme tidak memberi kebahagiaan kepada manusia tetapi ia datang dengan segala bentuk kerosakan sebagaimana yang berlaku di Somalia ini. Kerosakan ini tidak akan berhenti begitu sahaja, melainkan sekiranya ada usaha dari kaum muslimin untuk berubah dari situasi buruk ini kepada kehidupan Islam yang akan menjamin kesejahteraan umat manusia.

Wahai kaum Muslimin! Sampai bilakah kita masih berharap kepada pemimpin umat Islam yang membisu akan kesengsaraan saudara-saudara kita ini? Sampai bilakah kita masih menaruh harapan kepada mereka untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda kita pada masa ini? Apakah kita masih sanggup berdiam diri melihat pengkhianatan mereka ke atas umat yang mulia ini? Semoga apa yang berlaku di Somalia ini akan menjadi momentum bagi kita untuk melakukan perubahan ke arah penerapan Islam yang kaffah (sempurna) oleh negara ditengah- tengah umat. InsyaAllah, dengan itu rahmat Allah akan memayungi kita. Wallahu a’lam.

Tutorial Bergambar Nuffnang

Assalamualaikum,

Ini saya buat khas buat encik ini dan umumnya buat sesiapa yang belum buat lagi.. :D

Okeyh.
Langkah 1 - taip www.nufnang.com.my

Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 8 - copy koding nya -> pergi dekat layout blogger -> page element -> add a gadget -> pilih HTML/JavaScript -> paste -> save dan siap!.

Nanti jadi macam nih

atau macam ini


Sekian.

Bolehkah Memerangi Pemerintah Yang Zalim?

Klik untuk maklumat lanjut.

Doa Memohon Keteguhan Iman


“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad s.a.w. di syurga yang paling tinggi selama-lamanya.”

[Riwayat ibnu Hibban no. 2436]
 
 

Nasihat Baginda SAW kepada anaknya Fatimah R.Anha

Dikisahkan pada suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anaknya Fatimah az-zahra. Ketika itu anaknya tengah menggiling gandum dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah bertanya padanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fatimah berkata, "ayahku, penggilingan dan urusan-urusan rumah tanggalah yang menyebabkan aku menangis".

Lalu duduklah Rasulullah di sisi anaknya itu.

Fatimah melanjutkan perkataannya, "ayahku sudikah kiranya ayah meminta Ali (suaminya) mencarikan seseorang untuk dapat menolong aku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".

Rasulullah bersabda kepada anaknya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fatimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehNya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT tuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.”

“Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalang hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautsar pada hari kiamat.”

“Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit ketika melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.”

“Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya seperangkat pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah perempuan mana yang menyediakan tempat beristirehat serta menata rumah untuk suaminya dengan baik, maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratul mautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

By : http://tehsecawan.blogspot.com/

Rezeki Lagi

Rezeki Ramadhan.

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawa rezeki terletak di dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan makhluk.

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang- orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. (TQS Saba’:24)

Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (TQS Al-Ankabut:60)

Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (TQS Ali Imran:26)

Ramadhan: Mengembalikan Jati Diri Penghambaan Muslimah Kepada Allah

Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan keberkahan. Allah telah mewajibkan kalian (puasa) di dalamnya. Di bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Di bulan itu pula terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.  
[HR an-Nasa’i dan al-Baihaqi].

Ramadhan Mubarak! Rasulullah SAW dan generasi para sahabat sangat bersemangat menyambut datangnya bulan yang penuh berkah ini. Mereka bersungguh-sungguh mempersiapkan diri agar dapat menjalani dan melakukan pelbagai amalan dengan penuh keimanan, keikhlasan, semangat dan tidak merasakannya sebagai beban. Seorang muslimah yang bijak sudah tentu terdorong untuk mencontohi Rasulullah SAW dengan melakukan persiapan-persiapan terbaik dengan bekalan iman, ilmu dan amal soleh demi menyambut kedatangan Ramadhan nan mulia ini. Sewajarnya setiap dari kita menanam kesungguhan yang tinggi dan berlumba-lumba mengisi hari-hari Ramadhan dalam rangka untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Antara yang perlu dipersiapkan dapat diringkaskan seperti berikut:

Persiapan Nafsiyah

Persiapan yang dimaksudkan adalah mempersiapkan ruhiyah serta membangkitkan suasana keimanan dalam diri kita. Semestinya kita semua berharap dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh kesedaran melaksanakan perintah Allah (Idrak sillah billah); penuh dengan kesungguhan untuk menggapai keredhaan serta berharap mendapatkan keampunanNya.

Rasulullah SAW bersabda: Siapa saja yang berpuasa Ramadhan dengan dilandasi iman dan bersungguh-sungguh mencari redha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. [HR. al-Bukhari, an-Nasai, Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Hibban].

Keberhasilan amal sepanjang Ramadhan itu memang bergantung pada landasan iman dan niat semata-mata untuk mencari redha Allah. Allah sendiri menyerukan kewajiban berpuasa itu kepada orang-orang yang beriman seperti mana firmanNya: Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. [TMQ. al-Baqarah (2): 183]. Ertinya, hanya mereka yang menjalani puasa dengan landasan iman serta melaksanakan amal-amal di dalamnya dengan suasana keimanan sahajalah yang akan berhasil meraih gelaran sebagai insan yang bertaqwa.

Persiapan Tsaqafiyah

Walaupun saban tahun kita menjalani ibadah puasa, kita perlu berusaha untuk sentiasa mengkaji hukum-hukum, ketentuan puasa serta semua amal ibadah yang berkaitan. Pemahaman fiqh puasa adalah penting agar seseorang muslimah itu dapat memahami serta menilai samada  perbuatannya dapat meningkatkan nilai dan kualiti puasanya atau malah merosakkan ibadah puasanya. Melalui pengkajian fiqh yang mendalam diharap dapat menciptakan kesedaran baru atau memperbaharui kesedaran kita untuk menjalani ibadah puasa. Dengan begitu, puasa Ramadhan dan seluruh amal yang ada di dalamnya tidak akan dijalani sekadar ibadah yang dilakukan secara rutin sepanjang tahun atau sekadar menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, karena hakikat puasa adalah penghambaan dan pengorbanan untuk Allah SWT. Malah dengan bekal ilmu itu kita akan lebih berhati-hati menjalani ibadah puasa dan semua amalan lainnya serta senantiasa merasa berhubungan dengan Allah SWT tatkala melaksanakannya.

Ketahuilah muslimah, jambatan menuju kebenaran adalah ilmu, dan siapa yang menempuh perjalanan hidupnya dalam rangka menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah akan (memudahkan) dengannya jalan dari jalan-jalan ke syurga

Fren Fillah!

By Anna - sempena ulangtahun kelahiranku ke-19.

Menjadikan Keluarga Gemar Membaca

Buku adalah jendela ilmu. Membaca adalah kuncinya. Jadikan keluarga gemar membaca, dimulai dari orang tua. Tanamkan kebiasaan membaca sejak dini. Tak ada kerugian sedikitpun atas kegemaran membaca. Dengan catatan, buku yang dibaca memberi pencerahan positif. Berikut ini beberapa tips untuk menciptakan kegemaran membaca, khususnya anak-anak.

1. Bacakan buku sejak anak lahir
Kenalkan dengan buku sedini mungkin, sejak anak masih bayi, bahkan ketika masih di dalam kandungan. Berdasarkan penelitian, bayi yang terbiasa diajak berkomunikasi dan dibacakan cerita (bahkan sejak di dalam kandungan) akan punya kemampuan bahasa lebih tinggi dibandingkan bayi yang didiamkan saja. Jadi, jangan tunggu sampai anak bisa membaca sendiri.

2. Dorong anak bercerita
Anak sangat suka ketika diajak untuk mendiskusikan apa yang baru saja mereka baca atau kita ceritakan. Untuk mendorong anak Anda menceritakan kembali apa yang sudah dibacanya, Anda bisa mengajukan sejumlah pertanyaan dari apa yang telah dibaca. Selain itu, gunakan cara-cara kreatif, misalnya kalau kita sudah membacakan suatu buku, minta anak untuk gantian bercerita. Kalau dia tidak mau, gunakan ide lain, misalnya dengan merekam suaranya ketika bercerita. Hal tersebut akan membuat anak bersemangat.

3. Beli buku yang menarik minat anak
Sediakan buku-buku yang memberikan inspirasi, motivasi dan mengandung banyak faedah di rumah. Jika anak sudah punya selera soal buku, belikan yang memang diminatinya. Mungkin ia tertarik membaca karena pernah pinjam temannya. Buku mahal, tapi tak dibaca anak, tidak ada gunanya. Jadi, agar wawasan anak berkembang, tidak terpaku pada minat bacanya terhadap buku-buku tertentu, belilah dua buku, satu buku pilihan anak dan satunya tambahan pilihan Anda.

4. Ciptakan perpustakaan keluarga
Jika memungkinkan, buatlah perpustakaan keluarga di rumah. Tidak harus mewah dan lengkap, mulailah dari yang sederhana dulu. Kumpulkan buku anak dalam satu lemari khusus yang mudah mereka akses: tidak terlalu tinggi, tersembunyi, apalagi terkunci. Kalau perpustakaan belum memungkinkan, taruhlah buku di tempat yang mudah terlihat oleh anak. Seperti ruang tidur, ruang tamu, ruang main, teras, dan mobil.

5. Hilangkan penghambat
Batasi waktu menonton TV, main playstation atau internetan, supaya ada alokasi untuk membaca buku. Tayangan TV sering kali tidak sesuai untuk konsumsi anak.

6. Beri hadiah yang memperbesar semangat membaca
Beri hadiah setiap kali anak menyelesaikan bacaannya. Penghargaan bisa bersifat materi dan nonmateri. Jika anak bisa menyelesaikan sebuah buku dan menceritakan ulang dengan benar, berikan kata-kata positif. Bisa juga dihadiahi buku baru, atau benda-benda yang dibutuhkan anak.

7. Cari kesempatan membaca bersama
Kalau Anda orang tua yang sibuk, lima atau sepuluh menit setiap harinya untuk membacakan cerita kepada anak Anda akan sangat bermanfaat. Jika anak Anda sudah bisa membaca sendiri, Anda tinggal menemaninya membaca sambil Anda juga membaca buku favorit Anda.

8. Dramatisasi buku yang Anda baca
Ubahlah cara baca Anda ketika anak Anda kurang atau tidak tertarik dengan buku yang Anda bacakan untuknya. Tambahkan kosakata dan kalimat yang menarik dan dramatisasilah cerita yang sedang Anda bacakan, caranya dengan gerakan-gerakan tubuh, mimik muka dan intonasi suara. Anak-anak akan tertarik.[http://baitijannati.wordpress.com/2011/01/19/menjadikan-keluarga-gemar-membaca/]

Apa yang Dicari Telah Jumpa...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi, Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai.

Jemputan ke Majlis Tautan Hati
Shira dengan pilihan hatinya Ridwan 
pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432H

kadkahwinborong

Doa untuk kedua mempelai 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Jadikanlah Rumahtangga Kedua Mempelai Ini Mohd Ridwan & Shahirahtul Hazwani Seindah Rumahtangga Adam A.S Dan Hawa. Setabah Ibrahim A.S Dan Hajar, Sebahagia Yusuf A.S Dan Zulaikha, Sesetia Sulaiman A.S Dan Balqis, Dan Sesuci Muhammad S.A.W Dan Khadijah, Murahkanlah Rezeki Mereka Dan Kurniakanlah Zuriat Yang Beriman Dan Beramal Soleh, Semoga Kehidupan Mereka Dipenuhi Al-Mawaddah Dan Ar-Rahman Di Dunia Dan Di Akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin

A Boy named Salman Al-Farisi Al-Kelantani

Dengar ini dulu dan nilai sendiri.


Apa pandangan anda semua tentang bacaan budak lelaki ini? Subhanallah. Tidak mampu nak kata apa-apa.  Antara komen untuk beliau, "SubhanaAlllah... This is unspeakable.. So great... I don't know what to say except, SubhanaAllah!! TAKBIR!!!" 

Maka, saya ingin hadirkan sebuah perjalanan kisah hidup yang saya lalui pada malam ramadhan ke-15. MasyaAllah..

Kami sekeluarga berbuka puasa di rumah nenek saudara. Berbuka dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan. Terlalu banyak makanan tapi Alhamdulillah, habis juga semuanya dimakan oleh sanak saudara. Usai berbuka, kami solat Maghrib berjemaah. Siapa imamnya?

Bukanlah seorang tua.
Bukan juga seorang dewasa.
Bukan juga seorang tahfiz apatah lagi imam hebat.
Namun, seorang budak lelaki meningkat usia baligh.
Seorang lelaki mumaiyyiz.
Suaranya telah didengar oleh orang per orang.
Maka, diberikan Allah kekuatan padanya untuk menjadi imam.
Itulah dia,
Salman Al-Farisi Al-Kelantani.
Budak 12 belas tahun merangkap adik sendiri.
^_^

Bukan nama sebenar tapi gelaran yang diberi kerana mengikut sirah dan juga sejarah kelahirannya. Bukan saya bermaksud ingin berbangga apatah lagi ingin menunjuk-nunjuk tapi untuk peringatan sendiri. Subahanallah.

Tidak pernah kuduga, dia mampu melaksanakan. Syabas!!. Allahuakbar. Hopefully my brother (Salman Al-Farisi Al-Kelantani.) will be like Muhammad Taha al Junayd in the future.. Ameennn...

Khas Buat Bakal-bakal Mahasiswa/i

Assalamualaikum wbt,

Setelah banyak entri tentang hati dan perasaan di belog ini, tiba masanya untuk kita bercerita sesuatu yang serius. Saya kira ia sangat serius kerana melibatkan duit dan juga hak. Siapa yang pernah mendapat tawaran masuk Universiti, pasti tahu keadaan ini. Keadaan apa?

Inilah dia.

Apabila surat tawaran masuk U tiba di rumah yang dihantar Encik Posmen, pasti di dalam surat tersebut terselit sehelai cek bernilai RM1,500. Cek tersebut adalah wang pendahuluan pembiayaan oleh PTPTN untuk pelajar. Siapa yang depositkan cek tersebut, maka dia terikat dengan PTPTN secara tidak langsung dan langsung. Saya rasa, ramai di kalangan kita yang tidak berduit pasti akan depositkan cek tersebut dan mengatakan bahawa, "bagusnya PTPTN nih kan. Tengah takde duit nilah depa tolong." Kita yang mendengar nih pun akan terikut-ikut jejak kawan kita yang telah depositkan cek tersebut. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Saya akui, bukan mudah nak belajar di U kerana yuran pendaftaran pun dah 2 ribu lebih. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan macam saya nih, jalan terakhir mestilah mengambil bantuan yang telah PTPTN berikan tanpa berfikir panjang. Tapi adakah itu sahaja jalan penyelesaiannya? TIDAK! Katakan tidak pada PTPTN! Hehehe. Mari kita baca kenapa mesti TIDAK! bukannya Ya!..
PUTRAJAYA 10 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT. "Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia," katanya hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. - BERNAMA

Sumber : Utusan Online, 11/08/2011


Pendidikan merupakan salah satu hak asasi umat yang perlu disediakan oleh negara. Negara wajib menyediakan kemudahan pendidikan bermula daripada pendidikan asas sehinggalah ke pengajian tinggi. Bantuan pendidikan bukan sekadar membayar gaji guru, pensyarah dan menyediakan kemudahan prasarana moden tetapi ia juga termasuklah membekalkan segala keperluan termasuk alat-alat dan pakaian kepada pelajar yang memerlukan. Jadi, bantuan pendahuluan sebanyak RM1500 itu dilihat hanyalah sekadar ‘gula-gula’ yang ingin menutup mulut rakyat yang sudah muak dengan segala penyelewengan dan korupsi melibatkan jutaan ringgit yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan baik daripada peringkat bawahan sehinggalah kepada kepimpinan tertinggi. Lebih malang lagi, bantuan permulaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu bakal memerangkap bakal mahasiswa dengan bebanan hutang puluhan ribu ringgit setelah mereka menamatkan pengajian kelak. Ini adalah kerana hakikat sebenar “bantuan” yang disalurkan oleh PTPTN itu sebenarnya merupakan suatu “pinjaman” berbayar yang akhirnya menjerumuskan para pelajar ke kancah dunia riba. Sikap para pemerintah kapitalis yang sering mengambil kesempatan ke atas rakyat dengan melakukan ‘perniagaan’ merupakan hal yang amat bertentangan daripada ajaran Islam.

Di zaman kegemilangan Islam, pusat- pusat pendidikan serta penyelidikan tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Pusat- pusat ini bukan sahaja menyediakan kemudahan pendidikan secara percuma dan canggih kepada warganegara daulah Islam, tetapi juga mampu menarik para pelajar dari luar. Contohnya di zaman Kekhilafahan Abasiyyah, kota Baghdad dan Andalusia merupakan kota ilmu yang banyak melahirkan ulama dan ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al Khawarizmi, Al Biruni, Al Razi dan ramai lagi. Malah, dari sinilah cahaya Islam menerangi penduduk Eropah yang masih berada di dalam Zaman Kegelapan ketika itu. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi negara untuk memastikan keperluan umat ini dipenuhi dan dipelihara dengan cara yang terbaik dan bukannya secara ala kadar umpama ‘melepas batuk di tangga’! Wallahu a’lam.
Nota : tentang hak pendidikan akan diulas kemudian jika berkesempatan, InsyaAllah.

Kini Luahan Hati

Apa yang kita fikir tak sama dengan orang lain fikir.
Apa yang orang lain rasa tak sama dengan apa yang kita rasa.
Apa yang kita tulis tak sama dengan orang lain tulis.

Apa yang orang lain rasa betul tak sama dengan kita yang rasa kurang betulnya.
Apa yang kita rasa silap tak sama dengan orang lain rasa silapnya.
Apa yang orang lain luahkan tak sama dengan kita luahkan.

Apa yang kita cakap tak sama dengan orang lain cakap
biarpun isinya mungkin sama.

Kita adalah kita. Orang lain adalah mereka. Berbeza.


Hari Tanpa Kata - Moreh

Makan bihun goreng buatan Ummi.
Satay dan cucur udang.
Pizza Pah.
Delicious pizzas. Nyummy.
Nota : Bila sudah berterawih, moreh sedap-sedap,bila dietnya? Huuu

Suratku Kepada BOSSKu Menjelang RAMADHAN AL-MUBARAK


Salam Ramadhan kepada semua kakitangan ******* Sdn Bhd. Sekali lagi saya dengan penuh rasa hina dan rendah diri pada tahun ini ingin menjelaskan pendapat saya berkenaan pemberian ini. Saya dengan penuh rasa hormat terhadap Pihak Atasan ******** Sdn Bhd ingin menegaskan pendirian saya berkenaan hal ini.

Haram hukumnya seseorang pegawai menerima hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatannya. Jawatan di sini adalah bermaksud setiap orang yang mempunyai autoriti menentukan sesuatu kepentingan umum tertentu. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/334; Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 119). Banyak dalil-dalil yang menegaskan haramnya pegawai menerima hadiah. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa Nabi SAW bersabda,“Hadiah-hadiah yang diberikan kepada para pemimpin adalah harta khianat (hadaya al-umara` ghulul).” (HR Thabrani dalam Al-Awsath no 5126. Dalam Majma’ Az-Zawaid Juz IV/151 Imam Al-Haitsami berkata,”Sanad hadis ini hasan”).

Diriwayatkan daripada Buraidah ra bahawa Nabi SAW bersabda,”Barangsiapa yang telah kami lantik untuk melakukan sesuatu tugas, lalu dia telah kami beri gaji, maka apa sahaja yang diambilnya selain daripada gaji adalah harta khianat (ghulul).” (HR Abu Dawud no 2554. Hadis sahih, lihat Nasiruddin Al-Albani, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, Juz I/191).
Diriwayatkan daripada Abu Hamid As-Sa’idi ra bahawa Nabi SAW pernah mengutuskan Ibnu Lutbiyah untuk mengumpulkan zakat dari Bani Sulaim. Setelah menyelesaikan tugasnya, Ibnu Lutbiyah berkata kepada Nabi SAW,”Ini zakat yang saya kumpulkan, saya serahkan kepada anda. Manakala ini adalah hadiah yang diberikan orang kepada saya.” Maka Nabi SAW bersabda,“Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari no 6464).

Imam Taqiuddin An-Nabhani menjelaskan,”Ketiga-tiga hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa hadiah yang diberikan kepada pegawai yang melaksanakan tugas umum adalah haram, baik yang diberikan sama ada sebelum dia melaksanakan polisi tertentu ataupun sesudahnya, atau diberikan kerana dia adalah pemegang polisi dalam urusan tertentu, atau diberikan kerana dia adalah orang yang berpengaruh yang rapat dengan pemerintah. Semuanya adalah haram.” (Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338).

Yang dikecualikan daripada keharaman ini adalah  hadiah kepada pegawai yang diberikan bukan kerana tugas atau jawatannya. Contohnya kerana hubungan peribadi antara seseorang dengan pegawai sejak sebelum dia menjadi pegawai, sehingga telah terbiasa memberi hadiah. Hadiah seperti ini boleh (mubah) hukumnya. Dalilnya sabda Nabi SAW di atas, “Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari). Daripada hadis ini, dapat ditarik pemahaman yang sebaliknya yang tersirat (mafhum mukhalafah), yakni kalau hadiah itu datang kepada seseorang sedangkan ia duduk-duduk sahaja di rumah ayahnya atau ibunya, maka hadiah itu dibolehkan. Ertinya, jika hadiah itu diberikan tidak mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatan, hukumnya boleh (mubah). Maka jika kita sudah terbiasa memberi hadiah kepada seseorang sebelum dia menjadi pegawai, maka jika suatu hari dia menjadi pegawai, kita tetap dibolehkan untuk memberinya hadiah. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338).

Jadi, saya sekali lagi dengan penuh rendah diri dan hormat pada Tuan dan ingin juga pihak tuan memahami dan menghormati pendirian saya berkenaan pemberian ini. Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini samada melihat apatah lagi memberikan kepada pihak-pihak berkenaan.  Sekiranya wakalah ini menyebabkan pihak tuan tidak merasa selesa maka saya dengan ini menyusun seribu kemaafan dan saya sedia terima akibat walaupun di buang kerja.

Ini kerana islam bukan hanya menekankan aspek solat,puasa,zakat dan haji sahaja tapi ianya meliputi seluruh tatacara bermuamalat dengan manusia. Kerana telah jelas di dalam hadtih rasulullah saw berkenaan orang yang beribadah tapi MUFLIS DI AKHIRAT DAN TEMPATNYA DI NERAKA.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab:  "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat,  sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

Wallahu a’lam. 

P/s: INI JUGA DI TUJUKAN KEPADA YG BUKAN BOSS TP BERIA BENOR LA NAK BAGI KURMA(KONON), HAMPER HARI RAYA DAN SEANGKATAN DENGANNYA KEPADA PEGAWAI2 ATASAN OR SAPE2 LA YG KORANG AGAK LEH DPT PROJEK. TP BERSEDIALAH DI ISYTIHARKAN BANKRUP DI AKHIRAT KELAK.

Sumber : kawan FB

Bila Rindu Menyapa

Assalamualaikum wbt,

Saya mulakan entri petang yang nyaman ini dengan serangkap lirik lagu.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Pasti anda tahukan lagu nasyid ini? Rindu oleh Hijjaz. Kenapa mesti lagu ini? Semalam ada seorang blogger wanita yang saya tidak pernah kenal raut wajahnya menyapa saya dengan satu mesej, "salam..lama xdgr kabar ^_^"

See.. Rindu tiba-tiba menyapa. Menyapa siapa? Samada dia atau saya, yang pasti ikatan ukhwah sudah terjalin antara kami. InsyaAllah. Semoga ukhwah persaudaraan ini akan berkekalan dan direalisasikan di alam realiti.

Indahnya ukhwah yang berasaskan akidah Islam.. Selepas ini, akan lebih keraplah bertanya khabar ye, Mel? ^_^

Italy Burqa Ban: Muslim Veil Law Passes Parliamentary Commision

ROME -- An Italian parliamentary commission on Tuesday approved a draft law banning women from wearing veils that cover their faces in public.

The draft passed by the constitutional affairs commission would prohibit women from wearing a burqa, naqib or any other garb that covers the face in such circumstances. It would expand a decades-old law that for security reasons prohibits people from wearing face-covering items such as masks in public places.

Women who violate the ban would face fines of euro100 to euro300, while third parties who force women to cover their faces in public would be fined euro30,000 ($43,000) and face up to 12 months in jail.

Italy, an overwhelmingly Catholic country with a small Muslim minority, is the latest European country to act against the burqa. France and Belgium have banned the wearing of burqa-style Islamic dress in public, as has a city in Spain. The Belgium law cited security concerns.

The Italian law was sponsored by Souad Sbai, a Moroccan-born member of Premier Silvio Berlusconi's conservative Freedom People party, who said she wanted to help Islamic women better integrate into Italian society.

"Five years ago, no one wore the burqa (in Italy). Today, there is always more. We have to help women get out of this segregation ... to get out of this submission," Sbai said in a telephone interview. "I want to speak for those who don't have a voice, who don't have the strength to yell and say, 'I am not doing well."

According to some estimates, 3,000 women in Italy cover their faces with veils, she said, adding that many of them are forced to do so.

However, the spokesman of an Islamic group said banning the Islamic veil "is unjust and touches individual liberty."

"This topic continues to be a sort of criminalization and media dramatization. In Italy, there aren't even 100 women who wear the niqab, and not even one who wears the burqa," Roberto Hamza Piccard, spokesman for the Union of Islamic Communities in Italy, was quoted by the news agency ANSA as saying. He said such a ban would isolate devout Muslim women, who would not be able to leave their homes.

ANSA said the main opposition party voted against the law. The draft will be forwarded after the summer recess to parliament, where Berlusconi's governing coalition has a narrow majority.

The preliminary approval was welcomed by lawmaker Barbara Saltamartini, vice president of the Freedom People party caucus in the lower house.

"Final approval will put an end to the suffering of many women who are often forced to wear the burqa or niqab, which annihilates their dignity and gets in the way of integration," Saltamartini said in a statement.

Source : huffingtonpost.com

Muslim Ramadhan vs Muslim Sejati

Tak puasa: Sarawak mahu kenakan denda lebih berat

KUCHING 3 Ogos - Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.

"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini. - Bernama

Sumber : Utusan Online, 03/08/2011

Muslim Ramadhan vs Muslim Sejati

Puasa Ramadhan merupakan satu kefardhuan yang telah disyariatkan oleh Allah. Ia merupakan sebahagian daripada rukun Islam yang lima. Bagi yang sengaja meninggalkan puasa, mereka wajib dikenakan hukuman takzir oleh negara. Di kala undang- undang kufur diterapkan pada masa ini, kita dapati ramai yang sengaja mengabaikan syariat Islam. Malah lebih teruk sekiranya yang tidak berpuasa itu dengan senang lenang makan dan minum di khalayak ramai. Bagi pihak seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini, mereka boleh melakukan tangkapan kepada sesiapa yang tidak berpuasa dan makan serta minum di khalayak ramai. Namun begitu, persoalannya adalah, kenapa ia tidak dilaksanakan bagi kesalahan – kesalahan lain seperti tidak menutup aurat, kewujudan premis- premis maksiat yang bebas beroperasi serta konsert- konsert maksiat berskala antarabangsa yang bebas dan banyak dijalankan di Sarawak? Apa yang pasti, semua ini akan bterus berlaku sekiranya undang- undang yang dilaksanakan bukan syariat Islam. Undang- undang yang ada, bukan sahaja tidak melahirkan umat yang bertakwa, malah ia juga memberi ruang kepada pelaku maksiat untuk bermaharajalela. Selain itu, undang- undang yang ada (yang lahir dari sistem demokrasi) hanyalah bertindak untuk menghukum dan bukannya mendidik agar manusia menjadi insan yang bertakwa.

Selain itu, umat yang ada tidak dipupuk dengan kesedaran Islam dan ini menjadikan mereka lebih jauh dari syariat Islam. Malah keadaan menjadi lebih buruk sekiranya mereka sekadar memiliki nama sebagai seorang Islam, tetapi setiap tindak tanduk perbuatan mereka tidak diikat oleh aqidah Islam. Dalam konteks menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mereka ini akhirnya hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga.

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Hakikatnya, kenikmatan bulan Ramadan dan Islam hanya akan dapat dikecapi sekiranya Islam diterapkan secara syumul dalam kehidupan. Namun, sekiranya pemimpin yang ada adalah pemimpin yang khianat serta merompak hak rakyat dan tidak menerapkan Islam, bagaimana mungkin kenikmatan ini dapat dikecapi? Janganlah kita hanya sekadar menjadi “Muslim Ramadhan” dan bukannya muslim sejati yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Ayuh, bersama-samalah kita melakukan perubahan untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan bernegara dengan penegakan syariat Islam dan Khilafah. Wallahu a’lam.

Sumber sini ye.

Segmen Wanie: Doodle Raya Free

Semenjak dua menjak nih, saya rasa sangat meng'gila' dengan doodles walaupun bukan buatan sendiri. Adalah dalam 2 blogger yang telah sudi membuat doodles saya. Semuanya cantik-cantik dan comel-comel. Saya sangat suka dan jatuh hati. Anyway, siapa nak doodles FREE for raya?? Sila klik banner di bawah. Pasti mengujakan. Hehehe.


Kata Wanie, dalam entry kena ada:
a) Warne doodle (maksimum 3 warne) - Jadi saya nak warna hitam dan kuning.. Boleh ke ye nak baju jenis jubah dress (hitam), ada corak simple di bahagian kaki dan hujung tangan (kuning)? Bertudung kuning.
b) Name korang - Shira Shafrida
c) Aksesori kat tangan doodle-biar bersesuaian dengan tema raya ye (kalau taknak aksesori pun boleh) - nak ke ye? Ermmm.. Tak perlulah.


Tapi INGAT tau..

Tarikh Tutup SEGMEN: 11.59 malam (7 Ogos 2011)

Cepat sebelum terlambat.. =)

Dari Abu Dhabi ke Kampung Kenangan

3 hari sudah berlalu. Kerja makmal tergendala gara-gara nak selesaikan hal yang akan berlaku Syawal 1432H nanti, InsyaAllah. Hari pertama, urusan pakaian diselesaikan. Semalam tiada apa-apa yang dapat dilakukan kerana kekangan waktu dan sumber manusia itu sendiri. Dan hari ketiga iaitu hari ini, urusan sepatutnya dapat dibereskan semalam, selamat diselesaikan sebelum zuhur tadi, alhamdulillah. Apa yang penting, kerjasama pihak yang membantu amatlah besar ertinya kepada saya dan keluarga.

Mengapa Abu Dhabi?


Mesti ramai yang tahu bahawa Abu Dhabi merupakan modal dan bandar kedua terbesar di Emirates Arab Bersatu (UAE). Ia juga salah satu daripada pengeluar minyak terbesar dunia dan telah secara aktif cuba untuk mempelbagaikan ekonomi dalam tahun-tahun kebelakangan ini melalui pelaburan dalam perkhidmatan kewangan dan pelancongan. Kalau nak tahu maklumat lanjut, boleh search Google je. Saya nak tolong susun ayat bagi semua faham, macam lambat je nanti entri ini akan diterbitkan. hehehe

Cuma apa yang nak dikongsikan di sini cuma situasi di Abu Dhabi sahaja. Apa yang saya dengar melalui seorang warganegara Malaysia yang bekerja di sana. Seronok agaknya ye bekerja di sana. Berbulan-bulan baru balik Malaysia sebab kumpul duit. Hehehe. Takdelah, gurau sahaja. Apa yang penting adalah pengalaman yang ditimba semasa berada di sana kan. Mari kita mulakan dengan kepelbagaian penduduknya okeyh. Menurut orang itu, local citizens susah nak jumpa sebab yang ramainya orang-orang sekitar Abu Dhabi dan juga orang putih. Kiranya, local people nih bekerja sebagai Land Lord lah sebab buruh-buruh kebanyakan orang-orang Pakistan, India dan seangkatan. Kalau ikut analisis yang saya lupa daripada siapa, penduduk asli Abu Dhabi hanyalah 3% kalau tak silap saya. Yang lain-lain adalah penduduk luar Abu Dhabi.

Kalau diikutkan iklim, Abu Dhabi nih bersuhu panas yang amat. Kiranya lebih kurang tanah gersang seperti padang pasir. Kalau hujan turun, setakat 5-10 minit je. Itupun hujan rintik-rintik, takde hujan lebat-lebat berjam-jam macam kat Malaysia nih. Kalau musim tengkujuh kat Malaysia, boleh banjir kan. Bayangkanlah hujan yang sedikit di tanah yang gersang lagi panas membahang.

Sungguhpun tanah gersang nan panas, terdapat juga kawasan yang redup lagi damai. kalau kita ke timur Abu Dhabi, ada 'Oasis City' Al-Ain yang terletak berhampiran sempadan Oman. Tujuh oasis yang mengelilingi Al Ain (bermaksud musim bunga) dan air yang turun dari gunung trickles dengan berpandukan kepada sistem pengairan tradisional 'falaj' untuk menyirami kebun sawit dan kurma yang padat dalam oasis.

Palm Island, Dubai
Kalau kita search kat Google Images, kita akan lihat betapa majunya Abu Dhabi ini. Contohnya, Palm Island, Dubai. Namun kita jangan terpedaya dengan panahan mata yang selalunya menipu iman kita. Cuba buat kajian mengenainya dan juga negara-negara umat Islam yang diwar-warkan sebagai negara maju. Adakah ini sesuatu yang benar? Anda mesti mengkajinya dengan pemikiran yang jernih beserta iman. Jangan kaji sesuatu mengikut hawa nafsu kita okeyh.

Dan kenapa Kampung Kenangan?

akan bersambung seketika nanti.. hehehe. Selamat Berbuka Puasa, kawan-kawan. =)

New Buffered Earnings - Proton Saga CVT LB

Proton Saga CVT LB

Mungkin rezeki bulan Ramadhan.

Kalau terasa nak klik ke apa, sila-silakanlah ye. Jangan malu, jangan segan.

Thanks, nuffnang. Melalui anda, rezeki saya. Syukran ya Allah!.

Entri pendek sahaja. Mungkin selepas ini akan berkongsi Diari Ramadhan yang terakhir sebagai tettttt, InsyaAllah.. ;)
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat