Sumber : Utusan Online, 18/08/2011
Di kala umat Islam di Malaysia
“berpesta” membeli juadah untuk berbuka di bazaar- bazaar Ramadhan yang
tumbuh umpama cendawan selepas hujan di bulan puasa ini, lain pula
keadaannya di Somalia. Saudara se-aqidah di sana dalam keadaan kebuluran
dan ramai yang terdedah kepada pelbagai penyakit kerana ketiadaan
makanan yang mencukupi. Lebih menyedihkan, di bulan yang mulia ini,
mereka seolah-olah ‘berpuasa’ sepanjang masa – mereka tidak berbuka dan
tidak bersahur! Lebih buruk, keselamatan mereka turut terancam dengan
kejadian rogol yang berlaku setiap hari! Apakah kita tidak merasa kecewa
sedikitpun atas apa yang berlaku di Somalia? Di mana dalam masa yang
sama, kita sering membuang makanan yang tidak habis kerana terlalu
serakah membeli juadah berbuka!! Apakah para pemimpin kita merasa selesa
dan bangga mengagihkan bubur lambuk di masjid- masjid tetapi tidak
berbuat apa-apa untuk menyalurkan makanan serta bantuan kepada saudara
se-aqidah kita di Somalia? Tidakkah para pemimpin umat Islam merasa
terpanggil untuk menyelesaikan masalah umat Islam ini dengan segera??
Mungkin ada yang merasa mereka perlu berbuat sesuatu….namun apa yang berlaku cumalah mesyuarat demi mesyuarat. Setiap kali krisis ke atas umat Islam berlaku, setiap kali itulah mereka akan membuat mesyuarat tergempar atas platform OIC. Meskipun begitu, hasilnya tetap sama – pelbagai masalah umat Islam masih tidak dapat diselesaikan. Sekiranya kita menelusuri masalah ini, kita akan dapati beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku.
Pertama, hilangnya rasa persaudaraan se-aqidah sekelompok umat Islam terhadap kelompok umat Islam lain kerana wujudnya sifat wathaniyyah (nasionalisme) yang telah ditanam oleh penjajah umat Islam. Walhal, sifat ini merupakan suatu yang diharamkan oleh Islam. Mereka merasakan apa yang berlaku di Somalia adalah masalah “warganegara” Somalia dan bukannya masalah umat Islam bersama. Malah yang lebih teruk lagi sekiranya ada yang boleh menyatakan “rasa syukur” kerana apa yang berlaku di Somalia tidak berlaku di Malaysia! Subhanallah!!
Kedua, tiadanya pemimpin umat Islam yang akan melindungi dan memastikan kebajikan, keselamatan serta keperluan asas umat Islam di seluruh penjuru dunia ini terpenuhi. Ini berbeza situasi ketika Umar al-Khattab memerintah umat Islam. Dalam menanggapi masalah kebulurun di Madinah pada era pemerintahannya, beliau dengan segera menyalurkan bantuan bekalan makanan yang dibawa masuk ke Madinah dari wilayah-wilayah lain seperti dari Mesir dan Syria. Pada masa yang sama, perbendaharaan negara dibelanjakan untuk membeli dan menyediakan makanan kepada penduduk Madinah.
Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz pula, Ibnu Abdil Hakam meriwayatkan, Yahya bin Said, seorang petugas zakat pada masa itu berkata, "Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya." [Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59]. Inilah kesan daripada pelaksanaan Islam oleh pemerintah yang amanah seperti para khalifah sebelum ini yang memakmurkan bumi Afrika daripada kebuluran.
Ketiga, inilah salah satu daripada kerosakan yang disebabkan oleh kapitalisme di negeri kaum muslimin. Sistem kapitalisme tidak memberi kebahagiaan kepada manusia tetapi ia datang dengan segala bentuk kerosakan sebagaimana yang berlaku di Somalia ini. Kerosakan ini tidak akan berhenti begitu sahaja, melainkan sekiranya ada usaha dari kaum muslimin untuk berubah dari situasi buruk ini kepada kehidupan Islam yang akan menjamin kesejahteraan umat manusia.
Wahai kaum Muslimin! Sampai bilakah kita masih berharap kepada pemimpin umat Islam yang membisu akan kesengsaraan saudara-saudara kita ini? Sampai bilakah kita masih menaruh harapan kepada mereka untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda kita pada masa ini? Apakah kita masih sanggup berdiam diri melihat pengkhianatan mereka ke atas umat yang mulia ini? Semoga apa yang berlaku di Somalia ini akan menjadi momentum bagi kita untuk melakukan perubahan ke arah penerapan Islam yang kaffah (sempurna) oleh negara ditengah- tengah umat. InsyaAllah, dengan itu rahmat Allah akan memayungi kita. Wallahu a’lam.

alahai...
ReplyDelete