Muslim Ramadhan vs Muslim Sejati

Tak puasa: Sarawak mahu kenakan denda lebih berat

KUCHING 3 Ogos - Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.

"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini. - Bernama

Sumber : Utusan Online, 03/08/2011

Muslim Ramadhan vs Muslim Sejati

Puasa Ramadhan merupakan satu kefardhuan yang telah disyariatkan oleh Allah. Ia merupakan sebahagian daripada rukun Islam yang lima. Bagi yang sengaja meninggalkan puasa, mereka wajib dikenakan hukuman takzir oleh negara. Di kala undang- undang kufur diterapkan pada masa ini, kita dapati ramai yang sengaja mengabaikan syariat Islam. Malah lebih teruk sekiranya yang tidak berpuasa itu dengan senang lenang makan dan minum di khalayak ramai. Bagi pihak seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini, mereka boleh melakukan tangkapan kepada sesiapa yang tidak berpuasa dan makan serta minum di khalayak ramai. Namun begitu, persoalannya adalah, kenapa ia tidak dilaksanakan bagi kesalahan – kesalahan lain seperti tidak menutup aurat, kewujudan premis- premis maksiat yang bebas beroperasi serta konsert- konsert maksiat berskala antarabangsa yang bebas dan banyak dijalankan di Sarawak? Apa yang pasti, semua ini akan bterus berlaku sekiranya undang- undang yang dilaksanakan bukan syariat Islam. Undang- undang yang ada, bukan sahaja tidak melahirkan umat yang bertakwa, malah ia juga memberi ruang kepada pelaku maksiat untuk bermaharajalela. Selain itu, undang- undang yang ada (yang lahir dari sistem demokrasi) hanyalah bertindak untuk menghukum dan bukannya mendidik agar manusia menjadi insan yang bertakwa.

Selain itu, umat yang ada tidak dipupuk dengan kesedaran Islam dan ini menjadikan mereka lebih jauh dari syariat Islam. Malah keadaan menjadi lebih buruk sekiranya mereka sekadar memiliki nama sebagai seorang Islam, tetapi setiap tindak tanduk perbuatan mereka tidak diikat oleh aqidah Islam. Dalam konteks menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mereka ini akhirnya hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga.

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Hakikatnya, kenikmatan bulan Ramadan dan Islam hanya akan dapat dikecapi sekiranya Islam diterapkan secara syumul dalam kehidupan. Namun, sekiranya pemimpin yang ada adalah pemimpin yang khianat serta merompak hak rakyat dan tidak menerapkan Islam, bagaimana mungkin kenikmatan ini dapat dikecapi? Janganlah kita hanya sekadar menjadi “Muslim Ramadhan” dan bukannya muslim sejati yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Ayuh, bersama-samalah kita melakukan perubahan untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan bernegara dengan penegakan syariat Islam dan Khilafah. Wallahu a’lam.

Sumber sini ye.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat