Hari ini mari kita bercerita santai. Tiada isu sensitif tapi hanya luahan dan pendapat saya sahaja okeyh.
Sudah malam Ramadhan ke-29. Adakah amalan kita semakin meningkat? Semakin pantas dan banyak beribadat serta membuat pahala? Atau semakin fikirkan segala persiapan raya? Semoga apa juga yang kita lakukan, apa yang kita fikirkan, mestilah berlandaskan syariat Islam dan hukum syarak.
Ermm.. Lama rasanya blog ini sepi dengan perkongsian berguna apatah lagi untuk membangkitkan pemikiran kita sebagai umat Islam. Apabila dibelek-belek kembali post-post sekitar tahun 2010-2011, rasanya banyak sangat post yang mengarut dan entah apa-apa.. Malu rasanya kepada dua muslimah remaja yang berpengetahuan luas ini dan ini serta lelaki muda yang berani ini.
Terlalu banyak kekurangan diri ini yang menjadi punca kemeruduman penulisan berguna. Seingat saya, pertaruhan blog ini dibina adalah untuk menyampaikan apa yang haq dan membetulkan yang bathil. Hanya itu. Dek kerana arus arena blog yang semakin laju dilanda kegilaan, maka entah apa-apa sahaja entri ditulis asalkan ber'update'. Dahsyat sungguh pemikiran saya yang sebegini.
Saya bukannya apa kerana setiap kali sign in to blogger.com, mesti buat new post. Ada sahaja idea seciput yang hendak dikongsikan bersama pembaca tentang kehidupan sehari-hari. Tetapi baru menaip beberapa huruf, saya sudah kebuntuan idea untuk mengarang. Lantas, saya save dan close. Hampir setiap hari begitu. Penyudahnya, saya buat entri karutan sahaja sebab lebih mudah tanpa perlu idea yang bernas. Cukup sekadar 'pas-pasan' saja, kata orang seberang. Huhuhu.
Setelah banyak komen-komen daripada orang-orang terdekat, maka satu keputusan telah dibuat. Semoga ia demi kebaikan bersama. Saya tidak mahu terikut-ikut trend blogger sekarang terutamanya yang muda mudi serta masih mentah dalam arena blog. Ya Allah! Jangan biarkan hatiku berbolak-balik. Biarkan isinya sedikit, asalkan sangat berguna dan memberi kesan kepada yang membaca, InsyaAllah.
Memandangkan mood raya juga semakin menghampiri, biarlah ia menjadi penamat buat entri-entri mengarut dan sebagai permulaan kepada diri saya yang baru serta entri yang segar. Bukan baru apa, baru dari segala hiburan dan perkara-perkara duniawi yang tidak berkesudahan sekiranya tidak ditamatkan.
Owh ya tajuk juga sudah ber'mood' raya dan doodle, kad raya telah diberikan dan telah ditunjukkan beberapa hari lepas. Anda dah tengok? Kalau belum, silalah cepat-cepat tengok ya. Juga telah menjadi kegilaan ramai blogger terutamanya blogger muda serta belasan tahun untuk membuat doodle sendiri sehinggakan ada yang mengaku sendiri punya sedangkan pembuatnnya tahu dia menipu. Sana sini duk sibuk pasal doodle. Saya juga ada doodle walaupun bukan buat sendiri tapi itu menunjukkan saya. Semua orang kenal.
From Mel Amalina. |
Daripada FLS. |
From Mel Amalina. |
From Tengku Puteri. |
From Amar Amirah Radzi. |
From Amar Amirah Radzi. |
From Amar Amirah Radzi. |
Bersempena dengan Idulfitri yang bakal menjelma lusa atau tulat, adalah lebih baik kita membaca maklumat ini Rukyah atau Hisab (Astronomi)? terlebih dahulu. Semoga ia dapat mencerahkan pemikiran kita, InsyaAllah.
Sebelum saya menutup tirai Ramadhan 1432H sebagai seorang single, insyaAllah saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesilapan saya selama ini, samada yang nampak ataupun tidak, yang jelas ataupun samar-samar.
Akhir sekali, Selamat 'Berkonvokesyen' kepada sesiapa yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Ramadhan... tarikh konvokesyen adalah pada 1 Syawal 1432H insyaAllah bersamaan 30 Ogos 2011... Antara subjek yang perlu lulus dgn cemerlang adalah:
PZB001-Puasa Zahir Batin
QIA002-Qiamulail
TRW003-Solat Terawih
TDA004-Tadarus AlQuran
Anda ada masa 1 hari lagi untuk menamatkan pengajian... insyaAllah.. semoga berjaya..! :)
Nota: Doakan saya!
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)