Wanita Muslimah Dipaksa Membuka Hijab

Wanita Muslimah dipaksa membuka hijab ketika di dakwa di Mahkamah membuktikan pengkhianatan Kerajaan Bangladesh ke atas Islam

Laporan akhbar, Pejabat media Hizbut Tahrir Bangladesh
Kerajaan Besar Persekutuan yang mengimani Sistem kufur, Demokrasi dan menjadi hamba kepada Barat telah mengambil tindakan keji dalam usaha menghapus serta melenyapkan Islam dari Negara mereka atas nama memerangi ‘keganasan’. Sebenarnya ia telah mengisytiharkan perang Salib ke atas Islam.” Jurucakap rasmi Hizbut Tahrir Bangladesh Fahmida Farhana Khanam berkata demikian dalam satu sidang media yang dikeluarkan hari ini sebagai reaksi terhadap isu penahanan tiga orang wanita Muslimah, di mana hijab mereka telah dibuka secara paksa ketika mereka di bawa ke mahkamah untuk di dakwa dan ditahan reman pada 15 Julai 2009 di atas tuduhan bersekutu dengan militan.

Beliau berkata bahawa perbuatan keji Kerajaan Bangladesh ini mencerminkan kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, “Tiada tempat untuk burka(tudung) di Perancis." Kerajaan mematuhi arahan tuan penjajah imperial mereka untuk menerapkan ideologi busuk Sekular Barat ini. Mereka membina laluan Bush, Pope Benedict, Geert Wilders dan Sarkozy. Dalam sebuah Negara yang mana lebih 90% dari penduduknya beriman kepada Islam, rakyatnya di reman dan di dakwa di mahkamah untuk ‘ jenayah’ mentaati Allah, memakai hijab dan berjambang atau menyimpan janggut.

Tambahan pula, sebelum menerajui tampuk pemerintahan, Sheikh Hasina berjanji kepada rakyat Bangladesh bahawasanya kerajaan pemerintahan beliau tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang menentang Islam. Namun demikian, kejadian di atas telah membuktikan sesungguhnya beliau adalah seorang penipu besar. Beliau sebenarnya menuruti jalan seorang pengkhianat dan Ejen keji Kuffar Barat, Mustafa Kamal yang mana, setelah memusnahkan Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H ( 3 Mac 1924 ), beliau telah menanggalkan hijab wanita Muslimah secara paksa di Turki bagi menjaga hati tuan-tuan imperialnya dan menerapkan sekularisme.

Fahmida Farhana Khanam juga mengingatkan umat-umat Islam yang mendokong dan menyeru kepada Demokrasi supaya mengambil ikhtibar dari kejadian ini. Inilah wajah buruk demokrasi. Demokrasi Barat tidak mempercayai apa-apa malah menentang agama. Adalah sesuatu yang sangat jelas di dalam Negara yang mengamalkan demokrasi, golongan Muslimin yang mentaati dan mematuhi hukum Syara’, akan di serang dan di hukum. Di dalam negara-negara maju pengemban Demokrasi seperti Perancis, Jerman, Denmark dan British, mereka telah melancarkan kempen keji secara besar-besaran terhadap hijab. Tambahan lagi, para wanita Muslimah telah di pukul malah di bunuh kerana memakai hijab. Kejadian-kejadian seperti ini membuktikan tiadanya tempat untuk Islam di dalam sesebuah Negara Demokrasi.

Di akhirnya, Fahmida Farhana Khanam berkata, pada masa lampau, Khalifah Mu’tasim Billah telah melancarkan jihad terhadap musuh-musuh Allah dalam mempertahankan maruah wanita Muslimah. Sebaliknya pada hari ini, Ejen Barat di negeri-negeri kaum Muslimin seperti pemerintahan Sheikh Hasina, telah menghina dan merendahkan martabat Muslimah. Beliau menyeru kepada semua Umat Islam untuk menolak Sistem kufur,Sekular Demokrasi ini and bersatu mara ke hadapan untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya Akidah dan kehormatan Kaum Muslimin akan di bela.

Fahmida Farhana Khanam
Jurucakap Rasmi Muslimah Hizbut Tahrir Bangladesh

Sumber : Khilafah.com

Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita


Assalamualaikum wbt. Sahabat-sahabat dijemput untuk menghadiri forum khas untuk muslimah yang bertajuk "Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita."

Butir-butir lanjut:
Tarikh : 2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pg -12 tgh hari
Tempat : Bilik Cempaka, Kompleks PKNS , Bangi
Anjuran bersama: Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dan Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia

Masuk adalah percuma.
Muslimah sahaja.

Merekalah Orang-orang Tua Itu!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap hari semakin bertambah ilmu saya tentang Farmasi. Semakin banyak yang saya pelajari berkenaan Farmasi, semakin banyak pendedahan yang dapat saya ketahui. Semakin mendalam saya ketahui realiti yang tidak pernah saya lihat, semakin saya merindui hadirnya sesusuk tubuh yang akan melindungi. Sesusuk tubuh yang akan memelihara, menjaga dan mementingkan keperluan serta kemashlahatan umat. Umat yang satu, samada tua, muda, lelaki, wanita, kanak-kanak dan yang lemah lagi ditindas. Semakin saya merindui hidup di bawah nauangan Daulah Islam. Semakin, semakin, semakin dan saatnya semakin hampir..

Pernahkah anda melihat orang tua melintas jalan seorang diri dengan bertongkat? Apakah perasaan anda apabila melihat orang tua? Adakah anda rasa kasihan? Simpati mungkin atau anda tidak rasa apa-apa? Jika anda tidak merasa apa-apa, maka anda bukan manusia kerana setiap manusia itu mempunyai 3 naluri iatu gharizah an-nau', gharizah at-taddayun dan gharizah al-baqa'. Perasaan kasihan kepada orang adalah terbit dari naluri an-nau' (baca: berkasih sayang) (hehehe).

Okey, kita berbalik kepada tajuk saya kali ini. Ketika saya menghadiri workshop Pharmaceutical Care hari selasa baru-baru ini, saya telah dikhabarkan tentang perlakuan penjaga sebuah rumah kebajikan orang-orang tua. Bagaimana mereka melayan orang-orang tua ini untuk diberi makan ubat, untuk diberi makan dan sebagainya. Kalau difikirkan sifat kemanusiaan, mereka (baca: penjaga) memang tidak memilikinya. Orang-orang tua itu dilayan seperti bukan manusia. Sungguh, ini juga bukan salah mereka. Mereka kekurangan kakitangan untuk membantu. Mereka terpaksa menguruskan lebih kurang 30 orang tua. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka memperlakukan orang-orang tua seperti itu. Memang bukan salah mereka. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Kepada siapakah jari ini harus dituding? Siapakah? Anak-anak orang-orang tua itu serta sistem kufur yang diterapkan pada hari ini.

Kenapa salah itu harus diletakkan di bahu anak-anak orang-orang tua itu? Kerana anak-anak ini tidak menjaga kebajikan kedua orang tua mereka. Apakah anak-anak ini tidak mampu menjaga dan memberi makan, pakai serta tempat tinggal kepada orang tua mereka? Kalau diikutkan realiti yang berlaku di Malaysia, kebajikan kedua orang tua tidak dijaga bukan kerana mereka tidak mampu tetapi mereka terlalu individualistik dan mementingkan kerjaya serta mengejar keduniaan yang tidak pernah bernoktah. Amat menyedihkan sekali sekiranya ibu bapa mempunyai anak-anak yang begini sikapnya.


Jika kedua orang tua atau salah satunya sudah berusia lanjut dan berada dalam pemeliharaan si anak, maka janganlah pernah si anak mengatakan perkataan yang menyakiti atau menyinggung perasaan mereka. Hal ini mungkin terjadi disebabkan keadaan manusia jika sudah memiliki umur lanjut seringkali bersikap seperti anak kecil yang kadangkala membuat hati orang lain termasuk si anak menjadi kesal dan marah. Kekesalan aterhadap orang tua yang sudah berusia lanjut tersebut tidak boleh menyebabkan si anak mengeluarkan perkataan yang menyakitkan atau membuat mereka tersinggung. Sebagai ganti dari ucapan itu maka ucapkanlah perkataan yang mulia, sekalipun tidak akan membuat mereka senang tetapi tidak menyakiti perasaan mereka. Seorang anak haruslah selalu mengingati koeadaan serupa yang dulu pernah dialami kedua orang tuanya mulai dari dalam kandungan, ketika dilahirkan, disusui, dirawat ketika sakit, dididik, dipenuhi segala keperluan anak-anak mereka, yang ke semunya itu jauh lebih sukar dan lebih hebat dari apa yang sedang dihadapi seorang anak saat ini terhadap orang tuanya.

Ini kerana Allah swt telah memerintah kita sebagai anak untuk berbakti kepada kedua orang tua. Firman Allah di dalam surah Al-Isra' [17] ayat 23;

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Seorang anak juga sepatutnya selalu mendoakan kedua orang tua, baik ketika masih hidup mahupun setelah mereka meninggal dunia. Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah saw mengatakan bahawa salah satu dari tiga amal manusia yang tidak akan pernah putus adalah anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya. Doa untuk kedua orang tua, di antaranya seperti yang disebutkan dalam surat Al-Isra’ [17] : 24 “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Dan kerana manusia mempunyai gharizah an-nau' serta disandarkan kepada gharizah at-taddayn kepada Allah, maka orang yang berlaku ihsan kepada manusia adalah orang yang ketika berhadapan dengan orang lain, yang dilihatnya hanyalah kemashlahatan orang lain dan tidak melihat untuk dirinya. Ketika berhadapan kepentingannya dengan kepentingan orang lain, dia lebih memilih mendahulukan kepentingan orang lain dan mengorbankan kepentingannya. Jika dia memerlukan sesuatu, dan pada masa yang sama orang lain juga memerlukannya, maka dia memilih untuk mendahulukan pemenuhan keperluan orang lain. Sehingga orang yang ihsan adalah orang yang memperlakukan orang lain lebih baik daripada perlakuan kepada diri sendiri.

Dan saya sebagai pelajar Farmasi yang telah memahami bahawa Islam merupakan akidah yang menyatukan bangsa, menyamatarafkan darjat serta memahami bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah melainkan ketakwaan individu, maka adalah tugas saya untuk memberi faham kepada rakan-rakan yang lain berkenaan ini.

Semalam, IPL (Integrated Pharmaceutical Learning) pertama saya bermula. Dan kes pertama itu adalah berkenaan wanita penghidap HIV/Aids. Jadi untuk entri yang seterusnya, saya akan menceritakan bagaimana penghidap HIV/Aids dilayan khususnya di Malaysia dan bagaimana Islam mengatur orang-orang sebegini. InsyaAllah.

Hati Manusia Jangan Ditebak!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hati manusia jangan ditebak!!!

Itulah kalimat yang sentiasa bermain-main di fikiran saya semenjak akhir-akhir ini. Ia semakin menikam sanubari saya apabila beberapa siri skenario persahabatan menggaggu jiwa saya. Iya, benar. Persahabatan yang dijalinkan kadang-kadang mengganggu jiwa dan hati saya. Kadang-kadang mengundang cemburu, sakit hati dan juga kadang-kadang rindu mencengkam.

Hipokritlah saya seandainya saya mengatakan bahawa saya sentiasa baik-baik dengan rakan-rakan hatta sahabat saya sendiri. Lidahkan lagi tergigit inikan pula hidup bermasyarakat, hidup bersahabat, bersahabat dengan yang dikasihi Lillah. Ya Allah, lemahnya saya menghadapi kerenah dan ragam manusia.

Bukanlah saya berniat ingin meluahkan apa yang tersirat di hati ini sejak berminggu-minggu yang lalu, tapi agar anda juga bisa melakukan apa yang telah saya lakukan. Lakukan apa yang saya lakukan agar persahabatan yang dijalinkan adalah Lillah semata-mata. Saya adalah seorang yang suka berkawan, berkawan dengan siapa sahaja yang sudi BUT MEN ARE NOT ALLOWED. Bila kita berkawan dan bersahabat, salah faham dan pergaduhan adalah asam garam kehidupan. Anda setuju dengan saya? Cepat angkat tangan. =)

Saya pernah bersekolah di merata-rata tempat, di banyak negeri, di banyak sekolah. Jadi, saya mempunyai ramai teman yang berlainan latar belakang dari yang pandai, kurang cerdik, kaya, sederhana, kurang kaya pun ada, sombong, peramah hinggalah yang beriya-iya nak berkawan dengan saya. (Sahabat ini adalah sahabat yang amat saya kasihi tanpa perlu dia ketahuinya.)

Sahabat inilah yang dulunya saya ketepikan. Sahabat inilah yang dulunya tidak saya pandang. Alangkah sombongnya saya dalam memilih sahabat. (p/s: Jangan ikut perangai saya yang ini.) Dia adalah sahabat yang sentiasa mengingati saya bila hari lahir saya tiba saban tahun. Dialah sahabat yang sentiasa bertanya khabar saya di pagi syawal setiap tahun. Syahdunya hati saya bila terkenangkan peristiwa beberapa tahun yang lepas yang terus membuatkan saya berfikir bahawa sahabat sejati bukanlah perlu dilafazakan. Dia sentiasa membuatkan saya berfikir bahawa dialah 'permata' yang tak pernah saya sedar. Ya Allah! Mengapakah mata saya ini tidak nampak 'permata' itu telah menyinar sejak saya di tingkatan dua lagi? Di hari apapun, di masa bilapun, sayalah yang sentiasa menjadi sahabat pertama di fikirannya. Tidakkah saya bertuah lagi beruntung kerana bersahabat dengannya? Iya, saya bertuah. Bertuah itu hanya saya sedar setelah dialah yang sentiasa mengingati saya biarpun saya sebaliknya. InsyaAllah, sahabat ini sekarang adalah sahabat yang ingin saya fahamkannya tentang perlunya menjalani kehidupan Islam. Akan saya terangkan kepadanya. Andalah saksinya.

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Perkara yang sama berlaku lagi kepada saya biarpun keadaan dan kisahnya berbeza. Iya, hati manusia memang tidak boleh ditebak (baca: diduga). Kisah ini saya tak tahu nak menceritakan bagaimana tetapi beberapa hari lalu, saya sedikit dingin tapi tidak beku dengan seorang sahabat. Saya sedikit moody dengannya. Sehingga malamnya barulah saya minta maaf padanya. Saya tak sangka yang dia perasan saya dingin, tapi dia faham sebab katanya biasalah moody dengan orang yang dekat dengan kita, like me and her. Isnin baru ni, kami masih kelihatan dingin tapi hangatlah juga. Dalam saya mencari kehangantan itu, hati mula mengatakan 'mengapa masih ada jurang? Di manakah silapnya?' Petang tu, seorang kawan ketuk pintu bilik. Ini (teddy bear) pemberian dia. Ketika itu hanya Tuhan yang tahu betapa teruknya saya. Sejak itu, saya tidak akan pernah menduga hati manusia kerana hati itu urusan Allah. Kami sayang antara satu sama lain Lillah tapi ia tidak dapat dilafazkan dengan perkataan apatah lagi dengan perbuatan.

Wahai teman-teman! Siapapun anda, jangan sekali-kali menduga hati orang yang anda sayangi atau yang anda sukai. Kerana hati adalah urusan Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatinya.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”

Seminar Wanita dan Cabaran Masa Kini di Skudai, Johor

Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) cawangan Johor telah menganjurkan satu seminar bertajuk : Wanita dan Cabaran Masa Kini. Krisis Sosial – Sampai Bila? Seminar yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung di Hotel Kelana, Skudai Johor pada 12 Julai 2009. Program bermula seawal jam 8 pagi dan telah berakhir pada 12.30 tengahari.

Seminar diawali dengan bacaan Al-Quran dan tayangan multimedia yang memaparkan isu-isu sosial yang melanda masyarakat umumnya dan wanita khususnya. Tujuan seminar diadakan antara lain adalah untuk merangsang kesedaran masyarakat terhadap krisis sosial yang kian meruncing dan seterusnya mendorong mereka untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik seperti yang dituntut oleh Islam. Inilah yang menjadi topik pembentangan oleh kedua-dua ahli panel. Ahli panel pertama yang merupakan wakil IKIN telah membongkar dan mendedahkan realiti permasalahan sosial yang semakin membimbangkan. Ini disusuli oleh ahli panel kedua yang merupakan seorang aktivis HTM yang merungkai permasalahan sosial dengan memberikan kaedah penyelesaian praktikal mengikut Islam.

Adalah jelas permasalahan sosial yang berlaku bukanlah sekadar takdir atau kebetulan semata-mata, tetapi disebabkan oleh kesinambungan faktor-faktor seperti tiadanya ketaqwaan dalam diri seseorang, masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri (individualistik) dan diperparahkan lagi dengan tiadanya undang-undang dan hukuman Allah terhadap mereka yang bersalah. Ahli panel menyeru hadirin agar bersama-sama berusaha menyelesaikan permasalahan sosial yang berlaku dengan kembali menegakkan hukum Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan ini hanya dapat direalisasikan dengan tertegaknya sebuah Daulah Khilafah. Tertegaknya Khilafah, insyaAllah tidak hanya menyelesaikan krisis sosial namun seluruh permasalahan umat manusia, sepertimana yang difirmankan oleh Allah mengenai lengkap dan menyeluruhnya ideologi Islam dalam surah Al Maidah ayat 3 “Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmat-Ku, serta Aku redhai Islam sebagai agama kamu”.

Para hadirin juga berpeluang menyaksikan pameran yang memaparkan berita-berita terkini yang terkait dengan gejala sosial dan sedikit penerangan mengenai pentingnya sebuah Khilafah yang menerapkan sistem Islam secara menyeluruh.













Pihak IKIN dan MHTM (Johor) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan seminar ini. Sekalung syabas dan tahniah juga ditujukan kepada warga kerja IKIN dan MHTM yang bersungguh-sungguh memastikan seminar ini dapat dilangsungkan dengan lancar dan jayanya.
Wallahu 'alam

Pihak Berkuasa Palestin Melarang Seminar Khilafah Dan Menangkap Beratus-ratus Orang Syabab HT

التاريخ: 11 رجب 1340هـ
الرقم:ص/ب ن18 /009
الموافق:4/7/2009

Kenyataan Akhbar

Pihak Berkuasa Palestin Melarang Seminar Khilafah Dan Menangkap Beratus-ratus Orang Syabab HT Sebagai Khidmat Mereka Kepada Musuh-musuh Islam


Sejak subuh hari ini Pihak Berkuasa Palestin telah melakukan sekatan jalanraya di pintu-pintu masuk ke Ramallah dan bandar tersebut telah berubah menjadi kawasan (barak) tentera. Mereka menempati sekolah- tempat seminar- dan melarang dari menyediakan peralatan yang sepatutnya untuk menjalankan seminar tersebut. Mereka melakukan pemeriksaan tentera di tempat-tempat keluar dari bandar di bahagian sebelah Barat untuk mencari syabab HT yang menuju ke seminar tersebut.

Mereka melakukan tangkapan secara rambang dan juga berdasarkan senarai nama-nama yang telah ada pada mereka. Hasilnya, mereka telah menangkap beratus-ratus syabab HT di sekatan-sekatan tersebut dan sebahagian mereka telah dipukul dengan teruknya (sehingga cedera)...

Bahawasanya semua yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa dengan menghalang diadakannya seminar tersebut, melakukan penangkapan, memukul dan sebagainya adalah tindakan biadab yang amat memalukan. Ini menegaskan bahawa Pihak Berkuasa mempunyai satu tugas, iaitu memerangi Islam dan memelihara keamanan Yahudi. Sesungguhnya kami dalam HT telah memaklumkan mengenai seminar ini di pejabat keselamatan di Ramallah sejak lebih 20 hari yang lalu. Kami juga tidak menerima bantahan dalam tempoh undang-undang (24 jam). Oleh yang demikian, kami telah mengiklankan dalam akhbar-akhbar dan juga media mengenai muktamar tersebut.

Lebih kurang sehari sebelum seminar dijalankan, kami dikejutkan dengan permintaan pihak dalaman agar memindahkan seminar ke tempat yang tertutup. Seorang petugas di bahagian keselamatan di Ramallah memberitahu bahawa perkara itu tidak boleh dilakukan dan kami terus dengan hak kami untuk menganjurkan seminar di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Tetapi Pihak berkuasa terus-menerus berkeras dengan undang-undangnya dan terus-terusan menghalang diadakan seminar ini menerusi peindasan,penangkapan dan tindakan biadab yang tidak sesuai melainkan ia dilakukan oleh بدايتون Amerika yang bertanggungjawab dalam Bahagian Keselamatan dalam anggota Pihak Berkuasa Palestin.

Sesungguhnya kami dalam HT di Palestin adalah sebahagian dari HT, Parti antarabangsa yang bekerja di seluruh pelusuk benua dan melakukan seminar, menjalankan aktiviti-aktiviti di Palestin dan di tempat-tempat lain di muka bumi ini, pada waktu ini, setiap tahun untuk memperingati runtuhnya Khilafah Islamiyyah. Memperingatkan umat dengan isu ini dan bekerja untuk menyedarkan mereka dan membangkitkan keprihatinan mereka agar menegakkan kembali Khilafah yang menjaga negara-negara kaum Muslim. Dan, yang setelah diruntuhkan, dijajah pula negara-negara Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan... serta dipecah-pecahkan kepada lebih dari 56 buah negara. Dengan kehilangannya, harta-benda dirampas, anak-anak dan wanita dibunuh dan negara-negara umat Islam diubah menjadi negara-negara jajahan yang berkhidmat kepada negara-negara penjajah Barat. Atas asas inilah negara-negara Barat bekerja untuk memerangi idea Khilafah dan melakukan penindasan melalui orang-orangnya dan juga tindakan-tindakan kejam pihak berkuasa adalah sebenarnya dalam konteks ini.

Bahawasanya Pihak Berkuasa Palestin dan negara-negara Barat dan Yahudi yang berada di belakangnya hendaknya menyedari bahawa HT akan terus dalam metodnya ke arah penegakan semula Khilafah yang akan memberhentikan kaum Kuffar serta alat-alat mereka pada suatu masa kelak dan akan meraih kebaikan buat kaum muslimin dan seluruh umat manusia. Pada ketika itu orang-orang berbuat zalim akan mengetahuiأي منقلب ينقلبون .

(وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ
يَعْلَمُونَ)

"Common Sense"

Bismillahirrahmanirrahim..

Statistic For Pharmacy (NF3052)

Satu tajuk yang saya kira agak menarik tetapi macam susah sahaja untuk belajar. Kalau masa tingkatan dua hingga empat dulu, statistik ni topik yang kurang digemari kerana perlu mahir dalam membuat jadual, melakar graf, graf palang, histogram, poligon kekerapan, kekerapan longgokan dan lain-lain lagi . Saya tidak adalah minat sangat akan topik itu tetapi memandangkan perlu juga tahu, maka lama kelamaan saya menjadi suka pula. Tapi tak tahulah untuk statistik farmasi ni. =) Harap-harap tidaklah susah kalau kita belajar kan.

Semalam, kelas statistik pertama bermula. Pensyarahnya adalah dari fakulti perubatan, Dr Syarif Husin Lubis, an Indonesian, dah 28 tahun menetap di Malaysia. Why should I’ve stated here about him? (I don’t know.)

Mungkin cerita ini tak adalah best mana, cuma tengah rajin nak menulis (baca menaip). Sebab selepas ini, kalian akan menanti-nanti entri terbaru saya. Hehehe. (just kidding) Kuliah akan semakin banyak. (Sebenarnya untuk merehatkan minda. Banyak dah topik yang telah belajar.) Saya akui yang mana topik-topik semester ini adalah sedikit berbanding sem-sem lalu, namun kepadatan jadual kuliah sungguh ‘mengujakan hati’ kerana level exicated mengawal keadaan. Tahun ini telah masuk tahun kesukaran pada subjek-sebjek yang diambil. Maka, perlu lebih struggle. Okey, all the best to me and all of you.

Intro untuk farmasi statistik adalah “Science and Common sense”. Terasa ada, untuk dikatakan tiada. Apa ye maksud beliau? What is science? (Explain in your mother tongue) =)

Falsafah tentang sains dan common sense. Menurut Henri Pioncare, science is a rule of action which succeeds. Beliau memberi contoh how to cook an egg. One of my friend said, “pecahkan telur dulu,..” Tapi beliau terus menambah, “kena ambil telurnya dulu.” Satu kelas ketawa. Pensyarah ini memang kelakar. This is my way how to love this subject. Kalau lecturer tak best, try as soon as we can to love the subject. Because as a student, we have to learn and as a muslim, Rasulullah saw bersabda,“tolabul ilmi fariidotun ‘ala kulli muslimin wa muslimat” (menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim, baik laki-laki maupun perempuan). Ada juga mengatakan, “utlubul ilma minal mahdi ilal lahdi” (Tuntulah ilmu sejak kecil hingga mati, mulai dari buaian hingga sampai liang lahad.

But James Conant said, science is a series of concepts and conceptual themes satisfactory for the practical uses of mankind. Sehingga JC membuat kesimpulan bahawa sains adalah lanjutan daripada common sense. Saya masih tidak faham apakah maksudnya dan kaitannya. Ke saya yang tak pandai?

Karl Popper pula mengatakan bahawa, “the wrong view of science betrays itself in the craving to be right”. Apakah anda faham kata-kata ini? Atau anda faham sikit-sikit? I do not understand, really. “Yang paling salah dalam menyebutkan sains, adalah mengidam untuk menjadi betul.” Kata pensyarah saya, jika kita hendak membuat kajian di tahun 4, jangan cari “saya mahu membuktikan panadol will relief pain for eight hour.” “I want to find out what is the exactly the relief pain of this medicine?” This is because, in the research, menolak suatu statement juga adalah hasil kajian. Perkara ini adalah perkara yang saya suka sebab dulu saya tak pernah terfikir pun bahawa salah juga adalah kajian.

Lepas itu, Dr. memberitahu tentang anti-inflamasi. Katanya, Papasa (ke papaya ek?) ditambah dengan antibiotic akan lebih berkesan dan lebih baik yang diperbuat daripada daun betik. Daun betik? Daun betik terdapat di mana? Di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Tapi kenapa yang dapat patent ubat tersebut adalah orang Amerika? Kenapa orang Malaysia tidak dapat hak patent ubat tersebut? Adakah anda mempunyai jawapan?

p/s: jika kalian inginkan jawapannya, kalian boleh rujuk entri saya bertajuk Penjajahan Mencengkam Bidang Kesihatan. Kalian akan temui jawapannya di situ. =)

Penjajahan Mencengkam Dunia Kesihatan (FARMASI)

Alhamdulillah..

Hari ini first day sesi perkulihan bermula bagi 2009/2010. Segala prasarana pembelajaran serba baru even di kolej kediaman kerana telah mengalami renovation serta perabot-perabot bilik yang baru. Semangat dan azam yang baru. =)

Saya ke kampus seawal jam 7.15 pagi dengan menaiki bas UKM. Ketika tiba di BSH5, semuanya kelihatan baru. Juga pada anggapan saya telah dilakukan pengubahsuaian selaras dengan naiknya taraf Jabatan Farmasi kepada Fakulti Farmasi. Saya bersembang dengan sahabat saya berkenaan isu Influenza A (H1N1) memandangkan ada rakan kami yang terpaksa dikuarantinkan kerana telah menghadiri 8th Asia Pacific Pharmaceutical Symposium 2009 di USM, Pulau Pinang. Perbincangan saya dengan seorang sahabat berkisar mengenai bagaimana dan mengapa H1N1 melanda dunia sejurus selepas krisis ekonomi global menyerang dunia. Dan artikel ini adalah sebagai pencerahan kepada pembaca bagaimana isu H1N1 terkait dan mengapa hanya syarikat-syarikat ubat-batan tertentu sahaja yang mendominasi dunia farmasi khususnya.


Lebih dari 50 tahun, entah sedar atau tidak, negara-negara di Dunia Ketiga yang majoriti penduduknya Muslim menjadi ladang penjajahan negara-negara maju di bidang kesihatan. Atas nama kesepakatan internasional, negara-negara yang keadaannya lemah dan susah itu dipaksa tunduk dan taat terhadap kepentingan negara-negara maju yang dipimpin Amerika Syarikat.

Selama lebih dari setengah abad, 110 negara di dunia perlu mengirimkan spesimen virus influenza kepada WHO dengan alasan adanya Global Influenza Surveillance Network (GISN) atau jaringan pengawasan influenza global. “Saya tidak mengerti siapa yang mendirikan lembaga yang sangat berkuasa tersebut,” kata Menteri Kesihatan Indonesia (Menkes).

Virus yang diterima GISN sebagai wild virus (virus liar) menjadi milik GISN. Virus ini kemudian diproses untuk risk assessment (penilaian risiko) dan riset para pakar serta pembuatan seed virus (benih virus). Dari benih virus inilah lalu dibuat vaksin dan kemudian dijual secara komersial ke seluruh dunia. Pembeli vaksin ini termasuk negara yang awalnya mengirimkan spesimen virusnya. Mereka tidak mendapatkan ganti rugi apa-apa, mcontohnya harga vaksin yang lebih murah. Harga vaksin sepenuhnya ditentukan oleh penghasilan virus yang semuanya bercokol di negara-negara industri kaya. “Harganya sangat mahal tanpa mempedulikan alasan sosial kecuali alasan ekonomi semata. Sungguh nyata, suatu ciri khas kapitalistik,” kata Menkes dalam bukunya.

Cara serupa terjadi pada virus flu burung (H5N1). Ketika dunia heboh dengan virus yang membawa maut ini, WHO pun memperlakukan aturan yang sama terhadap negara yang terjangkiti virus tersebut. Korban pertamanya adalah Vietnam. Di negara inilah virus flu burung ditemukan pada manusia. Dengan kekuasaannya, WHO memaksa Vietnam mengirimkan contoh (spesimen) virus yang telah merenggut nyawa orang itu ke WHO Collaborating Center (WHO CC). Setelah itu negara pengirim ‘disuruh’ menunggu hasil diagnosisnya. Perlakuan apa terhadap virus itu selanjutnya, negara pengirim tidak tahu menahu.

Dalam kes Vietnam itu, tiba-tiba di dunia beredar vaksin flu burung yang diperjualbelikan dengan harga yang tak terjangkau oleh negara-negara berkembang. “Ketika rakyat Vietnam meninggal gara-gara flu burung, di depan mata pedagang kulit putih menawarkan vaksin dengan Vietnam Strain. Alangkah tidak adilnya dunia ini!” kata Menkes.

Awalnya virus H5N1 hanya menyerang Vietnam. Tahun berikutnya masuk Thailand dan Cina. Tahu-tahu virus ini pun menyusup ke Indonesia dengan korban pertama Iwan dan kedua puteranya. Tidak diketahui dari mana virus itu berasal. Yang jelas, virus ini lebih ganas dibandingkan dengan virus yang ada di negara lain. Dalam keadaan ini, kata Menkes, Pemerintah pun melakukan sosialisasi penyakit membawa maut ini dan menyediakan stok ubat Tamiflu (nama generiknya Oseltamir yang dihasilkani oleh Roche, salah satu perusahaan Amerika) dengan jumlah tertentu sesuai anjuran WHO.

Namun, apa yang terjadi? Setelah Pemerintah menyediakan dana, ternyata ubat Tamiflu itu telah habis dipesan oleh negara-negara kaya sebagai stockpilling (persediaan). Padahal negara-negara tersebut tidak mempunyai satu pun kes flu burung. “Ini kan tidak adil. Mereka tak punya kaes flu burung, tapi memborong ubatnya,” kata Menkes.

Awal tahun 2007, Indonesia dikejutkan dengan munculnya vaksin virus flu burung Strain Indonesia yang dibuat perusahaan Australia, CSL. Padahal Indonesia tidak pernah mengirimkan spesimen virus tersebut ke negara lain, kecuali ke WHO. Siasat punya siasatt, benih virus itu berasal dari WHO Australia yang mendapatkan virus flu burung Indonesia dari WHO CC.

Terbukti, WHO memang tidak bekerja untuk umat manusia. Organisasi ini bekerja untuk negara berkuasa besar dan industri-industri ubat multinasional. Bukti bagaimana organisasi kesihatan dunia ini bekerja untuk kepentingan Amerika boleh dilihat dari disimpannya seluruh data sequencing DNA virus flu burung WHO CC di Los Alamos, AS. Selama ini data-data virus itu hanya dikuasai oleh ilmuwan yang bekerja di Los Alamos. Ilmuwan lain di seluruh dunia tidak dapat mengaksesnya, meski adalah data dunia.

Los Alamos National Laboratory yang berlokasi di New Mexico tersebut berada di bawah Kementerian Energi AS. Di tempat inilah dirancang bom atom yang menghancurkan Hiroshima tahun 1945. Tempat ini menjadi tempat pembuatan senjata kimia dan biologi AS. Bukan tidak mungkin hasilnya nanti akan digunakan untuk menghancurkan negara yang dulunya pemilik virus, baik secara fizik dengan senjata itu sendiri, mahu pun secara ekonomi dengan memaksa suatu negara membeli produk-produk buatan mereka berupa ubat-ubatan.

Monopoli dan Penjagaan

Joserizal Jurnalis, Ketua Presidium Mer-C, mengatakan bahawa selama ini dunia dipenuhi ketidakadilan. Negara maju mendominasi negara lemah dengan sangat nyata. “Kalau masalah virus saja dahsyatnya seperti ini, bagaimana dengan persoalan kesihatan lainnya?” katanya.

Ia memiliki data bagaimana negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim dipaksa membeli vaksin yang dihasilkan negara-negara maju dan dilarang membeli produk dari negara-negara Muslim. Termasuk salah satu yang dilarang adalah vaksin keluaran Indonesia yang dulu cukup laris di negara Dunia Ketiga.

Praktik monopoli kotor ini berlangsung lama tanpa dapat dicegah oleh Dunia Ketiga. Sebabnya, negara-negara maju selalu menggunakan lembaga internasional seperti WHO. Dalam soal vaksin, misalnya, 90% pasar vaksin dunia dikuasai hanya oleh sedikit perusahaan di negara maju. Perusahaan itu mendapat penjagaan pemerintahnya untuk memhasilkan dan mengedarkan produknya. Joserizal mengungkapkan, salah satu perusahaan vaksin terbesar ketika ini ternyata milik Donald Rumsfeld (mantan menteri pertahanan AS).

Penghasilan dan peredaran ubat di dunia kini dikuasai hanya oleh 15 perusahaan. Sembilan di antaranya adalah perusahaan AS seperti Pfizer, Merck, Bristol-Myers Squibb, Johnson & Johnson, Upjohn, Wyeth, Eli Lilly, Schering-Plough, Abbott, dan GlaxoSmithKline (GSK). Lainnya adalah perusahaan dari Sweden, Jerman, Perancis, dan Swiss. Keuntungannya sangat luar biasa, melebihi keuntungan perusahaan di sektor lain.

Perusahaan-perusahaan itu mampu bertengger di papan atas dan menguasai pasar ubat internasional kerana berlindung di balik hak kekayaan atas intelektual atau hak patent. Biasanya perusahaan ini mendapatkan hak patent ubat selama 20 tahun. Ertinya, tidak boleh ada perusahaan lain yang memhasilkan ubat sejenis, kecuali membeli lesennya.

Tidak aneh jika negara kaya memaksakan mekanisme TRIPs (Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights) ke negera-negara berkembang dalam masalah ubat generik. Mekanisme ini mengharuskan perusahaan di negara berkembang membeli lesen dari perusahaan papan atas negara maju dengan alasan supaya tidak terjadi perlawan dalam bidang ubat-ubatan generik. Tidak cukup itu, perusahaan multinasional menuntut penambahan jangka waktu hak monopoli patent. Dengan sistem penjagaa seperti ini tidak mungkin perusahaan-perusahaan ubat di Dunia Ketiga memunculkan inovasi baru, kecuali hanya sebagai kepanjangan tangan perusahaan rausasa obat multinasional.

Di samping itu, WHO pun mengeluarkan standard layanan dan ubat bagi suatu penyakit. Tentu standard ini menggunakan acuan internasional, yang notabene negara maju. Dengan mekanisme ini, pemerintah negara-negara berkembang mahu tidak mahu harus memenuhi standard itu. Dari satu sisi, penyeragaman ini cukup baik. Namun, di sisi lain, penyeragaman itu hanya akan dipenuhi dengan membeli produk-produk perusahaan multinasional, baik peralatan medik mahupun ubat-ubatannya.

Munculnya organisasi perdagangan dunia atau WTO (World Trade Organisation) menjadi instrument pengokoh dominasi negara maju atas negara berkembang dan miskin. Organisasi ini tidak hanya mahu merampas kedaulatan ekonomi negara berkembang dalam sektor barang melalui GATT (General Agreement of Trade and Tariff), tetapi juga di sektorperkhidmatan melalui GATS (General Agreement on Trade Services). Dengan perjanjian ini, negara anggota WTO harus membuka pasarnya dalam hal barang dan perkhimatan. Dalam keadaan seperti ini, pasti negara berkembang tidak mampu bersaing.

Yang lebih aneh lagi, dalam keadaan tak berdaya, Pemerintah tidak mengambil langkah protective dalam melindungi industri dan layanan kesihatan dalam negeri. Malah muncul niat untuk menswastakankan sektor kesihatan. Hospital dan lembaga kesihatan lainnya perlu mampu berdiri sendiri tanpa bantuan Pemerintah. Pengelola layanan kesihatan tidak mampu lagi dan anya berfikir bagaimana memberikan layanan kesihatan maksimum kepada masyarakat, tetapi juga bagaimana mencari pemasukan bagi kelangsungan lembaganya.

Impak

Mekanisme internasional dan keadaan dalam negeri itu berimpak pada mahalnya layanan kesihatan dan harga ubat-ubatan di negara berkembang yang majoriti penduduknya Muslim. Bagaimana tidak mahal jika semua ubat harus dibeli dari luar negeri atau menggunakan lesennya? Belum lagi, banyak peralatan kesihatan harus diimport demi memenuhi standard internasional.

Wajar jika layanan kesihatan hanya mampu dinikmati oleh orang-orang yang berkemampuan. Tidak salah jika kemudian muncul istilah, “Orang miskin dilarang sakit”, kerana mereka tak akan pernah mampu membayar biaya kesihatan yang tinggi melangit. Apalagi banyak doktor yang sudah terjerat oleh perusahaan ubat dan berfikir materialistik untuk mengaut keuntungan yang sebesar-besarnya dari orang sakit. Lengkaplah sudah penderitaan kaum miskin.

Secara lebih luas, Dunia Ketiga semakin bergantung pada negara maju. Mereka tidak lagi memiliki kemampuan untuk mandiri. Akhirnya, bangsa Dunia Ketiga hanya menjadi peristiwa jarahan bagi para penjajah untuk mengaut keuntungan kebendaan semata-mata melalui peraturan internasional di bidang kesihatan. Benarlah yang dikatakan Siti Fadilah Supari, “Saatnya dunia berubah!” Tentu berubah ke arah sistem Islam. [Mujiyanto]

Further readings : Revision Virology MBB , Outbreak Timeline , Selsema Babi-Suatu Analisis

Pembunuh Umat Islam Dijemput Datang?

KUALA LUMPUR 28 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia. Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam. Dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif. Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/06/09

Tindakan Najib menjemput Obama untuk melawat Malaysia menampakkan ketidak prihatinan Najib dengan pengkhianatan yang secara terang-terang telah dilakukan oleh Obama yang meneruskan polisi penjajahan idealogi Kapitalisme Amerika ke atas dunia Islam selama ini. Hanya mereka yang pemikirannya telah dikalahkan sahaja yang bersetuju untuk berbaik-baik dengan Obama. Obama merupakan individu yang mewakili negara Ideologi Kapitalisme. Beliau bukan hanya mewakili dirinya sebagai individu semata-mata. Sedarilah bahawa Obama itu adalah Amerika dan Amerika adalah negara Kapitalisme yang menggunakan penjajahan dalam pelbagai bentuknya sebagai jalan untuk menyebarkan ideologi Kapitalisnya.

Di tangan Obama begitu banyak darah umat Islam yang menitis dan mengalir hasil dari kekejaman yang dilakukan AS secara langsung mahupun tidak langsung, sudah tentu dengan restu Obama... Justeru itu siapakah Obama? Kawan atau lawan? Wahai Najib apakah kamu merasa begitu bangga dengan panggilan telefon yang kamu terima dari si pembunuh umat Islam yang merupakan saudara seIslam kamu? Apakah hujah yang akan kamu berikan di hadapan Allah SWT kelak? Sepatutnya Najib sebagai pemimpin muslim mencontohi keberanian panglima perang Islam Rub’i bin Amir ketika beliau bertemu dengan Rustum panglima perang Parsi. Antara kata-kata yang diucapkan oleh Rub’i kepada Rustum adalah:

Allahubtaa’thna Linukhrija man syaa’ Min 'Ibaadatil 'Ibaad Ila 'Ibaadatillah Wamin Jauril Adyan Ila Adlil Islam Wamin Diiqiddunya, Ila sia’tiddunya wal aakhirah. (“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan kami untuk membebaskan manusia daripada mengabdikan diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah. Dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”).

Wahai Najib! Wahai pemimpin-pemimpin di dunia Islam saat ini! Apakah kamu akan terus mencari kemuliaan dari orang-orang kafir yang secara terang-terangan memusuhi Islam dan umat Islam? Sedang kemuliaan itu hanyalah disisi Allah SWT, RasulNya dan umat Islam. Firman Allah SWT

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun (63) : 8]

Sumber: MyK

Komunis ditentang, Kapitalis ditatang


Maklumat lanjut : sila layari www.mykhilafah.com

Adakah Saya Telah Bersedia??

Hampir 6 jam saya berada di Felda Jengka 16 semalam. Tak pernah di dalam lipatan sejarah hidup, saya sampai di Jengka, Pahang. Tetapi Alhamdulillah apabila segalanya berjalan lancar. Sebenarnya saya tidak pernah menyangka akan sampai ke sana. Saya hanya menganyam impian untuk ke Jengka suatu hari nanti, begitu juga ke Janda baik. InsyaAllah. Kenapa saya ingin ke Jengka? Kerana saban hari saya mendengar berita berkenaan Felda Jengka, Pahang. Lagipun, kawan saya ada tinggal di sana. Jadi itu yang trigger saya untuk ke Jengka, dan alhamdulillah sampai juga saya semalam. Janda Baik pula sebab saya terbaca sebuah novel bertajuk "Selaut Kasih".

Okey, kita berbalik kepada Jengka. Saya ke sana bukan kerana perkara yang menggembirakan tetapi lebih kepada peringatan. Peringatan kepada saya, Adakah saya telah bersedia? Bersedia dari segi apa? Sungguh ini adalah kali ketiga saya menghadiri kematian saudara. Pertama, moyang perempuan saya sebelah umi, tahun 2003, kedua keluarga di sebelah abah, tahun lepas kalau saya tak silap. Tetapi saya kurang pasti apakah taliannya dengan abah. (Inilah masalahnya apabila tidak mengenali keluarga sendiri. Teruk betul saya.) Dan yang ketiga adalah semalam, pak cik abah.

Kematian sanak saudara membuatkan saya sentiasa berfikir. Jika kematian itu adalah dari keluarga terdekat saya, atau ahli keluarga saya sendiri, apakah saya benar-benar bersedia untuk menghadapinya? Atau jika saya sendiri yang dipanggil Ilahi, adakah saya sudah bersedia? (Saya mengingatkan diri yang menulis ini kerana kadang-kadang alpa dengan duniawi.)

Baru-baru ini, ketika saya menemani saudara saya ke selatan tanah air, saya juga dikejutkan dengan berita kematian anak kepada seorang sahabat kami. Kematiannya terlalu mengejut tetapi alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan cepat. Ketika anaknya siap dikebumikan, ada jiran-jiran yang bertanya kepada sahabat saya itu selaku ibu arwah. "Akak tak sedih ke? (sebab jiran-jiran tidak nampak raut kesedihan di wajah ibu bapa arwah)" Sahabat saya itu menjawab, "Kami telah bersedia menghadapinya." Subhanallah. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa saya terpegun dengan kata-kata sahabat saya itu. Iya, kami telah bersedia. Saya ulangi kata-katanya di dalam hati. Saya, bagaimana? Adakah saya telah bersedia? Adakah saya akan setabah beliau sekiranya saya berada di posisi tersebut? Adakah saya akan sabar sepertinya? Ya Allah, lemahnya saya berbanding beliau.

Berkenaan dengan kematian semalam, saya seakan-akan tidak mahu pergi menziarahinya. Bukan saya sengaja tidak mahu pergi, tetapi memandangkan tugas saya sebagai 'suri rumah' yang belum selesai. Namun, ajakan abah akhirnya saya akur. Lagipun setelah memikirkan bahawa itu adalah kematian saudara, saya perlu menziarahinya. Setibanya saya di sana, saya melihat sanak saudara saya menangis kesedihan. Tetapi tidak pada saya. Saya tidak menangis, sedih pun tidak juga. Mungkin kerana saya tidak mengenali keluarga sebelah abah. Sekiranya saya menitiskan air mata sekalipun, saya merasakan saya seolah-olah hipokrit. Jadi adalah lebih baik untuk saya buat biasa-biasa sahaja.

Dulu, ketika arwah moyang saya meninggal, saya juga tidak menangis, sekadar sedih di dalam hati. Bila saya ingatkan balik, hati batukah saya ini? Kenapa saya tidak menangis seperti mereka (umi, maknek, ciknek, makda, tok long dan ramai lagi)? Adakah 'pemergiaannya' tidak meninggalkan apa-apa kesan buat saya? Sebenarnya, menzahirkan kesedihan adalah sesuatu yang sukar buat saya. Saya pun tak pasti kenapa. Sebab itu saya sangat-sangat khuatir sekiranya saya tidak bersedia. Kematian itu adalah suatu kepastian. Sehingga kini, kesedihan itu tiada, tetapi bila mak nek menceritakan bagaimana saya diselamatkan moyang apabila saya hampir lepas ketika saya berusia dua tahun, saya terasa rindu untuk bersembang dengan beliau. Terasa ingin menunjukkan kasih sayang saya padanya. Terasa ingin melihat dia gembira dengan kedewasaan saya. Ingin saya katakan padanya, "Terima kasih, awi.. Melalui tanganmu, Allah izinkan saya bernafas lagi hingga sekarang." Tetapi Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah saya sedekahkan kepadanya apabila rindu datang bertandang.

Apa yang saya harapkan, saya akan bersedia apabila ada ahli keluarga saya yang 'pergi' dipanggil Ilahi. Begitu juga saya. Teringat saya akan kata-kata Wak semalam ketika pulang ke Kuala Lumpur, "Alhamdulillah, arwah telah selamat pergi. Kita yang tinggal ini belum tentu lagi kesudahannya. Semoga kesudahan umur kita adalah kesudahan yang baik."

Doaku, "Ya Allah, akhirkanlah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Tuhan akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik.Ameen."

Presiden Perancis, Sarkozy : Burqa sebagai Simbol Perhambaan

Presiden Sarkozy melabel burqa sebagai simbol perhambaan tetapi tidak menghiraukan penindasan ke atas wanita di Negara sekular liberal Perancis

London, UK, 26 Jun 2009- Di dalam satu ucapan kepada Parlimen Perancis hari Isnin yang lepas, Presiden Nicolas Sarkozy menyatakan dengan jelas tentang pandangan beliau keatas pemakaian burqa dengan mengatakan bahawa ianya adalah satu simbol perhambaan ke atas wanita. Beliau berkata,” Burqa itu bukanlah satu tanda mahupun simbol agama,malahan ianya hanyalah satu lambang penindasan dan penghinaan ke atas wanita. Saya secara serius ingin menyatakan bahawa perbuatan memakai burqa ini adalah sesuatu yang tidak dialu-alukan di wilayah kita.

Adalah sesuatu yang melucukan apabila kita mendengar Tuan Presiden Sarkozy bercakap tentang perhambaan ke atas wanita, sedangkan beliau sendiri telah berkahwin dengan seorang bekas model bogel bernama Carla Bruni- satu profesion yang mana majoriti dari wanita merasakan ianya adalah sesuatu yang amat jelas menunjukkan wanita dijadikan hamba seks para lelaki.

Pada ketika beliau mengecam pemakaian burqa, dengan tanpa segan silu beliau sengaja tidak menghiraukan perhambaan dan penindasan wanita di Negara sekular liberal Perancis di mana :
* 2 juta wanita mengalami penderaan rumahtangga
* 400 wanita dibunuh setiap tahun oleh pasangan mereka
* Dianggarkan 38,000 orang wanita diperkosa setiap tahun

Sarkozy meneruskan kecaman dan penghinaannya ke atas burqa dengan menyatakan bahawa para wanita yang memakai burqa adalah seperti “banduan yang dikurung dibelakang jeriji besi, diasing dari kehidupan, dinafikan hak membentuk dan mengenali identiti diri mereka.

Akan tetapi,ironiknya kita sebenarnya melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Jika diperhatikan, ramai golongan wanita Muslimah yang mengatakan bahawa pengharaman pemakaian tudung kepala di Perancis pada saat ini telah sebenarnya menyebabkan mereka merasa tertindas.

Beliau membuat kesimpulan di atas komentarnya dengan mengatakan “Segala pandangan mestilah dinyatakan....saya ingin menegaskan, kita tidak perlu malu dengan nilai-nilai sebenar kita, dan kita tidak perlu takut dalam mempertahankan pandangan-pandangan kita.”

Merujuk kepada komen-komen ini, jurucakap media muslimah Hizbut Tahrir Britain, Sultanah Parvin berkata,” Sarkozy sepatutnya berasa malu dengan nilai-nilai sekular-liberalyang didokongnya. Beliau dengan megah mempamerkan penafian hak secara terbuka,merendahkan martabat dan memandang golongan yang mahu mengamalkan dan berpegang pada ajaran asas agama mereka yang tidak selari dengan prinsip kehidupannya sebagai warganegara kelas dua.

Beliau sepatutnya merasa hina apabila mempertahankan nilai-nilai yang membenarkan para lelaki mengeksploitasi tubuh badan wanita untuk mengaut keuntungan dan sebuah masyarakat yang menghidang tubuh badan wanita untuk tatapan dan keseronokan umum. Adalah satu pembohongan yang amat besar dan hipokrit apabila beliau melaungkan kebebasan dan pada masa yang sama bercakap tentang pengharaman ke atas wanita Muslimah dari berpakaian menurut ajaran agama mereka. Sememangnya terdapat lebih banyak lagi perkara yang perlu dimalukan oleh Sarkozy dan para pengikutnya jika didedahkan.

”Pendedahan ini jelas menunjukkan bahawa pada ketika masyarakat umum di UK terus menunjukkan kemarahan keatas golongan yang mendokong perkauman seperti ketika British National Party(BNP) memperolehi kerusi di Pilihanraya Eropah, pendokong Liberalisasi telah dengan selesanya menjumpai sebuah rumah yang aman di dalam halaman penuh kekuasaan, iaitu Perancis. “

”Sememangnya,wanita muslimah tidak memerlukan pendidikan tentang hak-hak wanita dari seorang lelaki yang mempergunakan wanita untuk kepentingan dirinya dan seorang penzina yang meraih kemahsyuran kerana berkahwin dengan seorang model bogel.”

”Kesungguhan dan usaha yang tidak berhasil oleh Presiden Sarkozy dan kerajaan Perancis dalam menghalang wanita muslimah dan bukan muslim menentang sekular liberalisasi di Perancis dan diseluruh dunia dan mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian yang satu bagi segala permasalahan kehidupan baik kerohanian, sosial mahupun politik, adalah amat jelas dan nyata. Pemikiran busuk dan rosak sekular liberal kapitalis telah mewujudkan phenomena kebiadaban terhadap wanita didalam sesebuah masyarakat sebagai satu kebiasaan dan harus diterima."

”Sebaliknya, nilai-nilai dan sistem perundangan Islam menawarkan sebuah masyarakat yang memartabatkan dan mengangkat maruah wanita, mengukuhkan institusi kekeluargaan, dan menjamin kerjasama yang sihat dan menurut syarak antara lelaki dan wanita didalam kehidupan umum sementara pada masa yang sama menjaga maruah kedua-duanya."


Wallahu alam

Sumber: MyK
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat