Hati Manusia Jangan Ditebak!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hati manusia jangan ditebak!!!

Itulah kalimat yang sentiasa bermain-main di fikiran saya semenjak akhir-akhir ini. Ia semakin menikam sanubari saya apabila beberapa siri skenario persahabatan menggaggu jiwa saya. Iya, benar. Persahabatan yang dijalinkan kadang-kadang mengganggu jiwa dan hati saya. Kadang-kadang mengundang cemburu, sakit hati dan juga kadang-kadang rindu mencengkam.

Hipokritlah saya seandainya saya mengatakan bahawa saya sentiasa baik-baik dengan rakan-rakan hatta sahabat saya sendiri. Lidahkan lagi tergigit inikan pula hidup bermasyarakat, hidup bersahabat, bersahabat dengan yang dikasihi Lillah. Ya Allah, lemahnya saya menghadapi kerenah dan ragam manusia.

Bukanlah saya berniat ingin meluahkan apa yang tersirat di hati ini sejak berminggu-minggu yang lalu, tapi agar anda juga bisa melakukan apa yang telah saya lakukan. Lakukan apa yang saya lakukan agar persahabatan yang dijalinkan adalah Lillah semata-mata. Saya adalah seorang yang suka berkawan, berkawan dengan siapa sahaja yang sudi BUT MEN ARE NOT ALLOWED. Bila kita berkawan dan bersahabat, salah faham dan pergaduhan adalah asam garam kehidupan. Anda setuju dengan saya? Cepat angkat tangan. =)

Saya pernah bersekolah di merata-rata tempat, di banyak negeri, di banyak sekolah. Jadi, saya mempunyai ramai teman yang berlainan latar belakang dari yang pandai, kurang cerdik, kaya, sederhana, kurang kaya pun ada, sombong, peramah hinggalah yang beriya-iya nak berkawan dengan saya. (Sahabat ini adalah sahabat yang amat saya kasihi tanpa perlu dia ketahuinya.)

Sahabat inilah yang dulunya saya ketepikan. Sahabat inilah yang dulunya tidak saya pandang. Alangkah sombongnya saya dalam memilih sahabat. (p/s: Jangan ikut perangai saya yang ini.) Dia adalah sahabat yang sentiasa mengingati saya bila hari lahir saya tiba saban tahun. Dialah sahabat yang sentiasa bertanya khabar saya di pagi syawal setiap tahun. Syahdunya hati saya bila terkenangkan peristiwa beberapa tahun yang lepas yang terus membuatkan saya berfikir bahawa sahabat sejati bukanlah perlu dilafazakan. Dia sentiasa membuatkan saya berfikir bahawa dialah 'permata' yang tak pernah saya sedar. Ya Allah! Mengapakah mata saya ini tidak nampak 'permata' itu telah menyinar sejak saya di tingkatan dua lagi? Di hari apapun, di masa bilapun, sayalah yang sentiasa menjadi sahabat pertama di fikirannya. Tidakkah saya bertuah lagi beruntung kerana bersahabat dengannya? Iya, saya bertuah. Bertuah itu hanya saya sedar setelah dialah yang sentiasa mengingati saya biarpun saya sebaliknya. InsyaAllah, sahabat ini sekarang adalah sahabat yang ingin saya fahamkannya tentang perlunya menjalani kehidupan Islam. Akan saya terangkan kepadanya. Andalah saksinya.

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Perkara yang sama berlaku lagi kepada saya biarpun keadaan dan kisahnya berbeza. Iya, hati manusia memang tidak boleh ditebak (baca: diduga). Kisah ini saya tak tahu nak menceritakan bagaimana tetapi beberapa hari lalu, saya sedikit dingin tapi tidak beku dengan seorang sahabat. Saya sedikit moody dengannya. Sehingga malamnya barulah saya minta maaf padanya. Saya tak sangka yang dia perasan saya dingin, tapi dia faham sebab katanya biasalah moody dengan orang yang dekat dengan kita, like me and her. Isnin baru ni, kami masih kelihatan dingin tapi hangatlah juga. Dalam saya mencari kehangantan itu, hati mula mengatakan 'mengapa masih ada jurang? Di manakah silapnya?' Petang tu, seorang kawan ketuk pintu bilik. Ini (teddy bear) pemberian dia. Ketika itu hanya Tuhan yang tahu betapa teruknya saya. Sejak itu, saya tidak akan pernah menduga hati manusia kerana hati itu urusan Allah. Kami sayang antara satu sama lain Lillah tapi ia tidak dapat dilafazkan dengan perkataan apatah lagi dengan perbuatan.

Wahai teman-teman! Siapapun anda, jangan sekali-kali menduga hati orang yang anda sayangi atau yang anda sukai. Kerana hati adalah urusan Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatinya.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”

2 comments:

  1. Angkat tangan setuju...!!
    Hehehe... ;p
    Anyway Shira...jangan dilayan sgt perasaan...
    Nanti lain pula jadinya..
    Persahabatan boleh bermula ats byk sebab dan berterusan ats byk perkara..
    Kadang2 kter tak terpk pun...
    Semoga mendapat sahabat yg benar2 sahabat...
    Yang membawa kebaikkan dunia dan akhirat...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. hehehe =)
    Iya, perasaan itu memang tidak boleh dilayan sangat. Just let it be.. And everything will be fine..
    Thanks, Nabilla..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat