الرقم:ص/ب ن18 /009
الموافق:4/7/2009
Kenyataan Akhbar
Pihak Berkuasa Palestin Melarang Seminar Khilafah Dan Menangkap Beratus-ratus Orang Syabab HT Sebagai Khidmat Mereka Kepada Musuh-musuh Islam
Sejak subuh hari ini Pihak Berkuasa Palestin telah melakukan sekatan jalanraya di pintu-pintu masuk ke Ramallah dan bandar tersebut telah berubah menjadi kawasan (barak) tentera. Mereka menempati sekolah- tempat seminar- dan melarang dari menyediakan peralatan yang sepatutnya untuk menjalankan seminar tersebut. Mereka melakukan pemeriksaan tentera di tempat-tempat keluar dari bandar di bahagian sebelah Barat untuk mencari syabab HT yang menuju ke seminar tersebut.
Mereka melakukan tangkapan secara rambang dan juga berdasarkan senarai nama-nama yang telah ada pada mereka. Hasilnya, mereka telah menangkap beratus-ratus syabab HT di sekatan-sekatan tersebut dan sebahagian mereka telah dipukul dengan teruknya (sehingga cedera)...
Bahawasanya semua yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa dengan menghalang diadakannya seminar tersebut, melakukan penangkapan, memukul dan sebagainya adalah tindakan biadab yang amat memalukan. Ini menegaskan bahawa Pihak Berkuasa mempunyai satu tugas, iaitu memerangi Islam dan memelihara keamanan Yahudi. Sesungguhnya kami dalam HT telah memaklumkan mengenai seminar ini di pejabat keselamatan di Ramallah sejak lebih 20 hari yang lalu. Kami juga tidak menerima bantahan dalam tempoh undang-undang (24 jam). Oleh yang demikian, kami telah mengiklankan dalam akhbar-akhbar dan juga media mengenai muktamar tersebut.
Lebih kurang sehari sebelum seminar dijalankan, kami dikejutkan dengan permintaan pihak dalaman agar memindahkan seminar ke tempat yang tertutup. Seorang petugas di bahagian keselamatan di Ramallah memberitahu bahawa perkara itu tidak boleh dilakukan dan kami terus dengan hak kami untuk menganjurkan seminar di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Tetapi Pihak berkuasa terus-menerus berkeras dengan undang-undangnya dan terus-terusan menghalang diadakan seminar ini menerusi peindasan,penangkapan dan tindakan biadab yang tidak sesuai melainkan ia dilakukan oleh بدايتون Amerika yang bertanggungjawab dalam Bahagian Keselamatan dalam anggota Pihak Berkuasa Palestin.
Sesungguhnya kami dalam HT di Palestin adalah sebahagian dari HT, Parti antarabangsa yang bekerja di seluruh pelusuk benua dan melakukan seminar, menjalankan aktiviti-aktiviti di Palestin dan di tempat-tempat lain di muka bumi ini, pada waktu ini, setiap tahun untuk memperingati runtuhnya Khilafah Islamiyyah. Memperingatkan umat dengan isu ini dan bekerja untuk menyedarkan mereka dan membangkitkan keprihatinan mereka agar menegakkan kembali Khilafah yang menjaga negara-negara kaum Muslim. Dan, yang setelah diruntuhkan, dijajah pula negara-negara Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan... serta dipecah-pecahkan kepada lebih dari 56 buah negara. Dengan kehilangannya, harta-benda dirampas, anak-anak dan wanita dibunuh dan negara-negara umat Islam diubah menjadi negara-negara jajahan yang berkhidmat kepada negara-negara penjajah Barat. Atas asas inilah negara-negara Barat bekerja untuk memerangi idea Khilafah dan melakukan penindasan melalui orang-orangnya dan juga tindakan-tindakan kejam pihak berkuasa adalah sebenarnya dalam konteks ini.
Bahawasanya Pihak Berkuasa Palestin dan negara-negara Barat dan Yahudi yang berada di belakangnya hendaknya menyedari bahawa HT akan terus dalam metodnya ke arah penegakan semula Khilafah yang akan memberhentikan kaum Kuffar serta alat-alat mereka pada suatu masa kelak dan akan meraih kebaikan buat kaum muslimin dan seluruh umat manusia. Pada ketika itu orang-orang berbuat zalim akan mengetahuiأي منقلب ينقلبون .
(وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ
يَعْلَمُونَ)
assalamualaikum,lama gak ana menyepi hehe.Hmm mereka boleh menangkap dan membunuh syabab2 HT namun idea khilafah tidak boleh dihapuskan kerna ia janji Allah.
ReplyDeleteSalam, Tok Wan tumpang lalu blong cucu.. Banyak pengajaran dan banyak perkara yang menarik. datang la ziarah Tok Wan
ReplyDeletetokwan.blogspot.com
sunyi wan duk sorang-sorang..
zalimnya. info berguna. terima kasih.
ReplyDeleteto Samurouh,
ReplyDeleteWaalaikumussalam, iya. Segala penangkapan dan pembunuhan syabab2 HT oleh pihak berkuasa tidak akan melemahkan semangat syabab/syabah yang lain. Malah itu menjadi pendorong agar kita lebih gencar melakukan dakwah demi tertegaknya kembali Khilafah ala minhaj nubuwwah yang telah dijanjikan. Ameen..
to tok wan,
Wslm.. Lalu la banyak kali pun takpe. Traffic jam takde berlaku di sini. =)
to rev,
terima kasih... =)