Merekalah Orang-orang Tua Itu!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap hari semakin bertambah ilmu saya tentang Farmasi. Semakin banyak yang saya pelajari berkenaan Farmasi, semakin banyak pendedahan yang dapat saya ketahui. Semakin mendalam saya ketahui realiti yang tidak pernah saya lihat, semakin saya merindui hadirnya sesusuk tubuh yang akan melindungi. Sesusuk tubuh yang akan memelihara, menjaga dan mementingkan keperluan serta kemashlahatan umat. Umat yang satu, samada tua, muda, lelaki, wanita, kanak-kanak dan yang lemah lagi ditindas. Semakin saya merindui hidup di bawah nauangan Daulah Islam. Semakin, semakin, semakin dan saatnya semakin hampir..

Pernahkah anda melihat orang tua melintas jalan seorang diri dengan bertongkat? Apakah perasaan anda apabila melihat orang tua? Adakah anda rasa kasihan? Simpati mungkin atau anda tidak rasa apa-apa? Jika anda tidak merasa apa-apa, maka anda bukan manusia kerana setiap manusia itu mempunyai 3 naluri iatu gharizah an-nau', gharizah at-taddayun dan gharizah al-baqa'. Perasaan kasihan kepada orang adalah terbit dari naluri an-nau' (baca: berkasih sayang) (hehehe).

Okey, kita berbalik kepada tajuk saya kali ini. Ketika saya menghadiri workshop Pharmaceutical Care hari selasa baru-baru ini, saya telah dikhabarkan tentang perlakuan penjaga sebuah rumah kebajikan orang-orang tua. Bagaimana mereka melayan orang-orang tua ini untuk diberi makan ubat, untuk diberi makan dan sebagainya. Kalau difikirkan sifat kemanusiaan, mereka (baca: penjaga) memang tidak memilikinya. Orang-orang tua itu dilayan seperti bukan manusia. Sungguh, ini juga bukan salah mereka. Mereka kekurangan kakitangan untuk membantu. Mereka terpaksa menguruskan lebih kurang 30 orang tua. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka memperlakukan orang-orang tua seperti itu. Memang bukan salah mereka. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Kepada siapakah jari ini harus dituding? Siapakah? Anak-anak orang-orang tua itu serta sistem kufur yang diterapkan pada hari ini.

Kenapa salah itu harus diletakkan di bahu anak-anak orang-orang tua itu? Kerana anak-anak ini tidak menjaga kebajikan kedua orang tua mereka. Apakah anak-anak ini tidak mampu menjaga dan memberi makan, pakai serta tempat tinggal kepada orang tua mereka? Kalau diikutkan realiti yang berlaku di Malaysia, kebajikan kedua orang tua tidak dijaga bukan kerana mereka tidak mampu tetapi mereka terlalu individualistik dan mementingkan kerjaya serta mengejar keduniaan yang tidak pernah bernoktah. Amat menyedihkan sekali sekiranya ibu bapa mempunyai anak-anak yang begini sikapnya.


Jika kedua orang tua atau salah satunya sudah berusia lanjut dan berada dalam pemeliharaan si anak, maka janganlah pernah si anak mengatakan perkataan yang menyakiti atau menyinggung perasaan mereka. Hal ini mungkin terjadi disebabkan keadaan manusia jika sudah memiliki umur lanjut seringkali bersikap seperti anak kecil yang kadangkala membuat hati orang lain termasuk si anak menjadi kesal dan marah. Kekesalan aterhadap orang tua yang sudah berusia lanjut tersebut tidak boleh menyebabkan si anak mengeluarkan perkataan yang menyakitkan atau membuat mereka tersinggung. Sebagai ganti dari ucapan itu maka ucapkanlah perkataan yang mulia, sekalipun tidak akan membuat mereka senang tetapi tidak menyakiti perasaan mereka. Seorang anak haruslah selalu mengingati koeadaan serupa yang dulu pernah dialami kedua orang tuanya mulai dari dalam kandungan, ketika dilahirkan, disusui, dirawat ketika sakit, dididik, dipenuhi segala keperluan anak-anak mereka, yang ke semunya itu jauh lebih sukar dan lebih hebat dari apa yang sedang dihadapi seorang anak saat ini terhadap orang tuanya.

Ini kerana Allah swt telah memerintah kita sebagai anak untuk berbakti kepada kedua orang tua. Firman Allah di dalam surah Al-Isra' [17] ayat 23;

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Seorang anak juga sepatutnya selalu mendoakan kedua orang tua, baik ketika masih hidup mahupun setelah mereka meninggal dunia. Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah saw mengatakan bahawa salah satu dari tiga amal manusia yang tidak akan pernah putus adalah anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya. Doa untuk kedua orang tua, di antaranya seperti yang disebutkan dalam surat Al-Isra’ [17] : 24 “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Dan kerana manusia mempunyai gharizah an-nau' serta disandarkan kepada gharizah at-taddayn kepada Allah, maka orang yang berlaku ihsan kepada manusia adalah orang yang ketika berhadapan dengan orang lain, yang dilihatnya hanyalah kemashlahatan orang lain dan tidak melihat untuk dirinya. Ketika berhadapan kepentingannya dengan kepentingan orang lain, dia lebih memilih mendahulukan kepentingan orang lain dan mengorbankan kepentingannya. Jika dia memerlukan sesuatu, dan pada masa yang sama orang lain juga memerlukannya, maka dia memilih untuk mendahulukan pemenuhan keperluan orang lain. Sehingga orang yang ihsan adalah orang yang memperlakukan orang lain lebih baik daripada perlakuan kepada diri sendiri.

Dan saya sebagai pelajar Farmasi yang telah memahami bahawa Islam merupakan akidah yang menyatukan bangsa, menyamatarafkan darjat serta memahami bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah melainkan ketakwaan individu, maka adalah tugas saya untuk memberi faham kepada rakan-rakan yang lain berkenaan ini.

Semalam, IPL (Integrated Pharmaceutical Learning) pertama saya bermula. Dan kes pertama itu adalah berkenaan wanita penghidap HIV/Aids. Jadi untuk entri yang seterusnya, saya akan menceritakan bagaimana penghidap HIV/Aids dilayan khususnya di Malaysia dan bagaimana Islam mengatur orang-orang sebegini. InsyaAllah.

3 comments:

  1. menyayat hati. harap kita sama2 dipelihara daripada perkara sebegini.

    ReplyDelete
  2. iya, semoga kita tidak menjadi kategori anak-anak itu.. =)

    ReplyDelete
  3. salamu'alaykum..
    ukhty,masyaAllah..
    pngisian yg smemangnya hrus dbaca oleh anak2 yg tak pnh mnghargai kasih ibu bpa yg tua..
    zmn ini..
    sudh hlg perihatin mnusia brgelar anak..
    mcm2 kes yg mlibatkn pmbunuhan ank trhdp ibu bpa..
    nauzubillah!
    mhn kta dijauhkn..amin,
    =)
    anak yg soleh mampu memberi kebahgiaan trbesar buat ibu bapanya di sana nanti..,

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat