Kebenaran Yang Dipersoalkan

Skenario 1
Perbualan di antara cikgu C yang berbangsa cina dan murid D yang beragama Islam semasa Pendidikan Jasmani di sekolah.

Cikgu C : Kenapa tak pakai baju sukan?

Murid D : Sebab saya tak nak pakai. (Ringkas dan tegas)

Cikgu C : Ceritakanlah kat cikgu kenapa.

Murid D : Sebenarnya dalam Islam, pemakaian seorang perempuan yang telah baligh adalah begini.. begini.. dan beginii.. (sila rujuk artikel-artikel saya sebelum ini. atau klik sini)

Cikgu C : Owh begitu.. Takpe, tapi kamu mesti tolong cikgu pungut bola, raket badminton dan kamu mesti bersukan juga.

Murid D : Okey. (sambil tersenyum)


Skenario 2
Seorang murid tingkatan 1 telah dipanggil menemui guru kokurikulum di sebuah sekolah. Perbualan yang berlangsung adalah seperti berikut.

Cikgu A : Pada pendapat cikgu, awak mesti pakai t-shirt muslimah disarung dengan t-shirt sukan dan track bottom yang besar.

Murid B : Angguk kepala membenarkan kata-kata cikgu A.

Cikgu A : Lebih baik sekolah agama dari sekolah sini sebab di sekolah agama pelajar lelaki dan perempuannya diasingkan. Cikgu tahu batas-batas antara lelaki dan perempuan.

Murid B : Angguk kepala membenarkan kata-kata cikgu A.

Cikgu A : Anak saya semuanya sekolah agama. Pelajar perempuan dan lelaki diasingkan. Jadi, tak nampaklah kalau pelajar perempuan pakai seluar untuk bersukan. Tapi orang-orang yang lalu lalang di sekitar sekolah anak saya tu, nampaklah.

Murid B : Angguk kepala membenarkan kata-kata cikgu A.

p/s: Murid B seorang yang pasif. Harap maklum.


Selagi hukum Islam secara kaffah tidak tertegak di atas muka bumi ini, selagi itulah skenario seperti di atas akan sentiasa berlangsung. 2 skenario di atas hanyalah segelintir daripada banyak lagi masalah yang dihadapi oleh muslimah dalam berpakaian. Biarpun hidup dalam negara Malaysia yang aman dan damai namun sayang seribu kali sayang, hati muslimah yang sentiasa berjuang menegakkan yang haq seringkali dilanda resah, gelisah dan tidak tenteram. Kewajiban berpakaian mengikut syarak sentiasa dipersoalkan. Dalil apakah lagi yang perlu diberi?

Wahai para pendakwah yang ikhlas berjuang!!
Wahai para pendakwah yang ingin melihat Islam kembali di bumi ini!!
Wahai para pendakwah yang ingin merasai indahnya hidup di bawah naungan Daulah Islamiyyah!!
Wahai para pendakwah yang ingin meraih JannahNya!!
Wahai para pendakwah yang ingin meraih redhaNya!!

Yakinlah akan janji-janji Allah.. Pertolongan Allah akan segera tiba..
Perkukuhkanlah barisan perjuangan kalian. Demi Allah..
Sistem sekular harus ditumbangkan.. Sistem Islam harus ditanamkan, ditumbuhkan, dihidupkan dan disebarkan sehingga Islam menjadi rahmat sekalian alam.. Agar kemuliaan wanita dijaga dan dilindungi.

Ya Allah, saksikanlah keikhlasan mereka. Kuatkanlah iman mereka untuk mengubah sistem kuffur menjadi sistem Islam yang syumul. Demi meraih redhaMu, ya Allah.. Amin..

Bola... Bola... Bola...

Sejuk pukul 5 pagi makin terasa. Kedinginan pagi yang gelap sangat mendamaikan. Usai solat tahajjud, aku mengambil nota kuliah untuk dibaca. Saat tangan ingin menghayun laju batang pen untuk 'bersilat', tiba-tiba kedengaran suara dari arah kanan telinga. Suara yang ramai. Memecahkan kesunyian di pagi yang dingin. Aku hanya menggelengkan kepala. Sekali lagi suara itu kedengaran. Lepas itu, senyap dan terus sunyi. Kini aku hanya ditemani lagu-lagu sentimental di mp3 hitam berkilatku.

Namun, kadang-kadang suara itu kedengaran lagi. Lagi dan lagi. Gelengan kepala hanya menyusuli teriakan 'goal!!!'.

Apakah yang difikirkan oleh mereka ya? Tengok perlawanan bola. Okey, tak menjadi masalah sebab hukum perbuatan itu hanyalah mubah (harus). Tapi pepagi buta nih, tengok perlawanan bola. Bagi saya, masih hukumnya mubah. Kalau difikirkan dengan akal yang sihat dan rasional, bukankah lebih baik kita menghadap Ilahi di waktu-waktu begitu. Kenapa ya? Sebabnya solat malam atau solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah SWT sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (HR Abu Daud)

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah SAW pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (HR Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah SAW, “Ketika Rasulullah SAW masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah SAW. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah .AW, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Pesanan : perbanyakkanlah solat malam dan kurangkanlah menonton bola.. hehehe.

Tersirat : Gempa Bumi di HAITI

Tatkala saya mencari-cari info tentang Israel, satu nama telah menarik perhatian saya. Nama itu tidaklah saya ketahui apakah. Ia adalah Port-au-Prince. Sebelum meneruskan bacaan lanjut di mana nama itu tertera, saya juga membuka tetingkap Kosmo! Online.

Tajuk berita, Haiti bandar mayat begitu menarik mata saya untuk terus membaca. Hakikatnya, saya sebagai seorang da'ie memang wajib untuk ambil tahu isu-isu yang berlaku samada di dalam negara ataupun luar negara. Kerana Rasulullah SAW telah bersabda:
من أصبح الله فليس من الله في شيء من أصبح لا يهتم بالمسلمين فليس منهم رواه الحاكم

“Sesiapa sahaja bangun di pagi hari dan perhatiannya kepada Allah, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk golongan mereka (kaum muslimin)”. (HR Muslim)

Bukan da'ie sahaja yang perlu ambil tahu malah seluruh umat Islam serta pemimpinnya wajib mengambil tahu akan hal yang berlaku di Haiti. Terutamanya apabila rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa gempa bumi yang terjadi akibat ujikaji senjata HAARP (High Frequency Active Auroral Reasearch Program) oleh tentera Amerika.

Kita sebagai umat Islam tidak boleh menerima berita dari media massa bulat-bulat tanpa memikirkan benar atau tidak berita tersebut. Segala maklumat tambahan perlu dicari dan dikaji dengan lebih mendalam demi menjana pemikiran yang cemerlang sebagai umat Islam.

Berbalik kepada berita online yang telah saya baca, apa yang disampaikan adalah apa yang tersurat semata. Isi yang disampaikan adalah sedikit tentang latar belakang masyarakat Haiti yang dikenali sebagai negara termiskin di rantau Amerika. Untuk berita lanjut, sila baca di sini. Mungkin ramai umat Islam yang bersimpati terhadap kejadian gempa bumi yang menimpa rakyat Haiti. Alhamdulillah, saya bersyukur. Tetapi cukupkah sekadar itu, wahai kaum muslimin? Cukupkah sekadar dengan bersimpati?

Petang tadi ketika membuka akaun facebook saya, ada rakan yang menghantar mesej "HELP the people in Haiti now!" Jadi saya tertanya-tanya apakah yang berlaku di Haiti. Maka dari situlah saya mencari bahan-bahan hingga kepada bacaan Kosmo! online.

Kerana tidak berpuas hati dengan berita yang hanya sekadar itu, saya membaca madah sahabat seperjuangan saya tentang nama yang menarik minat saya di awal post ini. Port-au-Prince: Mencurah Cuka Ke Luka. Port-au-Prince adalah ibu negara Haiti. Maka saya telah mendapat kesimpulannya. Bagaimana dengan anda?

1) Anda mesti baca US Quake Test Goes “Horribly Wrong”, Leaves 500,000 Dead In Haiti (mesti klik!)
2) Baca ini juga versi Indonesia, AWAS! AS Punya Senjata Rekayasa Gempa dan Tsunami (klik!)

Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya juga dari Allah tapi disandarkan atas kelemahan saya sendiri sebagai manusia. Wallahua'lam..

Kata Ibu, "Anak-anak Perlu Dididik!"


Gambar Hiasan.

Bagi para ibu yang masih memiliki anak kecil, pastinya melihat keletah mereka sudah cukup menenangkan perasaan. Bagi para ibu yang sudah memiliki anak remaja, cabaran pasti lebih mencabar. Dan bagi para ibu yang mempunyai anak dewasa, sudah pasti boleh menarik nafas lega. Namun pernahkah kita sebagai anak terfikir sejauh manakah perihnya mereka ingin melihat kita di usia begini?

2 minggu yang lalu, saya dalam proses mencari 'bahan-bahan bukti' untuk disajikan kepada para ibu. Saya juga sempat melayari ke blog-blog ibu-ibu muda dengan keletah anak mereka yang baru setahun jagung. Memang comel. Atas sebab-sebab tertentu, 'bahan-bahan bukti' itu terpaksa saya simpan untuk tatapan saya sendiri. Apa yang penting, dalam proses pencarian itu saya telah mendalami sesuatu untuk saya praktikkan kelak, insyaAllah dan anda juga boleh praktikkan.

Saya amat berterima kasih kepada ibu-ibu yang sudi berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak mereka. Dari ibu yang memiliki anak kecil sehinggalah ibu yang telah memiliki anak seusia saya. Macam mudah, bukan? Saya mungkin tidak tahu bagaimanakah rasanya mendidik anak kerana status saya yang masih begini tapi menyampaikan agar generasi kelak mendapat pendidikan yang sempurna menjadi tanggungjawab saya sebagai saudara Islam.

Ramai ibu mengatakan mendidik anak di era globalisasi ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Iya, saya akui akan kebenaran kata-kata mereka. Lebih-lebih lagi kepada ibu yang bukan sahaja ingin melihat anaknya cemerlang dalam akademik bahkan memiliki akhlak yang baik, taat dan soleh. Untuk mendidik anak agar menjadi soleh, para ibu tidak boleh sepenuhnya menyerahkan kepada sekolah. Tapi peranan aktif orang tua juga amat diperlukan dalam masalah ini. Orang tua perlu menjadi contoh yang baik bagi anaknya. Maka bagaimana caranya menjadi orang tua yang bijak dan arif untuk menjadikan anak-anaknya taat pada syariah?

Buat para ibu yang masih memiliki anak-anak kecil yang mumaiyyiz, saya ambil sedikit pengalaman sahabat saya. Katanya, kita perlu tanamkan kepada anak-anak tentang konsep dosa-pahala dan syurga-neraka. Setiap apa yang anak-anak nak buat atau dah terbuat, kita perlu beritahu anak-anak bahawa setiap perbuatan mempunyai kaitan dengan balasan di akhirat nanti. Contohnya, apabila ibu suruh solat atau mengaji, ibu-ibu boleh kata kepada anak-anak, 'siapa nak masuk syurga??? jom solat." kalau sesama anak-anak bergaduh ke, para ibu perlu menerangkan bahawa di dalam Islam hubungan adik-beradik tu macam mana dengan menceritakan contoh-contoh sirah.

Kata umi saya pula, kanak-kanak ini pada awal-awal usia mumayyiznya memang akan menipu. Kerana saya juga telah melalui detik itu. Pengalaman daripada sahabat saya tadi, kalau anak-anak ada unsur-unsur nak menipu, para ibu boleh khabarkan tentang ancaman di akhirat akibat menipu.

Bab akidah pula, para ibu boleh tunjukkan benda-benda atau perkara-perkara yang boleh diindera seperti tanya anak-anak, "siapa yang jadikan gunung atau laut vs siapa jadikan basikal atau kereta atau mainan. Para ibu pelu cuba kaitkn setiap yang ada di bumi ni ada penciptanya. Untuk menjelaskan lagi tentang ciptaan, ibu-ibu juga boleh tunjukkan kepada anak-anak patung besar dewa di Batu Caves dan tokong cina siapa yang telah jadikan benda itu dan boleh ke benda tu jadikan manusia atau langit dan sebagainya.

Tapi katanya, bukan mudah nak mendidik atau mengasuh anak sebab keadaan di luar amat bertentangan dengan apa yang diajar oleh si ibu. Anak-anak boleh terkeliru bila si ibu menceritakan tentang aurat wanita, menundukkan pandangan dan sebagainya.

Untuk pembacaan lanjut, anda boleh layari web ini, dan Cara Mudah Mendidik Anak Mencintai Islam atau mana-mana sumber rujukan yang boleh anda dapatkan.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh dilakukan oleh para ibu khususnya dalam mendidik anaknya agar menjadi anak yang soleh, taat syariah dan sekaligus mencintai Islam.

1) Perlu tumbuhkan kecintaan pertama dan utama kepada Allah.
2) Ajak anak-anak mengidolakan peribadi Rasulullah.
3) Ajak anak-anak terbiasa menghafal, membaca, dan memahami al-Quran.
4) Tanamkan kebiasaan beramal untuk meraih syurga dan kasih sayang Allah.
5) Sesekali, berilah penghargaan dan hukuman demi mendidik untuk amal baik dan amal buruknya.
6) Yang terpenting, ibu bapa perlu menjadi teladan dalam beribadah dan beramal salih.
7) Ajarkan secara bertahap hukum-hukum syariah sebelum usia anak baligh.
8) Perbanyakkan rumah, surau, dan masjid di lingkungan anda dengan kajian Islam, di mana para ibu dan anak-anak berperanan aktif.
9) Ajarkan anak bertanggungjawab terhadap kewajiban-kewajiban untuk dirinya, keluarganya, lingkungannya, dan dakwah Islam. [Sumber tips: Al Waie edisi 64]

Wallahua'lam..

Kepada Siapa Harus Bergantung?

Jangan bergantung media Barat

SEPANG 10 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru media tempatan agar tidak terlalu bergantung kepada maklumat yang disalurkan media Barat khususnya yang berkaitan dengan keadaan semasa di Genting Gaza.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana semua media Barat terbabit dikuasai oleh golongan yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Israel. ''Kita tidak akan mendapat lebih daripada apa yang mereka salurkan itu. Jadi, kita mesti berbangga dengan nilai kita sendiri dan tidak mengatakan dengan mengikuti nilai-nilai Barat, maka kita akan jadi lebih bertamadun dan mempunyai nilai moral tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyambut ketibaan sembilan rakyat Malaysia yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan terbesar untuk rakyat Palestin, Viva Palestina, di sini, hari ini. Konvoi tersebut terdiri daripada 450 individu mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NG0) dari 17 buah negara termasuk Malaysia. Bantuan yang dibawa termasuklah makanan, ubat-ubatan, peralatan perubatan, bahan bacaan dan barangan mainan untuk kanak-kanak yang kesemuanya bernilai RM3.4 juta. Perjalanan Viva Palestina dari London pada 6 Disember tahun lalu itu merentasi 10 buah negara dan bandar raya di Eropah sebelum sampai di Turki, Syria dan Jordan. Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, adalah penting bagi masyarakat kita untuk melihat sendiri tentang apa yang sebenarnya berlaku di Genting Gaza. ''Salah seorang daripada rakyat kita yang menyertai konvoi itu memberitahu, Gaza masih dihujani dengan serangan bom setiap hari sedangkan saya ingat sudah wujud keamanan di kawasan itu. ''Mereka (media Barat) bercakap tentang isu-isu kecil tetapi Gaza yang secara konsistennya diserang oleh Israel tidak ada berita langsung tentang itu termasuk di media-media kita dan saya sendiri tidak pernah baca tentang pengeboman itu. ''Saya rasa Barry Wain (penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times) perlu menulis biografi tentang pemimpin Israel dan saya pasti beliau akan menemui banyak perkara 'baik' tentang mereka," katanya. Sementara itu, salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai konvoi itu, Matthias Chang berkata, walaupun pada mulanya konvoi itu dihalang oleh pihak berkuasa Mesir untuk memasuki Genting Gaza tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat mereka. ''Ini kerana matlamat utama kami adalah untuk memastikan bantuan kemanusiaan itu sampai ke Gaza dan sebab itulah, kami mengambil keputusan tidak akan pulang selagi bantuan itu gagal memasuki Gaza," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 11/01/10

Perlu Bergantung Kepada Siapa Jika Tidak Kepada Barat?

Nampaknya Mahathir terus menjadikan pihak Barat sebagai sasaran kritikannya. Kali ini, pihak media Barat yang dilihat oleh beliau dikuasai oleh golongan yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Israel. Apakah kritikan beliau itu ada kena mengena dengan buku tulisan Barry Wain (penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times) yang tidak berpihak kepadanya baru-baru ini? Ya, media sebagai saluran propaganda bagi mana-mana kuasa dan kerajaaan yang ada pada hari ini sememangnya akan memastikan agenda pihak yang menguasai mereka akan dapat disebarkan kepada sasarannya. Ini juga sebenarnya telah berlaku ketika Mahathir pernah berkuasa di Malaysia selama 22 tahun. Apakah beliau dapat menafikannya?

Berita-berita yang disiarkan dalam media pihak berkuasa akan dipastikan agar berpihak kepada mereka. Contoh yang cukup mudah ialah bagaimana ketika ini kita dapat melihat umat Islam di mana-mana jua, terutamanya kelompok-kelompok Islam yang bergerak untuk memperjuangkan kembali Islam sebagai suatu cara hidup dilabelkan sebagai pengganas. Kuasa Kapitalisme seperti Amerika dan Britain termasuklah juga Israel yang secara terang-terangan membunuh umat Islam di seluruh dunia saat ini tidak pula dilabelkan sebagai pengganas. Hakikatnya untuk memastikan sumber informasi yang berlegar di dunia ini adil, telus dan benar maka sudah pastinya pihak yang mengumpul, memproses dan yang menyebarkan berita itu mestilah merupakan golongan yang bertakwa. Dalam erti kata lain, umat Islam saat ini mestilah menguasai dunia dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah bagi menghadapi propaganda pihak Barat terhadap Islam. Firman Allah SWT: ”dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; ” [TMQ An Nisaa' (4) : 83].

Maka dengan itu sudah selayaknya Mahathir menyeru agar Daulah Islam ditegakkan bagi menyaingi kebobrokan yang dibawa oleh media Barat yang dikuasai oleh negara-negara Kapitalis dunia saat ini. Persoalannya ialah apakah idea ini ada dalam benak Tun Mahathir? Sebenarnya masa masih ada masa untuk beliau sama-sama meraih kemuliaan ini. Cuma, apakah beliau sudah bersedia?

"Penyertaan Contest Lekat & Menang"


Entri ini ringkas dan cepat tetapi padat.
Sekadar melayari internet untuk mencari maklumat.
Sesekali menyertai pertandingan seronok juga kan.
Saya bukanlah teruja sangat tapi sekadar cuba jaya, hee.

Apapun,

Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com (mesti klik!)


Saya tahu contest ni dari blog ini (Amanda Eltiqaz)


Hadiah:

RM 50
untuk pemenang dan
RM30 untuk referer.


Tarikh tutup:
13 Januari 2010 sebelum 11.59 malam.


Untuk syarat-syarat lanjut, silalah ke web pengajur. ;)

Tersirat : Krisis di Yaman

Apakah penyebab berlakunya krisis di Yaman di saat ini?

Peperangan memerangi terorisme (War On Terrorism) yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa baru pada bulan Disember 2009 apabila peperangan di Afghanistan beralih ke Yaman. Tentera kufar AS melancarkan peluru berpandu yang dibantu oleh pasukan pemerintah Yaman, dengan menggunakan kereta kebal, helikopter dan meriam telah menyerang perkampungan di pergunungan yang dipercayai tempat persembunyian rangkaian al-Qaeda Osama bin Laden. Yaman nampaknya akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelbagai perkara, di mana kerajaan pusat Yaman yang lemah telah gagal untuk menyelesaikan masalah secara diplomatik lalu terus menggunakan cara ketenteraan untuk menyelesaikannya. Yaman telah berhadapan dengan perang saudara dengan dengan sebahagian besar penduduk Syi’ah di bahagian utara. Ia juga berhadapan dengan puak pemisah di selatan yang menuntut rundingan semula kesepakatan penyatuan wilayah utara dan selatan yang termeterai pada tahun 1990. Selain itu, Yaman juga menghadapi serangan daripada al-Qaeda di seluruh wilayahnya. Yaman hari ini merupakan negara yang sebahagian besarnya masih mundur dan dipimpin oleh pelbagai suku (kabilah), manakala kerajaan pusat pula masih gagal mengubah kenyataan ini.

Mengapa berlakunya perang saudara di utara?

Pada tahun 1962, suatu rampasan kuasa secara ketenteraan telah menamatkan tampuk pemerintahan Imam-Imam Syi’ah (aliran Zaydi) yang telah berkuasa berabad-abad lamanya, lalu ditubuhkan Republik Arab Yaman (YAR) di utara. YAR berminat untuk bersekutu dengan wilayah selatan kerana kepentingan kekayaan minyaknya. Dua pemimpin iaitu Ali Salim Al-Baidh dari wilayah selatan dan Ali Abdullah Saleh dari utara telah mengisytiharkan penyatuan kedua-dua wilayah tersebut pada bulan Mei tahun 1990. Parti Islam, Islah dan parti pimpinan Ali Abdullah Saleh, Kongres Rakyat Umum (GPC) memenangi pilihanraya di wilayah utara manakala di selatan Parti Sosialis Yaman (YSP) menguasai kerusi pilihanraya. Akibatnya perselisihan politik ini, muncul perang saudara antara kedua-dua wilayah tersebut pada tahun 1994 yang berakhir dengan kekalahan pada pihak selatan. Selepas tamat peperangan, pihak berkuasa di Sana’a memaksa pegawai tentera dan pegawai kerajaan di selatan untuk meletak jawatan dan digantikan dengan sumber manusia dari wilayah utara.

Pada bulan Ogos 2009, tentera Yaman telah melancarkan serangan besar-besaran yang dikenali sebagai Operasi Bumi Hangus dalam menghadapi Sa’dah iaitu kaum Syi’ah di utara yang melancarkan pemberontakan menentang pemerintah Yaman. Sebahagian besar pertempuran berlaku di bahagian barat laut Yaman di kawasan pentadbiran Sa’ada. Kerajaan Yaman mengatakan bahawa serangan dilancarkan oleh pasukan yang diketuai oleh Abdul Malik al-Houthi sebagai usaha mengembalikan semula kepimpinan Imamah Syi’ah yang telah digulingkan pada tahun 1962. Pengikut Al-Houthi mendakwa diri mereka sebagai pengikut mazhab Zaydi, iaitu salah satu pecahan dari Syi’ah yang asing terhadap Yaman. Kebanyakan penyerang adalah daripada golongan kabilah yang bersedia untuk menyerah diri sekiranya mereka mendapat bantuan ekonomi daripada kerajaan pusat serta beberapa konsesi umum seperti jalan-jalan dan sekolah-sekolah. Beberapa (kegagalan) perjanjian konsesi yang dimeterai di Sana’a yang menjadi krisis di utara sepatutnya diselesaikan melalui meja rundingan. Tetapi pada waktu ini kerajaan pusat Yaman meletakkan strategi untuk menjadikan pemberontak berada dalam keadaan lemah yang akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Situasi menjadi semakin rumit melalui campurtangan Arab Saudi yang memihak kerajaan Yaman dengan menuduh Iran sebagai dalang serangan.

Mengapa wujud seruan pemisah di selatan?

Seramai 100 ribu pesara pegawai tentera dan penjawat awam dalam perang saudara 1994 tidak menerima bayaran pencen secara keseluruhan. Bekas penjawat awam yang dipaksa bersara juga menuntut agar pencen mereka dihitung dan dinaikkan jumlahnya. Mereka menubuhkan Persatuan Pesara Tentera (SRMO) serta memulakan siri tekanan terhadap kerajaan serta melakukan perarakan (demostrasi) bantahan. Pihak selatan juga menuntut agar dibuka peluang pekerjaan, menghapuskan rasuah serta perkongsian kekayaan minyak di wilayah terbabit. Pada pertengahan 2009, ‘gerakan selatan’ mula menuntut pemisahan dan menubuhkan semula negeri selatan. Pada bulan Jun 2009, ‘gerakan selatan’ telah menamakan lima orang pemimpin yang menjadi pimpinan revolusi damai di selatan. Berlaku peningkatan situasi tegang antara penduduk selatan dan golongan Syi’ah di sana di mana kehidupan (budaya) mereka terpisah antara sesama mereka. Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menyatakan sebab berlakunya situasi ini:

“Terdapat beberapa puak di selatan yang merasa terpinggir, tetapi kumpulan itu (gerakan selatan) merupakan suara rakyat. Rakyat mahukan harga (barang) yang rendah, perkhidmata yang baik dan peluang pekerjaan. Itulah sebabnya mereka bergerak menyuarakan pemisahan” [‘In the name of unity’, Human Rights Watch, Disember 2009]

Ancaman Al-Qaeda?

Yaman adalah ‘kampung’ bagi para mujahidin yang menentang Soviet Union (USSR) ketika mereka menyerang Afghanistan dahulu. Kebanyakkan mujahidin kembali ke Yaman selepas tamatnya konflik terbabit. Di akhir peperangan Afghanistan menentang USSR, kem latihan (mujahidin) tumbuh bagaikan cendawan di Yaman sekitar tahun 1990-an. Salah satunya di Huttat, selatan Yaman merupakan markaz bagi tentera Aden-Abyan. Sebagai ‘mangsa’ buruan Amerika, Aden-Abyan dikatakan menjadi sayap gerakan Al-Qaeda selepas tragedi 11 Sept 2001. Yaman memberikan laluan kepada Amerika malah menyertainya dalam misi menyerang umat Islam. Sepertimana Pervez Musharraf, Presiden Ali Abdullah Saleh akur dengan kehendak Amerika serta mengharapkan balasan berbentuk bantuan (kewangan) dari Amerika melalui perjanjian dengan Bush apabila berjaya menangkap bekas mujahidin tersebut. Kerajaan di Sana’a memerlukan bantuan mujahidin dalam perang saudara pada tahun 1994 menentang selatan yang cuba melarikan diri (kebanyakannya adalah bekas pengikut ideologi Marxis). Semuanya berubah apabila USS Cole di Aden diserang pada Oktober 2000 di mana 17 pelaut Amerika terbunuh. Dan peristiwa 9/11 hanyalah sebagai penguat tuntutan Amerika di Yaman.

Berapa banyak krisis berlaku akibat campurtangan luar?

Kerajaan Arab Saudi dan Yaman cuba mengaitkan hubungan Al-Houthi dengan Iran kerana masing-masing beraliran Syi’ah walaupun berbeza mazhab (Syi’ah di Yaman bermazhab Zaydi manakala Iran bermazhab Imam dua belas). Arab Saudi telah lama berhadapan dengan masalah puak pelampau di sempadan Yaman dan undang-undang persempadanannya. Ketika ini, Arab Saudi terpaksa meletakkan zon bebas sejauh 10 km dalam sempadan Yaman.

Atas arahan Presiden Barack Obama, tentera kuffar Amerika telah melancarkan peluru berpandu pada 20 Disember 2009 ke atas dua kawasan yang disyaki sebagai kem Al-Qaeda di Yaman. Sekarang Amerika benar-benar telah menceroboh Yaman dengan menggunakan pendekatan ‘umpan dan hukum’ terhadap kerajaan Yaman. Pasukan khas dilatih oleh Amerika dalam melakukan serangan melalui maklumat perisikan Amerika sejak Ali Abdullah Saleh menyertai kempen Amerika memerangi keganasan. Serangan-serangan tersebut merupakan peningkatan serangan utama pemerintahan Obama di wilayah tersebut.

Adakah Amerika memiliki kepentingan strategi di wilayah tersebut?

Bagi Amerika dan beberapa kuasa lain memandang bahawa Laut Merah dan Teluk Aden sentiasa mewakili strategi umum perairan di wilayah berkenaan. Lebih 30% daripada minyak mentah dan lebih daripada 10% perdagangan dunia adalah melalui wilayah ini. Amerika menghadapi kegagalan di Somalia dalam usaha menguasai perairan tersebut. Terdapat banyak kapal perang asing di Teluk Aden dan sepanjang pantai Somalia termasuk kapal perang Amerika US Navy Fifth Fleet yang mana sejak kebelakangan ini ia menjadi tumpuan beberapa isu rampasan (lanun) kapal perdagangan antarabangsa. Ironinya, kebanyakan kapal dari Eropah telah menjadi mangsa rompakan, bukan kapal dari Amerika yang paling banyak menggunakan perairan tersebut. Faktanya, Amerikalah yang mengawasi (menjadi polis) kegiatan perlanunan tersebut.

Arahan dari kerajaan Amerika agar menubuhkan pasukan Rondaan Keselamatan Maritim Kawasan (MSPA) adalah bertujuan untuk mengawal zon khas di Teluk Aden pada Ogos 2008. Biarpun sempadan zon tersebut tidak ditanda, namun ia menjurus kepada kawasan segiempat koridor antara Somalia dan Yaman, dan antara sektor utara teluk tersebut. Dari sini dapat dilihat Amerika sedang membina tapak tetapnya di Teluk Aden bagi memelihara kepentingannya di Afrika dan digunakan sebagai laluan airnya di perairan yang sangat penting itu. Pegawai kanan tentera Perancis mengeluarkan kenyataan di Ashraq Alawsat pada 28 Oktober 2008 dengan berkata, “Dengan meletakkan ketenteraannya di Djibouti, Amerika mensasarkan suatu ketetapan yang pasti, yakni untuk memastikan keberadaannya di sekitar Afrika di sebalik kehangatan konflik di Yaman, Somalia dan bahkan di Sudan”

Kesimpulannya, kemunculan serangan AS di Yaman adalah dalam rangka bertujuan untuk mengawal Teluk Aden selepas ia gagal mengalahkan regim Somalia serta kepentingan strategik umum Amerika di Afrika. Sepertimana kelemahan kerajaan Sudan, Amerika menerjah masuk campur tangan dalam isu perebutan tanah antara suku-suku sekaligus menggunakan konflik tersebut untuk mencapai matlamat pengendalian kekayaan minyak negara itu. Nampaknya Amerika sekali lagi menggunakan taktik yang sama, ketidakmampuan rejim Yaman dalam menangani masalah-masalah dalaman turut membuka peluang yang luas kepada rejim kufur Amerika untuk campur tangan sambil meraih penguasaan tetap di laluan perairan terpenting di Teluk Aden.

Sumber: www.khilafah.com

Bukan Merapu, hanya Meluahkan

Happy reading!!!

Entri kali ini bukanlah entri ilmiah. Saya rasa hendak menulis. Tapi tentang apa yang saya rasa. Jadi, janganlah mengharapkan entri ini akan memberikan anda keilmiahan ilmu. Tapi berharaplah agar entri ini ada story to share behind that for the future. Hee.

Well, perkara wajib apabila melayari internet adalah check google mail, facebook, ym, MyK, UM dan Kosmo. Nampak tak saya ni juga seorang yang bersosial sebab ada facebook? Anda tak nampak, it's ok. Sebab saya juga memakai mata empat. Jadi, bermata empat banyak keistimewaannya. Betul tak, sahabat sekalian? ;)

Pesanan daripada penaja sekali lagi: Entri ini hanyalah untuk saya berkongsi. Sila harapkan entri ini akan menghiburkan anda terutamanya kepada teman-teman yang sedang membuat research dan yang sukakan subjek CHC.

Menulis kali ini adalah dalam mood yang ceria. Banyak kali saya matikan hasrat untuk menulis sebegini. Tetapi ketidakbolehan saya melelapkan mata untuk menghilangkan pening, maka inilah hasilnya. Anda sokong?


Saya boleh rasa apa yang teman-teman rasa melalui fb. Sebab fb terlalu terbuka untuk semua orang yang berada di dalam rangkaian kenalan. Hari ini apa yang dirasa oleh mereka adalah luahan yang menggembirakan. Maka, tak salah rasanya saya juga turut bergembira. CHC adalah subjek yang diambil oleh pelajar Farmasi UKM bersama pelajar Perubatan UKM. We're in the team because we're the health care professional to be.

Supervisor dalam kumpulan saya adalah medical specialist in education. Sebenarnya, saya agak beruntung kerana dapat supervisor sepertinya. Sebab ilmunya perlu diambil. Katanya, untuk menjadi health care kena ada skill dan skill itu tak boleh hilang. The skill is encouraging to talk with patient. Apalah gunanya ilmu sampai level yang ke berapa dah tapi keberanian untuk meluahkan ilmu tiada. It is not easy to be a future pharmacist or doctor.

Kajian di Unit Rekod Perubatan HUKM

So, the moral of the entry are
  1. Bergembiralah bekerja dalam kumpulan yang mempunyai ahli dari pelbagai bidang kesihatan terutamnaya farmasi dan perubatan. (Untuk health care lain, koordinator subjek ini mungkin akan menambah keahlian baru seperti pelajar nursing. Bergembiralah dengan berita ini, hee)
  2. Apabila melawat pesakit di rumahnya, layanlah dengan mesra tetapi profesional. Keprihatinan anda terhadap mereka adalah kunci kekuatan anda di masa akan datang. Wish you all the best.
  3. Pendekatan Menyeluruh (Holistic Approach) adalah cara terbaik untuk pelajar farmasi dan perubatan belajar apa yang terbaik untuk pesakit, ahli keluarganya dan juga komuniti sekitarnya terhadap penyakit yang dihidapinya.
  4. Khusus kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi kencing manis dan darah tinggi. Suruhlah ahli keluarga anda memakan ubat mengikut arahan doktor. Ini adalah penting untuk mengelakkan komplikasi di kemudian hari. Komplikasi yang paling vital is getting stroke. So, you decide!
  5. To my abah, makan ubat ikut waktu ye. Jangan terlepas waktu makannya. Pemakanan juga harus dikawal. Kerana pengambilan ubat semata-mata tidak membantu mengawal kolesterol dalam darah. Please eat healthy and balance diet. ;)
Just read this entry with happy mood, okay!!! :)

Wahai Pemuda!! Bangkitlahhhh!!!


Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan raih kebangkitan islam

Kita adalah singa-singa Ar-rohman
Hancur binasa musuh berbisa
Kita pejuang pembela kebenaran
Lepas belenggu runtuhkan angkara murka

Semangatmu bagai api menyala
Tergugahlah jiwa tuk turut berjuang
Pandangan matamu tebarkan cahaya
Hapus angan-angan raih kemenangan..raih kemenangan

Bangkitlah hai pemuda Islam
Kau tunas harapan penuh penantian
Wujudkanlah cita dan impian
dengan kekuatan kita kan berjaya

Bergerak ke depan raih kemenangan..
raih kemenangan..raih kemenangan!

- Ar Ruhul Jadid-

Syabab.Com - Pemuda memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Dalam sejarah dakwah Islam, pemuda memegang peranan yang sangat penting. Para Nabi dan Rasul diutus Allah untuk menyampaikan ajaran agama terpilih dari kalangan pemuda yang rata-ratanya berusia sekitar empat puluhan tahun. Dalam al-Quran terdapat banyak kisah keberanian pemuda. Rasulullah Muhammad Saw ketika diangkat menjadi rasul ketika berumur empat puluh tahun. Pengikut beliau yang merupakan generasi pertama, kebanyakan juga dari kalangan pemuda bahkan ada yang masih kanak-kanak. Mereka dibina oleh Rasulullah setiap hari di Daarul Arqam. Di antaranya adalah Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda ketika itu keduanya berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abi al Arqam (12), Abdullah bin Mas’ud (14) yang kelak menjadi salah satu ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17) yang kelak menjadi panglima perang yang menundukkan Parsi, Jafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritsah (20), Utsman bin Affan (20), Mush’ab bin Umair (24), Umar bin Khatab (26), Abu Ubaidah Ibnul Jarah (27), Bilal bin Rabbah (30), Abu Salamah (30), Abu Bakar Ash Shidiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), Ubaidah bin al Harits, yang paling tua di antara semua sahabat yang berusia 50 tahun.

Pemuda gagah berani yang hidupnya didedikasikan hanya untuk kejayaan Islam seperti inilah yang sanggup memikul beban dakwah dan bersedia berkorban serta menghadapi berbagai siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapatkan kebaikan, rahmat dan ampunan dari Allah. Mereka inilah yang disebut dengan orang muflih (beruntung).

Umat Islam saat ini masih dililit sejumlah permasalahan utama yang bisa menggiring umat menjadi pecundang sejati di era global. Di antaranya masalah kemiskinan. Kalau kita sejajarkan negeri-negeri umat Islam dari Moroko hingga Indonesia, umumnya masih dibelit kemiskinan yang bersifat struktural dan kultural sekaligus.

Apalagi kalau kita tukikan pandangan ke negara-negara Afrika dan Asia Selatan, maka angka kemiskinan makin meningkat. Sebutlah negara-negara seperti Nigeria, Sudan, Ethiopia, Senegal, Chad, atau Pantai Gading yang majoritas Muslim, ternyata masih dibelit kemiskinan. Kematian akibat kekuragan gizi atau kelaparan masih menjadi pemandangan biasa di benua hitam itu. Begitu pula di Asia Selatan. Gejala serupa juga melanda Asia Tenggara, khususnya Indonesia.

Umat Islam juga masih dibelit penyelewengan. Di antara masalah utama yang menyebabkan keterbelakangan umat Islam adalah penyelewengan. Penyelewengan memang gejala mondial, seiring dengan perkembangan kapitalisme yang merusak, tetapi penyelewengan di negeri-negeri Muslim betul-betul telah bersifat destruktif. Ironinya, terjadi pula resistensi atas gerakan antipenyelewengan.

Problem lainnya berkaitan dengan sektor pendidikan dan kesihatan yang masih parah. Secara umum negeri-negeri Muslim tergolong sedang berkembang. Secara geografiknya, umumnya terletak di Afrika dan Asia. Tingkat pendidikan masih memprihatinkan. Masih banyak yang buta huruf. Angka yang terlibat di dalam pendidikan masih rendah. Sukar bagi mereka bicara tentangan global, ketika sebahagian besar mereka masih sibuk dengan urusan perut.

Di bidang kesihatan, negeri-negeri kaum Muslim juga masih dibelit berbagai macam penyakit menular. Sementara pemerintahnya yang memiliki anggaran terbatas tidak berdaya. Apalagi sebahagiannya hilang di meja-meja birokrasi. Jadi penyebab lainnya, ketidakmampuan menangani atau mengelola sektor kesihatan. Pengurusan yang tidak betul menyebabkan anggaran yang dialokasikan bagi peningkatan kesejahteraan warga menjadi hilang begitu saja.

Konflik yang berkepanjangan di negeri-negeri kaum Muslim juga mempunyai masalah tersendiri. Secara umum, ini merupakan global paradox, sebagaimana dikatakan John Naisbit dan Patricia Aburden (1990), namun intensiti konflik di negeri-negeri kaum Muslim sangat tidak masuk akal. Sering konflik itu terjadi antara umat Islam sendiri. Keadaan paling memperihatinkan tentu gejala terrorisme. Berbagai konflik yang terjadi di sejumlah negara berpenduduk majoriti Islam lebih banyak dipicu oleh faktor eksternal ketimbang internal di antara umat Muslim di negara-negara tersebut.

Terkait dengan faktor eksternal tersebut, ulama terkemuka Suriah sekaligus pemikir Islam yang buku-bukunya menjadi bacaan wajib di berbagai negara, Prof Dr Wahbah Az-Zuhaili, menegaskan, selama 14 abad negara-negara Arab hidup dalam damai. ”Sejak Amerika Syarikat datang dan menanamkan pengaruhnya, justeru terjadi perpecahan di negara-negara Arab,”

Bila kejayaan Islam masa lalu muncul kerana dakwah Islam yang banyak ditopang oleh para pemuda Islam yang memiliki sikap perjuangan yang gigih, sanggup menyisihkan waktunya siang malam demi perjuangan Islam, maka demikian juga dengan masa depan Islam. Sunnatullah tidak berubah. Siapa yang unggul maka dialah yang memimpin. Umat Islam di masa lalu terutama para pemudanya unggul karena mereka memeluk Islam secara kaffah, lurus aqidahnya dan taat pada syariat.

Untuk membangkitkan umat, diperlukan pemuda-pemuda yang mahu bergerak secara ikhlas dan sungguh-sungguh untuk meraih kembali kejayaan Islam. Pemuda yang diperlukan adalah para pemuda Islam sekualiti para sahabat yang memiliki tauhid yang lurus, keberanian menegakkan kebenaran serta memiliki ketaatan pada Islam. Dengan dorongan peranna pemuda inilah maka perjuangan penegakan kembali aturan Allah di muka bumi ini akan berlangsung dengan giat sehingga Islam kembali tegak..

Yakinlah pada diri kita bahawa kita mampu menjadi susuk tubuh muslim yang tangguh dan berpengaruh seperti Ali bin Abi Thalib, Imam Syafi’I dll. InsyaAllah dengan izin Allah kita akan bisa menjadi seperti mereka asal kita mahu serta diiringi dengan usaha yang sungguh-sungguh.

Pemuda memiliki potensi yang sangat besar dalam melakukan proses perubahan. Pemuda adalah susuk yang suka berkreasi, idealis dan memiliki keberanian serta menjadi inspirasi dengan gagasan dan tuntutannya. Ummat Islam saat ini sedang menantikan siapa yang akan mengembalikan bangunannya kembali, mengeluarkan mereka dari kejahiliahan, dan menyelesaikan masalah-masalah keumatan. Bukan hanya ulama, umara, politisi atau pengusaha yang mampu mengatasi permasalahan umat, tapi juga pemuda memiliki peranan yang lebih penting. Dengan segala potensi yang dimilikinya, pemudalah yang diharapkan mampu menyelesaikan permasalahan umat.

Generasi muda adalah penentu perjalanan bangsa di masa berikutnya. Generasi muda, mempunyai kelebihan dalam pemikiran yang ilmiah, selain semangat mudanya, sifat kritisnya, kematangan logiknya. Pemuda adalah motor penggerak utama perubahan. Pemuda diakui peranannya sebagai kekuatan pendobrak kebekuan dan kejumudan masyarakat.

Ssehingga kita menyedari bahawa masa depan islam terletak di atas bahu para pemudanya. Merekalah yang memegang kendali bahtera islam. Ke manapun mereka mahu, maka ke sanalah bahtera itu melaju. Dari sini kita bisa mengambil kesimpulan bahawa kebangkitan islam di masa mendatang dimenifestasikan oleh pemuda, dengan syarat mereka mempunyai kesedaran dan kecintaan penuh pada agamanya. Jika prasyarat ini gagal ditanamkan pada jiwa mereka, niscaya tragedi kebangkitan islam tidak akan pernah berkumandang di dunia ini. Akibatnya sekularisme seperti di Turki akan terulang-ulang lagi di negeri-negeri Islam. Maka, lahirlah Ataturk-Ataturk baru yang mengagumi Barat beserta aturannya.[chan/syabab.com]

p/s: Telah diedit bahasa.

Wanita Solehah


Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita solehah
Ia menghiasi dunia

Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita solehah
Ia menghiasi dunia
Itulah ia wanita solehah
Ia menghiasi dunia

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab Al-Quran didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Walau berjualan di rumah saja

Kerana iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu dikorbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Di tengah gelombang kehidupan

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab Al-Quran didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Akhlak mulia yang ia hadirkan

Kerana iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu dikorbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Di tengah gelombang kehidupan

By : The Fikr

Daya Penarik Fesyen Muslimah

Ketika saya di tingkatan 5, saya selalu membaca majalah dara.com. Kawan saya membelinya setiap bulan tanpa gagal. Walaupun harganya boleh dikatakan mampu dimiliki oleh remaja, namun agak mahal bagi saya. Bagi saya, majalah itu adalah rujukan untuk para remaja berfesyen gaya terkini terutamanya remaja yang inginkan gaya sedikit islamik.

Setelah beberapa sesi keluarannya, majalah tersebut mula mencari cover girl. Segala kriteria yang ditetapkan haruslah dipenuhi oleh para peserta. Dan setiap keluaran, akan muncul cover girl yang bertuah. Ketika itu, saya tidak mempunyai ilmu yang boleh menjawab segala pertanyaan saya. Kini, mungkin jawapan saya ini akan ada tentangannya daripada pelbagai pihak terutamanya golongan muslimah. Suka saya nak sampaikan di sini bahawa penerangan inilah yang sepatutnya wanita muslimah ambil serta laksanakan, bukan yang lain.

Jika sebelum ini, ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan ini. Namun, saya tidak akan sesekali berputus asa dengan penolakan itu. Kepada mereka yang tidak bersetuju dan kurang berpuas hati, adalah lebih baik anda membaca sesuatu di sini terlebih dahulu.

Ia merupakan sebuah artikel di mana perdebatan dan serangan sering dilakukan ke atas cara pemakaian wanita Muslimah. Serangan dan perdebatan dilakukan dalam rangka menggagas salah satu idea sekular dari Barat iaitu kebebasan dalam bertingkah laku. Kegagalan anda yang tidak berpuas hati untuk membaca artikel, ini akan menyebabkan anda sentiasa mencari ubat yang akan memparahkan keadaan kesihatan pemahaman anda. Bacalah sampai ke noktah yang terakhir agar penawarnya bisa merawat pemahaman anda seratus peratus, insyaAllah.

Berbalik kepada persoalan yang belum saya nyatakan di sini. Mengapa pakaian wanita gaya islamik adalah sebegini rupanya? Sebegini yang bagaimana adalah seperti di ruangan fesyen majalah tersebut. Sebenarnya, pemakaian seorang Muslimah di Malaysia adalah jauh berbeza dengan pemakaian seorang Muslimah di negara-negara umat Islam yang lain. Ada sesetengah mengatakan bahawa, "itu realiti di sana. Di Malaysia realitinya lain."

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut tentang perkara ini, adalah sangat baik jika anda membaca artikel-artikel di bawah terlebih dahulu. Ingat! Pembacaan tersebut adalah semata-mata untuk menjernihkan pemahaman anda yang sedia ada dan juga untuk anda berfikir sejenak.
  1. Gaya bertudung Dato' Siti Nurhaliza
  2. Pemaksaan ke atas Muslimah untuk Membuka Hijab
  3. Adakah Islam Menindas Wanita?
  4. Pakaian Muslimah
  5. Kewajiban Berjilbab
  6. Aurat Wanita
Setelah anda membaca dan meneliti sendiri tentang perkara ini, apakah pemahaman anda sekarang sudah berubah walaupun sedikit? Atau anda masih tidak berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan ini?

Sedarlah wahai saudariku, busana Muslimah yang diwar-warkan atau dijajakan sekarang ini adalah jauh berbeza dari busana Muslimah yang telah ditetapkan oleh Islam. Muslimah di Malaysia adalah sama sahaja seperti Muslimah di Indonesia, Afghanistan, Britain, India, Amerika, Singapura, Thailand dan negara-negara umat Islam lainnya. Hukum pemakaiannya juga adalah sama, bukan mengikut tempat, realiti atau keadaan geografi sesuatu negara. Yang berbeza di antara para Muslimah adalah ketakwaan mereka.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133: “Dan bersegeralah kepada ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa...”

Maka, apakah yang anda tunggu lagi, wahai saudariku?

Wallahu’alam.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat