Harapanku Agar Dikau Memahami Kewajipan Jilbab

Sebagai seorang Muslim yang mana menyembah Allah yang satu, menjadikan Rasulullah saw sebagai suri tauladan yang utama, mereka tidak sekali-kali akan pernah menggunakan akal untuk menentukan cara hidup mereka, semuanya akan dirujuk kepada syara’ (Al-Qur’an dan As-Sunnah). Akal hanya digunakan untuk memahami nas syara’.

Seorang manusia menggunakan akalnya ketika mencari-cari bukti akan kewujudan Maha Pencipta. Namun, setelah ia menemui bukti kewujudan-Nya melalui proses berfikirnya menggunakan akal, mereka akan serta-merta menuruti segala perintah daripada yang Maha Esa kerana yakin akan kewujudan-Nya sebagai Maha Pengurus sekalian alam ini termasuk peredaran bumi mengelilingi matahari, penciptaan bukit-bukau, gunung-ganang, bintang-bintang, planet-planet, galaksi, malah semua yang ada dialam ini. Maka tidak hairanlah sekiranya Dia mudah saja untuk mengambil nyawa kita yang kerdil ini.

Kerana itulah mereka akan patuh kepada suruhan Allah agar menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, tidak minum arak, tidak makan babi, tidak berzina, tidak berjudi, dan sebagainya walaupun diperintahkan berjihad. Mereka tidak akan mengambil kira samada suruhan itu baik bagi mereka atau tidak, kerana yang penting hanya untuk mendapatkan keredhan-Nya. Mereka sangat memahami bahawa setiap yang disyaritkan itu ada hikmah yang besar disebaliknya walaupun ia membunuh jiwa-jiwa mereka seperti berjihad.

Jilbab itu Bukan Tudung!

Gambar Hiasan

Rasulullah saw bersabda:
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat dari dirinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Firman-firman Allah Swt:
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.” (Surah An-Nur ayat 31)

Bgeitu juga dengan perintah daripada Allah iaitu menutup aurat dan memakai pakaian berupa Jilbab dan Khimar. Perlu difahami disini bahawa perintah menutupkan aurat itu satu perintah yang berasingan dengan perintah memakai pakaian yang khusus iaitu Jilbab.

Kerana, untuk menutup aurat, seorang perempuan itu boleh saja memakai pakaian seperti tudung, baju lengan panjang dan seluar panjang yang luas serta longgar, ataupun memakai tudung, baju kurung yang luas serta longgar.

Namun perintah daripada Allah dan Rasul itu tidak berhanti pada perintah menutup aurat saja tetapi juga dikhususkan untuk para Muslimah memakai Jilbab.

“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.” (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Seperkara lagi yang perlu ditekankan disini ialah makna bagi Jilbab itu yang sering disalahfaham. Jilbab itu bukanlah tudung kerana yang disebut sebagai tudung itu ialah khimar, Jilbab itu juga bukanlah sekadar Jubah sahaja.

Jilbab adalah satu pakaian luar yang menutupi seluruh tubuh daripada atas sehingga bawah tanpa terpotong yang mana dipakaikan keatas pakaian rumah.

Jadi, daripada takrifan Jilbab ini dapat kita fahami bahawa Jilbab ini sekiranya dipakai hendaklah berupa dua lapis pakaian, didalamnya pakaian rumah manakala diluarnya adalah pakaian yang tidak terpotong seperti Jubah.

Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: “Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar(menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.”

Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar(jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samaada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.

Tafsir Ayat Jilbab

Ertinya: Jilbab adalah untuk membezakan antara yang disebut wanita jahiliyah dan yang disebut hamba perempuan dan jilbab adalah baju luar \mantel selain khimar.

Ertinya:Ibn Mas’ud , Ubadah, hasan Al-Bashri, Sa’id Ibn Jabir, Ibrahim An-Nakha’I, Atha’ Al-Khurasan dan selain mereka menyatakan bahwa jilbab adalah pakaian yang seperti pakaian luar yang luas seperti hari ini (pada masanya Ibn Mas’ud mendifinisikan iaitu semacam pakaian terusan). Al-Jawahir menyatakan bahwa jilbab adalah milfahah (baju luar yang panjangnya sehingga bawah mata kaki ) (Tafsir Ibn Katsir jilid 3\hal. 519-520).

Persoalan sekiranya memakai Jubah akan kelihatan seksi itu tidak akan timbul kerana Islam tidak menyuruh untuk memakai Jubah, tetapi suruhannya adalah memakai Jilbab. Kerana Jubah itu hanya dipakai satu lapis saja, maka tidak hairanlah kalau ianya keliahatan seksi. Sekiranya seseorang muslimah memakai Jilbab, maka itulah pakaian yang menurut aturan syara’ iaitu dipakai dua lapis, memanjang sehingga ke bawah tanpa terpotong.

Persoalan orang tidak mampu membeli Jilbab itu juga sepatutnya tidak timbul kerana kita dapat lihat ramai orang boleh bergaya dengan baju-baju baru yang mahal dihari perayaan, atau majlis-majlis keramaian, malah sanggup memakai pakian yang mendedahkan aurat. Seharusnya Jilbab itu yang dibeli oleh mereka daripada, jauh lebih murah, tidak seksi sehingga menarik perhatian lelaki malah mampu mengelakkan gangguan, juga menurut aturan syara’.

Persoalan adakah Purdah itu wajib dipakai atau tidak, jawabnya mubah (harus) saja kerana perintah memakai purdah itu hanya kepada isteri-isteri Rasulullah saw saja yang disuruh berbeza daripada wanita mukmin yang lain. Oleh itu, tidak ada suruhan yang jelas agar wanita mukmin yang lain diwajibkan memakai purdah kerana muka dan tapak tangan itu bukanlah aurat.

Alangkah sayangnya Allah kepada kaum wanita ketika memerintahkan mereka menutup aurat, dan juga memakai pakaian khusus bagi muslimah iaitu Jilbab. menutup aurat, sudah mendapat satu pahala, memakai Jilbab juga diganjarkan pahala lagi. Berbeza dengan lelaki yang hanya diperintahkan agar menutup aurat saja,

Rasulullah Saw bersabda:

Aurat laki-laki ialah antara pusat sampai dua lutut. [HR. ad-Daruquthni dan al-Baihaqi, lihat Fiqh Islam, Sulaiman Rasyid].


Rigid sangat!!!

"Enta/Enti ni rigid sangat! Islam itu mudah! Nanti orang kafir akan rasa Islam ni rigid sangat 100x!

Sebenarnya, semua orang kafir(yang tidak mengkaji Islam dan tidak mahu berfikir) sememangnya merasakan Islam itu rigid. Islam ni tak bagi minum arak la, clubbing la, kene sembahyang 5x la, termasuk kene "pakai jilbab"! Sebenarnya, seorang muslim yang berfikir akan memahami bahawa, "Allah adalah Tuhanku,dia telah menjadikan aku, kenapa tidak saja aku mentaati perintah-Nya???"

Tuntunan Islam dalam masalah pakaian sebenarnya tidaklah rumit untuk difahami. Kalaupun terkesan sulit, tidak lebih dari dorongan/gejolak kebebasan diri kita. Tanpa disedari, virus kebebasan telah menjauhkan diri dari Islam. Sehingga terkesan tidak mudah untuk mengamalkan aturan Islami terutama dalam pergaulan pada saat ini. Selain itu, kebanyakan masyarakat telah jauh dari suasana yang Islami turut mempengaruhi -secara langsung atau tidak dari segi kebiasaan, tingkah laku, dan cara penilaian kita.

Perlu difahami, bahawa keadaan masyarakat akan tetap seperti ini, bahkan boleh jadi lebih buruk dari sekarang tatkala da’wah Islam masih belum berhasil. Tapi, suasana yang tidak Islami tidak boleh dijadikan hujah untuk meninggalkan syariat Islam. Kenapa ?

Pertama, kerana Allah Swt tetap meletakkan pahala dan dosa terhadap kita. Jika kita mentaati aturan -pergaulan Islam- dengan ikhlas, maka kita akan mendapat pahala, dan jika sebaliknya, kita akan mendapat dosa. Jika kita mengikuti kebiasaan masyarakat yang tidak Islami, maka bagaimana kita akan mempertanggungjawabkannya dihadapan Allah? Mungkinkah masyarakat akan membela kita nantinya? tidak.

Kedua, keadaan masyarakat yang tidak Islami tidak boleh dijadikan sebagai standard ukur untuk menilai baik, buruk, benar dan salah, tapi syariat Islamlah yang harus dipakai sebagai ukurannya. Upaya yang mesti dilakukan saat ini, semestinya tetap sabar dalam menjalani ‘berat’nya syariat, seraya berusaha mengajak masyarakat agar bertindak sesuai dengan Islam. Caranya? da’wah. Nah, mari kita lakukan bersama, semoga Allah meredhainya.

Bersolek itu Haram!

Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Ia juga beerti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang harus disembunyikan. Namun begitu ia memberi maksud yang khusus, iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki lain yang bukan mahramnya. Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt:
“Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu.” (Surah al-Ahzab ayat 33)

Rasulullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:
“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”

Ayat al-Quran berikut lebih menguatkan hadits di atas:
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada keinginan untuk menikah lagi, tiadalah atas mereka (pakaian luar) dengan tidak menampakkan perhiasan (menunjukkan kecantikan).”(an-Nur:60)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa wanita-wanita yang sudah mengalami menopouse boleh untuk menanggalkan jilbab (pakaian luar)-nya. Akan tetapi, mereka tetap wajib menutup auratnya dan tidak menampakkan perhiasan (kecantikan) yang ada pada diri mereka. Jikalau wanita tua yang telah menopouse pun dilarang untuk menunjukkan kecantikan (yang nampak pada tubuh badannya atau bersolek untuk mempamerkan kecantikan) yang ada pada dirinya, apatah lagi wanita yang masih subur tentu saja tidak boleh bertabarruj (menunjukkan kecantikan). Kecantikan tubuh kenalah ditutup dengan hijab seperti yang disyariatkan iaitu menggunakan jilbab (serupa jubah) dan kain kudung (tudung) ketika keluar rumah menuju kehidupan umum atau ketika berdepan dengan bukan mahramnya. Syara’ juga melarang amalan bersolek dengan tujuan mempamerkan kecantikan dihadapan lelaki bukan mahram.

Daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamerkan kecantikan dan menampakkan bahagian tubuh tanpa hijab (jilbab dan tudung) di hadapan bukan mahram adalah dilarang. Bagi seorang isteri hanya boleh bersolek untuk suaminya dan tidak boleh mempamerkan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Kebijaksanaan Sahabiah dalam Meraih Syurga

Ibn Abbas pernah berkata kepada saya, “Mahukah anda saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab, “Ya.” Ia kemudian menceritakan bahawa wanita tersebut berkulit hitam. Wanita itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, “Aku ini menderita sakit ayan sehingga auratku sering tersingkap. Kerana itu, aku mohon anda berdoa berdoa kepada Allah Swt untukku.” Rasulullah saw menjawab, “Sesungguhnya jika engkau menghendaki dan berlaku sabar, balasannya adalah syurga. Akan tetapi, jika engkau menghendaki, aku boleh mendoakanmu supaya engkau sembuh.” Wanita itu berkata, “Kalau begitu, aku mahu bersabar. Akan tetapi, auratku sering tersingkap. Kerana itu, doakanlah agar auratku tidak teringkap.” Setelah itu, Nabi saw mendoakannya. (Hadith Riwayat Atha Ibn Abi Rabbah)

Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan kita untuk melaksanakan setiap kewajiban yang telah Allah tetapkan serta mengukuhkan iman kita dengan menjadikan kita sentiasa tunduk dan terikat dengan hukum-hukum-Nya.

Wallahu’alam.

Amin

BY: Syahmi Tajdid!

5 comments:

  1. Rasulullah bersabda, "Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (jilbab) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

    ReplyDelete
  2. salam.

    alhamdulillah.enti telah memproducekan artikel yang puas ana membacanya. selama ini mencari jugak artikel berkaitan penerangan jilbab untuk diberikan kepada ibu ana.ibu sukar mempercayai jilbab itu baju terusan dan baju luar kerana tak silap ana dlm tafsir katsier menerangkan jilbab sbg baju kurung,so dia amik yang tu je. puas ana memujuk ibu pakai jilbab. last2 pakai jugak...tapi, masih tak menepati...alhamdulillah.terima kasih. sudi2kan masuk blog ana...
    fikir-soal.blogspot

    ReplyDelete
  3. syukran kepada Mohd Yusof Hadhari B. Saidon,

    di atas perkongsiaan hadis tersebut..

    to i-search,

    wassalam,
    ni pun ana ambil artikel drpd syahmi kat blog fs dia..

    artikel ini ana rase mudah untuk difahami (mgkin sbb ana dah tahu)-thanx to yg menulisnya- tetapi ramai lg yg masih kurang jelas walaupun ana telah dtgkan bbrape cth kpd mereka utk memehamkan dorg..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. salam. very well written indeed. mudah difahami even if without tsabiqah awal ttg pakaian Muslimah menurut syarak. keep it up, dear. cuma nak komen sikit scara umum.., warna utk alQ n hadis tu striking sgt laa..kkdg susah akak nak bca, dik..mata dah veteran daa...

    ReplyDelete
  5. bismillah walhamdulillah...

    sekadar pertanyaan, maksud khimar dan jilbab tersebut dirujuk daripada kitab mana..

    sekadar perkongsian, kitab tafsir yang metodnye tafsir bil ma'thur (tafsir bdsrkn hadis,tabiin, tabi' tabiin)yang paling sahih adalah tafsir al-tabari(kitab jami' al-bayan fi tafsir al-quran) dan diikuti oleh tafsir ibn kathir(tafsir al-quran al-azim)..

    syukran...w/s

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat