Haramkanlah Hizbut Tahrir, maka anda akan mendedahkan hakikat sebenar kebebasan dan demokrasi!

Peringatan kami kepada Cameron: Haramkanlah Hizbut Tahrir, maka anda akan mendedahkan hakikat sebenar kebebasan dan demokrasi!

Kenyataan akhbar, Selasa, 3 April 2010

London, Britain, 13 April 2010. – David Cameron telah menyuarakan idea tentang pengharaman Hizbut Tahrir di dalam manifesto parti Conservative Britain yang dilancarkan hari ini, yang mana sekali lagi ia memutar-belitkan kebenaran dan menyatakan bahawa “kerajaan pimpinan parti Conservative akan mengharamkan mana-mana gerakan yang menghasut kebencian dan mahu memusnahkan masyarakat melalui keganasan, seperti Hizbut Tahrir”.

Sebagai maklum balas terhadap kenyataan tersebut, Taji Mustafa, jurucakap media Hizb ut-Tahrir in Britain telah berkata, “Kami katakan kepada Cameron dan orang-orang sepertinya: Haramkanlah Hizbut Tahrir sekiranya anda berani menunjukkan kepada seluruh dunia sikap pengecut anda sebenarnya”.

“Daripada menerima cabaran untuk berdebat dengan kami tentang pemikiran manakah yang lebih baik, pemikiran kami atau pemikiran beliau, beliau cuba untuk mengharamkan sebuah parti politik Islam yang telah berjuang selama lebih 50 tahun tanpa melibatkan keganasan”.

“Tidak ada cara yang lebih buruk dalam membongkar sikap hipokrit mereka kepada semua orang; ternyata laungan “kebebasan, demokrasi dan pluralism” mereka hanyalah omong-omong kosong.

“Semakin ramai orang akan mengenali golongan “neocons” (neo-konservatif) seperti Cameron di dalam parti Tory – imej liberal yang dibawa oleh Tory adalah hanya merupakan suatu topeng golongan neo-konservatif di Britain: untuk melanjutkan peperangan di Afghanistan dan Pakistan, dan setia kepada Israel serta menafikan umat Islam daripada bersuara di Britain”.

“Hasrat mereka untuk mengharamkan Hizbut Tahrir menunjukkan bahawa pemikiran kami telah diterima oleh umat Islam di seluruh dunia, disebabkan oleh kiritikan kami yang tiada kompromi terhadap polisi penjajah Barat atas negara umat Islam, serta perjuangan kami untuk menamatkan kediktatoran dan kezaliman di negara umat Islam dan mendirikan semula Khilafah Islam. Khilafah akan dapat menjamin keselamatan, kestabilan serta mengembalikan kekuasaan kepada umat Islam, dalam keadilan dan penuh sikap tanggungjawab – kesemuanya termaktub di dalam Ahkam Shariah”.

“Kami katakan kepada Cameron, buatlah apa yang anda mahu, tetapi anda tidak dapat menghalang pemikiran kami daripada berkembang”.

“Tindakan beliau akan hanya membongkar kelemahan ideologi beliau, dengan mengharamkan sebuah parti politik yang bergerak tanpa keganasan berbanding rekod buruk penjajah Barat di Abu Ghraib, Guantanamo, segala penculikan dan penderaan rahsia, serta penyiksaan dan penggantungan habeas corpus”.

“Mereka menjajah negara umat Islam dengan alasan untuk melaksanakan “kebebasan dan demokrasi” tetapi menutup segala perbincangan dan perdebatan politik melalui pengharaman”.

“Di dalam dunia mereka, kebebasan hanya wujud sekiranya seseorang itu tunduk dan patuh kepada nilai-nilai masyarakat yang telah diatur oleh ahli politik yang korup dan hipokrit. Inilah hipokrasi idea kebebasan dan kami tidak gentar menghadapinya. Hizbut Tahrir akan sentiasa meneruskan kerja dakwah di seluruh pelusuk dunia”.

“Kami mengulangi pendirian kami terhadap Cameron untuk berdebat dengan kami secara terbuka, dan kami tahu bahawa beliau tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan pemikiran kami. Tetapi sekiranya beliau hendak mengharamkan Hizbut Tahrir, maka seluruh dunia akan menyaksikan lemahnya idea kebebasan dan demokrasi ini”.

This is LIFE

Siapalah agaknya manusia tanpa dakwah menjadi urat nadi yang memicu aktivitinya. Bayangkan jika hidup tiada arah tujuan, melainkan hanya menjadi manusia atau orang Islam konvensional di luar sana yang selalunya membayangkan kegembiraan adalah apabila anak-anak dah besar, semua dah masuk universiti atau telah bekerja dan anak-anak telah berumahtangga dan beranak cucu.. Sementelah telah berjaya melaksanakan rukun Islam ke lima.. Urusan selain aktiviti ruhiyah seringkali jauh dan kalau boleh, sedaya upaya dielak dari menerjah minda. Kewajipan dakwah dan melaksanakan amar makruf nahi munkar terlalu jauh dari gapaian, malah menjadi sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakannya untuk melihat[tanda-tanda kekuasaan Allah], dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakannya untuk mendengar [ayat-ayat Allah].Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (179)


Tulisan seperti ini mungkin terlalu 'klise' kepada sesetengah orang. Tetapi, kepada yang memikirkan dengan jernih mengapakah sang Sekularis begitu bersungguh-sungguh menghalang aktiviti dakwah seperti penarikan semula permit pasti akan dapat memahami betapa hebatnya "kuasa" pena yang lebih tajam dari mata pedang. Selebaran berwarna biru itu seringkali menyesakkan nafas penguasa-penguasa Kuffar dan Sang Penjilat Barat. Kerana itulah ia dihalang kerana sejak zaman berzaman, penyebaran dakwah dan pemikiran Islam itu turut dibantu dengan kehadiran banyaknya buku-buku dan kitab-kitab yang jika tanpanya, ilmu-ilmu akan hilang seiring dengan pemergian para anbiya dan ulamak ke rahmatullah.


Semoga catatan ini dapat menaikkan nafisyyah sahabat seperjuangan dan para pendakwah bahawa berbekalkan niat suci dan sababiyah untuk melaksanakan kewajipan, Insyallah, peluh, darah dan airmata ini tidak akan sia-sia....

Wassalam.

Dry Eye with Soft Lens = Cute Spectacle

Assalamualaikum semua,

Apa khabar pagi ini? Semoga sihat dengan izinNya, insyaAllah. Jika sebelum ini saya ada berkongsi tentang pengajaran daripada lagu sebelum dan selepas by senario, so this time about our beautiful eyes like mata di bawah ini. =D. Mata siapakah? Anda ke? Hee.



Okay, ini bab serius ye. Saya akan ceritakan my experience first time guna spectacles and contact lens. Experience ini just untuk sharing with you, friends. Maybe lepas ni bolehlah kawan-kawan tahu macam mana nak check-up mata, pilih spectacle and also wearing right contact lens with right power.

Sebelum masuk universiti, setiap pelajar dimestikan membuat medical check-up. Purpose? Of course to know student's health. Same goes to me. Saya buat medical check-up dekat kawasan ibu negara. Saya dibawa my daddy and settle down everything by myself. But when eyes checking, i got problem. I can't see with right eye. Orang yang check my eye tanya, 'sebelum nih tak pernah cek mata ke?' Saya jawab, 'pernah. tapi bukan cek yang macam nih la. Just checking samada kita boleh ikut arahan yang ditunjuk yang macam huruf E. Tapi masa tuh form 3.' Panjang lebar saya menerangkan kepada orang tuh. Then, doktor bagi referral letter for further check up kat Klinik Optometri UKM, KL.

Sekali lagi, ditemani daddy untuk eye check-up. First time menjejakkan kaki ke UKM, KL tapi masa tuh saya tak tahu pun itu adalah kampus cawangan dan yang lagi haru saya tak tahu itu adalah UKM.

After check mata selama hampir 2 jam, optometrist tuh beritahu, right eye 250 and left eye 50. Perbezaannya adalah 200 dan tak pernah ada orang yang macam saya. Optometrist tuh pelik tapi saya lagilah pelik. Harapan saya untuk tidak pakai cermin mata terkubur bila medical check mengesahkan bahawa saya rabun jauh. =(

Nasihatnya kepada saya tentang pemakaian cermin mata, saya kena pakai selalu supaya boleh adapt dengan rasa pening. Biasanya kalau perbezaan power untuk kedua-dua belah mata kurang dari 100, takkan rasa pening. Tapi sebab perbezaan power mata saya yang amat ketara, maka di awal pemakaian cermin mata saya mengalami pening kepala. Kadang-kadang saya tak pakaipun sebab tak dapat adapt dengan headache. But now, no more headache walaupun beza masih lebih 100.


Pemilihan cermin mata adalah berdasarkan kesesuian mata anda, kesukaan anda dan juga kos yang anda mampu. =)

Tentang contact lens pula, biasanya more on kecantikan dan senang. Lagipun masa saya try nak pakai, kawan-kawan ramai pakai. Kiranya, terpengaruh jugalah. Semasa nak buat contact lens, sekali lagi saya kena buat check-up yang memakan masa sejam lebih. Untuk fitting contact lens mana yang sesuai, available stock in the clinic and again the cost. Biasanya ikut kehendak pelanggan tapi atas nasihat optometrist.

Memandangkan saya mempunyai mata yang kering dan sensitif to multipurpose solutions, so i need pay more for normal saline to wash up the lens. Tapi normal salin pun sebotol RM3 je. Selama 2 setengah bulan pemakaian contact lens, saya boleh memakainya seperti pelajar lain. Tapi untuk lens bulan yang ketiga, saya telah mengoyakkannya. Bagaimana? Seperti saya katakan tadi, saya mempunyai mata yang kering. Apabila saya nak keluarkan lens daripada mata, lens akan berlipat. Bila nak buka yang terlipat itu amatlah susah. Maka, kerana macam ter'ganas', saya telah merobeknya. Stok lens untuk sebulan lenyap, terpaksa saya guna lens untuk bulan keempat. Semester berikutnya saya dah tak pakai lens kerana incident itu.

Baru-baru ini, saya telah memakai lens kembali untuk suatu program tapi for daily uses. The need for using lens are like the picture below. Encore Comfort Drop is for dry eyes like me while using soft lens. Normal Saline untuk bagi air pada mata saya sekaligus memudahkan saya untuk keluarkan lens.


Actually, optometrist suggest me dulu lagi, tapi sebab susah nak cari Blink Lubricant Eye drop (sumber : Goole image), saya tak guna. This time terpaksa guna Encore Comfort Drop sebab kat klinik tuh tiada Blink Lubricant Eye drop.



Kesimpulannya, saya tidak boleh memakai lens sebab mata saya yang kering. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama seperti saya, better elakkan memakainya. Memakai cermin mata adalah lebih selamat dan mudah. Hygiene juga kurang diperlukan. Sayangilah mata anda. =)

Before and After...... So, You Think.. Hehehe

Assalamualaikum semua,

Semoga dalam keadaan sihat sentiasa, insyaAllah. Alhamdulillah, berakhir juga paper terakhir saya semalam iaitu Farmasi Klinikal Asas. Seterusnya adalah kerja Allah SWT dan saya serta rakan-rakan hanya mampu berdoa semoga segalanya seperti yang dikehendaki. Sekiranya apa yang diperolehi adalah sebaliknya, maka bersyukurlah dan muhasabah diri semula. Mungkin ada hikmah di setiap apa yang berlaku buat kita. InsyaAllah.

Pagi ini saya nak kongsikan sebuah lagu yang saya minati dari awal kemunculannya sehinggalah sekarang. Bila saya fikir-fikir balik, lagu ini menveritakan realiti manusia sekarang. Tapi untuk entri kali ini, dengarlah dan hayatilah dulu lirik lagu ini ye. Apa yang saya rasa tentang lagu ini, insyaAllah di entri yang akan datang. =)





Sebelum remaja di belai ibubapa
Di beri apa yang minta
Sesudah remaja dia kenal dunia
Tak nak ikut cakap ibubapa

Sebelum dapat kerja
Mahu tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan mc saja
Sebelum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sesudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Duit habis dijoli
Di sana sini

Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Kata ke pejabat
Rupanya dia ligat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat
Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang

Sebelum dapat susah
Dia tak ingat sejadah
Begitulah lazim sifat manusia

Hanya ingat Tuhan bila
Di dalam kesusahan
Elakkan diri dari bersifat demikian
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan



Peringatan buat semua.. =)



Menyongsong Kematian



Abu Bakar berkata: Berkeinginan kuatlah untuk menyongsong kematian, maka hal itu akan memberikan kamu kehidupan
(Ibn Khalikan, Wafiyat al-A’yan, III/67).


Maksudnya :

ketika fikiran seseorang tertuju untuk menyongsong kebaikan dan hidup setelah kematian, maka dia akan menemukan makna dan tujuan hidupnya.


Konsisten Dalam Kebenaran (Part 1)

Para pengembang dakwah ada kalanya berada di dalam wilayah Darul Kufur (Negara Kufur), sekali gus mampu untuk melakukan aktiviti taghyir (perubahan yang mendasar), untuk merubah Darul Kufur tersebut menjadi Darul Islam (Daulah Islamiyah). Seperti keadaan seperti sekarang ini, iaitu pada abad ke 15 H, di mana Daulah Islamiyah telah dihancurkan sejak 89 tahun yang lalu. Sejak saat itu, individu yang menerapkan peraturan di muka bumi adalah para pemerintah yang jahat, sehingga menyebabkan Islam lenyap dari kehidupan kaum Muslimin.

Pengembang dakwah ada kalanya pula berada di dalam Darul Islam (Daulah Islamiyah). Mereka aktif melakukan muhasabah (melakukan teguran dan nasihat) dan amar makruf nahi mungkar. Fokus yang menjadi perbahasan pada saat ini adalah situasi yang pertama, iaitu ketika pengembang dakwah berada di negara kufur (Darul Kufur). Ini kerana, pada saat ini kaum Muslim umumnya dan pengembang dakwah khususnya, sedang hidup di dalam negara kufur. Para pengembang dakwah yang akan melakukan perubahan secara mendasar pada saat ini, keadaannya sama seperti dengan keadaan kaum Muslim ketika berada di Makkah. Bahkan lebih dari itu, kaum Muslim pada saat ini juga harus terikat dengan hukum-hukum yang telah diturunkan setelah hijrah. Namun, pembahasan pada bab ini akan kami fokuskan pada keadaan yang terjadi sebelum hijrah, kerana ada kesamaan antara dua keadaan tersebut. Kaum Kafir di Makkah telah memaksa kaum Muslim agar mengingkari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan keluar dari Islam menuju kekufuran. Mereka turut menuntut agar kaum Muslim pada masa itu meninggalkan aktiviti mengembang dakwah Islam, dan supaya mereka tidak menampakkan ibadahnya di khalayak ramai.

Tindakan seperti ini dilakukan pula oleh para pemerintah zalim saat ini. Bahkan lebih dari itu, para pemerintah tersebut juga meminta para pengembang dakwah untuk bekerjasama dengan mereka, sama ada menjadi pengintip atau menjadi agen pemikiran (amilan fikriyan) yang mempropagandakan berbagai pemikiran untuk memenuhi kepentingan pemerintah yang zalim. Kewujudan pemerintah semacam ini dan dominasi kaum kafir telah berlangsung terlalu lama di negeri-negeri kaum Muslimin. Akibatnya, lahirlah “pasukan” pengintip dan tali barut di dalam bidang pemikiran, serta para mufti (yang sedia berfatwa) sesuai dengan permintaan (pemerintah zalim). Kami tidak tahu, apakah tuntutan busuk seperti ini, pernah digunakan oleh kaum Quraisy atau tidak pada waktu dahulu? Untuk merealisasikan tuntutan-tuntutan tersebut, kaum kafir Makkah telah menggunakan berbagai cara (uslub), seperti pembunuhan, penyeksaan, penindasan, penahanan, mengikat, menghalangi hijrah, mengambil harta, perang ekonomi, pemboikotan, dan membuat stigma negatif dengan mempropagandakan tuduhan-tuduhan dusta. Para pemerintah zalim (saat ini) juga telah menggunakan taktik seperti itu, bahkan lebih jahat dari itu. Mereka menggunakan berbagai bentuk seksaan dan penemuan baru, seperti menggunakan kejutan elektrik. Meskipun alat itu sepatutnya digunakan dalam sektor industri. Sementara Rasulullah SAW dan para sahabat mempunyai sikap yang wajib diteladani dan diikuti. Penjelasan umum ini memerlukan perincian, baik tentang tuntutan, uslub, mahupun sikap yang harus diambil ketika menghadapinya. Beberapa uslub yang pernah digunakan oleh kafir Makkah adalah:

Penyeksaan (Pemukulan)

Al-Hakim dalam al-Mustadrak telah mengeluarkan sebuah hadis, ia berkata, “Hadis ini shahih isnadnya memenuhi syarat Muslim, dan Imam Muslim pun menyetujui hadis ini dalam al- Talkhish.” Dari Anas ra ia berkata:

"Kafir Quraisy telah memukul Rasullullah SAW sehingga baginda pengsan. Kemudian Abu Bakar ra. berdiri dan berteriak, “Binasa kalian! Apakah kalian akan membunuh orang yang mengatakan, ‘Tuhanku adalah Allah?’ Mereka berkata, “Siapa orang ini?.” Mereka berkata lagi, “Orang ini adalah anak Abi Kuhafah yang gila.”

Muslim telah mengeluarkan dari Abu Dzar tentang kisah keislamannya, ia berkata:

"Aku telah tiba di Makkah. Aku melihat seorang lelaki yang paling lemah di antara mereka. Aku bertanya, “Mana yang kalian sebut dengan nama ash-Shabi’?”. Dia pun memberi isyarat padaku, seraya berkata: ash-Shabi’. Maka, penduduk lembah itu pun mengarah kepadaku (dengan berlumuran lumpur kering dan (membawa) tulang) sehingga aku pun terpelanting jatuh (tak sedarkan diri). Abu Dzar berkata, “Ketika aku bangkit, sungguh aku seperti berhala yang berlumuran darah.”

Mengikat

Al-Bukhari meriwayatkan dari Sa'id bin Zaid bin Amr bin Nufail dari Masjid Kufah, ia berkata:

"Demi Allah, aku melihat diriku sendiri, ketika Umar telah mengikatku kerana keIslamanku, sebelum dia masuk Islam. Seandainya gunung Uhud hilang dari tempatnya, disebabkan oleh apa yang kalian lakukan terhadap Utsman, pasti dia pun akan tetap konsisten seperti itu. Dalam riwayat al-Hakim dikatakan, “Ia mengikatku dan ibuku.” Ia berkata, “Hadis ini shahih memenuhi syarat Muslim.”

Tekanan dari Ibu

Ibnu Hibban meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya dari Mus’ab bin Sa’ad dari ayahnya, berkata, Berkata Ummu Sa’ad, “Bukankah Allah telah memerintahkanmu untuk berbuat baik kepada orang tua? Demi Allah, aku tidak akan makan dan tidak akan minum hingga aku mati atau engkau kufur (dari agama Muhammad).” Sa'ad berkata, “Jika mereka hendak memberi makan kepadanya, maka mereka membuka mulutnya dengan paksa.” Kemudian turunlah ayat:

“Dan Aku telah memerintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuannya.” [TMQ. al-Ankabut (29): 8]

Dijemur di Bawah Terik Matahari

Dari Abdullah, ia berkata, “Sesungguhnya yang pertama kali menampakkan keIslamannya ada tujuh orang, iaitu Rasulullah SAW, maka Allah memberikan perlindungan kepada baginda melalui pakciknya, Abu Thalib. Kemudian Abu Bakar, maka Allah melindunginya dengan kaumnya. Sedangkan yang lainnya, mereka diseksa oleh kaum Musyrik. Mereka dipaksa memakai baju besi, kemudian dijemur di bawah terik matahari. Maka tidak ada seorang pun kecuali melakukan apa yang diinginkan oleh kafir Quraisy, kecuali Bilal. Kerana ia telah mampu menundukkan perasaannya kerana Allah semata. Hingga ia menganggap ringan terhadap seksaan dari tuannya. Akibatnya mereka semakin marah dan menyuruh orang-orang Quraisy untuk mengarak Bilal di lembah-lembah Makkah. Ketika itu Bilal mengatakan, ‘Ahad-Ahad’ (HR. al-Hakim dalam al- Mustadrak. Ia berkata, “Hadis ini shahih isnadnya, meski tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari Muslim.” Dalam at- Tarikh, adz-Dzahabi menyetujuinya).

Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya. Ia menyebutkan ketujuh orang tersebut. Ia berkata, “Tidak seorang pun kecuali menuruti keinginan kafir Quraisy”, Maksudnya berjanji kepada mereka, tapi dalam riwayat ini terdapat tashif. Asalnya “wa atahum” bermaksud “thawa’ahum” ertinya ia mengikuti keinginan kafir Quraisy, bukan berjanji, kerana mereka tidak akan redha dengan sekadar janji.

Keperibadian Wanita Sumatera menjadi tarikan?


Ini berita Sabtu lepas di BH. Masa saya balik rumah di tengah-tengah minggu exam nih, my daddy suruh baca paper BH. Saya bacalah. Then, mata saya tertumpu pada berita tentang perkahwinan oleh lelaki Malaysia dengan wanita Sumatera.

What's the matter of that? Apa yang anda fikirkan? Malaysia dan Sumatera? Kenapa lelaki itu pilih wanita Sumatera? Dah takde wanita Malaysia ke?

Jika anda berfikiran sedemikian atau itu adalah antara soalan-soalan yang bermain di fikiran anda sekarang, lebih baik anda berfikir sejenak. Berfikir sejenak. Kalau nak berjenak-jenak pun tak jadi masalah. =P Mari kita sama-sama bersihkan minda dari segala debu-debu idea yang dibawa barat. Kenapa saya berkata sebegitu?

Anda baca ini dulu,

- Saya sangat kecewa - Shahrizat
- Layanan mesra wanita Sumatera jadi tarikan
- Wanita seberang lebih berani penuhi fantasi lelaki?
- 'Ada udang di sebalik batu'

Dan kalau boleh, ada juga berita di media massa sebelum Sabtu lepas (17hb April 2010) tentang perkahwinan lelaki Malaysia dengan wanita Sumatera sebagai isteri kedua tapi saya tak dapat memberi link nya di sini. Harap anda maklum akan berita tersebut. Seterusnya boleh baca link yang satu nih,

- Kahwin lari ke Lombok

Anda rasa apa yang cuba saya sampaikan di sini? Isu tentang apa? Lombok dan Sumatera dua-duanya merupakan pulau di negara seberang. Jadi,isunya adalah berkenaan dengan orang seberanglah. Tapi kenapa ya? Sebabnya....



Pertama, manusia itu dijadikan sama oleh Allah SWT. Semua manusia berikan keperluan jasmani dan naluri sama seperti haiwan. Bezanya hanya pada akal. Jadi, bila keluar kenyataan di media massa bahawa 'Layanan mesra wanita Sumatera jadi tarikan', apakah wanita Malaysia tiada tarikan? Ini adalah satu pemahaman yang jauh panggang dari api. Apakah mereka tidak terfikir bahawa berapa ramai wanita Malaysia diminati oleh lelaki Malaysia sendiri dan juga warga asing? Apakah mereka tidak menarik hati melihat wanita-wanita Malaysia? Bukankah Malaysia kaya dengan wanita yang penuh dengan sopan santun dan adat ketimurannya? Agaknya mereka tak tahu akan hakikat kejadian manusia bahawa setiap manusia itu sama.

Kedua, 'Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki' ini juga adalah kenyataan yang menunjukkan karakteristik wanita Sumatera. Benarkah? Bukankah karekteristik sebegitu bukan spesifik untuk wanita Sumatera sahaja. Wanita di tempat-tempat lain juga ada yang begitu. Jadi mengapa wanita Sumatera dipersalahkan? Ingat ya sahabat-sahabat, kita sama sahaja dengan manusia-manusia lain. Yang membezakan kita dengan manusia-manusia itu hanyalah nilai ketakwaan di sisi Allah SWT.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)". [TMQ Al-Hujurat(49): 13]

Ketiga, assobiyah bukan penghalang perkahwinan kerana ada kalangan warga Malaysia yang menikah dengan lelaki asing samada dari Indonesia, Australia, UK, India, US dan sebagainya tapi mereka tetap boleh hidup bahagia. Tapi mengapa bila ada lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita seberang, ia menjadi isu besar Sehingga menteri juga masuk campur? Semuanya sebab assobiyah. Barat begiu licik memainkan peranannya agar umat Islam tidak bersatu. Apa masalahnya kalau orang Malaysia kahwin dengan orang Indonesia? Dua-dua kan manusia bukannya makhluk lain. Kalau orang Malaysia kahwin dengan orang barat, takde lak nak kecoh sampai macam ni kan??

"Barangsiapa yang menyeru kepada ashobiyah (nasionalisme/tribalisme) atau yang berperang deminya, atau mati kerananya, maka ia tidak termasuk golongan kami" [Abu Dawud]

Wallahualam..

Rancaknya Dunia Blogger dengan Kak RM

Kecewa saya dengan paper toksikologi petang tadi. Kepala saya dah toxicated dengan toxicology and now ada lagi 2 paper yang lagi mencabar minda. Anda mampu lakukan? Iya, saya mampu. Hee. Semoga segalanya baik-baik saje. Berusahalah. Berusahalah. Berusahalah. (Ayat macam pasrah je, hukhukhuk.)

Apapun, ceria-ceria selalu. Selamat beramal. =D. Okey, itu hanyalah selingan. Sekarang mari kita gemparkan dunia blog ini dengan satu kisah. Anda nak tahu tak? Jeng... jeng... jeng... Hehehe.. Takdelah gempak pun.

Okey, ini kisah sebenar yang berlaku. Dalam seminggu lepas, apabila tersiar berita tentang Kak RM nih di Harian Metro, statik blog tersebut melonjak naik. Pernah ada sekali tuh, ada 240 red divas online (ke 243 online, not so sure). Gempak tak? Biasa je kan tapi tidak bagi saya. ia amatlah luar biasa sebab saya nak sampai 3 orang online pun payah.

Memang Kak RM penulis tegar kan. Sehari boleh publish beberapa entri. Saya tidak boleh sebab kalau nak publish 1 entri pun, saya akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebab apa? Sebab apa-apa yang saya tulis, saya hanya akan sampaikan yang hak. Dan kerana itu, saya perlu sertakan dalil atau apa-apa hujah untuk memperkuat apa yang saya tulis.

Apapun, Kak RM memang bagus dari segi dia membahagikan masa menulis blog, bekerjaya dan juga keluarga. Itu satu sudut positif yang boleh diambil. Tapi saya tak kata anda mesti ambil sudut positif itu, okey. Sebelum nak tulis entri ini, saya beritahu tuan punya badan yang saya akan publish kisah tentang beliau. So, sekarang saya berkesempatan untuk update and this is the story i wanna tell. Untuk mengetahui lanjut, silalah ke blog kakak itu.

Everything is about red.

Sekian.

Buah Hati Pengarang Jantung Mama

Tenang rasanya dapat melihat wajah si kecil itu semalam. Entah mengapa, senyuman dan suara si kecil menggamit mamanya untuk pulang. Ditambah dengan pujukan si atok, maka kepulangan saya adalah tanpa diduga. Kerinduan terhadap si kecil tak dapat dibendung lagi. Iyahlah, di masa minggu exam, saya balik rumah. Tak pernah dibuat orang agaknya.


Si comel mama.

Renungan mata si kecil ketika menatap wajah mamanya yang seorang nih, benar-benar menyejukkan hati. Dialah anak saya yang pertama. Dialah yang memberikan kegembiraan dan senyuman buat atok dan neneknya. Dia jugalah yang membuatkan mama-mamanya angau tak tentu ke pasal. Hahaha. Just kidding. Sekarang dah boleh study dengan tenang untuk paper Toxicology. Hee.

Okey, bercakap soal si kecil, setiap manusia memang sukakannya dan inginkannya. Ia lumrah. Tapi kepada mereka yang tegar membuang bayinya sendiri, itu bukan lumrah. Itu bersifat bukan manusia. Jika bersifat bukan manusia, apalagi kalau bukan binatang? Binatang juga tak seperti itu kan. Jadi, mereka yang membuang bayi-bayi mereka tanpa rasa kasihan adalah bersifat lebih daripada binatang. Itu adalah statement yang tidak dapat disangkal lagi.

Di sini bukan soal membuang anak yang akan saya khabarkan tapi tentang si kecil buah hati saya atau mamanya. Ececece, saya dah ada anak yang bakal menginjak ke usia 8 bulan pada 6hb Mei nanti. Anak saudara tercomel. Mengapa si comel ini? Sebab mama-mamanya hidup atau melihat si comelnya membesar di depan mata. Apabila sudah dikatakan membesar di depan mata, maka itulah pendidikan awal si comel ini. Pendidikan awal kanak-kanak amatlah penting.

Benarlah apa yang dikata di dalam syair :

Ibu adalah sekolah (bagi anak-anaknya)
Jika Anda menyiapkannya,
Anda tekah menyiapkan bangsa yang baik urat-uratnya.

Anak yang tumbuh di taman
tak sama dengan anak yang tumbuh di lapangan
Bisakah diharap kesempurnaan pada anak-anak
Jika mereka menyusu dari ibu yang tak berakhlak

Jika anda hayati bait-bait syair di atas (saya rasa syair Arab), memang benar bukan. Ibu bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak kelak. Saya bukanlah sesiapa yang layak untuk memperkatakan ini kerana saya belum melaluinya atau merasainya, tetapi saya bakal melaluinya. Setiap insan melaluinya. Apa yang saya kongsikan di sini adalah persediaan saya untuk menghadapinya. Mungkin saya telah menghadapinya sekarang kerana anak saudara juga tiada bezanya dengan anak sendiri. Betul kan?

Melalui pembacaan saya melalui beberapa majalah Al-Wa'ie keluaran HTI, maka inilah apa yang diperkatakan untuk mengasahkan potensi yang ada pada seorang anak. Kepada bakal-bakal ibu muda, mungkin ini sedikit sebanyak akan memberi anda cara-cara mendidik anak agar anak-anak yang bakal anda lahirkan bisa menjadi pemimpin agung suatu hari nanti. Agar anak-anak yang bakal anda lahirkan bisa menjadi seorang pendakwah yang hebat suatu hari nanti. Agar anak-anak yang bakal anda lahirkan bisa menjadi seorang khalifah yang sentiasa menjaga rakyatnya suatu hari nanti. Agar anak-anak yang bakal anda lahirkan bisa menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Pernahkah kita membayangkan anak-anak kita kelak di akhirat akan menyelamatkan kita dari siksa api neraka, bahkan memasukkan kita (orang tua) ke dalam syurga Allah SWT? Semua sepakat bahawa orang tua akan sangat senang dan bahkan itulah yang diharapkan: putera-puetrinya menjadi ‘penolong’ kelak di akhirat.

Rasulullah saw. pernah bersabda, sebagaimana penuturan Anas bin Malik ra., “Pada Hari Kiamat kelak diserulah anak-anak kaum Muslim, ‘Keluarlah kalian dari kubur kalian.’ Merekapun keluar dari kuburnya. Lalu, mereka diseru, ‘Masuklah ke dalam syurga bersama-sama.’ Mereka berkata, ‘Duhai, Tuhan kami, apakah orang tua kami turut bersama kami?’ Hingga pertanyaan keempat kalinya menjawablah Dia, ‘Kedua orang tua kalian bersama kalian.’ Berloncatanlah setiap anak menuju ayah-ibunya, memeluk dan menggandeng mereka; mereka memasukkan orang tuanya ke dalam syurga. Mereka lebih mengenal ayah dan ibu mereka pada hari itu melebihi pengenalan kalian terhadap anak-anak kalian di rumah kalian.” (Kitab Nuzhah al-Majalis wa Muntakhib an-Nafais, ash-Shufuri, dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dari jalan ath-Thabrani).

Tidaklah mungkin anak-anak kita akan menjadi penolong kita di akhirat kelak jika anak-anak kita tidak menjadi anak-anak yang soleh-solehah. Oleh kerana itu, tidak ada jalan lain agar anak-anak kita bisa menjadi penolong kita nanti kecuali kita, sebagai orang tua mencetak dan mendidik anak-anak kita mengerti agama, mengamalkan syariahNya dan yang lebih penting lagi adalah menjadi penjaga terpercaya atas syiar dan tersebarnya syariahNya di muka bumi ini.

Mengembangkan Potensi Anak Usia Dini

Sila ubah anak usia dini = anak kecil. Semoga pembacaan anda menjadi mudah, ameen.

Anak usia dini memiliki potensi yang luar biasa. Saat itu otak tumbuh pesat dan siap diisi dengan berbagai informasi dan pengalaman. Penelitian menunjukkan anak usia dini adalah masa windows of opportunity. Pada masa ini, otak anak bagaikan span yang dapat menyerap cairan. Agar dapat menyerap, span tersebut tentunya harus ditempatkan dalam air. Air inilah yang diumpamakan sebagai pengalaman. Di sinilah letak peranan orang tua yang bertugas memberikan pengalaman kepada anak-anak dan mengenalkan mereka pada aktiviti yang diminatinya.

Jika sejak bayi anak sudah dirangsang dengan berbagai rangsangan, otak kecilnya pun akan menyerap. Sebagai contoh, kemampuan bicara anak, jika tidak sering dirangsang, maka anak akan mengalami keterlambatan berbicara. Namun, jika anak sentiasa diajak berbicara, kemampuan bercakapnya pun akan terangsang dengan baik.

Begitu juga dengan si comel saya. Nenek dan atoknya sentiasa bercakap dengannya sejak usianya 2 bulan. Memang si comel belum merespons apa-apa ketika usia itu, tapi si kecil faham. Dan si kecil saya memberikan respons ketika usia 3 bulan dengan aaakk.. Itu adalah pemula bicara comel dari bibir kecilnya. Comelkan? Dan sekarang, si kecil ini asyik nak menjerit je. Itu adalah perkembangan yang sihat buat si kecil mamanya. Iya, senyuman yang diberikan oleh si kecil kepada mamanya juga adalah respons yang baik apabila mama bercakap dengannya.

Munculnya potensi (kemampuan) anak memang bergantung pada rangsangan yang diberikan orang tua. Kerana itu, wajib bagi orang tua untuk menggali sekaligus mengembangkan potensi anak sejak dini. Makin dini anak menerima rangsangan akan makin baik. Lalu apa yang semestinya dilakukan orang tua untuk menggali dan mengembangkan potensi anak usia dini?

1. Kenali potensi anak.

Orang tua harus belajar tentang semua hal yang berhubungan dengan cara mengenali potensi anak. Lakukan pengamatan dan identifikasi terhadap perilaku anak. Apakah anak mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu, seperti: dapat berjalan dan berbicara pada usia yang sangat dini, lebih cepat dari anak seusianya; mempunyai kecepatan dalam penguasaan berbagai informasi; mempunyai kemahuan memperhatikan suatu persoalan dalam waktu yang lama, mempunyai perbendaharaan kata yang banyak sehingga mampu berkomunikasi dengan bahasa yang komunikatif pada usia dini dan mempunyai kemampuan mengekspresikan gagasannya dengan bahasa yang kompleks; mempunyai kemampuan menceritakan suatu kejadian (cerita) dengan cukup jelas; mempunyai kemampuan mengingat yang cukup tinggi; memiliki daya kreasi dan imajinasi yang tinggi dan sebagainya. Setiap anak memiliki karakteristik yang berbeza sehingga perlakuan atau metode pendekatan yang dipakai untuk masing-masing anak dalam proses pembelajarannya juga berbeza.

2.Berikan stimulasi yang tepat.

Stimulasi adalah berbagai rangsangan, entah itu kesempatan bermain, fasiliti belajar, atau benda (misalnya cerita atau bacaan), yang dapat memicu anak untuk belajar atau mengolah pengajaran. Rangsangan juga bisa berbentuk sentuhan yang abstrak, misalnya dukungan dan keterlibatan orang tua dalam proses belajar anak. Rangsangan akan membentuk cabang-cabang otak sebanding dengan yang kita berikan. Selain itu, pengetahuan dan pengalaman si anak juga semakin kaya. Perlu pula dibentuk kebiasaan belajar atau tradisi berprestasi dalam keluarga. Tradisi di sini adalah berbagai bentuk pembiasaan positif, misalnya membaca, perhatian dan tanggung jawab terhadap tugas, mencari informasi untuk menyelesaikan masalah, dan berbagai sifat-sifat positif lain.

Pada usia 0-3 bulan, misalnya, stimulasi dilakukan dengan memberikan senyuman, berbicara, menirukan ocehan anak, membunyikan berbagai suara sampai menggerakkan benda-benda berwarna terang. Kemudian pada usia hingga 6 bulan stimulasi dapat ditambah dengan bermain mencari sumber suara, mengulang beberapa kata, meraih dan memegang mainan, dirangsang tengkurap, dan lain sebagainya. Hal yang mesti diingat oleh orang tua, stimulasi sebaiknya dilakukan secara terus-menerus setiap ada kesempatan, misalnya sambil mengganti lampin ataupun sambil memberi makan. Semua itu dilakukan dalam suasana bermain, penuh kegembiraan dan bervariasi. Pada fasa berikutnya, rangsanglah anak agar tertarik untuk mengamati dan mempertanyakan tentang berbagai hal di lingkunganya.

3. Berikan dukungan.

Berikan dukungan kepada anak tentang banyak hal, baik bersifat material, seperti permainan, atau hadapkan anak dengan berbagai persoalan dan dampingi mereka untuk belajar bagaimana menyikapi persoalan tersebut. Berikan perhatian penuh pada anak dan kondisikan untuk selalu merasakan kenyamanan. Perhatian dan apresiasi yang diberikan kepada anak akan membuat kemampuan dan kecerdasannya terus tumbuh dan berkembang.

4. Berikan pujian.

Lemparkan pujian kepada anak ketika ia telah menguasai sebuah kebiasaan sekecil apa pun. Berikan pula pujian ketika ia menunjukkan hasil karyanya. Ketika kemampuan anak telah mulai terlihat, giliran menyalurkannya dengan baik. Penghargaan yang kita berikan akan memacu motivasinya untuk terus mencoba. Meskipun masih kita rasa kurang, jangan sampai kita mencemuh hasil yang telah anak-anak lakukan kerana ini akan berbahaya bagi kelangsungan rasa percaya dirinya. Anak yang memiliki rasa percaya diri yang tinggi akan lebih kuat menghadapi tekanan dari lingkungannya daripada anak yang rendah diri.

5. Ajak anak untuk berkreasi sesuai imaginasinya.

Berikan kertas berwarna dan mintalah kepada anak untuk mengguntingnya sesuai keinginan, lalu menempelkannya di buku gambar. Bisa pula dengan mengajak anak bermain pasir dengan menggunakan mainan yang dimiliki. Selama orangtua kreatif, ada banyak bahan yang dapat digunakan dan tidak mahal yang terdapat di sekitarnya. Jika imajinasi anak terlatih, kemampuan yang lain juga dapat mudah dikembangkan.

6. Arahkan anak.

Orang tua dapat mengarahkan kemampuan anak, misalnya jika anak suka membaca, beri ia buku cerita berwarna dan ajak bercerita bersama. Jadikan ini aktiviti yang rutin dengan membacakan cerita sebelum tidur, misalnya. Namun, tugas orang tua tidak berhenti sampai di situ. Setelah mengarahkan, orang tua pun berkewajiban untuk mendampingi sang anak dalam setiap aktivitinya. Selain memberikan rasa nyaman dan aman bagi anak, orangtua juga dapat mengetahui kemampuan mana yang lebih menonjol. Jika anak bertanya sesuatu, puaskan rasa ingin tahu anak dengan menjawab setiap pertanyaan. Jangan berikan jawaban final, tetapi jawaban yang mendorongnya untuk semakin terus bertanya. Biasakan anak berfikir baik dalam persoalan kecil atau besar.

7. Doronglah anak untuk belajar.

Orangtua harus memberi contoh yang baik bahawa bukan hanya anak saja yang harus belajar, kita pun sebagai orang tua juga harus mahu belajar, termasuk berbagai metode pendidikan anak sehingga kita tanamkan pemikiran bahawa belajar itu tidak mengenal waktu dan usia.

Sudah saatnya kita merancang pendidikan di rumah (pasca pendidikan sekolah) dengan pendidikan yang mengacu pada pembentukan syakhsiyah islamiyah. Sudah saatnya setiap kita mendidik anak kita dengan hafalan al-Quran dan al-Hadis. Setelah subuh kita ajari mereka tentang akhlak-akhlak yang mulia dan masih banyak program-program yang lain. Sudah selayaknya kita mengajari mereka dengan mulut kita sendiri (sebagai orang tua). Yakinlah, bahwa apa yang kita sampaikan dari mulut kita sendiri akan sangat membekas di hati dan pikiran anak-anak kita. Kita akan diposisikan sebagai orang tua sekaligus sebagai ‘guru’ yang senantiasa menginspirasi bagi anak-anaknya.


nota: Untuk rujukan penuh, sila layari ini dan ini. InsyaAllah, membantu.

Wallahualam..

HambaMu berserah diri padaMu


Ya Allah.....

Bermacam-macam jenis manusia di luar sana Ya Allah. Bagaimana harus aku keluar untuk menghadapi mereka. Mengapa masih aku berfikiran tentang apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku. Aku tidak peduli apa yang mereka fikirkan tentang diriku Ya Allah. Aku tidak mahu melakukan perkara yang bisa membuat mereka kagum kepadaku tetapi Engkau tidak menyukainya. Aku menginginkan kebanggaan dari pandanganmu Ya Allah. Aku mengharapkan senyuman di bibir mulia Rasulullah dengan perbuatanku. Aku tidak mahu tersungkur gara-gara mengejarkan pujian manusia. Bantulah hambamu ini untuk meraih kemuliaan di pandanganMu dan kekasihMu Rasulullah walaupun dipandang hina oleh manusia di luar sana.


Ya Allah.....

Hambamu ini lagi rasa kecewa. Berbagai bagai perasaan yang sedang bermain di dalam hati ini yang sememangnya milikmu. Perasan-perasan ini juga Engkaulah yang telah memberikan kepadaku Ya Allah. Aku tidak larat. Aku tidak mampu. Aku tidak kuat. Tetapi aku tetap redha. Aku takut untuk mengatakan yang aku kesal dengan pemberianmu kerana aku takut untuk mendapat kemurkaanmu Ya Allah. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha untuk menerima segala-galanya. Berikanlah aku kekuatan untuk menahan ujian-ujian yang telah disiapkan untukku. Aku akan cuba sedaya-upaya untuk menerimanya Ya Allah tetapi aku masih mengharapkan pertolonganmu untuk menghadapinya. Aku tidak ada kekuatan walau sedikit pun. Tiada siapa selain Engkau yang mempunyai kekuatan dan kemampuan.


Ya Allah.....

Hambamu ini bisa kebingungan. Bila-bila sahaja diri ini mampu terbang di awangan tetapi bukan berterbangan bebas. Jasad mahu sahaja melepaskan diri tetapi pemikiran menariknya kembali. Pemikiranku lagi mencari jalan yang terbaik untuk membenarkan keadaan. Tetapi bagaimana diri ini bisa tahu akan jalannya Ya Allah. Ke kanan atau ke kiri. Mungkin ke hadapan sahaja tetapi mungkin juga ke belakang. Aku tidak tahu jalan yang mana. Ya Allah sesunggunhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha menentukan segalanya. Biarlah diri ini mencuba setiap jalan yang ada. Inilah rancanganku. Masih lagi hambamu yang lemah ini mengharapkan Engkau untuk memberikan arah tujuan yang benar kepadaku Ya Allah. Penentuanmu selalunya adalah yang terbaik. Hambamu ini hanya mampu merancang tetapi Engkaulah yang menentukan segalanya. Bukanlah jalan ke kanan atau ke kiri yang akan kuambil. Bukan jua ke hadapan ataupun ke belakang. Tetapi diri ini masih tetap memaku di tempat asal, diantara empat penjuru yang harus kupilih untuk dilalui. Lalu di tengah-tengah situ, dalam kesempitan memendam rasa kebingungan, hambamu ini menjatuhkan diri untuk bersujud kepadamu Ya Allah, untuk memohon pertolonganmu Ya Allah serta petunjuk dan hidayahMu. Semoga langkah seterusnya yang kuambil adalah atas dasar ketentuanMu yang Engkau redhai bagiku.


Ya Allah.....

Bagaimana aku bisa mengatakan cintaku kepadamu Ya Allah. Bagaimana aku bisa mengirimkan kata-kata cintaku kepada Rasulullah sedangkan aku masih belum melaksanakan hak-hakmu dengan sempurna. Aku masih belum mampu membahagiakan Rasulullah dengan amalan-amalanku yang masih terlalu berkurangan. Aku tidak mahu membohongimu Ya Allah dan aku tidak sanggup membohongi kekasihku Rasulullah dengan meluahkan rasa cintaku kepadamu dan Rasulullah sedangkan aku masih berpaut dengan cinta kepada perkara-perkara duniawi. Ya Allah bantulah hambamu ini supaya dapat memilih cinta yang hakiki. Aku mencintaimu Ya Allah. Aku bisa terpaku dengan kebesaranmu Ya Allah. Aku bisa terharu dengan sifat-sifatmu yang Maha Agung. Engkaulah yang memiliki rahmat yang tidak terbatas luasnya. Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkaulah segala-galanya. Aku juga tidak sanggup membayangkan kesedihan Rasulullah apabila beliau tahu betapa aku tidak menjalankan amanah untuk meneruskan perjuangannya.


Ya Allah.....

Hambamu ini sudah dapat merasakan kekerdilan diri. Apabila aku berada di pantai sendirian di malam hari, aku terpaku sejenak melihat ciptaanmu Ya Allah. Segalanya sudah jelas berada di hadapanku Ya Allah. Dalil-dalil kehebatanmu. Langit yang luas dengan tidak bertiang mampu bertahan begitu sahaja. Tidaklah ia dapat bertahan kecuali dengan kemampuan Engkau untuk menahannya daripada jatuh menghempap kami bersama-sama sekian banyaknya bintang-bintang yang setiap satu menyerupai matahari ataupun jauh lebih dasyat daripada matahari. Kelihatan cantik langit di siang hari dengan keberadaan awan-awan putih bergerakan di langit yang berwarna biru. Dengan kehadiran matahari sahajalah kami mampu melihat warna-warni yang indah dan ciptaan-cipataanmu yang lainnya di permukaan bumi ini. Kami bisa melihat Ya Allah tapi kebanyakkan daripada kami masih buta.


Ya Allah.....

Hambamu ini memohon keampunan kerana membuat diri ini buta padahal nikmat mata untuk melihat telahpun Engkau karuniakan. Selama ini aku buta Ya Allah. Aku buta Ya Allah. Maafkan aku Ya Allah. Aku sudah cuba untuk mencelikkan mataku ini yang sememangnya Engkau jadikan sempurna tetapi aku pejamkannya. Aku tidak sengaja Ya Allah. Bantulah hambamu ini untuk mencelikkannya agar aku bisa melihat kebenaran dan apabila mata ini sudah celik, janganlah Engkau membiarkan aku tertidur pula iaitu lalai.

Saya Perlukan Kaunseling...

Nampaknya saya tak jadi nak stop blogging sebab exam. Kalau saya tidak menulis, saya tetap walking to others blog. Jadi, dengan rasminya saya tarik balik segala kata-kata yang saya khabarkan kepada anda semua sebelum ini tentang stop blogging sementara waktu. Tak sabar rasanya nak kongsikan apa yang yang saya rasakan sekarang ini.

Firstly, alhamdulillah sebab saya dah 2 paper dah exam. Semuanya terpulang kepada ketentuan Allah. Saya dan rakan-rakan dah buat yang terbaik biarpun di dalam dewan ada juga saya sangkut, huhuhu. Paper Pharmacognosy telah berlalu. Fokus untuk paper seterusnya selasa depan, insyaAllah.

Secondly, thanks to my bff (stand for ape ya? best friend forever ke? =D ) Nur Hazirah Radzi and Mazliza Ali to be the first and second person respectatively wishing happy birthday to me. (Macam tak segan-segan pula saya nih khabarkan tentang kelahiran saya di sini, huhuhu) Takpelah, tapi saya bersyukur sangat. Walaupun tengah berperang untuk paper Pharmacognosy, ramai yang mendoakan tentang diri saya dan kejayaan saya. Yang paling saya terharu adalah daripada keluarga sendiri. Angka yang disebutkan benar-benar buat saya terkesan bahawa usia semakin meningkat dan kematian semakin mendekat. Apa-apapun, saya akan gunakan masa sepenuhnya selagi saya masih dimiliki mereka. InsyaAllah. (entri tentang 15/4 akan dibuat entri lain. Harap maklum.)

Thirdly, back to the topic above. Saya perlukan kaunseling. Kenapa? Sebab saya tak pandai memberi kaunseling kepada orang lain. Mudah bukan? Tak pandai, jadi saya cari orang yang pandai untuk belajar. Di sini, saya tanyakan kepada yang pembaca, jika anda seorang yang pandai memberi kaunseling, sila ajari saya. =) Saya sedia belajar.

Bukannya apa, dulu masa adik saya yang first masuk sekolah berasrama, dia sangat excited. After a week (rasanya tak sampai a week) kat sekolah tuh, dah nak balik rumah semula. Siap kata sekolah tuh tak best lah, apalah. Macam-macam alasan yang diberikan kepada kedua ibu bapa saya agar dia dapat balik ke sekolah lama. Saya ada nasihatkan juga masa tuh tapi tak berkesan. Mungkin cara saya yang salah.

Setelah berfikir panjang, bapa saya pun berjumpa dengan guru kaunseling sekolah tersebut. Tapi itu pun tak berjaya memberi motivasi kepada adik saya. Yang berjaya memberi motivasi kepada adik saya itu agar terus bersekolah di sana adalah kawannya. Bila ibu saya tanya apa yang kawannya beritahu, adik saya diam je. Sampai sekarang kami sekeluarga tak tahu apakah yang telah diperkataan oleh kawannya itu. Dan mungkin kami takkan tahu sampai bila-bila. Apa-apapun, dia dah tamat sekolah menengah. Sekarang sedang menunggu tawaran untuk ke peringkat pengajian seterusnya. Semoga berjaya. =)

Kisah sama berulang kembali kepada adik saya yang kedua masuk sekolah berasrama. Dia pun sebab excited nak sekolah situ. Pun tak sampai seminggu, telefon rumah cakap nak balik. Cara yang sama juga diberikan. Pelbagai kata nasihat daripada umi dan abah saya tapi adik saya itu tetap tidak dihiraukannya. Saya juga ada menasihatinya, pun tidak berkesan. Sekarang masih dalam proses memberikannya semangat dan motivasi. Lagipun adik saya tuh baru tingkatan 1 dan tak mustahil itu berlaku. Apapun, kami memang sentiasa menyokongnya.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang tahu memberikan motivasi kepada orang lain, beritahulah saya dan ajarilah saya bagaimanakah caranya. =)

Gadis Malaysia Bukan Sahaja Jahil Isu Hamil dan Dara

Nathan Kandapper (tiga dari kiri) bersama panel penasihat pakar forum BodyLife IQ 2010 pada pelancaran kempen Kotex 'I Know' di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

HAMPIR 100 peratus gadis di rantau ini termasuk di Malaysia tidak tahu membezakan antara mitos dan fakta berhubung biologi asas membabitkan tubuh mereka sendiri.

Kajian Kotex BodyLife IQ di Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia dan India serta Malaysia mendapati 97 peratus gadis tidak tahu berapa lubang yang ada pada wanita dan sama ada kencing atau haid datang dari saluran sama.

Mengikut kajian kuantitatif melibatkan 1,800 wanita berusia 16 hingga 24 tahun itu, Malaysia menduduki tangga tercorot dalam memahami isu kehamilan dan kedaraan.

Majoriti 60 peratus gadis percaya menyentuh payu dara akan menjadikannya semakin besar, 55 peratus lagi yakin memakai coli dengan kerap boleh mengakibatkan kanser payu dara manakala 21 peratus percaya makan berlebihan mempercepatkan kedatangan haid.

Separuh daripada responden kajian dengan 56 peratus gadis dan wanita diterapkan dengan idea bahawa mereka tidak akan hamil jika melakukan hubungan seks sewaktu datang haid.

Pengarah Urusan Kimberly-Clark (Malaysia/Singapura), Nathan Kandapper berkata, kajian itu membabitkan sekolah selain kalangan wanita berpendidikan, bercita-cita tinggi, berpersonaliti menarik dan aktif secara sosial.

"Kami merasakan perlu untuk membawa permasalahan ini ke tengah dan memperkenalkan penyelesaian menerusi kempen I Know.

"Kata kunci di sini adalah 'pendidikan' dan menggalakkan mereka bertanya soalan, mendapatkan maklumat agar dapat membuat keputusan lebih baik di masa depan," katanya.

Kotex mengadakan kajian menyeluruh BodyLife IQ bagi mengukur pemahaman wanita muda di rantau ini mengenai diri dan tubuh mereka serta kehidupan secara umum.

Ia merupakan sebahagian kempen I Know yang bertujuan mendidik, memperbetulkan mitos dan menghapuskan kongkongan perasaan malu.

Pada majlis pelancarannya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini, berlangsung Forum BodyLife IQ 2010 melibatkan panel penasihat pakar.

Antaranya, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Haniza Tahir; aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir; pakar psikologi, Dr. Hera Lukman; selebriti dan penceramah, Azah Yazmin dan Mila Jirin (Akademi Fantasia 5).

Sementara itu, Hera berkata, golongan dewasa seperti ibu bapa dan penjaga yang menerapkan dalam fikiran anak-anak bahawa perkara berkaitan seks adalah subjek larangan.

Sikap itu bapa yang negatif kata Hera, menyekat laluan komunikasi dan mewujudkan kejanggalan tatkala menyentuh persoalan berkaitan dara, cinta, seks dan sebagainya.

Hasilnya adalah generasi remaja yang naif tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah.

Menurut Azah pula, apa yang golongan dewasa tidak tahu adalah anak-anak mempunyai banyak persoalan tentang seks malah tidak kurang di antara mereka terjerumus dalam ketagihan seks.

"Apabila mereka dihantui perasaan ingin tahu, banyak perkara boleh jadi. Ada yang kata mereka dapat tahu tentang alat kelamin dan seks daripada budak lelaki.

"Ini menjadi 'si buta memimpin si buta' apabila kedua-duanya tidak faham apatah lagi tentang kehamilan dan jangkitan penyakit seks (STD)," tegasnya.

Sumber: Utusan Online 17hb Mac 2010


Gadis Malaysia Bukan Sahaja Jahil Isu Hamil dan Dara
Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah radiallahu anha.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah Salallahu alahi wasallam menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.” [HR Bukhari]

Pada masa yang sama, Islam mengajarkan kepada umatnya tentang kejadian manusia itu sendiri yang memiliki naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’/procreation instinct) yang lahir darinya keinginan terhadap lawan jenis, kasihkan kerabat, mahukan anak dan lainnya. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". [TMQ Ali Imran (3):14].

Apa yang diajarkan oleh Islam bukanlah menafikan naluri ini tadi, sebaliknya menyarankan manusia untuk menikah ataupun menahan syahwat dengan berpuasa. “Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” [HR Al Hakim dan Ath-Thahawi)].

Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya". [HR al-Bukhari, (no. 5066)].

Dari penjelasan di atas, kita memahami bahawasanya mempelajari hal-hal berkaitan dara, seks, kehamilan dan sebagainya bukanlah satu disiplin ilmu tersendiri yang terpisah dari cabang ilmu-ilmu lain kerana ia adalah subset kepada hukum-hakam tentang haid, nifas, pernikahan, perceraian, solat, puasa, dsb. Ilmu tentang seks semata-mata tanpa fikrah Islam mungkin memberi pendedahan kepada remaja bagaimana untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang dan mengelak jangkitan penyakit seks (STD), akan tetapi tiada jaminan remaja dapat mengelak dari terlibat dalam gejala zina yang membawa kepada kemurkaan Allah. “Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32]. Wallahu alam bisshawab.

Exam Menjelma Kembali =)


Assalamualaikum semua,

Harap anda semua sihat dengan kehendakNya.

Saya mengambil beberapa minit sahaja untuk meng'update; entri kali ini. Mulai esok, saya akan menduduki peperiksaan semester April 2010. Jadi, saya akan berhenti seketika dari dunia blog. Harap anda semua tidak merindui saya. (hehehe.)

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari (setiap manusia normal seperti saya ada sepuluh jari ya) memohon maaf atas segala keterlanjuran saya dalam menulis, ketidakfahaman anda tentang apa yang saya sampaikan serta ketidakpuashati anda dalam membaca entri-entri saya. Saya juga minta maaf sekiranya ada di antara anda dan mana-mana pihak yang terluka atau terasa hati dengan penulisan saya atau apa-apa sahaja yang saya kongsikan di sini sepanjang anda singgah dan membaca di sini. =)

Sekiranya ada entri terbaru yang anda baca sebelum tarikh 27hb April 2010, maka sila anda andaikan bahawa entri-entri tersebut adalah auto published. Jadi, sudi-sudikanlah membaca ya. =)

Akhir kalam saya, doakan kejayaan saya untuk peperiksaan kali ini. Doakan juga buat sahabat-sahabat saya yang berjuang bersama-sama saya bermula esok untuk paper Bioteknologi Farmaseutikal. Saya amat menghargai kehadiran kalian di blog ini dan doa daripada anda amatlah bermakna buat saya. Semoga Allah jua membalas jasa baik kalian. InsyaAllah, ameen.

Salam kasih,

ShiraShafrida

Anugerah Blogger Cantik


Here are the rules to accept the award :

1. Thanks & and link the person that gave you the award.
2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.

4. State 7 things about yourself.

Untuk pertama kali, saya dapat award daripada seorang blogger dari oversea. Saya tertanya-tanya juga siapalah yang memulakan award macam nih. Actually, tak pernah menyangka akan dapat award ini sebab dapat pun daripada someone yang tak pernah saya kenal. Tapi bila disemak-semak balik bersama my younger sister tempoh hari, my sis cakap, blogger nilah yang ada http://cintailahialways.ning.com. Owh, rupanya saya pernah melawat dan membaca ning.com pemberi award ini. Apapun terima kasih Dr. Muslimah sebab memberi award ini kepada saya. Dan kebetulan pula, my sis pun dapat award tuh tapi biarlah itu menjadi rahsia kami adik-beradik. =)

Step 2, list down bloggers yang saya rasakan mereka adalah fantastik. Fantastik juga terlalu subjektif untuk dikategorikan. Since, calon-calonnya adalah melalui undian saya, maka mereka adalah :


Nota : Pemilihan blogger adalah berdasarkan kreativiti atau pengisian atau the way the blogger deliver the message to the others especially me atau my interest on that blog. ;) Saya hanya ada 12 sahaja. Jadi kepada sesiapa yang teringin nak buat, silakan.

Step 3, after publish this entry. Move to step 4. Here they are :


- Sangat suka berblog. Kalau tak menulis, copy paste untuk bacaan serta pengetahuan orang ramai dan juga membaca di blog blogger lain terutamanya tentang masakan dan cupcakes.

- Telah, masih dan akan dimiliki oleh yang berhak memiliki saya.

- Telah, masih dan akan sentiasa menyayangi dan mengasihi insan-insan yang bermakna dalam hidup serta bersama-sama di jalan ini. Semoga kami diredhaiNYA. Ameen.

- Dikasihi oleh kanak-kanak riang Ribena. =D

- Bukanlah seorang yang sempurna kerana saya adalah insan biasa. Hanya memiliki 2 pasang mata, 2 pasang kaki, 2 pasang telinga, 2 pasang tangan, sebatang hidung, satu mulut, dan yang berkaitan.


(ralat : 2 pasang mata, 2 pasang kaki, 2 pasang telinga, 2 pasang tangan kepada sepasang mata yang comel, sepasang kaki yang boleh berjalan, sepasang telinga yang boleh mendengar, sepasang tangan yang boleh melakukan kerja)


"Jika anda ada sepotong berlian yang berharga, tidakkah anda letakkannya dalam sebentuk kotak baldu dengan penuh hati-hati, kemudian anda simpannya dalam almari dan anda jaga dan peliharanya supaya tidak dilihat oleh orang lain?"

- "Demikian juga wanita pada kami, mereka berharga dan tidak dibuka kepada orang lain melainkan suaminya. Dia untuk suaminya dan suaminya untuknya. Tiada hubungan seksual sebelum perkahwinan dan tiada hubungan persahabatan. Semua pihak saling menjaga satu sama lain dan ada rasa cinta, penghormatan antara mereka. Wanita tidak boleh melihat lelaki selain suaminya demikian juga yang dilakukan oleh si suami."


p/s: entri ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi anugerah.

Nasib Rakyat Dalm Sistem Yang Rosak (KAPITALISME)

Pesanan ikhlas kepada pembaca:

Sebelum membaca ulasana berita di bawah, anda dikehendaki rujuk sumber berita terlebih dahulu di Berita Harian, 28hb Mac 2010. Di bawah tajuk PERKHIDMATAN KESIHATAN KAPITALISME YANG MENYEDIHKAN.

Beberapa hari lalu semasa kuliah Amalan Farmasi, Prof Madya saya menerangkan bahawa apabila kita (Prof Madya dan juga kami) berada di bidang kesihatan, kita takkan dapat merasakan mahalnya perkhidmatan kesihatan dan juga mahalnya ubat-ubatan. Ini hanya dapat dirasai oleh rakyat biasa tanpa saya menyedarinya. Kerana apa? Kerana apabila ada ahli keluarga saya ataupun rakan-rakan farmasi yang lain atau sesiapa sahaja yang berada di bidang kesihatan, mereka boleh meminta pertolongan daripada rakan sekerja yang juga ahli kesihatan (seperti doktor, ahli farmasi dll) untuk mendapatkan perkhimatan kesihatan ataupun ubat-ubatan dan mungkin boleh mendapatkannya secara percuma. Nampak macam bagus kan. Tapi hakikatnya, kebanyakan yang menerima rawatan adalah rakyat biasa. Inilah kebusukan sistem kapitalisme. Mengapa ada double standard?

Marilah ikuti ulasan kepada berita di atas. Atau anda boleh klik sini sekiranya tidak mendapat link berita harian tersebut.

Inilah Nasib Rakyat Dalam Dunia Kapitalisme

Di dalam dunia Kapitalisme jika anda ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik maka anda perlu ada wang. Jika tidak, mungkin anda akan menerima nasib yang sama seperti kisah warga emas di atas. Pihak hospital tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana ia juga berkaitan dengan bilangan kakitangan dan kemudahan yang diperuntukkan kepada mereka oleh kerajaan Kapitalisme. Jika dibandingkan dengan peruntukkan dan penyelewengan di sektor lain, kerajaan yang memerintah terbukti gagal (atau enggan?) menyalurkan peruntukkan yang lebih wajar untuk rakyat di dalam perkhidmatan kesihatan. Bak kata pepatah: ’sekadar melepas batuk di tangga’.

Cuba bayangkan, apakah perasaan kita jika berada di pihak si anak arwah warga emas di atas? Dalam dunia Kapitalisme segala-galanya berorientasikan untung dan manfaat semata-mata. Kes di atas adalah sebahagian daripada kisah suka dan duka yang dialami oleh warganegara yang hidup di dalam dunia yang menerapkan Kapitalisme sebagai sistem kehidupan. Hatta negara Kapitalisme besar dunia iaitu Amerika sendiri yang kononnya adalah negara yang menjunjung hak asasi manusia juga tidak terlepas dari krisis kesihatan ini. Saat ini di Amerika, perkhidmatan kesihatan tidak dilihat sebagai suatu tanggungjawab yang wajib disediakan secara percuma oleh negara tetapi ianya dilihat sebagai hak istimewa. Rakyat perlu mempunyai insuran kesihatan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Cerita yang hampir sama dapat kita temui di dalam kebanyakan negara Kapitalisme.

Alangkah sengsaranya hidup di dalam dunia Kapitalisme? Keadaan ini tidak akan kita dapati di dalam Daulah Islamiyyah, negara Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah di dalam mengurusi kehidupan rakyatnya termasuklah di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan telah menjadi bukti yang cukup jelas bahawa Khalifah akan melaksanakan suatu polisi kesihatan yang terbaik untuk rakyatnya kerana ia menyakini bahawa tanggungjawab untuk mengurus urusan umat ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak dan bukan hanya semata-mata untuk menjaga dan melindungi dirinya daripada kritikan rakyat di bawah jagaannya. Catatan sejarah membuktikan semasa kegemilangan Khilafah pada zamannya, Khalifah telah menyediakan banyak hospital kelas satu dan doktor di beberapa bandaraya: Baghdad, Damaskus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarkand dan banyak lagi. Bandaraya Baghdad sendiri memiliki 60 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalaman dan juga sebagai pesakit luar dan memiliki lebih dari 1000 orang doktor.

Hospital seperti Bimaristan al-Mansuri, yang didirikan di Cairo pada tahun 1283, mampu menampung seramai 8000 orang pesakit dalam satu-satu masa. Ada 2 orang pembantu hospital untuk setiap pesakit yang bertugas untuk membantu pesakit agar mendapatkan layanan yang terbaik dan kemudahan yang secukupnya dan setiap pesakit mendapat ruang tidur dan tempat makan sendiri. Para pesakit yang ditahan di hospital mahupun pesakit luar diberi makanan dan ubat secara percuma.

Di samping hospital, klinik bergerak juga ada disediakan untuk memberikan rawatan perubatan kepada golongan cacat dan penduduk yang tinggal di kampung-kampung. Khalifah Al-Muqtadir Billah, memerintahkan bahwa setiap klinik bergerak mesti melawat setiap kampung dan berada di sana selama beberapa hari sebelum pindah ke kampung berikutnya. Inilah sebahagian dari tinta emas yang tercatat didalam sejarah kegemilangan Khilafah Islam. Maka dengan itu sudah sampai masanya Khilafah itu memimpin dunia.

Healthcare In The Khilafah


Barack Obama signed the controversial US healthcare bill into law today after months of heated debate.

US Healthcare has been under the spotlight in recent years and gained international focus after Michael Moore released his documentary, "Sicko" three years ago. In it, he focused on the failure of the American healthcare system. Particular attention was given to the Insurance Companies and how their purpose was not to help people in need but rather to increase profits. The solution proposed was to have a public healthcare system similar to those in Canada, Britain, France and Cuba.

With an economy in disarray and the rising costs of the Iraq and Afghan wars, you may wonder what is wrong with the US's priorities? The debate over health care in the US centers on whether there is a fundamental right to healthcare, or who should have access to healthcare and on the quality achieved for the high sums spent.

Medical debt is cited as the single biggest factor in 62% of all personal bankruptcy in the United States.

50 million Americans do not have health insurance.

Approximately 18,000 of the 50 million die every year because they do not have health insurance.

The US does not view health as a basic right, but as a privilege. Barack Obama is challenging this view through his reform bill to provide universal health care through health insurance for all. This has been met by wrath from the right wing,

The US does provide a government funded programme the biggest being Medicaid and Medicare. But generally it is up to individuals to obtain health insurance. Most get coverage through their employers, but others sign up for private insurance schemes. Under the terms of most plans, US citizens pay regular premiums, but are required to pay part of the cost of their treatment before the insurer covers the expense. This is the situation of the 250 million people who have health care. It has become a common occurrence for those with health insurance, having to incur much debt after the deductibles for health insurance are removed, causing a significant number to even sell their homes.

So how will a future Khilafah address the issue of healthcare?

Taking care of people's affairs

Islam is a unique system revealed by Allah سبحانه وتعالى that provides the needs for both the individual and society. Allah سبحانه وتعالى being Al-Khaliq - The Creator of all that exists - will evidently know what is best for us. With His infinite knowledge, His system will be able to provide solutions to any problem that human beings have or will encounter. With regards to governance, the Khalifah is entrusted in applying the laws of Allah سبحانه وتعالى. The Khalifah is directly responsible before Allah سبحانه وتعالى for any issue that affects citizens in the Islamic State.

The Messenger of Allah صلى الله عليه وآله وسلم said, "He who has been ruler over ten people will be brought shackled on the Day of Resurrection till justice loosens his chains or tyranny brings him to destruction." [Tirmidhi]

The ruler does not only have to respond to the people under his care but must also answer to a higher authority, Malik-al-Mulk (The Owner of All Sovereignty). As such, he must fulfil the obligations placed upon him as this is not only a mandate of the state but is the Ahkam of Allah سبحانه وتعالى. Therefore the Khalifah must care for every citizen's need and ensure that they are not facing any undue hardships such as lack of access to healthcare or even long wait times.

The Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم said: "Whoever is put in charge of any of the affairs of the Muslims and remains aloof from them and pays no attention to their needs and poverty, Allah will remain aloof from him on the Day of Resurrection, and will pay no attention to his needs and poverty." [Abu Dawood, Ibn Maajah, Al-Haakim]

The above hadith clearly shows the weight that lies on the shoulders of those in authority. When Umar ibn Abdul Aziz became the Khalifah, he was seen to be rather gloomy. His servant asked him why he was so sad and worried. Umar replied, "Anyone in my shoes should be so; I must deliver and grant all the nation's citizens all their rights, whether they demand them or not."

The care of those under the authority of the state is not judged based on the annual budget or political aspirations but rather it is based on the rights afforded to them by Allah سبحانه وتعالى. This obliges the Khalifah to provide them with the utmost care to the best of his ability regardless of whether the citizens are aware of this right or not and whether they have asked for it or not.

Healthcare in the Khilafah

The Prophet صلى الله عليه وسلم said: "Each of you is a guardian and is responsible for those whom he is in charge of. So the ruler is a guardian and is responsible for his subjects." [Bukhari & Muslim]

The Imam is responsible for managing the affairs of the people. One of the basic needs that the Khilafah must provide for is healthcare. When the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم as head of state in Medina was given a doctor as a gift, he assigned him to the Muslims. The fact that the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم received a gift and he did not use it, nor take it, rather he assigned it to the Muslims is evidence that healthcare is one of the interests of Muslims.

Since the state is obliged to spend on providing a free healthcare system for all, then part of the Bait ul-Mal's budget must be for healthcare. If insufficient funds are available then a wealth tax will be imposed upon the Muslims to meet the budget deficit.

Unlike the Capitalist system, the Islamic system views the provision of healthcare to its citizens from a human perspective and not an economic aspect. This means that the leader of the Islamic State looks to provide adequate and good quality healthcare to the people, not for the sake of having a healthy workforce that can contribute to the economy but for the sake of fulfilling his duty of looking after the needs of the people in obedience to Allah سبحانه وتعالى.

Medical excellence in Islamic history

When Islam is implemented as a complete system, it provides a means to excel in all fields such as science and technology. In the past, individuals under the Khilafah made a tremendous contribution to the medical field.

The Khilafah was blessed with many first class hospitals and doctors in several of its cities: Baghdad, Damascus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarqand and many more. Baghdad alone had sixty hospitals with in-patient and out-patient departments and over 1,000 physicians.

Public hospitals like the Bimaristan al-Mansuri Hospital, established in Cairo in 1283, had accommodation for 8,000 patients. There were two attendants for each patient who did everything for his/her comfort and convenience and every patient had his/her own bed, bedding and vessel for eating. It treated in-patients and out-patients giving them free food and medicine.

There were mobile dispensaries and clinics for the proper medical care of the disabled and those living in the villages. The Khalifah, Al-Muqtadir Billah, ordered that every mobile unit should visit each village and remain there for some days before moving to the next.

From the above historical accounts, we see that when the Khulafaa' properly implemented the rules of Allah سبحانه وتعالى, then and only then did a society truly thrive and succeed. However, it is important to keep in mind that material advancement does not equate with true success - seeking the pleasure of Allah سبحانه وتعالى. For the Khulafaa' it was not about simply providing medical services, rather it was to fulfil the needs of the citizens entrusted to them for which they will be held accountable for.

Sumber : khilafah.com

"Syae Suruh Jawab Tag" =D

Entri ini telah dijadualkan. hehehe.

1.List sbrape byk nickname yg org laen(x kesah spe2 pown)bgi dkt korang

terlalu banyak.. dan semuanya very special to me. so, hanya yang terdekat sahaja yang tahu.. kalau yang macam bau-bau bacang atau takde bau durian pun, tak boleh tahu. kalau nak tahu juga, terpaksalah saya bagitau. so, kepada yang nak tahu, ini je yang boleh anda tahu. =P

1) wm,

2) shira,

3) wm again

4) wanita

5) perempuan

6) shira

7) shira

8 sampailah ke berapa, tetap shira dan wm jugak. =D


2.Listkn nme org yg korang suke/syg

Soklannya asyik listkan. so, malaslah nak list. Kalau listkan, nanti panjang berjela-jela entri ini. Satu hari satu malam pun tak siap. hehehe


3.Ape tarikh yg perlu korang igt spnjng korang id0p?

well, there is a date that really wake me up. 3rd MARCH 1924. Why? kalau anda seacrh kat google, confirm takkan tahunye. sebab dalam google takde gitau kenapa. Apa-apa pun, untuk pengetahuan semua, 3rd MARCH 1924 ini adalah hari di mana secara rasminya Daulah Khilafah Islamiyyah dijatuhkan oleh Laknatullah Mustafa Kamal at-Tarturk (kononnya bapa pemodenan Turki.) Sila jangan terpedaya dengan sejarah yang dicipta barat ini.


4. 3 tmpat yg korang nk sgt pegi

3 tempat je? macam sikit je kan. Tapi fullfill jelah.

1) Kalau ada duit yang cukup dan telah bersiap serta mampu, insyaAllah nak ke Mekah.

2) Dalam kepala nih, dari dulu nak ke UK. tapi kalau tak diizinkan, hanya tinggal impian semata.

3) Iyah, Turki. The place where Daulah dijatuhkan.

4) tambah lagi satu ye. Afrika. =)


5. Listkn sume hobi korang

Listkan lagi. Semua pulak tuh. Too many. Salah satu, berblogging fullstop


6. Listkn impian korang

see, listkan again.
Impian.. Mudah-mudahan dapat bersatu dengan keluarga di dunia ini di akhirat kelak. Ameen.
dan yang terpenting, mendapat keredhaan Allah SWT.


7. Listkn org korang nk tag

nobody.



Tq to syae yang menjemput saya menjawab tag ini. Sekarang, permintaan anda telah saya penuhi.

p/s: entri ini hanyalah hiburan semata-mata. Sila abaikan pembacaanya jika anda dapati entri ini tidak sesuai untuk anda. Harap maklum.

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat