Saya Perlukan Kaunseling...

Nampaknya saya tak jadi nak stop blogging sebab exam. Kalau saya tidak menulis, saya tetap walking to others blog. Jadi, dengan rasminya saya tarik balik segala kata-kata yang saya khabarkan kepada anda semua sebelum ini tentang stop blogging sementara waktu. Tak sabar rasanya nak kongsikan apa yang yang saya rasakan sekarang ini.

Firstly, alhamdulillah sebab saya dah 2 paper dah exam. Semuanya terpulang kepada ketentuan Allah. Saya dan rakan-rakan dah buat yang terbaik biarpun di dalam dewan ada juga saya sangkut, huhuhu. Paper Pharmacognosy telah berlalu. Fokus untuk paper seterusnya selasa depan, insyaAllah.

Secondly, thanks to my bff (stand for ape ya? best friend forever ke? =D ) Nur Hazirah Radzi and Mazliza Ali to be the first and second person respectatively wishing happy birthday to me. (Macam tak segan-segan pula saya nih khabarkan tentang kelahiran saya di sini, huhuhu) Takpelah, tapi saya bersyukur sangat. Walaupun tengah berperang untuk paper Pharmacognosy, ramai yang mendoakan tentang diri saya dan kejayaan saya. Yang paling saya terharu adalah daripada keluarga sendiri. Angka yang disebutkan benar-benar buat saya terkesan bahawa usia semakin meningkat dan kematian semakin mendekat. Apa-apapun, saya akan gunakan masa sepenuhnya selagi saya masih dimiliki mereka. InsyaAllah. (entri tentang 15/4 akan dibuat entri lain. Harap maklum.)

Thirdly, back to the topic above. Saya perlukan kaunseling. Kenapa? Sebab saya tak pandai memberi kaunseling kepada orang lain. Mudah bukan? Tak pandai, jadi saya cari orang yang pandai untuk belajar. Di sini, saya tanyakan kepada yang pembaca, jika anda seorang yang pandai memberi kaunseling, sila ajari saya. =) Saya sedia belajar.

Bukannya apa, dulu masa adik saya yang first masuk sekolah berasrama, dia sangat excited. After a week (rasanya tak sampai a week) kat sekolah tuh, dah nak balik rumah semula. Siap kata sekolah tuh tak best lah, apalah. Macam-macam alasan yang diberikan kepada kedua ibu bapa saya agar dia dapat balik ke sekolah lama. Saya ada nasihatkan juga masa tuh tapi tak berkesan. Mungkin cara saya yang salah.

Setelah berfikir panjang, bapa saya pun berjumpa dengan guru kaunseling sekolah tersebut. Tapi itu pun tak berjaya memberi motivasi kepada adik saya. Yang berjaya memberi motivasi kepada adik saya itu agar terus bersekolah di sana adalah kawannya. Bila ibu saya tanya apa yang kawannya beritahu, adik saya diam je. Sampai sekarang kami sekeluarga tak tahu apakah yang telah diperkataan oleh kawannya itu. Dan mungkin kami takkan tahu sampai bila-bila. Apa-apapun, dia dah tamat sekolah menengah. Sekarang sedang menunggu tawaran untuk ke peringkat pengajian seterusnya. Semoga berjaya. =)

Kisah sama berulang kembali kepada adik saya yang kedua masuk sekolah berasrama. Dia pun sebab excited nak sekolah situ. Pun tak sampai seminggu, telefon rumah cakap nak balik. Cara yang sama juga diberikan. Pelbagai kata nasihat daripada umi dan abah saya tapi adik saya itu tetap tidak dihiraukannya. Saya juga ada menasihatinya, pun tidak berkesan. Sekarang masih dalam proses memberikannya semangat dan motivasi. Lagipun adik saya tuh baru tingkatan 1 dan tak mustahil itu berlaku. Apapun, kami memang sentiasa menyokongnya.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang tahu memberikan motivasi kepada orang lain, beritahulah saya dan ajarilah saya bagaimanakah caranya. =)

6 comments:

  1. kak mas..

    sowie..
    hepi belated bufday

    maaf ,saya taktahu bufday enti..
    maaf sangat2

    ReplyDelete
  2. jgn lah cmni, erma..akak tak kisah pun..

    tapi sesaje je bagitau kat blog..hehehe

    apapn, terima kasih dik erma yang cumel..

    p/s: i miss u a lot..bilalah kita blh jumpa and kuar same2 lagi kan? :(

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan qareem

    perlukan kaunseling??

    kaunseling itu hubungan menolong, leh jadi dalam kaunseling kelompok atau kaunseling individu, menekankan kerahsiaan sebagai etika dan hanya sebagai kaunselor(menjana idea-idea yang dirasakan sesuai di samping pengetahuan yang ada) dan bukan menyelesaikan masalah klien.

    ReplyDelete
  4. salam...saya perlukan kauseling iaitu rumah tangga saya....tolong bantu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong lah bantu saya...saya ingin kan kbhagian....

      Delete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat