This is LIFE

Siapalah agaknya manusia tanpa dakwah menjadi urat nadi yang memicu aktivitinya. Bayangkan jika hidup tiada arah tujuan, melainkan hanya menjadi manusia atau orang Islam konvensional di luar sana yang selalunya membayangkan kegembiraan adalah apabila anak-anak dah besar, semua dah masuk universiti atau telah bekerja dan anak-anak telah berumahtangga dan beranak cucu.. Sementelah telah berjaya melaksanakan rukun Islam ke lima.. Urusan selain aktiviti ruhiyah seringkali jauh dan kalau boleh, sedaya upaya dielak dari menerjah minda. Kewajipan dakwah dan melaksanakan amar makruf nahi munkar terlalu jauh dari gapaian, malah menjadi sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakannya untuk melihat[tanda-tanda kekuasaan Allah], dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakannya untuk mendengar [ayat-ayat Allah].Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (179)


Tulisan seperti ini mungkin terlalu 'klise' kepada sesetengah orang. Tetapi, kepada yang memikirkan dengan jernih mengapakah sang Sekularis begitu bersungguh-sungguh menghalang aktiviti dakwah seperti penarikan semula permit pasti akan dapat memahami betapa hebatnya "kuasa" pena yang lebih tajam dari mata pedang. Selebaran berwarna biru itu seringkali menyesakkan nafas penguasa-penguasa Kuffar dan Sang Penjilat Barat. Kerana itulah ia dihalang kerana sejak zaman berzaman, penyebaran dakwah dan pemikiran Islam itu turut dibantu dengan kehadiran banyaknya buku-buku dan kitab-kitab yang jika tanpanya, ilmu-ilmu akan hilang seiring dengan pemergian para anbiya dan ulamak ke rahmatullah.


Semoga catatan ini dapat menaikkan nafisyyah sahabat seperjuangan dan para pendakwah bahawa berbekalkan niat suci dan sababiyah untuk melaksanakan kewajipan, Insyallah, peluh, darah dan airmata ini tidak akan sia-sia....

Wassalam.

1 comment:

  1. Doakan agar saya dan sahabat seperjuangan sentiasa istiqamah di jalan ini..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat