Peringatan kami kepada Cameron: Haramkanlah Hizbut Tahrir, maka anda akan mendedahkan hakikat sebenar kebebasan dan demokrasi!
Kenyataan akhbar, Selasa, 3 April 2010
London, Britain, 13 April 2010. – David Cameron telah menyuarakan idea tentang pengharaman Hizbut Tahrir di dalam manifesto parti Conservative Britain yang dilancarkan hari ini, yang mana sekali lagi ia memutar-belitkan kebenaran dan menyatakan bahawa “kerajaan pimpinan parti Conservative akan mengharamkan mana-mana gerakan yang menghasut kebencian dan mahu memusnahkan masyarakat melalui keganasan, seperti Hizbut Tahrir”.
Sebagai maklum balas terhadap kenyataan tersebut, Taji Mustafa, jurucakap media Hizb ut-Tahrir in Britain telah berkata, “Kami katakan kepada Cameron dan orang-orang sepertinya: Haramkanlah Hizbut Tahrir sekiranya anda berani menunjukkan kepada seluruh dunia sikap pengecut anda sebenarnya”.
“Daripada menerima cabaran untuk berdebat dengan kami tentang pemikiran manakah yang lebih baik, pemikiran kami atau pemikiran beliau, beliau cuba untuk mengharamkan sebuah parti politik Islam yang telah berjuang selama lebih 50 tahun tanpa melibatkan keganasan”.
“Tidak ada cara yang lebih buruk dalam membongkar sikap hipokrit mereka kepada semua orang; ternyata laungan “kebebasan, demokrasi dan pluralism” mereka hanyalah omong-omong kosong.
“Semakin ramai orang akan mengenali golongan “neocons” (neo-konservatif) seperti Cameron di dalam parti Tory – imej liberal yang dibawa oleh Tory adalah hanya merupakan suatu topeng golongan neo-konservatif di Britain: untuk melanjutkan peperangan di Afghanistan dan Pakistan, dan setia kepada Israel serta menafikan umat Islam daripada bersuara di Britain”.
“Hasrat mereka untuk mengharamkan Hizbut Tahrir menunjukkan bahawa pemikiran kami telah diterima oleh umat Islam di seluruh dunia, disebabkan oleh kiritikan kami yang tiada kompromi terhadap polisi penjajah Barat atas negara umat Islam, serta perjuangan kami untuk menamatkan kediktatoran dan kezaliman di negara umat Islam dan mendirikan semula Khilafah Islam. Khilafah akan dapat menjamin keselamatan, kestabilan serta mengembalikan kekuasaan kepada umat Islam, dalam keadilan dan penuh sikap tanggungjawab – kesemuanya termaktub di dalam Ahkam Shariah”.
“Kami katakan kepada Cameron, buatlah apa yang anda mahu, tetapi anda tidak dapat menghalang pemikiran kami daripada berkembang”.
“Tindakan beliau akan hanya membongkar kelemahan ideologi beliau, dengan mengharamkan sebuah parti politik yang bergerak tanpa keganasan berbanding rekod buruk penjajah Barat di Abu Ghraib, Guantanamo, segala penculikan dan penderaan rahsia, serta penyiksaan dan penggantungan habeas corpus”.
“Mereka menjajah negara umat Islam dengan alasan untuk melaksanakan “kebebasan dan demokrasi” tetapi menutup segala perbincangan dan perdebatan politik melalui pengharaman”.
“Di dalam dunia mereka, kebebasan hanya wujud sekiranya seseorang itu tunduk dan patuh kepada nilai-nilai masyarakat yang telah diatur oleh ahli politik yang korup dan hipokrit. Inilah hipokrasi idea kebebasan dan kami tidak gentar menghadapinya. Hizbut Tahrir akan sentiasa meneruskan kerja dakwah di seluruh pelusuk dunia”.
“Kami mengulangi pendirian kami terhadap Cameron untuk berdebat dengan kami secara terbuka, dan kami tahu bahawa beliau tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan pemikiran kami. Tetapi sekiranya beliau hendak mengharamkan Hizbut Tahrir, maka seluruh dunia akan menyaksikan lemahnya idea kebebasan dan demokrasi ini”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya suka entri ini. insyaAllah hizbut tahrir akan terus berjuang dan mekar. ;)
ReplyDeleteinsyaAllah..
ReplyDeletesemoga umat bersama2 untuk mendukung agar Islam kembali ditegakkan.. Ameen..