Nasib Rakyat Dalm Sistem Yang Rosak (KAPITALISME)

Pesanan ikhlas kepada pembaca:

Sebelum membaca ulasana berita di bawah, anda dikehendaki rujuk sumber berita terlebih dahulu di Berita Harian, 28hb Mac 2010. Di bawah tajuk PERKHIDMATAN KESIHATAN KAPITALISME YANG MENYEDIHKAN.

Beberapa hari lalu semasa kuliah Amalan Farmasi, Prof Madya saya menerangkan bahawa apabila kita (Prof Madya dan juga kami) berada di bidang kesihatan, kita takkan dapat merasakan mahalnya perkhidmatan kesihatan dan juga mahalnya ubat-ubatan. Ini hanya dapat dirasai oleh rakyat biasa tanpa saya menyedarinya. Kerana apa? Kerana apabila ada ahli keluarga saya ataupun rakan-rakan farmasi yang lain atau sesiapa sahaja yang berada di bidang kesihatan, mereka boleh meminta pertolongan daripada rakan sekerja yang juga ahli kesihatan (seperti doktor, ahli farmasi dll) untuk mendapatkan perkhimatan kesihatan ataupun ubat-ubatan dan mungkin boleh mendapatkannya secara percuma. Nampak macam bagus kan. Tapi hakikatnya, kebanyakan yang menerima rawatan adalah rakyat biasa. Inilah kebusukan sistem kapitalisme. Mengapa ada double standard?

Marilah ikuti ulasan kepada berita di atas. Atau anda boleh klik sini sekiranya tidak mendapat link berita harian tersebut.

Inilah Nasib Rakyat Dalam Dunia Kapitalisme

Di dalam dunia Kapitalisme jika anda ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik maka anda perlu ada wang. Jika tidak, mungkin anda akan menerima nasib yang sama seperti kisah warga emas di atas. Pihak hospital tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana ia juga berkaitan dengan bilangan kakitangan dan kemudahan yang diperuntukkan kepada mereka oleh kerajaan Kapitalisme. Jika dibandingkan dengan peruntukkan dan penyelewengan di sektor lain, kerajaan yang memerintah terbukti gagal (atau enggan?) menyalurkan peruntukkan yang lebih wajar untuk rakyat di dalam perkhidmatan kesihatan. Bak kata pepatah: ’sekadar melepas batuk di tangga’.

Cuba bayangkan, apakah perasaan kita jika berada di pihak si anak arwah warga emas di atas? Dalam dunia Kapitalisme segala-galanya berorientasikan untung dan manfaat semata-mata. Kes di atas adalah sebahagian daripada kisah suka dan duka yang dialami oleh warganegara yang hidup di dalam dunia yang menerapkan Kapitalisme sebagai sistem kehidupan. Hatta negara Kapitalisme besar dunia iaitu Amerika sendiri yang kononnya adalah negara yang menjunjung hak asasi manusia juga tidak terlepas dari krisis kesihatan ini. Saat ini di Amerika, perkhidmatan kesihatan tidak dilihat sebagai suatu tanggungjawab yang wajib disediakan secara percuma oleh negara tetapi ianya dilihat sebagai hak istimewa. Rakyat perlu mempunyai insuran kesihatan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Cerita yang hampir sama dapat kita temui di dalam kebanyakan negara Kapitalisme.

Alangkah sengsaranya hidup di dalam dunia Kapitalisme? Keadaan ini tidak akan kita dapati di dalam Daulah Islamiyyah, negara Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah di dalam mengurusi kehidupan rakyatnya termasuklah di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan telah menjadi bukti yang cukup jelas bahawa Khalifah akan melaksanakan suatu polisi kesihatan yang terbaik untuk rakyatnya kerana ia menyakini bahawa tanggungjawab untuk mengurus urusan umat ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak dan bukan hanya semata-mata untuk menjaga dan melindungi dirinya daripada kritikan rakyat di bawah jagaannya. Catatan sejarah membuktikan semasa kegemilangan Khilafah pada zamannya, Khalifah telah menyediakan banyak hospital kelas satu dan doktor di beberapa bandaraya: Baghdad, Damaskus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarkand dan banyak lagi. Bandaraya Baghdad sendiri memiliki 60 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalaman dan juga sebagai pesakit luar dan memiliki lebih dari 1000 orang doktor.

Hospital seperti Bimaristan al-Mansuri, yang didirikan di Cairo pada tahun 1283, mampu menampung seramai 8000 orang pesakit dalam satu-satu masa. Ada 2 orang pembantu hospital untuk setiap pesakit yang bertugas untuk membantu pesakit agar mendapatkan layanan yang terbaik dan kemudahan yang secukupnya dan setiap pesakit mendapat ruang tidur dan tempat makan sendiri. Para pesakit yang ditahan di hospital mahupun pesakit luar diberi makanan dan ubat secara percuma.

Di samping hospital, klinik bergerak juga ada disediakan untuk memberikan rawatan perubatan kepada golongan cacat dan penduduk yang tinggal di kampung-kampung. Khalifah Al-Muqtadir Billah, memerintahkan bahwa setiap klinik bergerak mesti melawat setiap kampung dan berada di sana selama beberapa hari sebelum pindah ke kampung berikutnya. Inilah sebahagian dari tinta emas yang tercatat didalam sejarah kegemilangan Khilafah Islam. Maka dengan itu sudah sampai masanya Khilafah itu memimpin dunia.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat