Atok-da Best : Perginya takkan Kembali

Nota : Untuk entri ini dan entri-entri yang seterusnya, saya akan menggunakan ganti nama yang betul buat ahli keluarga saya. Saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa sudah masa untuk saya melakukannya. Maafkan saya, sahabat-sahabat andai ada yang pening-pening lalat dengan keadaan saya. Sorry ye, Nabila

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bercadang hendak membuat sedikit ulasan tentang munaaqashah semalam, Mengakhiri kebiadaban Israel. Tapi, selesai je program semalam, abah bergegas mengajak kami adik beradik balik kerana umi telefon beritahu atok bleeding lagi. Mujur pakcik saya dah call ambulans untuk ambil atok ke PPUM. Maknek dan my cousin ikut atok ke PPUM naik ambulans. Keadaan atok sama macam mula-mula dimasukkan ke PPUM isnin lepas, pucat dan tak mampu bergerak. Cuma yang ini tak mampu nak bangun dah.

Masa ambulans tiba di rumah makcik, kami masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba di rumah, umi dah bersiap-siap. Kami ke PPUM kurang lebih jam 2, selepas makan dan solat zohor.

Kami terus ke resuscitation room di Acute and Emergency unit, PPUM. Maknek duduk menunggu di luar. Aku lihat semunya menanti dengan penuh debaran. Ketika mataku hampir terlelap, Dr keluar ingin memberitahu keadaan atok. Katanya, darah banyak yang keluar. Bantuan oksigen juga telah diberikan. Tapi keadaan atok semakin tenang. Dr meminta kami bersedia. Aku mula berdebar-debar. Aku hanya berdoa.

Kehadiran Dr itu kali kedua membawa pengesahan tentang atok. "Makcik, kami telah cuba sedaya upaya. Kami minta maaf. Keadaan pakcik tidak dapat diselamatkan." Sejurus selepas itu, aku mendengar tangisan meraka. Aku telah kehilangan atok yang terbaik pernah aku ada. Atokku dah tiada. 

Kami dibenarkan masuk ke aresuscitation room. "Setiap insan pastikan merasa, Saat perpisahan terakhir, Dunia yang fana akan ditinggalkan, Hanya amalan yang akan dibawa" Sedihnya aku melihat sekujur tubuh itu kaku. Air mataku mula menitis bila dahi atok, aku cium. Macam sekejap sangat aku tengok atok sihat. Baru hari khamis atok discaj. Semala atok dah kembali menghadap Yang Maha Mencipta. Air jernih mula membasahi pipiku kini.

Aku tak ingat jam berapa, tapi segala pengurusan jenazah disempurnakan di Unit Patologi Forensik PPUM. Jenazah dibawa ke masjid berdekatan rumah ketika orang ramai solat Maghrib. Selepas je solat jenazah, kami terus ke tanah perkuburan. Jenazah siap dikebumikan setelah solat isya' semalam. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan bagi kami sekeluarga.


Akan kuingat tarikh ini;

1) 25/6/2010 sebelum ke Giant - "Angah, belikan atok rokok ye."

2) 25/6/2010 12:03 called terakhir daripada atok buatku- "Angah, tak payahlah belikan atok rokok ye."

3) 26/6/2010 16:10 - Nadi atok masih tidak berdenyut. Pengesahan kematian akan dipastikan.


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan" (Al-Anbiya':35)


Sesungguhnya ajal itu sangat hampir dengan kita...Cukuplah ayat-ayatNya sebagai peringatan bagi hamba-hambaNya yang berfikir....

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir" (Az-Zumar:42)



Semoga atok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ameen.

12 comments:

  1. Salam alaik, ukhti..

    Semoga atok ukhti ditempatkan di kalangan pejuang-pejuang Allah yang soleh dan bertakwa..

    Amin..

    ReplyDelete
  2. macam baru je shira upload gambar atok kan..

    atok dah meninggal..

    doa banyak2 untuk arwah atok ye..


    -jue-

    ReplyDelete
  3. innalillahi wa inna ilaihi raajiun.
    takziah dari kakchik ya.
    semoga pemergiannya memberi ketenangan yang abadi buatnya.
    semoga wanita mustanir dan keluarga akan tabah dan redha.

    ReplyDelete
  4. Salam WM...
    Semuga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Melalui pembacaan Panglima Kungfu menerusi penulisan Wanita Mustanir. Panglima Kungfu dapat merasakan bagaimana akrab hubungan WM dengan arwah.

    Disamping mengingati tarikh penting. Rajin-rajin doakan arwah dan kaum Muslimin yang lain, agak kita semua ketemu di Jannah Illahi...

    Ameeen...

    ReplyDelete
  5. @ninani,
    wslm ukhti.. syukran atas doanya.. insyaAllah ukhti.. Moga arwah ditempatkan di klgn org2 yg beriman.. ameen..


    @jue,
    thanks, jue..insyaAllah..


    @chik,
    InsyaAllah kakchik.
    terima kasih di atas doanya, kakchik..
    InsyaAllah..


    @Panglima Kungfu,
    Wslm, panglima kungfu..
    InsyAllah..
    SYukran di atas doa anta..

    Ameeen...

    ReplyDelete
  6. Takziah dari ana sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Assalamua'laikum ukhti,

    ta'ziah buat ukhti...
    yg pergi trus pergi..
    kita yg tinggal maseh ada waktu tuk sentiasa memperbaiki diri, tuk Dia Ilahi, agar ms yg berbaiki teris dimaknai dgn amal soleh, pembantu diri di sana nanti, insya'Allah....

    ReplyDelete
  8. @FM,
    syukran akhi..


    @MD,
    Waalaikumussalam ukhti..
    syukran ukhti atas peringatan buat ana..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  9. semoga arwah atok di tempatkan di tempat orang2 soleh

    ReplyDelete
  10. @Pembela Ummah,

    insyaAllah ukhti.. mudah2an..

    ReplyDelete
  11. salam..
    innalillahi wa inna ilaihi raajiun...
    smge atok shira d tmpt kn d klgn org2 yg soleh dan bertaqwa..ameen~

    tabah ye shira..

    ReplyDelete
  12. @syae~,
    wslm sya, insyaAllah..
    terima kasih sya..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat