Saya Memilih Bidang Ini Bersebab....

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat,

Kalian sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Kalau ada yang kurang sihat, mohon pertolongan daripadaNya agar sabar dengan ujian sakit yang diberikanNya. Mudah-mudahan sakit kalian itu menghapuskan dosa-dosa kecil. InsyaAllah.

Saya saja nak berkongsi kisah hidup saya. Bukan ingin berbangga atau meninggi diri atau seumpama dengannya, tapi sekadar ingin menegaskan bahawa syariat Islam harus ditegakkan walau di mana-mana. Moga saya sentiasa istiqamah.

2 minggu lalu baru saya sedar kembali akan kenyataan ini. Seorang adik menegur saya dengan satu perbualan, "kak, kenapa akak pilih farmasi?" Kepalaku terus berfikir kembali mengapa aku memilih farmasi.

Sebab ketika tahun 1 dulu semasa Minggu Suai Kenal, PC tanya setiap pelajar kenapa pilih farmasi. Jawapan saya masa itu, "saya pilih course farmasi sebab ia demand sekarang nih." Dalam hati saya masa tuh, "i ambik jawapan my fren time di matrik. Hehehe." Bila saya fikirkan semula jawapan itu, "betul ke farmasi ni demand?"

Jawapannya lihat dialog-dialog di bawah ini :

Pertemuan dengan pak cik teksi. Berlainan driver teksi dan peringkat umur pemandu teksi.

Driver 1 : "Adik amik course apa?" Farmasi. "Sekarang nih ramai yang amik farmasi. Anak pakcik pun ada yang amik farmasi."

Driver 2 : "Bagusnya adik amik farmasi. Anak saudara uncle ada jugak yang amik farmasi. Sekarang nih orang lebih suka pergi farmasi je daripada kena jumpa doktor."

Driver 3 : "Banyak juga gaji farmasi ni. Isteri pakcik farmasi jugak."

Itulah dialog-dialog real di antara saya dan pemandu-pemandu teksi yang suka bertanya. Hee. Kalau pandangan anda, farmasi ini bagaimana pula?

Okeyh, berbalik kepada pertanyaan seorang adik tentang kenapa saya pilih farmasi, jawapannya ini. Saya memilih farmasi kerana saya tak nak bekerja memakai uniform. Confirm saya tak nak kerja di Tawakal atau KPJ Hospitals. Saya memakai jilbab (jubah). Maka bekerja dengan tidak terikat kepada pemakaian uniform adalah alasan saya yang kukuh. Saya pun memilih farmasi kerana saya mempunyai asas biologi.

Tanya adik itu lagi, "kalau gitu, kenapa tak amik doktor je?" "Takpelah, doktor belajar teruk, kerja lagilah teruk. Farmasi pun ok apa. =)"

Apapun, sebab utama saya memilih farmasi sebab saya tak nak pakai uniform. Kalau saya kena pakai uniform, maka saya terpaksa tidak berjilbab. Jadi saya berdosa. Seperti saya katakan tadi, menegakkan syariat Allah wajib walaupun di mana-mana.

Saya memakai jilbab (jubah) bukan kerana saya suka atau semata-mata untuk menjaga kehormatan diri saya dan pandangan lelaki ajnabi, tetapi apa yang saya utamakan adalah hukum syarak. Sebab saya baru tahu, kalau kita melakukan sesuatu kerana tahu hukumnya wajib atau sunat, kita akab dapat pahala. Kalau kita tak tahu kenapa kita buat, Allah sahaja yang bisa menilainya.

Kalau ikutkan hati saya, saya lebih suka pakai seluar sebab saya nih macam lelaki, suka berseluar. Tapi ikut hati kita berdosa. Ikutlah perintah Allah dan tinggalkan larangaNya. InsyaAllah, bahagia dunia akhirat. Apa yang lebih penting, semoga saya bisa mendapat keredhaan Allah SWT. Ameen.

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sebagai seorang pelajar, fokuslah kpd pelajaran dan ceduklah ilmu pengetahuan sejauh yg mungkin krn sebaik saja menempuh pekerjaan dan alam perkahwinan, dah tak ada kesempatan lagi w/pun ada yg mendakwa boleh! Bagi saya, apa saja pekerjaan tak mengapa asalkan halal dan tidak melanggar hukum syarak. Begitu juga dgn berpakaian, apa jua istilah jenis pakaian, asalkan tidak melanggar hukum syarak tetapi pakaian yg paling baik adalah ketaqwaan! (Surah AlA`raaf: يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسً۬ا يُوَٲرِى سَوۡءَٲتِكُمۡ وَرِيشً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.
    Bila dikaitkan dgn ketaqwaan, ia menyentuh ttg mentadabbur AlQuran spt dlm Surah AnNisa:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا
    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Teguhnya hati. Besarnya cinta kepada Allah dan Rasulullah. Semoga sentiasa bergembira dalam perlakuan hidup yang semata-mata kerana Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  3. Pekerjaan sesuai dengan syarak adalah pekerjaan yang sesuai dengan fitrah.
    Pakaian yang mengikut syarak adalah pakaian fitrah.
    Pakaian taqwa adalah pakaian amal seperti hadis Nabi saw, Innallaha la yanzhuru ila suwarikum wa amwalikum, walakin yanzhuru ila qulubikum wa a'malikum-yang penting hati dan amal.
    amal itu datang daripada istibat dalil. hati itu perlu selari dengan amai untuk ikhlas. Jadi orang yang berpakaian taqwa adalah juga orang yang berpakaian dengan amal soleh, iaitu amal yang tsabit mengikut dalil, seperti menutup aurat dan berjilbab di luar rumah

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat