Masalah Umat Ini - Usah Harapkan Penyelesaian Dari Kaum Kafir Penjajah

Tindakan lebih tegas ke atas Israel - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu tindakan lebih keras dan tegas dikenakan kepada rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam.
Tuan Guru Abdul Hadi berkata, masyarakat dunia perlu memikirkan strategi baru yang lebih serius untuk terus memberikan tekanan kepada rejim tersebut yang nyata sudah tidak lagi menghormati meja rundingan.

"Masyarakat dunia sememangnya memerlukan satu strategi dan tindakan baru yang lebih serius, tegas, dan keras untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis yang sudah terbukti tidak menghormati meja perundingan," katanya.

Malaysia tegasnya perlu mendahului tindakan tersebut dengan mengambil tindakan proaktif dan segera bagi membawa isu ini ke Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan PBB.

Serangan ke atas konvoi tersebut katanya, memperlihatkan wajah sebenar kejahatan rejim zionis Israel yang tidak pernah menghiraukan kutukan masyarakat antarabangsa termasuk kecaman keras oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Puluhan resolusi yang dicapai di peringkat antarabangsa juga jelasnya nyata gagal menghalang regim Zionis Israel dari terus bertindak kejam dengan berleluasa.

Sehubungan itu, PAS katanya mengutuk keras tindakan tersebut dan mahu Israel segara diberi pengajaran oleh masyarakat dunia.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam menyarankan OIC dan Majlis Keselamatan PBB menyerang Israel yang telah melanggar resolusi PBB ini.

Kenyataan kecaman sahaja menurutnya tidak cukup, memandangkan tindakan Israel itu terlalu biadab dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber: harakahdaily.net 01/06/10

Usah Harapkan Penyelesaian Kaum Kafir Penjajah

a) Kekejaman tentera laut Israel yang lebih buruk daripada lanun

Masyarakat dunia tidak perlu berasa hairan atas insiden ini kerana Israel juga pernah menyerang kapal perang Amerika USS Liberty pada tahun 1967, yang mengakibatkan seramai 34 terkorban dan 170 lagi anak kapal tercedera. Sekiranya rejim Zionis tersebut boleh menyerang sekutunya yang paling rapat di rantau Timur Tengah, apatah lagi nyawa orang awam dari negara lain?

en.wikipedia.org/wiki/USS_Liberty_incident [diakses pada 2 Jun 2010]

Dalam sebuah maklumat yang disalurkan kepada Duta Israel pada 10 Jun 1967, menyatakan bahawa: “Apabila serangan itu berlaku, kapal USS Liberty belayar dengan bendera Amerika dan nama kapal tersebut tertera dengan jelas pada bahagian depan kapal. Pengalaman kami adalah bahawa kedua-dua bendera dan nama kapal tersebut sangat jelas kelihatan dari udara...Oleh itu kami percaya bahawa bendera Amerika dan nama USS Liberty yang tertera di atas kapal memang diketahui, atau sekurang-kurangnya kapal itu diketahui kepunyaan Amerika oleh pesawat pengebom Israel sejam sebelum serangan berlaku...Serangan susulan telah dilakukan oleh kapal-kapal torpedo Israel, yang telahpun mengetahui identiti sebenar kapal tersebut membuktikan sikap rakus mereka yang tidak menghargai nyawa manusia”. [American Presidents and the Middle East - George Lenczowski, 1990, mukasurat 111].

Pentadbiran Lyndon Johnson secara rasminya telah meminta maaf kepada krew kapal tersebut dan mengatakan bahawa ianya adalah kesilapan tentera laut Israel yang tersilap menyerang kapal di perairan Mediterranean.

Namun begitu, tak lama selepas itu, timbul berita bahawa pentadbiran Johnson telah menutup kes tersebut walaupun mengetahui bahawa Israel menyerang kapal perang Amerika dengan sengaja daripada laporan BBC pada 8 Jun 2002.

www.bbc.co.uk/pressoffice/pressreleases/stories/2002/06_june/08/uss_liberty.shtml [diakses pada 2 Jun 2010].

Dan bukti yang paling nyata sekali adalah melalui suatu laporan yang disiarkan oleh media Amerika yang pro-Israel, Fox News, di mana seorang peguam tentera laut Amerika membuat pengakuan bahawa serangan Israel sebenarnya adalah sengaja dan bukan suatu kesilapan tentera laut rejim tersebut.
www.foxnews.com/story/0,2933,100960,00.html [diakses 2 Jun 2010].

Peguam tersebut,  Kapten (bersara)Ward Boston, menandatangani afidavit yang mengatakan bahawa Presiden Lyndon Johnson dan Setiausaha Pertahanan Robert McNamara mengarahkan kesemua yang menyiasat serangan tersebut supaya membuat kesimpulan bahawa serangan tersebut adalah suatu kesilapan tentera laut Israel walaupun ia telah dibuktikan sebaliknya.

b) Sikap umat Islam yang masih mengharapkan penyelesaian dari kaum kafir penjajah

Dengan rekod yang buruk yang ditunjukkan oleh PBB dan OIC dalam membalas kejahatan dan jenayah yang dilakukan oleh negara Zionis Israel, adalah amat mendukacitakan sekali apabila para pemimpin umat Islam masih menaruh harapan terhadap dua badan tersebut untuk mendapatkan pembelaan umat Islam dan menghukum rejim Zionis.

Realiti kewujudan OIC dan PBB telahpun dibahaskan di dalam Sautun Nahdah keluaran 81 dan 82 berkenaan serangan tentera Israel ke atas Lebanon pada bulan Julai 2006.

www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/279-sn081-pbb-organisasi-kufur-ciptaan-barat
www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/280-sn082-oic-oh-oic-oh-i-see

Sejak penubuhannya pada tahun 1948, Israel tidak pernah dan belum pernah dihukum dengan cara kententeraan atau sekatan ekonomi oleh mana-mana badan dunia. Namun begitu umat Islam masih menyimpan harapan bahawa Israel dapat dibawa ke muka pengadilan oleh dua badan dunia itu. Namun yang berlaku adalah puluhan resolusi dikeluarkan oleh badan PBB mengutuk tindakan rejim Zionis serta puluhan kutukan yang dikeluarkan oleh OIC sekadar kertas-kertas pengumuman yang tidak dapat menyedarkan rejim Zionis yang hina itu.

Hakikatnya, inilah yang dikehendaki oleh kaum kafir penjajah Barat - agar umat Islam terus menerus mengharap kepada penyelesaian mereka dan umat Islam sentiasa dibelenggu dan tidak akan dapat bangkit lagi. Amatlah dangkal sekali pemikiran umat Islam yang masih mengharap kepada penyelesaian daripada organisasi tajaan kaum kafir penjajah.

Apabila Baitul Muqqadis ditawan oleh tentera Salib Eropah pada 1099, seorang Qadi yang bernama Abu Said al-Harawi telah mengembara ke kota Baghdad (ibu-kota Khilafah Abbasiyah) dan menyeru kepada Khalifah umat Islam dan tentera umat Islam supaya bangkit untuk membela kesucian Islam yang telah dirosakkan oleh tentera-tentera Salib [Rujukan: Crusade through Arab eyes – Amin Maalouf, A-Saqi Books, 1984]. Berbeza dengan para pemimpin umat Islam hari ini - tak ubah seperti “seekor anjing yang menyalak pada bukit”, masih lagi menyalak kepada PBB untuk membalas kejahatan rejim Israel.

Penyelesaian kepada masalah tersebut hanyalah mendirikan semula Daulah Khilafah yang menyatukan seluruh umat Islam sebelum berjihad menghancurkan rejim Zionis Israel. Dan sememangnya kaum kafir penjajah amat takut kepada umat Islam sekiranya Daulah Khilafah dapat didirikan semula. Seorang Jeneral tentera British yang bertugas di Afghanistan pernah berkata, “Sekiranya terdapat agenda Islam yang tidak kita halang di selatan Afghanistan, di Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”. [General (bersara) Richard Dannatt, penasihat kerajaan British, bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010].

Wa Allahu A’lam.

sumber : mykhilafah

6 comments:

  1. salam..realitinya, kuasa besar seperti amerika mmg sudah lama jdi boneka israel.baru sy tau wujudnya PBB, OIC dari organisasi barat..padanlah xmampu bendung kekejaman israel..mungkin petanda2 hari kiamat makin dekat..ataupun fahaman illuminati semakin berpengaruh? wallahualam..(banyak benda lagi shuk xtau..huhu) ~

    ReplyDelete
  2. Ajak pemuda islam turun berjemaah disurau. Kuatkan ukhuwah Islam. Naikkan semangat perpaduan ummah Muhammad saw. Itulah jalan penyelesaian yang ditunjukkan dalam quran dan sunnah.

    ReplyDelete
  3. yang sebaiknya.. ajak pemuda turun ke medan dakwah.. seru kembalikan khilafah atau pemerintah yang mempunyai kekuasaan untuk jihad perang fisabilillah terapkan Islam secara keseluruhan

    ReplyDelete
  4. nabi dihantar untuk seru manusia kepada Allah.. bukan kepada harta, pangkat, kekuasaan, pemerintahan, ekonomi, teknologi dan sebagainya...

    kalau nak buat dakwah, ajak manusia kepada Allah.. bukan ajak manusia kepada selain Allah...

    "KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD), INI SATU JALAN AKU, MENYERU MANUSIA KEPADA ALLAH, DENGAN KETERANGAN JELAS NYATA, (INI KERJA) AKU DAN ORANG2 YANG IKUT AKU.." (Al-Quran)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Mahasuci Allah,segala kekuasaan ditanganNya. Sesungguhnya Allah SWT tahu sejauh manakah kekuatan kita dan semasa di Makiyyah ketika dizaman Rasulullah saw dimana para sahabat r.a.hum pernah mendesak supaya protes dan menggunakan kekuatan menentang kezaliman kafir Quraisy, maka turunlah Surah AnNisa:77 أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمۡ كُفُّوٓاْ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ۬ مِّنۡہُمۡ يَخۡشَوۡنَ ٱلنَّاسَ كَخَشۡيَةِ ٱللَّهِ أَوۡ أَشَدَّ خَشۡيَةً۬‌ۚ
    Kekuatan yg sedia ada tak mampu nak buat apa2 selagi Daulah Islamiyyah tidak diwujukan. Alangkan Afghanistan, Iraq dan Iran, bila2 masa mrk boleh hancurkan tetapi negara2 tu bukan Daulah Islam, jadi mrk sekadar huru-harakan sekadar menakut2kan pemimpin2 boneka dan org2 Islam supaya jgn berani2. Percayalah,
    Sesungguhnya Daulah hanya boleh diwujudkan setelah apabila Umat Islam telah mempelajari AlQuran dgn bersungguh2 (Surah AlQasas:85 إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu [melaksanakan hukum-hukum] Al Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali (Daulah).
    Malah dalam Tafsir Jalllain dan Tafsir Ibnu Abbas , jihad yang paling besar ialah bersungguh belajar AlQuran dan kekuatan Daulah (kalau ada) spt dalam Surah AlFurqan:52 فَلَا تُطِعِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ وَجَـٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادً۬ا ڪَبِيرً۬ا
    Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur’an dengan jihad yang besar.
    Selagi tidak wujudkan ahlil qura`, maka berlakulah pengkhianatan, kepura-puraan, penakut dan mrk yg cintakan dunia dan takutkan maut! Wallahualam

    ReplyDelete
  6. situasi makkiyah, dan taklif pemerintah. situasi makkiyah sememangnya diambil dalam thariqah dakwah sebelum ada daulah. namun taklif pemerintah walaupun tiada daulah tetap wujud selagi pemerintah adalah muslim. Kewajipan jihad tidak akan gugur daripada taklif kerana kesempurnaan Al-quran yang diturunkan berbanding zamannya makkiyah. sama seperti kewajipan hudud terhadap pemerintah, tetap wajib dijalankan walaupun tiada daulah.

    Kita menyeru manusia kepada Allah. Kerana seruan kepada Allahlah maka kita menyeru pada penubuhan khilafah ats-tsaniyah di atas jalan nubuwwah seperti yang ditunjukkan baginda. Islam dan kekuasaan tidak dapat dipisahkan. Kerana sememangnya Rasulullah itu diutuskan untuk menzahirkan Islam di atas din selainnya, liyudzh hirahu 'alad dini kullih. Dengan kata lain, Islam dominating the world.

    Hadis nabi menyebut, seafdhal-afdhal jihad adalah kalimah yang hak di hadapan penguasa yang zalim (kalimatun haq 'inda sulthan ja'ir). Para penguasa umat ini perlu disedarkan taklif mereka atau Allah akan mempersoalkan apa yang mereka perbuat. Mereka perlu menggerakkan tentera demi membateras kerosakan musyrik.

    maka, seperti yang terbuku dan tercatit di dalam tafsirnya mufassirin, fikihnya para fukaha, jihad secara konteks syar'i nya adalah al-qital, iaitu perang dalam rangka menjunjung tinggi Islam, tidak di larikan kepada makna bahasanya untuk penyelesaian masalah ghazzah.

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat