Laporan Seminar Terbuka Selamatkan Wanita Dengan Syariat

TAMAN SRI RAMPAI, KUALA LUMPUR – Pada tanggal 6hb Jun 2010, Khilafah Centre (KC) dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM)  telah berjaya menganjurkan Seminar Terbuka bertajuk 'Selamatkan Wanita Dengan Syariat’.

Seminar ini diadakan sempena kemuncak Kempen Gejala Sosial yang telah diadakan selama sebulan di sepanjang bulan Mei lalu oleh Mahaliyyah KL.  Disepanjang kempen tersebut, MHTM telah berjaya berinteraksi dengan para muslimah dengan mengadakan "open circle" di beberapa kawasan surau dan rumah disekitar lembah kelang serta mengedarkan nasyrah seperti Fikratul ummah, Sautun Nahdah dan terbitan-terbitan HTM di pasar malam serata ibukota serta di stesen-stesen transit ringan LRT dan tempat-tempat umum lainnya.

Seminar yang bermula pada jam 0830 pagi hingga 1230 tengahari ini telah diadakan di Dewan Seminar, Jalan Megan, Taman Sri Rampai, Setapak Kuala Lumpur. Seminar ini menampilkan dua ahli panel iaitu Puan Habsah dan Puan Hajjah Umi Kalsom, kedua-duanya merupakan aktivis Hizbut Tahrir Malaysia.

Tema seminar yang dipilih kali ini iaitu Selamatkan Wanita Dengan Syariat amat bersesuaian dan relevan dengan pelbagai isu dan permasalahan yang sedang membelenggu wanita masa kini yang tidak berkesudahan malahan semakin parah dan amat memerlukan satu penyelesaian yang dapat merungkai permasalahan ini sehingga ke akar umbinya.


Sila klik sini untuk laporan penuh.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat