Penyelesaian kepada Liberalisasi Ekonomi yang Dicanang-canangkan

Anda mesti baca ini dulu untuk memudahkan pemahaman anda tentang isu ini.

- Facts and figures of Capitalism and it's alternative [mesti klik]
- Visi Malaysia Baru : Menjelang Wawasan 2019 [klik kalau nak tahu realiti di Malaysia]
- Suatu MITOS : Liberalisasi Ekonomi Harus Diterapkan Untuk Maju [sila klik]

Setelah anda membaca realiti dan meneliti akan liberalisasi ekonomi, apakah pandangan anda? Apakah penyelesaian yang sewajarnya? Adakah menukar kepada sistem ekonomi Islam? atau bagaimana?

Mari kita lihat satu persatu bagaimana Islam menyelesaikan masalah dasar ekonomi liberal ini.

(1) Persoalan ekonomi: pengagihan atau penghasilan?

Para pemilik ekonomi kapitalis (liberal) percaya bahawa persoalan ekonomi terletak pada masalah penghasilan. Maksudnya, persoalan ekonomi terletak pada tidak terbatasnya keinginan manusia, sementara sumberdaya yang diperlukan untuk memenuhinya terbatas. Maka, untuk menghilangkan jurang ini mesti dengan peningkatan penghasilan. Sebab itu, kiraan angka rata-rata statistik seperti GDP (Gros domestik product) dan GNP (gross national product) adalah persoalan penting; tanpa melihat orang-perorang, apakah mereka sejahtera atau tidak.

Sebaliknya di dalam Islam, persoalan ekonomi terletak pada masalah pengagihan kekayaan. Sebenarnya terdapat sumber-sumber yang cukup untuk menyediakan keperluan-keperluan asas 6 bilion penduduk dunia. Masalahnya adalah pada pengagihan. Pengagihan yang tidak betul inilah telah menyebabkan terjadinya jurang yang luar biasa antara negara maju dan Dunia Ketiga (yang majoritinya adalah negeri-negeri umat Islam).

Sejak 1994-1998, nilai kekayaan bersih 200 orang terkaya di dunia bertambah dari 40 bilion USD menjadi lebih dari 1 trilun USD; aset tiga orang terkaya di dunia lebih besar dari KNK 48 negara mundur; 1/5 orang terkaya di dunia menggunakan 86% semua barang dan khidmat; 1/5 orang termiskin dunia hanya menggunakan kurang dari 1% saja (The United Nations Human Development Report, 1999).

Di sinilah peranan negara wajib melakukan pengagihan kekayaan ini dengan mekanisme tertentu yang sesuai dengan syariat Islam sehingga setiap orang terpenuhi keperluan asasnya.

(2) Peranan negara: perlu atau tidak?

Konsekuensi dari keyakinan tentang persoalan ekonomi di atas, pengamal ekonomi liberal percaya bahawa pertumbuhan ekonomi dicapai sebagai hasil normal dari persaingan bebas. Harga komoditt dan khidmat selanjutnya menjadi penunjuk apakah sumberdaya telah habis atau masih banyak. Jika harga murah bererti persediaan memadai. Sebaliknya, jika harga mahal bererti produknya mulai surut. Dalam keadaan harga tinggi, orang akan menanamkan modal ke sana. Oleh sebab itu, harga menjadi tanda apa yang dihasilkan. Itulah alasannya, mengapa negara tidak perlu campur tangan; serahkan saja pada mekanisme dan hukum pasar untuk berkerja.

Namun di dalam Islam negara memiliki peranan yang sangat penting untuk memenuhi keperluan pakaian, makanan, dan perumahan rakyatnya; termasuk pelayanan seperti kesihatan, pendidikan, dan jaminan keamanan. Ini merupakan policy mendasar ekonomi Islam.

Di samping itu negara (Daulah Khilafah Islam) harus berperanan untuk menjamin pengagihan kekayaan berdasarkan syariah seperti: memungut dan membahagikan zakat; melarang penimbunan kekayaan, pelaburan pada bank ribawi untuk mendapatkan keuntungan dari bunga, penimbunan emas dan perak, penimbunan barang yang mengancam kewajaran harga pasar, pemilikan harta milik umum oleh individu/swasta, dsb.

Negara juga bertanggung jawab untuk mengelola kepemilikan umum (milkiyah ‘amah) untuk kepentingan rakyat jelata, memanfaatkan sumber-sumber pendapatan negara untuk rakyat, menciptakan situasi perekonomian yang kondusif seperti peluang pekerjaan dan kemampuan yang tinggi dari para pekerja (profesionalism).


(3) Subsidi bagi rakyat: penting atau tidak?

Menurut ekonom liberal, subsidi adalah racun bagi rakyat. Kerana itu subsidi mesti dihapuskan. Alasannya, selain bertentangan dengan prinsip menjauhkan campur tangan negara dalam perekonomian, subsidi juga bertentangan dengan prinsip pasaran bebas. Ini pula alasan mengapa dalam dasar ekonomi neo-liberal mesti ada penswastaan perusahaan yang dikelola negara agar tidak menghalangi terjadinya persaingan bebas dalam pasaran bebas.

Sebaliknya di dalam Islam, kerana prinsip politik ekonominya adalah menjamin keperluan  asas setiap individu rakyat, adalah wajar bahkan wajib negara memberikan bantuan sekiranya memang ada rakyat yang tidak terpenuhi keperluan asasnya. Adalah menjadi tanggung jawab negara juga menyediakan fasiliti keperluan kolektif masyarakat yang utama seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam, dan keamanan secara murah. Apalagi biaya untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut memang milik rakyat (milkiyah ‘âmah) dan digunakan untuk kepentingan rakyat.

Terbukti pula bahawa penghapusan subsidi dalam polisi ekonomi liberal telah mengsengsarakan rakyat. Keperluan asas rakyat pun terbaikan. Beban mereka semakin berat akibat negara lepas tangan dalam masalah pendidikan, pendidikan, dan kesihatan yang mahal akibat diserahkan ke mekanisme pasar (penswastaan).


(4) Pasaran bebas atau tidak?

Dalam pandangan neo-liberal harus ada liberalisasi perdagangan dalam bentuk pasaran bebas. Agenda utama liberalisasi perdagangan adalah penghapusan hambatan non-tarif (proteksi) dan penurunan tarif perdagangan dalam transaksi perdagangan internasional. Tujuannya menurut ekenomi liberal, untuk memacu semakin meningkatnya jumlah perdagangan antarabangsa di seluruh dunia. Mereka berharap, kalau jumlahnya bertambah akan menjadi motor penggerak bagi percepatan pertumbuhan ekonomi dunia yang berterusan (Kruman dan Obstfeld, Ekonomi Internasional: Teori dan Kebijakan, 2002).

Persoalannya, persaingan ini tidak seimbang. Dengan perbezaan struktur, perkembangan ekonomi, dan kemampuan sains dan teknologi, negara miskin tidak akan mampu bersaing melawan negara maju. Yang terjadi adalah dominasi negara-negara maju dalam perdagangan dunia yang membuat mereka semakin untung; negara miskin hanya menjadi objek dalam pasaran bebas ini. Celakanya lagi, sektor-sektor industri yang selama ini menjadi tumpuan masyarakat seperti pertanian dan sektor informal dikaut habis akibat ketidakseimbangan persaingan ini. Tanah pertanian mereka pun digusur menjadi industri pemilik modal besar.

Apalagi kalau perusahan-perusahan transnasional ini memasuki industri yang sebenarnya termasuk dalam kategori milik umum (milkiyah âamah) seperti minyak, air, atau emas; pastilah negara mundur akan kalah bersaing. Akibatnya, lewat keunggulan modal dan teknologi, kekayaan alam negara-negara mudur itu disedut habis oleh negara maju. Perdagangan bebas dan pelaburan asing menjadi senjatanya. Negara mundur pun semakin termiskinkan. Mereka menjadi kuli di tanah air mereka sendiri.

Dalam Islam sendiri, dibezakan antara perdagangan dalam negeri dan luar negeri.

Perdagangan dalam negeri berkaitan dengan aktiviti antara rakyat (warga) negara Daulah Khilafah sendiri. Aktiviti ini tidak perlu campur tangan negara. Tetapi aktiviti ini tetap memerlukan pengarahan secara umum agar setiap individu yang melakukan perdagangan terikat pada hukum syariat dalam jual-belinya; termasuk memberikan sanksi terhadap pihak-pihak yang melanggar. (Taqiyuddin an-Nabhani, Membangun Ekonomi Alternatif Persfektif Islam, hlm. 325). Berkaitan dengan perdagangan dalam negeri ini negara tidak boleh menentukan harga (kawalan harga seperti gula, beras dsb) tertentu untuk barang, apapun alasannya. Harga barang diserahkan kepada pasar.

Adapun perdagangan luar negeri adalah aktiviti jual-beli yang berlangsung antara bangsa dan umat. Oleh kerana itu, negara akan campur tangan. Hubungan-hubungan antarabangsa seperti ini harus tunduk pada kekuasaan negara; negaralah yang mengatur dan mengarahkan perdagangan tersebut secara langsung. Islam dalam konteks ini menolak perdagangan bebas. Negara Khilafah Islam akan melarang dikeluarkannya beberapa komoditi dan membolehkan komiditi lain sesuai dengan pertimbangan syariat. Negara Khilafah tentu saja akan melarang warganya yang menjual senjata kepada pasukan musuh. Negara juga tidak membolehkan pihak asing untuk melakukan pelaburan untuk menguasai sektor-sektor yang berhubungan dengan pemilikan umum, seperti minyak dan emas. Perusahan-perusahan multinasional tidak akan dibolehkan memanfaatkan apalagi memiliki sumber-sumber alam negara Khilafah.

Negara juga akan campur tangan dalam pelaku perniagaan kafir harbi atau mu’âhad. Sebab, prinsip yang diambil oleh negara Khilafah dalam aktiviti perdagangan ini adalah prinsip asal-muasal (kewarganegaraan) pedagangnya, bukan asal-muasal komoditinya. Dalam hal ini, Negara Khilafah tidak akan mengadakan hubungan dagang dengan negara-negara yang memerangi kaum Muslim secara langsung (muhariban fi’lan) seperti AS, Inggeris, dan Israel. Intervensi negara tersebut bukan sebatas kepentingan ekonomi, tetapi juga untuk tujuan-tujuan politik sekaligus mengemban dakwah.

Negara Khilafah pada prinsipnya akan menolak setiap perdagangan yang akan memberikan jalan bagi pihak luar untuk menguasai dan mendominasi negara seperti yang terjadi sekarang ini. Setiap warga negara berkewajiban mengamankan negara sehingga tidak bergantung pada produk-produk asing yang mengancam kemandirian negara. Warganegara didorong untuk memperkuat dan memanfaatkan produk tempatan serta mendorong eksport. Dalam hal ini, negara boleh memproteksi pasar dalam negeri dari masuknya barang-barang yang akan mengancam industri dalam negeri seperti dalam bidang pertanian. 


(5) Dasar Penswastaan

Dasar penswastaan sesungguhnya menjadi agenda utama dasar ekonomi liberal. Tentu saja hal ini menyebabkan pengeksploitasian kekayaan negara yang seharusnya digunakan untuk rakyat oleh perusahaan swasta, terutama transnasional. Kekayaan yang seharusnya boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat, memenuhi keperluanan asas rakyat, pendidikan dan kesihatan jatuh ke individu-individu.

Di dalam Islam, aset (harta benda awam) ini dapat digolongkan kepada tiga kategori:-

(1) Keperluan awam (public utilities), yang mana masyarakat adalah bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya); dan

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau berlebih-lebihan yang tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan yang seumpamanya)

Semua yang termasuk dalam kepemilikan umum tidak boleh dimiliki oleh individu atau swasta (seperti perusahan multi nasional) dan bukan pula milik negara. Negara hanya mengelolanya saja; hasil pendapatannya diserahkan ke Baitul Mal yang digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi, bisa kita bayangkan, betapa banyaknya sumber kas Baitul Mal.

Agenda ke Depan

Dasar ekonomi Islam di atas harus dijalankan secara komprehensif. Kerana itu, agenda umat Islam ke depan adalah membangun sistem politik untuk itu, iaitu Daulah Khilafah Islam.  Wallahualam.

5 comments:

  1. Entri yang baik tentang liberalisasi ekonomi. kalau ada buku-buku rujukan ebook tentang ekonomi dalam islam boleh bagi pada i yep. reveriemalaya(at)gmail.com
    Keep on writing! ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Saya tertarik dgn masalah pengagihan kekayaan ketika adanya Daulah Islamiyyah iaitu mengenai 8 asnaf zakat, spt terdpt dlm Surah AtTaubah:60 إِنَّمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡعَـٰمِلِينَ عَلَيۡہَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُہُمۡ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ tetapi apabila dizaman pemerintahan Saidina Umar r.a. dimana kekayaan telah melimpah ruah, terdapat beberapa golongan asnaf ni mencapai kekayaan, maka sebagai khalifah, beliau telah memansuhkan sementara dan menansihkan berdasarkan Surah AlHasyr:7 ... كَىۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡ‌ۚ supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
    Sehingga tinggallah 5-6 asnaf sahaja, tetapi para kafirin dan orientalis skrg mendakwa atas kejahilan mrk bahawa Saidina Omar r.a. mengubah hukum yg Allah Swt tetapkan. Sebagai pemerintah, mrk sangat menjaga pengagihan kekayaan ini supaya tidak didakwa diakhirat kelak. Wallahualam

    ReplyDelete
  3. @reverie,
    insyaAllah, kalau i ada ebook ttg ekonomi dalam islam, i emel u..

    u boleh tengok link nih utk ebook ekonomi dalam islam,

    http://www.mykhilafah.com/ebook

    moga bermanfaat..


    @tajnur,
    saudara benar.. orientalis sentiasa berfikir mcmana nk jauhkan pemahaman umat Islam dari kefahaman Islam yang sebenar.

    Sungguh cantik pengagihan kekayaan di dalam Islam. Setiap individu rakyat dapat menikmatinya hatta baby yang dalam kandungan pun dapat haknya.

    Berlainan pula dalam sistem ekonomi kapitalis. Rakyat yang miskin langsung tidak layak untuk hidup..

    MasyaAllah..

    ReplyDelete
  4. kan baik kalo kat negara kita jalankan sistem ekonomi islam.tapi pemimpin2 kita semua berkiblat ke barat.rasa cam mustahil je skrang ni.bila la dapat realisasi benda ni kat msia yerk.mungkin cuma tinggal angan je kot dengan mentalii rata pemimpin kita yang camni.

    ReplyDelete
  5. @the dr,

    Malaysia boleh je menjalankan sistem ekonomi Islam.. tapi bukan ekonomi Islam je, sistem pendidikan,sistem pemerintahan, sistem pergaulan semuanya kena Islamlah juga..

    Tak mustahil tapi susah sket Malaysia nih kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain.. sebab rata2 rakyat malasyia dah hidup senang..jadi, mereka pun rasa macam selesa dah dgn keadaan sekarang.

    pasal pemimpin lak, mereka memang suka ikut barat. apa yang datangnya dari barat semuanya bagus, baik dan cantik.. Tak pernah nak ambil penyelesaian dari Islam..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat