Award SO CANTIK

Asyik tertunggak je nak kongsi award di sini. Maaf ye dik.

Agak terkejutlah juga sebab dapat award nih. Belog akak nih biasa-biasa je dik. Takde pape pun yang cantik. Tapi insyaAllah, isinya bermanfaat untuk disajikan. Alhamdulillah, sebab ada jugak adik-adik manis seperti dik Shiqa yang sudi memberi award nih.  Namanya pun seakan-akan my cousin.

Ada beberapa soalan yang perlu dijawab. So ini jawapan saya kepada yang sudi membaca dan menyinggah.

1) Berikan nickname untuk saya
- Di alam maya, saya dikenali dengan Wanita Mustanir. Pembabitan saya di alam maya bermula dengan belog ini selain laman-laman sosial seperti friendster dan FB.

2) Ucapan pemberi award
- Thanks sebab sampai jugak ke belog akak. Shiqa baru je singgah dan BW dah bagi award tentang belog akak yang tak seberapa nih. Agaknya memang cantik kot biru dengan akak di mata adik ye. Hee

3) 6 fav artis/group yang kowang minat
- Biarlah rahsia.. Opsss.. Sebenarnya lebih suka mendengar lagu-lagu daripada meminati penyanyi itu sendiri. Sebab lagu yang dinyanyikan oleh seseorang penyanyi bisa berubah-ubah. Jadi, menggemari lagu adalah lebih baik daripada penyanyi itu. ;)

4) Tag Award Ini Kepada 10 Blogger/Follower...
Maaf ye, macam tak sempat nak BW. Tak dapat nak tag. Tapi kalau rasa belognya cantik dan cute miut, boleh je nak ambil award nih. Saya sangat mengalu-alukan.

I'm done!

Tiada Sambutan, GA CLOSED! =(

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Walaupun hanya seorang peserta sahaja, saya tetap bersyukur. 

Dengan beradanya hadiah utama di tangan saya semalam, saya mengumumkan WM's 2 Years GA is closed!

Saya akan siarkan luahan rasa pemenang tersebut pada entri yang akan datang. InsyaAllah. 

MESTI BACA: Tudung Akhir Zaman

Nota :
Saya menerima emel ini daripada group. Untuk perkongsian bersama walaupun saya rasa mungkin dah ramai yang dah tahu. Tapi manusia itu kan sering terlupa. Maka, perkongsian tiru dan tampal ini adalah sebagai peringatan buat mereka yang lupa. InsyaAllah.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini...

Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs010.ash2/33848_157445697607956_100000275796825_451514_6026822_n.jpg 
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs026.snc4/33675_157446144274578_100000275796825_451515_3208439_n.jpg 
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs713.snc4/63297_157446210941238_100000275796825_451516_4953114_n.jpg 
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs662.snc4/60265_157446284274564_100000275796825_451517_4285275_n.jpg
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s: Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas. Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa (takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN.

Semoga kita sama-sama 
sentiasa mengikuti perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT.
;)

Gunakan Google Maps untuk Membantu Perjalanan Anda

Mai cek nak habaq kat hangpa semua. Cek ni takdelah pandai bebeno cakap bahasa nogori. Entoh betol ntoh tidak cek tulis apa. Tettt..

Mari kita betulkan saluran siaran anda. Kita kembali ke Sri Pentas WM. :D Saja nak beritahu teman-teman yang sudi membaca nih. Pernah tak guna aplikasi Google Maps? Alaaa, takkan tak pernah dengar? Kalau ada yang kurang pasti atau macam baru-baru je dengar, eh bukan! Macam baru je tahu, cuba cari kat Google. Atau klik je sini, sonang sodap.. *Tetiba.


Klik untuk tumbesaran yang sihat. :D

Saja teman nak memberitahu. Teman nih selalu juga guna Google Maps untuk cari jalan-jalan yang ada di Malaysia nih. Haisshh, takkan la kome sume terror bab jalan-jalan Malaysia nih tanpa bantuan peta kan? Ayah teman yang tahu selok belok jalan pun tengok juga peta. *Tahu dekat-dekat KL dan Selangor je agaknya. Hee. Sebabnya, ada jugak tempat-tempat yang tak pernah dilaluinya. Hee.

Biarpun Google Maps tak 100%nya betul dan tepat tentang direction yang kita nak, at least it's help. Contoh: Pertama, kita nak cari direction ke rumah pengantin. Biasanya akan ada peta ringkas di belakang kat jemputan kan. So, kadang-kadang macam tak reti nak fahamlah kan sebab walimah tuh pun bukannya dekat dengan rumah kita. Rasa macam takutlah pulak tersilap jalan kalau tak tahu betul-betul direction kan. So, carilah guna Google Maps. Cari punya cari, arah beloknya bertentangan. Dalam kad kahwin tunjuk kanan, tapi dalam Google Maps tunjuk kiri. Sampai bergaduh anak beranak dengan pertentangan ini. Tapi takdelah sampai masam muka kan. Just bertikam lidah sahaja. :D Dan ini salah satu ketidaktepatan Google Maps.

Kedua, kalau kita selalu guna sesuatu jalan di alam realiti dan cuba untuk tahu petanya melalui Google Maps, sometimes it's not help us. Ermm, actually always. Maksud saya, dengan menggunakan Google Maps, kita takkan tahu shortcut untuk ke sesuatu destinasi. Perjalanan kita melalui Google Maps menjadi panjang. Padahal ada je jalan-jalan yang lebih dekat boleh kita gunakan. Dan ini kena tanya guna mulut kan. Malu bertanya sesat jalan, jangan segan-segan ye. Ini satu hal yang tidak bagus tentang Google Maps.

Ketiga, kadang-kadang kita takkan jumpa tempat yang kita nak di Google Maps. Mungkin ia tak cover semua tempat kot. Lainlah kalau Celcom Teritory kan. Hee. Kerja mencari jalan-jalan melalui Google Maps menjadi sukar lebih-lebih lagi kita tidak pernah melalui jalan tersebut dan Google Maps memberi respon yang kita tak fahami. Yang ini, teman-teman faham ke ye?

Yang keempat, rasanya hanya ini yang sahaja yang saya tahu buat masa ini. Cuma nak ditekankan di sini, Google Maps membantu kita mencari jalan-jalan le destinasi yang ingin dituju walaupun tak 100% tepat. Selamat mencuba! ;)

SOLDIERS OF ALLAH – “ THEY CANT STOP ISLAM !!”


Pesanan daripada seorang sahabat seperjuangan : 
Hayatilah lirik lagu ni sama-sama : (walaupun mungkin bagi sesetengah orang lagu mereka agak keras, tapi bagi saya mesej yang mereka sampaikan itu amat bermakna..)

Every time we turn on the TV we see the kuffar celebrating
Thinking that they have defeated Islam
They think they can destroy Islam but they can never destroy Islam
They try to scare us, rape us, kill us, even drop their nuclear bombs
But no matter what they do, they can never destroy Islam
Allah the Almighty has promised that Islam will be victorious and that is guaranteed
Bismillah ar-rahman ar-raheem, this song is for all those who believe in this Deen
And sure we have made a song to make you think
So turn up your speakers and put this song on repeat

This song is for all those sisters who wear hijab
Even though the people make fun of them
This song is for all those brothers who stand strong
Even if it means that they are left alone
This song is for all those who don’t compromise Islam
Because they know Islam is the truth
No matter what happens we will never give up
Brothers and sisters, the revival of Islam is up to us

If there was a war which side would you be on
The army of Allah or the army of Shaitaan?
They can’t stop Islam, they drop bomb after bomb
Watching our people bleed trying to scare us out of this Deen

When the smokes clears, we will still be on the scene
We Muslims, we’ll never give up, ameen, ameen!
If you follow Islam then they can’t stop it
Wallahi, victory is promised!

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

Trying to fool the people what Islam is really about
Leaving their own people confused and in doubt
Twisting the corrupted media so they control the public opinion
While the western groups put their troops on what was once the Muslim dominion

They pass laws to put Muslims behind bars
Without evidence (without what?) without cause
They stand united to make sure Muslims are divided
We are Muslims, we won’t hide it or deny it

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

When we hear the falsehood we fight it with the truth
Islam did not spread by democracy, its spread by the youth
Those who can’t accept the truth, yeah, they hate it
They can’t stop Islam (why?) ‘coz Islam is contagious
Those sisters who are strong will never take off their hijab
‘coz they don’t wear it for the people, they wear it for Allah
We won’t die for these kaafirs, won’t fight for their cause
All freedoms are false, we fight and die only for Allah

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

A billion Muslims are a billion weak
When we sell Islam cheap and carry it incomplete
Can’t stand the sight of watching my brothers bleed
This is what happens when we let the kaafirs lead

The bloodshed of an innocent Muslim
Means more to Allah than the Kaa’bah
And Insha’Allah if we follow the straight path they can’t stop us
Let us rise up for the revival of Islam
Like we rise up for fajr at dawn

They’re going to keep dropping bombs
They’re going to keep on the attack
Until we Muslims unite and bring Islam back

Bring Islam back!
Bring Islam back!
Bring Islam back!
Bring Islam back!

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

Salahudin sacrificed everything to bring back this Deen
At one time his own sister was captured by the king
Even though he could have, he didn’t do anything
He could have invaded but no, he waited

With one command, with one order
He could send the Muslim army to cross the border
Bring back his sister to have the king slaughtered
But Salahudin had a plan and that plan could not be altered

And that plan was to unite the Muslim lands
And to put Al-Quds back in Muslim hands

Takbir!
Allahu Akbar!
Takbir!
Allahu Akbar!
Takbir!
Allahu Akbar!

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

Insha’Allah we will rise up like Salahuddin
Put Islam on the map like Khalid ibn Walid
Show the success of Islam like Haroon al Rasheed
And protect our Muslim Deen like Sultan Abdul Hamid

Log on and check where all of this is going on
www muslimstudio dot com
What you are hearing is just the beginning
Do you want to learn about the legends of Islam
Visit www dot muslimstudio dot com

The intellectual revolution has begun
And this song is done
Ain’t no copyrights in Islam
So you better pass this thing on

Terik Mentari Yang Menyingat.. Aduhhh.

Nampaknya saya nih semakin malas untuk mengupdate belog saya nih. Jika dulu saya akan berfikir setiap malam untuk update entri apa keesokan harinya. Tetapi sekarang, semangat itu seakan-akan sudah lesap dimamah kepanasan terik mentari petang. Ceewahh.

"Tak update belog ke?"

"Tak. Macam malas.Hee"

Ditambah pula dengan taklifan kerja-kerja yang telah dibebankan ke atas bahu saya. Idea untuk menulis semakinlah ditekan-tekan macam span sampai tak boleh nak kembang balik. Ataupun macam tanah liat yang mengikut rentak tangan penekan. Hee. Faham ke? Kalau tak faham, faham-faham jelah.

Saya suka panas yang sebegini. Subahanallah. Cantiknya awan yang membiru. Nak-nak bila kita jemur baju, memang kering sampai setitis air pun tak nak melekat dah kat baju yang disidai di tengah panas mentari. Tak percaya? Alaaah, mesti semua pun tahu kan.

Opss.. Sebelum saya melalut tak tentu pasal, saya mengucapkan Salam Aidiladha buat para pembaca dan seluruh umat Islam. Tapi sayang seribu kali sayang, Aidiladha kali ini disambut berlainan hari seperti tahun-tahun sudah. Sungguh sedeyh. T__T


Ketika ada yang menulis status FB tentang Eidul Adha, mereka mengatakan bahawa dah biasa dengan perbezaan hari raya. Tak kiralah hari raya puasa atau hari raya haji. Namun ada yang menegur agar yang menulis itu faham. "Bezakan yang biasa dan biasakan yang berbeza." Apa-apapun, saya suka akan kenyataan itu. Persoalan saya, adakah anda faham?

Hari ini dah raya yang ke-3 bukannya raya ke-2 seperti di Malaysia ini. Bacalah Kenapa Berbeza Eidul Adha? kalau hendak. Kalau tak nak, pastikan anda sudah ada hujah untuk berhadapan dengan Allah SWT nanti. Atau dengar khutbah kat sini pasal hari raya haji. Saya tak paksa. Letih sebenarnya memaksa orang nih. Kata-kata yang biasa orang gunakan, tepuk dada tanya iman. Kalau tepuk dada tapi tak terasa, mesti keimanan kita ada yang tak kena.

Anugerah Blogger Pejuang Khilafah

Nota: Maaf kepada pemberi anugerah ini sebab saya terlambat buat. T.T Sungguh saya tak berkesempatan. Ingatkan bolehlah buat semalam tapi tak sempat jugak.Maka entri ini dah tertangguh 5 hari dari tarikh saya membuat draft. ^_^'


Ada beberapa soalan perlu dijawab ye...! Dan ini adalah jawapan saya.

1. Apakah perasaan anda apabila menerima anugerah ini?
Sebenarnya saya rasa sangat bangga tak tersangka boleh dapat anugerah ini. Yelah, belog saya hanyalah belog picisan. Tipu okeyh. Belog saya insyaAllah, saya akan serukan yang haq dan menerangkan segala kebathilan yang perlu dihapuskan.

2. Mengapa anda memperjuangkan Khilafah?
Kenapa Khilafah? Kerana umat Islam sekarang ini hidup tanpa Khilafah. Tiadanya pemersatu umat yakni seorang Khalifah menyebabkan umat Islam berpecah belah. Tiadanya Khilafah, umat Islam semakin terumbang ambing dengan arus kerosakan sistem kapitalis. Khilafah juga adalah janji Allah. "Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).

“Sesungguhnya mengangkat imam (khalifah) adalah fardhu. Tidak ada perbezaan pendapat di antara ahlul haq mengenai masalah ini. Manakala penafian berhubung kewajiban ini oleh sebahagian kelompok Qadariah tidak membawa apa-apa makna kerana kewajiban ini adalah didasarkan kepada dalil yang lebih kuat, iaitu Ijma’ Sahabat dan untuk membolehkan perlaksanaan hukum Islam, iaitu ketaatan umat Islam kepada pemimpin lalu menghapuskan kezaliman serta membuang perselisihan yang menjadi sumber kerosakan akibat tiadanya seorang imam.(Imam al-Kassani, Badâ’i ash-Shanai’ fî Tartîb asy-Syarâi’, XIV/406).

3. Selain daripada menulis blog, apakah cara lain yang anda guna untuk menyebarkan idea Khilafah?
Ermmm.. melalui mukabuku. Seorang sahabat yang berpangkat kakak memberitahu, sekarang nih orang guna mukabuku facebook. Dah tak main dah group-group dalam email nih. Lagipun, sebaran-sebaran atau pun nasyrah yang diedarkan di tempat-tempat umum seperti SN dan Fikratul Ummah memang sesuai untuk menyebarkan idea Khilafah. Selain itu, website MyK adalah rujukan yang utama. ;) So, bolehlah selalu klik-klik kat situ ye untuk tahu dengan lebih lanjut apa itu Khilafah.

4. Adakah anda yakin blog anda berkesan untuk menyebarkan idea Khilafah?
Saya tak rasa yang belog berkesan dalam penyebaran idea Khilafah ini secara keseluruhannya. Tapi ia sedikit sebanyak mampu menymbang kepada pembacaan blogger-blogger seterusnya. Belog hanya memberi brief idea tentang Khilafah. Kerana kebanyakannya lebih suka akan bacaan belog yang ringan-ringan seperti kehidupan sehari-hari, fesyen, hiburan dan lain-lain. Apa yang penting adalah perbincangan face-to-face dan diskusi di alam maya juga boleh, insyAllah.

5. Apakah pandangan anda terhadap blog SoutulMujahid | Suara Kebangkitan Kian Bergema?
Saya rasa belog ini sangat menarik dan ringkas. Sangat padat dengan maklumat yang berguna dan terkini. Segala penulisan yang dikongsikan mampu membuka minda para pembaca ke arah kebangkitan tsaqafah dan keperibadian. InsyaAllah. Keep it up, akhi! Lagipun, belog ini ada warna biru. Teehee. 



Alhamdulillah.

WM's 2 Years Giveaway [UPDATED!]

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah. Hujan yang turun pagi Jumaat ini memberi rahmat kepada seisi alam bandaraya Kuala Lumpur. Nyaman dan damai sentiasa bertandang di rumah kolej kediaman kami. Alhamdulillah sekali lagi, hari nih genap 2 tahun usia .::Wanita Mustanir::.. Kalau seorang bayi, sudah tentu usia 2 tahun dah pandai berlari dan bercakap.

Sempena genapnya 2 tahun saya bersama sahabat baik saya ini, .::Wanita Mustanir::., saya dengan tulus ikhlas ingin membuat Giveaway kepada para follower, pembaca dan pengunjung .::Wanita Mustanir::..

Syarat-syaratnya.

[1] Buat entri bertajuk "WM's 2 Years Giveaway".

[2] Letakkan SATU gambar kanak-kanak comel (yang ada hubungan dengan anda) dan juga HEADER blog anda di dalam entri anda. Contoh gambar seperti di bawah. (kepada pembaca yang tidak mempunyai belog, sila letak 2 gambar kanak-kanak comel.)


[3] Tuliskan apa yang anda faham tentang "Apa itu KHILAFAH?". Huraian pemahaman mestilah tidak kurang daripada 5 patah perkataan. Sekiranya anda tidak pernah tahu atau tidak pernah mendengar tentangnya, sila jawab dengan sejujurnya.

[4] Buat sticky post untuk 5 hari sahaja dari tarikh anda sertai "WM's 2 Years Giveaway" dan letakkan gambar kanak-kanak comel di atas di sidebar blog anda serta link kan ke Giveaway ini.

[5] Giveaway bermula hari ini, 12.11.10 dan berakhir pada 29 Disember 2010 (Genap 46 tahun usia ummi pemilik blog .::Wanita Mustanir::. * Jomlah sertai beramai-ramai).

[6] Kepada yang SUDAH menyiapkan entri "WM's 2 Years Giveaway" sila maklumkan (berserta link blog, contoh :http://shirashafrida.blogspot.com/2010/11/wms-2-years-giveaway.html atau email anda) di ruangan komen yang disediakan.

[7] Kepada pembaca yang tidak mempunyai blog, anda bolehlah menghantar e-mail di mas88.angah[at]gmail.com.

[8] Seorang pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah oleh insan-insan tersayang saya. Jadi, sesiapa sahaja layak menjadi pemenang bertuah.

[9] Hadiah akan diberitahu kemudian mengikut keramaian peserta. InsyaAllah. (Walaupun hadiah utama telah menanti;) ).

Sekian, alhamdulillah.


Dah kalau suka, memang gambar dorang jelah saya letak. :D

Berhenti Mengharap

Habis exam, saya selsema. Dan itu permulaan kepada batuk saya, kalau ikutkan yang dulu-dulu. Alhamdulillah. Mesti bersyukur walaupun sakit. Sepanjang sem ini, ini pertama kali saya selsema. Selalunya, awal-awal sem dah selsema dan batuk-batuk. Kalau takat 2 3 hari takpelah. Ini sampai 2 bulan. Huhuhu. Apapun, Allah berikan saya kesihatan yaang kurang baik (selsema dan berharap tidak batuk-batuk) supaya saya tak sombong.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan." (HR. Muslim) 

Sesungguhnya hidup berjaya, mudah mengarungi hidup, mudah mendapatkan pertolongan Allah, dan kemampuan untuk selalu dekat denganNYA hanya dimiliki oleh orang-orang yang sabar. Untuk itu jadikanlah sabar sebagai penolong kita seperti halnya solat yang kita kerjakan. “Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu”. Hal itu tercantum dalam (Q.S Al-Baqarah 153) yang ertinya “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.

Sebenarnya saya ketiadaan mood untuk menulis apatah lagi untuk menaikkan trafik belog. Saya ulang, menaikkan trafik belog. Saya terasa malas untuk memikirkan apakah yang patut saya tulis hari ini. Saya ingin menjadi seorang yang santai-santai sahaja tapi penuh dengan thaqafah Islam. Tapi jangan risau, insyaAllah saya akan menulis entri yang memberi manfaat dan perkongsian untuk semua. Saya tak nak lari dari niat asal saya mencipta .::Wanita Mustanir::..

Apapun, terima kasih kepada yang sudi membaca dan melawat belog saya ini. Terima kasih kepada follower , pembaca senyap, pemberi komen dan blogger yang singgah bertanya khabar .::Wanita Mustanir::.. Tanpa kalian, siapalah saya di arena belog ini. :D

Gambar seperti biasa. 
Anak mama. Rindu.

*Mood kembali ceria.
Hee

JANGAN Susahkan Hati Orang Tua

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ada gaya pembaca berita tak? :D Okeyh, tadi selepas sarapan terus telefon ummi bertanya khabar. Semalam hanya membalas mesej ringkas yang dihantar ummi. Ummi cakap, "senyap sepi je mu, Angah." Saya tak tersentak sangat walaupun saya tahu mungkin dah susahkan hati ummi sebab saya dah dapat rasainya dari semalam. Semalam saya kepenatan berjalan sehingga terlupa nak telefon ummi. Sila jangan buat begini terhadap ibu bapa anda terutamanya yang bergelar anak lelaki. ;)

Biasanya kalau saya hendak menulis tentang sesuatu isu, saya akan cari kat Google je. Banyaklah sedikit maklumat yang dapat dikongsikan daripada saya merapu tak tentu ke pasal. ;P Sebab saya hendak orang lain yang membaca belog saya ini mendapat maklumat dan pengajaran daripada setiap apa yang saya sampaikan. Maka pelajaran untuk pagi ini adalah seperti tajuk di atas ye.

Bukannya apa, saya belajar daripada keluarga dan pengalaman. Apa yang saya cerita ini adalah rutin saya setiap kali saya keluar rumah. Keluar dengan kawan-kawan, adik beradik ataupun seorang diri. Ummi saya nih orangnya jenis yang sangat risau. Jadi kalau anak-anaknya keluar rumah, kena inform beliau. Bukan sekali je tau tapi setiap kali tukar public transport, setiap kali tukar destinasi, setiap kali berubah perbuatan dan setiap kali bertukar kawan. ;P. Okeyh, yang akhir sekali tuh saya hanya memandai menambah je ye.

Katakanlah saya di stesen LRT. Kena inform macam nih, "Angah kat LRT nih." Kalau kat dalam teksi, "Angah kat dalam teksi dah. H** 9***" For an extra precaution, silalah tinggalkan no flat teksi yang anda naiki in case anda kehilangan. :D Bukan minta anda hilang, tapi hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga. Sayangilah orang tua anda.

“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.”  
(Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi SAW, adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud) Jadi tak perlulah tunggu dah kahwin dan bersuami baru nak senyum manis penuh kasih sayang depan suami sebab hendak pahala ibadah. Sebelum anda berkahwin pun, sentiasa manis muka depan ibu bapa sah-sah memang dapat pahala. Sebab gembirakan hati ibu bapa. Dengan ini tiada lagi alasan mengapa anda perlu bermasam muka kan? ;)

Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Jangan tak berdoa untuk ibu bapa anda ye. Doa kan otaknya ibadah, dah dapat pahala. Doa untuk ibu bapa pula tuh, bertambah-tambahlah pahala anda, InsyaAllah. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak ‘berhutang’ dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah SAW: “Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…

Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…

Beristighfarlah…beristighfarlah…Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Maka inilah saatnya untuk kita memohon keampunan daripada mereka….marilah kita sama-sama berbakti kepada orang tua kita…walaupun seumur hidup kita tidak akan mampu membalas jasa-jasa mereka…tetapi sekurang-kurangnya, bahagiakanlah mereka…curahkanlah kasih sayang kepada mereka…Siapa tahu, esok lusa…mereka akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya…Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan di dunia ini…:(

InsyaALLAH, mudah-mudahan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita semua…[Sumber : sini dah telah diedit serta diubahsuai mengikut citarasa saya. :D]

Di bawah ini adalah bacaan yang MESTI anda baca apabila habis membaca celoteh berguna bermakna saya. :D Bukan wajib sebab kalau tak baca, nanti ada pula yang cakap berdosa. Hanya MESTI!

Kertas terakhir untuk final exam semester nih.
RABU.

Prologue of "Beyond The Inspiration"

Assalamualaikum wbt to all of you. I just want to share here. Now, I am reading Beyond The Inspiration.. Need to finish in 3 days but the days that given by abah to me is over..so, i must finish it before i go home next week..


Maybe you're just daydreaming..!
It seems that you and all friends of yours
living in the world of fantasy!,wake up, see the reality!
you can't denied the reality!

Maybe it is right,
that one's who abandon reality is a daydreamer.
But who abandon their God because of reality
is worse than daydreamer!

If an obedience to Allah and His Messenger
makes me called a fool, than i rather called a fool
than to abandon Allah and His Messenger

After all, I definitely not  daydreaming
but I am dreaming a day that definitely came
the day that today reality doesn't matter
because I have Allah and Rasulullah's promises!

by: Felix Y. Siauw

A few FACTS, habits and GOALS for A Princess like Me

Okeyh, straight to the point. No introduction for today's entry because it's all about ME!. Hee.

I have been tagged by this cute girl, Hashira Yusoff. Sorry for being late to write about this, Shira (her name same just like my nickname.) Some girls always love pink especially her. But, I am not the one of the girls which love pink. ^_^


1) Tersebutlah kisah, di zaman dahulukala,...

Ada seorang puteri solehah (insyaAllah, berusaha ke arahnya) yang lahir hasil pernikahan 2 insan yang direstui kebersamaanya. Si puteri Bersyukur menjadi puteri buat ummi dan abah yang sentiasa menjadi Raja dan Permaisuri dalam hidup ini. *Tetibe lak rasa sedih.

2) Oleh kerana rasa bersyukur yang tak terhingga itu, maka si puteri telah lahir dengan 2 batang gigi.:D Maka kerjanya bila sudah besar sedikit adalah menggigit orang. Sekarang pun masih suka menggigit, gigit makanan:P

3) Si puteri tidak keseorangan di istana beratap zink dan berdinding bata tersebut. Si Raja dan Permaisuri juga telah memberi si puteri comel teman bermain seramai 6 orang iaitu 4 puteri pelbagai jenis rupa dan perwatakan serta 2 putera yang kacak dan berani. Alhamdulillah, si puteri telah menjadi seorang gadis pingitan dan membesar bersama 6 orang teman ini sehinggalah sekarang.

4) Sebelum meningkat remaja, si puteri memang suka berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan berpakaian seluar pendek serta berambut pendek. Sikat rambutpun mesti ke belakang. Si puteri juga sering bermain 'seek and hide' di padang ragut rumput. Sampaikan wujudlah parut di pipi sang puteri sehinggalah sekarang. :">

5) Untuk menjadi seorang puteri luar biasa, maka menjadi pandai dan bijak harus dijadikan keutamaan. Dengan itu, Raja dan Permaisuri dengan rasa tanggungjawab menghantar si puteri ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya. Dari tadika hinggalah ke Menara Gading yang berdinding konkrit. *Hee. Terlalu banyak rumah belajar yang diduduki. Dari yang 1 tingkat hinggalah 5 tingkat, dari yang kecil hinggalah besar. Dipendekkan cerita, selalu berpindah randah dengan sekolah. *Hee lagi.

6) Kerana si puteri dilahirkan dalam keluarga yang penuh sakinah wa mawaddah wa rahmah, melaksanakan kehidupan Islam dalam setiap aspek kehidupan amatlah didahulukan. Apabila dikatakan Allah itu SATU, Rasul kita SATU, Kitab kita SATU dan Kiblat kita SATU, maka melakukan sunnah yang WAJIB menjadi keutamaan. Dan sunnah itu adalah berDAKWAH. *InsyaAllah.

7) Sebagai seorang puteri adalah mesti untuk si puteri kena tahu memasak. Sebab si puteri memang suka sangat makan sampailah tak ingat bila berat badan dah naik. *Hahahaha. TAPI kadang-kadang si puteri nih malas. Biasalah kan, jiwa muda belia remaja lagi, memang perangai suka malas-malas. Malas sikit je pun. Kawan si puteri pernah berkata, "sekarang bolehlah malas nak masak. Nanti kalau dah berdua, bolehlah masak gilir-gilir kot." Nasihat yang sungguh tulus daripada seorang sahabat. *terharu.


8) Si puteri juga sangat suka akan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi bila si puteri sudah menjadi seorang mama 1 tahun 1 bulan 28 hari yang lalu buat si kecil Megat Ilham. Lagipun, si puteri memang sudah menjadi seorang kakak yang baik dan penyayang buat 2 orang gadis cilik yang comel, Aisyah Sakinah dan Hajar Liyana sejak 6 dan 4 tahun yang lalu. Juga menjadi pengasuh yang ala kadar buat si cerdik, Akilah Zahra 5 tahun yang lalu.


9) Si puteri merupakan seorang yang sangat pandai menunggang kuda motor dan memandu kereta lembu yang manual dan automatik. Kata Raja selaku ayahanda puteri, kena tahu dua-dua baru senang :P

10) Untuk menjadi puteri luar biasa, si puteri amat tidak suka PINK. Pink is sinonim to a girl but not sinonim to me. Why? Sebab si puteri membesar bukan dengan anak patung barbie yang segalanya merah jambu. Si puteri membesar dengan kuda tunggangan basikal LERUN dan si puteri suka menunggangnya. *Hehehehe. Dan sampai sekarang, si puteri masih suka akan basikal walaupun si puteri tidak dibenarkan naik oleh orang-orang berlesen.

11) Si puteri juga seorang puteri yang amat menggemari coklat. Terutamanya coklat yang ada bertih nasi *betul ke ek? dan berperisa oren bukan strawberi. Contohnya Safari, Top, Tango, Sweetkiss dan seangkatan dengannya. Alaaa, coklat yang murah-murah jek. 


12) Memandangkan kehidupan di istana dahulu kala memakai pakaian yang labuh-labuh, maka si puteri  memakai jubah dan abaya. Bukan kerana ikut-ikutan *terutamanya masa sekarang tapi kerana si puteri ikut hukum syarak. Si puteri ada membaca tentang dalil-dalil berkenaan dengan pemakaian seorang muslimah. Antaranya : Firman-firman Allah SWT:

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.(Surah An-Nur ayat 31)

Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka.” (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: "Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar (menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.

13) Sekarang ini, si puteri mempunyai satu hobi baru iaitu shopping. Bukan sebarang shopping tapi online shopping. Rupanya si puteri memang celik IT.:P Si puteri selalu shopping jubah, abaya dan beg. Pernah jugak si puteri terima pemberian set barangan kemas bersalutkan perak jenama AVON pemberian Kakchik. Istimewa diterbangkan dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

14) Sungguhpun si puteri tidak meminati PINK, tidak bermakna si puteri tidak sukakan Teddy Bear. Si puteri amat suka akan bear yang boleh dipeluk-peluk. Semenjak mendapat Winnie THE POOH daripada ibunda si puteri sebagai hadiah untuk PMR, si puteri berhasrat untuk mengumpul bear. Maka, sekarang ini si puteri sudah memiliki 5-6 bear pelbagai jenis dan saiz. Terbaru dari Aussie, a coala bear. :D


15) Walaupun cerita fiksyen dan animasi Disney & Pixar adalah cerita karut, tapi itu menjadi kegemaran si puteri. Maka, kesemua siri Harry Potter telah ditonton di 'panggung istana' si puteri. Segala cerita animasi Disney & Pixar juga telah ditonton dan yang terbaru ditonton adalah UP. So, permintaan si puteri :-> kepada sesiapa yang ada animasi bukan anime ye, bolehlah share. Sharing is Caring okeyh. ;)

16) Memandangkan si puteri suka cerita animasi, tentunya si puteri seorang yang sangat comel.:P Benar. Apabila si puteri ke sekolah bondanya untuk menghantar sesuatu semalam, salah seorang anak murid bersuara, "ini anak ustazah ya?" Si puteri hanya mengangguk dan tersenyum. Budak perempuan itu berkata lagi, "Comelnyeeeee.." "Cantiknyaeeeeeeeeee" "Comelnyeeeeeee" Katanya diulang-ulang bersama teman-temannya yang lain. Si puteri merah muka kerana malu dengan kata-kata itu. Sudah terbukti bukan? :D

17) Si puteri juga suka berposing. Makanya, apabila si puteri keluar ke mana-mana, si puteri akan mengambil gambar dengan kamera hp Sony Ericsson jek. Walaupun si puteri nih suka tengok cerita dongeng Barbie, tapi si puteri belum mampu untuk membeli Nikon D90. Hee.

18) Si puteri sangat suka watak kucing dalam SHREK tapi realitinya si puteri alah dengan kucing. Alah di sini bukan akan bersin apabila bertemu kucing tetapi tak suka kucing, bukan membenci kucing. Jadinya, apabila kucing berada dekat dengan si puteri, si puteri akan menjauhkan diri. Hee.

19) Tanggal 26hb JUN 2010, ayanda permaisuri merangkap Atuk puteri kembali ke rahmatullah. Arwah pergi menemui Ilahi dengan meninggalkan Nenenda seorang diri, anakandanya 4 orang beserta pasangan dan cucundanya yang seramai 21 orang serta seorang cicit iaitu Megat Ilham.


20) Si puteri suka bersahabat. Tiada kata untuk sahabatnya itu, hanya senyuman cukup membuatkan si puteri bahagia. Buat pembaca cerita si puteri ini, ini nasihat si puteri sebab sahabatnya juga begini. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Wafer kasih sayang oleh sahabat si puteri.

21) Oleh kerana si puteri suka bersahabat, maka si puteri suka BW. Hee. Sehinggakan dapat anugerah BW 2010 from Dark Rose. Tak caye? Sila tengok sidebar si puteri.

22) Si puteri's favourite number is 5. 5 is ANGAH. 5 is SHIRA. 5 is BELOG. 5 is ILHAM. FIVE is .........

23) Pesanan buat pembaca cerita si puteri ini, “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah..." [TMQ as-Saf (61):14]. "Sila baca di sini ye", kata si puteri. ;)

24) Akhir sekali, si puteri sentiasa berdoa agar si puteri menjadi anak yang solehah, bakal isteri yang solehah dan taat perintah Allah dan Rasul sepertimana doanya di dalam setiap pergerakan solat untuk 5 waktu sehari semalam.

25) Rupanya bukan senang nak bercerita tentang diri sendiri ye dengan berlatar belakangkan penceritaan seorang puteri raja dahulu kala. Penat betul memikirkan ayat-ayat yang sesuai walaupun takdelah susah mana. Fuhh.. Selesai.



SATU Dihalang, SEJUTA yang Akan Diadakan


hizbut-tahrirhizbut-tahrirSeminar terbuka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) siri jelajah Malaysia 2010 peringkat negeri Pahang yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota pada hari Sabtu 30 Oktober lepas terpaksa dibatalkan. Seminar yang bertemakan “Kembalikan Khilafah Selamatkan Dunia” itu dibatalkan di saat-saat akhir kerana pihak premis telah menarik balik kebenaran secara tiba-tiba pada petang Jumaat sebelumnya walaupun kebenaran bertulis secara hitam putih telah pun diberi lebih kurang sebulan sebelumnya dan kesemua bayaran telah pun dijelaskan.

Kami dimaklumkan oleh pihak premis bahawa mereka diarahkan oleh unit Cawangan Khas (SB) PDRM untuk membatalkan seminar ini. Kami telah berusaha untuk berunding dengan pihak premis, namun gagal. Jawapan yang kami terima ialah “ini adalah keputusan pengurus besar” manakala apabila kami meminta untuk berjumpa dengan pengurus besar, dia tidak ada di pejabat dan tidak dapat dihubungi.

Walaupun pihak premis memberi beberapa alasan lain yang tidak munasabah, namun apa yang nyata sebenarnya ialah pembatalan ini dibuat kerana adanya desakan dari pihak PDRM yang menyatakan bahawa seminar ini tidak mendapat permit. Walhal sesungguhnya seminar ini diadakan di tempat tertutup yang mana mengikut undang-undang Malaysia tidak memerlukan sebarang permit. Walaupun kami telah menjelaskan perkara ini kepada pihak premis, namun mereka tetap tidak menerimanya.

Nampakya pihak premis telah tunduk kepada arahan PDRM walaupun arahan PDRM adalah bertentangan dengan undang-undang, malah arahan PDRM ini sebenarnya bertentangan dengan Islam kerana mereka sebenarnya cuba menghalang pihak kami dari menyampaikan Islam.

Seminggu sebelumnya, pihak SB telah menahan salah seorang anggota HTM di Masjid Negeri, Kuantan kerana ‘kesalahan’ menyebarkan flyers yang mengandungi iklan seminar. Satu hal yang bertentangan dengan undang-undang dan langsung tidak masuk akal apabila sebaran flyers (iklan) pun dikatakan kesalahan! Anggota kami turut dikasari semasa ditahan dan apabila anggota kami mengingatkan mereka bahawa apa yang kami lakukan tidak bersalahan dengan undang-undang dan kerja kami adalah untuk menyampaikan Islam yang mana kewajipan yang sama terkena ke atas mereka, namun mereka menjawab “kami (SB) hanya mengikut arahan orang atas”.

Pada hari seminar tersebut, pintu dewan telah dikunci dan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk. Presiden dan Timbalan Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Umar Husien yang masing-masing sepatutnya menjadi ahli panel dalam seminar tersebut hadir seawal 8 pagi bersama beberapa orang petugas seminar yang hanya mampu berdiri di luar dewan dan melayan orang ramai yang berdatangan. Mereka yang hadir meluahkan rasa hampa dan kecewa dengan tindakan polis dan pihak premis yang membatalkan seminar ini. Sekitar 10 orang anggota polis lengkap beruniform telah ditugaskan ke sana. Juga, sekitar 6-8 SB turut kelihatan berkeliaran dan ada  yang mengambil gambar dan video secara sembunyi-sembunyi.

Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan bagi menggambarkan sikap para SB/PDRM ini terhadap perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Maha Suci Allah yang telah menjelaskan sikap mereka terhadap agamaNya,

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul(Nya)’ nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu” [TMQ An-Nisa (5):61].

Tidak kiralah siapa ketua mereka yang memberikan arahan, baik dari kalangan pegawai atasan polis, ketua polis sendiri, mahupun menteri atau perdana menteri sekalipun, nampaknya dengan sedikit kuasa yang ada pada mereka di dunia ini, sungguh berani mereka menghalang usaha menegakkan agama Allah. Ya, mereka boleh menunjukkan kuasa dan kesombongan di dunia fana ini, namun demi Allah, di akhirat nanti akan rugilah mereka dan akan celakalah mereka serta akan menyesallah mereka dengan apa yang mereka lakukan ini. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan melepaskan mereka mahupun ketua mereka dari azabNya. Inilah janji Allah. Allah SWT berfirman, 

“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” 
 [TMQ Ibrahim (14):21].

“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya), ‘Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah’. Dan mereka berkata lagi, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" [Al-Ahzab (33):66-68].

Walaupun mereka dapat menghalang kami dari mengadakan seminar ini, namun demi Allah, kita semua yakin bahawa mereka sekali-kali tidak akan dapat menghalang agama Allah dari ditegakkan.

Insya Allah, kami akan berusaha untuk mengadakan lagi seminar ini dalam masa terdekat. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha hamba-hambaNya yang ikhlas untuk menegakkan agamaNya.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf kepada mereka yang telah hadir ke seminar tersebut.

HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)
22 Zulkaedah 1431H
30 Oktober 2010
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat