MESTI BACA: Tudung Akhir Zaman

Nota :
Saya menerima emel ini daripada group. Untuk perkongsian bersama walaupun saya rasa mungkin dah ramai yang dah tahu. Tapi manusia itu kan sering terlupa. Maka, perkongsian tiru dan tampal ini adalah sebagai peringatan buat mereka yang lupa. InsyaAllah.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini...

Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs010.ash2/33848_157445697607956_100000275796825_451514_6026822_n.jpg 
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs026.snc4/33675_157446144274578_100000275796825_451515_3208439_n.jpg 
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs713.snc4/63297_157446210941238_100000275796825_451516_4953114_n.jpg 
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs662.snc4/60265_157446284274564_100000275796825_451517_4285275_n.jpg
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s: Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas. Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa (takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN.

Semoga kita sama-sama 
sentiasa mengikuti perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT.
;)

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Rata2 kita masih membicarakan perkara2 yg telah diketahui umum cuma mahu atau tidak saja melaksanakanya. Tetapi apa yg penting (Istiqomah) skrg ialah gejala murtad yg berlaku leluasa setelah 85 tahun tidak tertegaknya Daulah Islamiah semenjak Khalifah Abd Hamid ke 2 dl Turki pada tahun 1924. Manusia hidup dlm keadaan berdosa dan melengkungi putaran kesalahan demi kesalahan akibat Sistem hak2 milik tidak dapat dijalankan dan mengkufurka ayat2 Allah tanpa disedari (Surah AlBaqarah:81 بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً۬ وَأَحَـٰطَتۡ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ [Bukan demikian], yang sebenarnya, barangsiapa berbuat satu dosa dan ia telah diliputi oleh dosa2 yg lain, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Apabila sistem yg tiada hak milik dan manusia boleh memanipulasikan kebenaran samalah seperti dlm sistem pejam mata dimana manusia mengambil dan merabut apa saja mrk inginkan termasuk maruah. Surah AlBaqarah:267 وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِ‌ۚ
    Setelah wafatnya Rasululah dan khalaaifah yg menggantikan mestilah dilakukan dlm tempoh 3 hari dan tiga malam spt asbabun Nuzul Surah AlMaidah:54 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya.
    Dan bukanlah juga kita mesti menggunakan kekerasan krn sistem telah rosak dan berlaku pengkhianatan sehingga terpaksa mentadabbur kembali sistem sebagimana Rasulullah saw lakukan dizaman Makiyyah bertepatan dgn sabdanya,`Bermulanya Islam itu asing dan akan kembali asing. Berbahagialah bagi org2 asing itu. Wallahu`alamu bimuraadihi

    ReplyDelete
  2. hermm mcm2 hal skeg kann .. semoga kita x sesat jauhh huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam, tima kasih berkongsi info...elok ingat dan mengingati!

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat