JANGAN Susahkan Hati Orang Tua

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ada gaya pembaca berita tak? :D Okeyh, tadi selepas sarapan terus telefon ummi bertanya khabar. Semalam hanya membalas mesej ringkas yang dihantar ummi. Ummi cakap, "senyap sepi je mu, Angah." Saya tak tersentak sangat walaupun saya tahu mungkin dah susahkan hati ummi sebab saya dah dapat rasainya dari semalam. Semalam saya kepenatan berjalan sehingga terlupa nak telefon ummi. Sila jangan buat begini terhadap ibu bapa anda terutamanya yang bergelar anak lelaki. ;)

Biasanya kalau saya hendak menulis tentang sesuatu isu, saya akan cari kat Google je. Banyaklah sedikit maklumat yang dapat dikongsikan daripada saya merapu tak tentu ke pasal. ;P Sebab saya hendak orang lain yang membaca belog saya ini mendapat maklumat dan pengajaran daripada setiap apa yang saya sampaikan. Maka pelajaran untuk pagi ini adalah seperti tajuk di atas ye.

Bukannya apa, saya belajar daripada keluarga dan pengalaman. Apa yang saya cerita ini adalah rutin saya setiap kali saya keluar rumah. Keluar dengan kawan-kawan, adik beradik ataupun seorang diri. Ummi saya nih orangnya jenis yang sangat risau. Jadi kalau anak-anaknya keluar rumah, kena inform beliau. Bukan sekali je tau tapi setiap kali tukar public transport, setiap kali tukar destinasi, setiap kali berubah perbuatan dan setiap kali bertukar kawan. ;P. Okeyh, yang akhir sekali tuh saya hanya memandai menambah je ye.

Katakanlah saya di stesen LRT. Kena inform macam nih, "Angah kat LRT nih." Kalau kat dalam teksi, "Angah kat dalam teksi dah. H** 9***" For an extra precaution, silalah tinggalkan no flat teksi yang anda naiki in case anda kehilangan. :D Bukan minta anda hilang, tapi hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga. Sayangilah orang tua anda.

“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.”  
(Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi SAW, adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud) Jadi tak perlulah tunggu dah kahwin dan bersuami baru nak senyum manis penuh kasih sayang depan suami sebab hendak pahala ibadah. Sebelum anda berkahwin pun, sentiasa manis muka depan ibu bapa sah-sah memang dapat pahala. Sebab gembirakan hati ibu bapa. Dengan ini tiada lagi alasan mengapa anda perlu bermasam muka kan? ;)

Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Jangan tak berdoa untuk ibu bapa anda ye. Doa kan otaknya ibadah, dah dapat pahala. Doa untuk ibu bapa pula tuh, bertambah-tambahlah pahala anda, InsyaAllah. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak ‘berhutang’ dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah SAW: “Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…

Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…

Beristighfarlah…beristighfarlah…Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Maka inilah saatnya untuk kita memohon keampunan daripada mereka….marilah kita sama-sama berbakti kepada orang tua kita…walaupun seumur hidup kita tidak akan mampu membalas jasa-jasa mereka…tetapi sekurang-kurangnya, bahagiakanlah mereka…curahkanlah kasih sayang kepada mereka…Siapa tahu, esok lusa…mereka akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya…Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan di dunia ini…:(

InsyaALLAH, mudah-mudahan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita semua…[Sumber : sini dah telah diedit serta diubahsuai mengikut citarasa saya. :D]

Di bawah ini adalah bacaan yang MESTI anda baca apabila habis membaca celoteh berguna bermakna saya. :D Bukan wajib sebab kalau tak baca, nanti ada pula yang cakap berdosa. Hanya MESTI!

Kertas terakhir untuk final exam semester nih.
RABU.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat