Gunakan Google Maps untuk Membantu Perjalanan Anda

Mai cek nak habaq kat hangpa semua. Cek ni takdelah pandai bebeno cakap bahasa nogori. Entoh betol ntoh tidak cek tulis apa. Tettt..

Mari kita betulkan saluran siaran anda. Kita kembali ke Sri Pentas WM. :D Saja nak beritahu teman-teman yang sudi membaca nih. Pernah tak guna aplikasi Google Maps? Alaaa, takkan tak pernah dengar? Kalau ada yang kurang pasti atau macam baru-baru je dengar, eh bukan! Macam baru je tahu, cuba cari kat Google. Atau klik je sini, sonang sodap.. *Tetiba.


Klik untuk tumbesaran yang sihat. :D

Saja teman nak memberitahu. Teman nih selalu juga guna Google Maps untuk cari jalan-jalan yang ada di Malaysia nih. Haisshh, takkan la kome sume terror bab jalan-jalan Malaysia nih tanpa bantuan peta kan? Ayah teman yang tahu selok belok jalan pun tengok juga peta. *Tahu dekat-dekat KL dan Selangor je agaknya. Hee. Sebabnya, ada jugak tempat-tempat yang tak pernah dilaluinya. Hee.

Biarpun Google Maps tak 100%nya betul dan tepat tentang direction yang kita nak, at least it's help. Contoh: Pertama, kita nak cari direction ke rumah pengantin. Biasanya akan ada peta ringkas di belakang kat jemputan kan. So, kadang-kadang macam tak reti nak fahamlah kan sebab walimah tuh pun bukannya dekat dengan rumah kita. Rasa macam takutlah pulak tersilap jalan kalau tak tahu betul-betul direction kan. So, carilah guna Google Maps. Cari punya cari, arah beloknya bertentangan. Dalam kad kahwin tunjuk kanan, tapi dalam Google Maps tunjuk kiri. Sampai bergaduh anak beranak dengan pertentangan ini. Tapi takdelah sampai masam muka kan. Just bertikam lidah sahaja. :D Dan ini salah satu ketidaktepatan Google Maps.

Kedua, kalau kita selalu guna sesuatu jalan di alam realiti dan cuba untuk tahu petanya melalui Google Maps, sometimes it's not help us. Ermm, actually always. Maksud saya, dengan menggunakan Google Maps, kita takkan tahu shortcut untuk ke sesuatu destinasi. Perjalanan kita melalui Google Maps menjadi panjang. Padahal ada je jalan-jalan yang lebih dekat boleh kita gunakan. Dan ini kena tanya guna mulut kan. Malu bertanya sesat jalan, jangan segan-segan ye. Ini satu hal yang tidak bagus tentang Google Maps.

Ketiga, kadang-kadang kita takkan jumpa tempat yang kita nak di Google Maps. Mungkin ia tak cover semua tempat kot. Lainlah kalau Celcom Teritory kan. Hee. Kerja mencari jalan-jalan melalui Google Maps menjadi sukar lebih-lebih lagi kita tidak pernah melalui jalan tersebut dan Google Maps memberi respon yang kita tak fahami. Yang ini, teman-teman faham ke ye?

Yang keempat, rasanya hanya ini yang sahaja yang saya tahu buat masa ini. Cuma nak ditekankan di sini, Google Maps membantu kita mencari jalan-jalan le destinasi yang ingin dituju walaupun tak 100% tepat. Selamat mencuba! ;)

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat