Kini Luahan Hati

Apa yang kita fikir tak sama dengan orang lain fikir.
Apa yang orang lain rasa tak sama dengan apa yang kita rasa.
Apa yang kita tulis tak sama dengan orang lain tulis.

Apa yang orang lain rasa betul tak sama dengan kita yang rasa kurang betulnya.
Apa yang kita rasa silap tak sama dengan orang lain rasa silapnya.
Apa yang orang lain luahkan tak sama dengan kita luahkan.

Apa yang kita cakap tak sama dengan orang lain cakap
biarpun isinya mungkin sama.

Kita adalah kita. Orang lain adalah mereka. Berbeza.


1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Surah AlBaqarah:139 وَهُوَ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ وَلَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُخْلِصُونَ Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
    Mesti ada titik pertemuan dimana pemikiran, rasa, tulisan, kesilapan, luahan dan percakapan kita adalah sama dgn org lain. Apa yang beza adalah uslub, namun begitu ia juga boleh membawa perubahan yang besar. Sekiranya ada perselisihan, kembalilah pada Istinbat hukum. Surah AnNisa:83 وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗDan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka;
    p/s الْأَمْنِ أَوِ (ketika adanya daulah) الْخَوْفِ (ketika tiadanya daulah)
    Wallahualam

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat