Kronologi Sejarah Palestin
Alhamdulillah kerana ana msh diberikan kekuatan utk terus & terus melangkah mencari keredhaan-Nya.. InsyaAllah..
Ermm, bangun pg tadi terlintas di fikiran ana, bagaimanakah keadaan umat Islam di Palestin?? Masihkah begitu keadaan mereka? Lantas ana teringat hadis Rasulullah saw, Baginda bersabda, "Barangsiapa (bangun) di pd hari & urusannya adlh selain dr kpd Allah, maka Allah akn blepas diri drpdnya. Dan barangsiapa (bangun) di pg hari tdk memerhatikan urusan kaum muslimin, dia bukan dr golongan (Muslimin) itu." (Al-Hadis)..
Cuma apa yg ana ingin lontarkan persoalan di sini adalah berapa ramai yg mengetahui sejarah Palestin? Adakah umat Islam tika ini mengabil tahu?.. Jadi, utk posting kali ini, ana ingin kongsikan bersama shbt2 & juga pembaca2 yg budiman sebuah kronologi sejarah Palestin.. Semoga sejarahnya mampu membuka minda umat Islam ttg hakikat tragedi Gaza 2008..
Dari kemasukan Islam hingga ke hari ini..
638M- Khalifah umar al-khattab mbebaskan Palestin dr Empayar kufur Byzantin secara aman di mana rakyat Palestin menikmati taraf keselamatan, kestabilan. kesejahteraan & keselesaan yg tinggi.
661M- khalifah Bani Ummaiyah memerintah Palestin.
750M- khlaifah Bani Abasiyah memerintah Palestin.
969M- kerajaan Fatimiyah yg bpusat di Mesir merampas Palestin dr Bani Abasiyah.
1099M- tentera Salib menawan Palestin dgn bantuan kerajaan fatimiyah. penjajahan yg kejam ini tlh mbunuh & mnindas ribuan org Islam. diterapkan peraturan & undang2 kufur dgn paksaan & berlaku penindasan di bumi Palestin yg penuh berkat.
1187M- Panglima Islam Salahhuddin Al-Ayubbi mbebaskan semula bumi Palestin dr tentera kerajaan salib di Hittin.
1229M- Kaum salib menawan Jurussalam buat kali ke2.
1224M- Jurussalam dibebaskan kembali.
1260M- Perang Ayn Jalut : Baybars (mamalik) kalahkan Mongol.
1517-1917M- Palestin di bwh pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
1882M- Gelombang pertama kemasukan pdtg Yahudi zionis di Palestin. sbhgn bsr mereka dtg dr eropah timur.
1897M- persidangan Zionis antarabangsa (WZO) di Basle, Switzerland, memutuskan utk mdirikan negara Yahudi di ats bumi palestin. dipengerusikan oleh Theodore Herzl- Yahudi berbngsa Hungary. Zionis memilih Palestin sbg 'Jewish Nation'.
1901M- delegasi Rejim Zionis la'natullah yg diketuai oleh Theodore Herzl menemui Sultan Abd Hamid 2 utk meminta bumi Palestin mjd tanahair Yahudi. Hertzl menawarkan harta berupa emas dlm jumlah yg byk & sanggup melangsaikan hutang Daulah Uthmaniyah sbg ganti. Sultan Abd Hamid 2 menolak dgn menegaskan bhw beliau lbh rela ditusuk besi dr mlpskan Palestin.
1915M- Kertas Putih MacMahon: surat menyurat di ant Sir henry MacMahon, pesuruhjaya British di Kaherah & Sharif Hussein (mekah).
1916M- Perjanjian Sykes-Picot dimeterai ant British & Perancis, dgn Persetujuan Rusia.
1917M- Perjanjian Balfour dimeterai. PM Rejim kufur British bjanji akn mberikan Rejim Zionis la'natullah sebuah tanah air di Palestin.
1918M- British & pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan Khalifah Uthmaniyyah dr bumi Palestin. rejim British mjajah Palestin & rejim Zionis memulakan kempen phijrahan beramai2 ke Palestin.
1924M- Kejatuhan Daulah Khilafah Uthmaniyyah. kesengsaraan & penganiayaan umat Islam seluruhnya bmula..
1938M- Resolusi PBB 181.
1948M- rejim Zionis la'natullah mngisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sndiri di atas bumi Palestin yg dikenali sbg Israel.
rentetan peristiwa pembantaian umat islam di Palestin.
29 okt 1948- Pembunuhan ratusan org awam di Desa Dawayma di Haifa.
14 okt 1953- Kibya, 75 org dibunuh oleh tentera rejim Yahudi.
19 dis 1956- Kafr Kassim, 49 org dibunuh oleh Pengawal Sempadan rejim Yahudi.
1967M- Six days war. Israel mduduki Semenanjung Sinai, Mesir, Bukit Golan, Syria & Gaza.
1969M- PEMUSNAHAN MASJIDIL AQSA.
1973M- Mesir serang bls & hampir menang. Amerika terus cmpur tgn melalui SU Negara Henry Kissinger.
1978M- Perjanjian Camp David. Ant mesir (Anwar Sadat) & Israel (Menachem Begin) tajaan Amerika Syarikat yg merugikan dunia Islam.
Sept 1982M- Peristiwa Sabra-Shatila. 2750 pelarian Palestin dibunuh dgn kejamnya oleh askar Kristian Phalangist Lubnan (sekutu Israel) di bwh pengawasan tentera Yahudi (Ariel Sharon).
1987M- Intifadha pertama, "The Stone Uprising". HAMAS ditubuhkan.
1993M- Perjanjian Oslo. syarat2 yg mbelakangkan hak umat Islam.
25 feb 1994- Pembantaian di Masjid al-Ibrahimi, Hebron seorg Yahudi menembak umat Islam yg sdg bjemaah Subuh pd pg Jumaat 15 Ramadhan. 60 terkorban, 300 cedera parah.
1995M- Perjanjian Oslo 2. Yitzhak Rabin dibunuh oleh org Israel sndri.
1998M- Perjanjian Wye River.
1999M- Sharm al-Sheikh Mou.
28 sept 2000M- Intifadha ke2. Ariel Sharon & pengikutnya tlh memasuki kwsn tmpt suci Masjidil Aqsa.
Hari ini.....
- kesengsaraan & penganiayaan Umat Islam di palestin berterusan & hanya KHILAFAH kali ke2 shjlah yg dpt menyelamatkan kembali bumi Palestin..
Di sini ana juga sertakan Dokumentari Berkenaan Peperangan di Gaza dan Sejarah Palestin
agar shbt2 & juga para pembaca mampu memikirkan mengapa terjadinya masalah Palestin ini & realiti sebenar yg berlaku.. (^_^)
Wallahu'alam..
Peta Tanah Milik Kaum Muslimin, Palestin Dirampas Israel
Palestin merupakan tanah milik kaum Muslimin yang telah dibebaskan sejak dahulu oleh Umar al-Faruq. Setelah Barat sekian lamanya menyerang Khilafah hingga akhirnya runtuh, pihak penjajah menjanjikan tanah bagi Israel. Pada tahun 1947, melalui bantuan PBB tanah Palestin dirampas Israel. Perampasan itu terus dilakukan hingga ke hari ini. Pengusiran, perampasan tanah, hingga pembunuhan dilakukan oleh penjajah Israel itu. Berikut gambaran peta wilayah negeri Islam Palestin, tanah milik kaum Muslimin yang diberkati itu terus dirampas penjajah Israel. Di manakah para pembebas Al-Faruq itu kini?
Sumber:
Syabab.Com
HTMalaysia
Bicara CINTA
Hati ku keras
Jiwa ku kasar
Perasaan ku rapuh
Fikiran ku kusut
Tatkala diri bicara agama
Batinku terasa perit
Segalanya dirasakan malas sekali
Berat telinga menadah madah
bicara kata penuh tarbiyah
Mengapa??
Hatiku lembut pada dunia
Mataku terpesona pada jelita
Jiwa ku tenang dengan lafaz cinta
Batin ku riang dengan harta
Segalanya dirasakan indah sekali
Puas nafsu pujian buat diri
Mungkin satu…
Yang benar-benar meracuni hatiku!
Mehnah zaman remaja
Pasti ramai yang teruja
Pastinya
“ CINTA”
Sentuhan tangannya menghangat suasana
Jiwaku jadi layu
Jeritan batin yang menghalang
Lantaran khoshyatullah
Dipagar hina oleh nafsu bertuankan iblis!
Aku lemah
Hanyut dalam hangatnya cinta
Aku tidak berdaya menolak pinta nya
Kasihan untuk mendera jiwanya
‘dia tulus cintakan aku’
Hati mudah melafaz cinta
Sedang bukan pada Pencipta
Ke mana hati ku hanyut..
Jiwa ku penuh rindu
Pada makhluk ciptaan Tuhanku
Yang masih BELUM menjadi milikku
Malahan mungkin juga BUKAN untukku
Siapa tahu??
Bisa kau rencanakannya untukku?
Mengapa??
Aku sanggup mengenepikan segalanya
Kerana aku mencintai nya
Aku rela mendengar bicara kasarnya
sanggup mengaku salahnnya
bahkan
seringkali aku resah
memikirkan kemana dia pergi
dengan siapa dia bersenda
mengapa dia senyap sepi
mungkinkah antara aku dan dia ada
PERPISAHAN?
Mengapa??
Kerana dia BUKAN MILIKKU!!
TUHAN…
Kau telah campakkan cahaya ke dalam hatiku
Tika dulu yang cahaya nya marak menjulang
Tapi kian padam
Kerana hadirnya
CINTA …. Sia-sia…
Kini
Kau masih memilihku
Untuk di beri nyalaan manis itu kembali
Dari bara api yang kian hilang
Kau beri aku kekuatan menyalakan kembali
Untuk membakar lembaran kejahilan
Kertas kemaksiatan, nota kelalaian
Agar aku senantiasa terpilih di sisiMU
TUHAN…
Jauhi godaan sesat iblis dariku
Pelihara tubuh ku dari sentuhan ajnabi
Kuatkan aku dengan mujahadah
Tutupi aurat yang menjadi aib bagi ku
Kentalkan jiwa ku menepis cinta palsu
Penjara nafsuku dari bertemu kepuasan
Yang mendorong kepada kehinaan
Kehancuran
Keseksaan
Di mahkamah akhirat mu kelak
“ adalah ledih baik bagi mu tertusuk besi panas dari menyentuh wanita yang tidak halal bagi mu” – at tabrani
Tatkala bibir mengalun sayu,
Kalam-kalam Tuhanku
Tatkala aku rebah
Sujud menghadapMu
Aku kian sedar
Sedang aku semakin lemas dalam badai ombak cinta
Yang membunuh iman ku
Yang menambah berat dosa di bahu kiriku
Yang menghapus pahala di bahu kananku
Yang menjauhkan aku dari Pencipta ku
Siapa dia berbanding TUHAN ku?
Layak kah aku untuk menyintainya dengan mengetepikan cinta
TUHAN ku?
Pencipta kepada CINTA
Yang selama ini aku puja
Buta…
Sedarkah aku?
TUHAN… untuk kesekian kalinya… pohon ku pada Mu untuk melengkapi fitrahku… labuhkan CINTA ku kepada insan yang benar-benar mencintaiMu, yang cinta kepada ku kerana cinta nya kepada Mu… mudahkan pertemuan kami dengan rahmat dan sifat rahman Mu…. Jadikan cinta kami yang mendapat anugerah terhebat ‘REDHO’ Mu…
Aku merindui Mu YA ALLAH….
Agama dan Krisis Palestin
Oleh: Ayik Heriansyah Humas HTI Babel
Sebagai sistem nilai yang diyakini setiap pemeluknya, agama telah membentuk pandangan hidup seseorang yang menjadi dasar, bingkai dan lingkungan bagi akalnya selama menjalani kehidupan. Terlepas dari benar atau salah pandangan hidup itu, ia akan membentuk kerangka berpikir ketika akal berinteraksi dengan realiti untuk membentuk realiti baru sesuai pandangan hidupnya tadi. Inilah yang disebut kerangka berpikir.
Pengakuan akan adanya Tuhan dan persepsi manusia tentang-Nya ada dalam semua agama. Ini dasar pembentukan pandangan hidup seseorang. Manusia tidak mampu menjangkau Tuhan dengan akal, perasaan dan panca inderanya. Sehingga ketergantungan manusia terhadap informasi tentang Tuhan sangat besar untuk diimaninya. Kesalahan informasi berakibat menyerah diri(putus asa) karena membuat manusia salah mengimani-Nya.
Dan automatik juga pandangan hidup dan kerangka berpikir yang akan dia digunakan dalam memahami dan membuat realiti jadi salah. Untuk itulah harus dipastikan bahawa informasi yang diterima tentang Tuhan harus berasal dari Tuhan sendiri. Karena Dialah yang mengetahui Dirinya. Juga harus dipastikan manusia yang membawa informasi dari Tuhan memang utusan yang diangkat oleh Tuhan sendiri. Informasi- informasi itu terhimpun dalam sebuah kitab.
Talmud merupakan kitab suci kelompok Zionis-Yahudi di seluruh dunia. Seluruh tindak-tanduk Zionis-Israel mengacu pada ayat-ayat Talmudisme. Kita perlu mengetahui apa yang diyakini Yahudi Israel sehingga mereka begitu gigih menguasai Palestin sehingga menggunakan cara-cara yang menyayat hati menurut akal manusia. Yahudi Israel tidak merasa bersalah kerana dalam fikiran mereka Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang non-Yahudi (Talmud IV/8/4a).
Bagi Yahudi Israel, penyerangan kepada Muslim Palestin bukan masalah dan mereka tidak terikat dengan aturan apapun. Mengapa? Karena dalam Talmud disebutkan, “Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a).
Dari sejarah Yahudi di Palestin, pada tahun 1170 orang Yahudi di daerah itu berjumlah 1140 jiwa. Sehinggai tahun 1267 di al-Quds (Jurusalem) hanya dijumpai dua kepala keluarga Yahudi. Namun pada tahun 1845 di seluruh Palestin telah bermukim 12.000 Yahudi sedangkan penduduk Palestin sendiri ketika itu 350.000 orang. Pada tahun 1882 warga Yahudi yang tinggal di sana menjadi 25.000 jiwa sementara penduduk muslim 500.000 jiwa.
Pada tahun inilah titik tolak bangsa Yahudi untuk membuat negara Israel. Master plan dan road mapnya tertulis dalam buku der Judenstaad ( The Jewish State). Untuk mewujudkan negaranya pemimpin Zionis saat itu (1902) Theodore Hertzl melobi Menlu Rusia Plahve dan Tsar Nicholas II. Hertzl meminta surat pengantar Plahve yang ditujukan kepada Khalifah Sultan Abdul Hamid II. Surat itu berisi permintaan izin mendirikan tempat penampungan bagi orang-orang Yahudi di Palestina. Surat itu ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II dengan perkataan tegas,”Bagaimana mungkin aku menyerahkan sebagian tanah-tanah itu, karena daerah itu bukan milikku. Tanah itu adalah milik kaum muslim. Tanah itu diperoleh dan dipertahankan oleh mereka dengan cucuran keringan, darah dan air mata ribuan prajurit. Selama aku masih hidup jangan harap kalian bisa menguasai tanah Palestina!”.
Ketegasan Sultan Abdul Hamid II tidak membuat Hertzl putus asa. Dia menawarkan wang tunai tiga juta pounsterling emas ditambah bonus penglunasan hutang luar negeri dengan syarat orang-orang Yahudi diizinkan tinggal di Palestin. Tawaran itu juga ditolak keras Sultan Abdul Hamid II. Hal ini membuat Zionis mencari jalan lain. Mereka meminta bantuan Inggeris yang pada ketika itu menjadi negara super power dan menguasai kawasan Palestin dan sekitarnya. Pertemuan antara Hertzl dan Balfour (Menlu Inggris) pada tahun 1906 membuahkan deklarasi Balfour yang isinya komitmen Inggeris untuk mendirikan negara Israel beserta strategi-strateginya. Sejak itu sampai proklamasi pendirian negara Israel berbondong-bondong Yahudi dari Eropa migrasi ke Palestin, jumlah warga Yahudi meningkat menjadi 30 persen dari penduduk Palestin.
Kegigihan Yahudi merebut tanah Palestin dilandasi keyakinan mereka “Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya,” (Babba Bathra 54b). “Kepemilikan orang non-Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, berarti telah memilikinya,” (Talmud IV/3/54b).
Maka sejak tahun 1947 tercatat 23 kali peristiwa pembantaian umat Islam yang dilakukan tangan-tangan Yahudi Israel. Selanjutnya mulai tahun 1967, 18.147 rumah warga Palestin dihancurkan. Sejak tahun 1992, lebih dari 65 resolusi DK PBB dikeluarkan untuk menghentikan tindakan biadap Israel. Namun, tidak satu pun yang dilaksanakan PBB. Melanggar aturan seolah menjadi watak dasar bangsa Israel ini, sebagaimana mereka terbiasa melanggar perintah-perintah Tuhan mereka. Serangan yang dimulai akhir tahun 2008 ini dimulai pada hari Sabat yang disucikan orang-orang Yahudi. Pada hari itu, mereka seharusnya berdiam di rumah. Namun, yang terjadi mereka justeru melanggarnya.
Yahudi Israel memahami realiti Palestin dengan agamanya dan ingin membentuk realiti di sana menurut agamanya. Ketika ada orang mempersepsi krisis Palestin bukan masalah agama (hanya masalah kemanusiaan-humanity), sebenarnya persepsi tadi menggantung pada kerangka pikir yang berdasarkan pandangan hidup yang dibentuk Yahudi yaitu sekulerisme dan nasionalisme. Memisahkan agama dalam hal ini Islam dalam memahami krisis Palestin itulah cara pandang agama mereka. Sebab itu kita cuma punya satu pilihan dalam memahami krisis Palestin,iaitu menggunakan pandangan hidup dan kerangka fikir kita sendiri iaitu Islam.
Untuk itu para penguasa sekiranya melakukan hal-hal berikut: Pertama, menyerukan jihad dan membuka pintu-pintu perbatasannya dengan Palestia, seraya menggerakkan semaksimum kekuatan tentera yang mereka miliki. Inilah yang wajib mereka lakukan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT: Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama, maka kalian wajib menolong mereka. (QS al-Anfal [8]: 72).
Kedua, negara Israel harus dihapus sebagaimana Rasulullah saw. mengusir orang-orang Yahudi dari semenanjung Arab. Sebab, akar persoalannya adalah berdirinya negara Israel di tanah kaum Muslim. Tanah Palestin adalah hak dan milik umat Islam yang diperoleh dengan titisan darah dan airmata serta mengorbankan banyak nyawa.
Telah diedit dan dialih bahasa..
(Dimuat Bagka Pos, Edisi Jum’at 09 Januari 2009)
Khilafah dan Jihad Penyelesai Atas Tragedi Palestin
Saidatina Khadijah Binti Khuwailid
Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.
Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .
Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas di hatinya tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.
Perawat Duka, Khairul Anam
Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,
“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.
Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,
”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.
Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.
”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.
Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.
Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.
Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.
Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.
“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.
Wanita Teladan Sepanjang Zaman
Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.
Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,
“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?
Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.
Keluarga Sakinah : Penegak Syariah dan Khilafah
Islam mewajibkan setiap Muslim, baik lelaki mahupun perempuan, untuk menjadikan akidah Islam sebagai landasan kehidupan, termasuk dalam kehidupan berumah-tangga. Menjadikan akidah Islam sebagai asas rumah tangga bererti meletakkan akidah sebagai paksi tujuan hidup dalam berumah tangga. Akidah Islam menetapkan bahawa tujuan hidup setiap manusia adalah untuk meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. melalui ketaatan, ketundukan, dan kepatuhan kepada-Nya seperti firmanNya: “Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu”. [TQS adz-Dzariyat 51: 56].
Berdasarkan hal ini, maka mereka yang berpegang teguh kepada akidah Islam akan sentiasa terikat dengan hukum-hukum Islam, termasuk dalam aspek mendirikan dan menjalani kehidupan rumah tangga. Motivasi dalam berkeluarga adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan bukannya kerana mementingkan kebendaan atau kemewahan..
Setiap perintah Allah akan dilaksanakan walaupun berat, penuh rintangan dan halangan, dengan tidak mengambilkira faedah dari segi kebendaan.. Sebaliknya, semua yang dilarang-Nya akan sentiasa dihindari walaupun menarik hati, menyenangkan, dan menjanjikan kesenangan duniawi.
Salah satu perintah Allah Subhanahu wa Taala ke atas. pasangan suami dan isteri adalah kewajipan berdakwah. Ini dapat diperhatikan dari firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka melakukan amar makruf nahi mungkar. “[TQS at-Taubah [9]: 71].
Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Taala. menyatakan bahawa berdakwah merupakan aktiviti yang bersangkutan dengan keimanan seseorang, baik laki-laki mahupun wanita.
Allah Subhanahu wa Taala. juga berfirman:
“Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebajikan (Islam) dan melakukan amar makruf , mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang beruntung.” [TQS Ali Imran [3]: 104].
Ayat ini menerangkan bahawa dakwah bukanlah tanggungjawab individu sahaja, tetapi wajib dilakukan secara berjemaah; perlunya ada kumpulan yang dianggotai lelaki mahupun perempuan yang mampu menegakkan tujuan dakwah.
Dengan demikian, amatlah jelas bahawa dakwah memang wajib dilakukan oleh setiap lelaki mahupun perempuan muslim, suami mahupun isteri. Pada masa kini, separuh dari jumlah penduduk dunia adalah terdiri dari kaum wanita. Sememangnya orang yang paling layak berdakwah di kalangan perempuan adalah kaum wanita sendiri iaitu para ibu dan calon-calon ibu. Apatah lagi pada saat ini kaum wanita telah dijadikan sasaran utama dalam rangka meruntuhkan sesuatu bangsa.
.
Oleh kerana itu, suami dan isteri sepatutnya sama-sama meyakini bahawa dakwah merupakan satu kewajipan bagi mereka. Suami tidak akan menghalangi isterinya berdakwah. Ini kerana, menghalangi isteri berdakwah bererti menghalanginya menunaikan kewajipan dan seterusnya menjerumuskan isteri ke dalam dosa. Sebaliknya, isteri juga akan meredhai suaminya berdakwah. Apabila suaminya lesu dan tidak bersemangat dalam dakwah, isteri akan bersegera menaikkan semangat suaminya. Suami dan isteri masing-masing sepatutnya berbangga memiliki pasangan sebagai pendukung dakwah, dan hati serta perasaan mereka mengatakan:. “Keluarga kami adalah keluarga pendukung dakwah,” Inilah kebahagiaan ikatan mabda.
Mengatasi Masalah Keluarga
Kehidupan berumah tangga bukanlah satu perjalanan tanpa onak ranjau dan tiada halangan. Berbagai ujian dan dugaan pasti datang silih berganti. Hal ini penting untuk selalu diwaspadai oleh setiap pasangan suami-isteri.Sepasang suami-isteri akan beringat bahawa ketika mereka bernikah bererti mereka telah menjawab satu pertanyaan penting dalam kehidupannya iaitu “Dengan siapa Anda akan berjuang bersama-sama mengharungi kehidupan demi mencapai redha Allah dan masuk syurga bersama-sama?” Dengan mengingati persoalan ini, maka suami dan isteri adalah bersahabat antara satu sama lain. Perkahwinan bukan sekadar bertujuan mencapai kebahagiaan seksual atau meningkatkan status sosial melainkan keinginan untuk dimasukkan ke syurga bersama-sama seperti firman Allah:
” Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. Dihidangkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal didalamnya.” [TQS az-Zukhruf [43]: 70-71]
Rumah tangga yang dibentuk bukan sebarangan rumah tangga, melainkan rumah tangga yang akan membawa ke syurga. Inilah perkara yang sentiasa diingati ketika berhadapan dengan sebarang masalah. Dengan demikian, seandainya dilanda ujian didalam sebuah rumah tangga, pasangan itu akan saling berganding bahu mencari jalan penyelesaian dan tidak hanya mementingkan kemaslahatan diri sendiri.. Penyelesaian dan hukum yang diambil dalam menyelesaikan masalah pula sentiasa disandarkan kepada akidah dan syariat Islam.
Di antara permasalahan yang muncul dalam rumah tangga adalah:
1.Perbezaan tahap pemahaman Islam antara suami-isteri. Adanya jurang pemahaman Islam antara suami-isteri akan menyebabkan permasalahan dalam rumah tangga. Kerja-kerja dakwah juga akan terganggu. Masalah ini perlu diselesaikan dengan cara menyamakan tahap pemahaman. Caranya adalah berbincang; bukan seperti seorang pemimpin dengan rakyat, tetapi perbincangan antara dua sahabat yang dilandasi cinta dan kasih sayang. Jika ia sukar untuk dilakukan, maka suami akan meminta dan mendorong isterinya mengikuti proses pembinaan. Hal yang sama dilakukan juga oleh isteri kepada suaminya. Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. sering berbincang dengan isteri-isterinya.
2.Beban hidup berkeluarga. Kezaliman penguasa seperti menaikkan harga barang telah membebani segenap lapisan masyarakat termasuk keluarga pendukung dakwah. Masalah ini akan dihadapi dengan penuh kesabaran oleh sebuah keluarga Muslim. Mereka meyakini bahawasanya Allah Maha Pemberi rezeki; Dialah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki; Dia pula yang menyempitkan rezeki atas sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Keluarga Muslim memandang kaya atau miskin hanyalah sebagai satu dugaan dari Allah, Zat Yang Maha Besar. Dengan pemikiran sebegini akan mendorong mereka untuk semakin taat kepada Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firman Allah:
”Dan Kami bahagi-bahagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; diantaranya ada orang-orang yang soleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.”[TQS al-A‘raf [7]:168].
Demikian itu,suami akan terus berusaha mencari nafkah manakala isteri juga tidak banyak menuntut. Janganlah kita beranggapan Rasulullah hidup dipenuhi kesenangan. Sudah dimaklumi, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. hidup dalam kemiskinan. Baginda dan keluarganya sering tidak kenyang makan selama tiga hari berturut-turut. Keadaan ini di alami sehingga baginda kembali ke rahmatullah [HR al-Bukhari dan Muslim]. Namun, Baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam dan isteri-isterinya tetap teguh dalam dakwah Islam.
3.Masalah dalam menentukan perkara atau kegiatan yang menjadi keutamaan suami-isteri. Sebagai contoh, adakala suami menghendaki supaya isterinya mengasuh anak yang sakit, sementara isterinya lebih mengutamakan untuk mendekati tokoh masyarakat atas tujuan dakwah. Ini akan menyebabkan perselisihan terjadi. Sebenarnya, penentuan keutamaan (al-awlawiyât) mesti berpandukan kepada hukum syarak. Oleh sebab itu, penting bagi suami dan isteri memahami tanggungjawab masing-masing berdasarkan hukum syarak. Suami wajib memperlakukan isteri dengan baik (maarûf), memberi nafkah, mendidik isteri, menjaga kehormatan isteri dan keluarga. Isteri berkewajipan untuk mentaati suami, menjaga amanat sebagai umm[un] wa rabbah al-bayt(pengurus rumah tangga), menjaga kehormatan dan harta suami, meminta izin dari suami untuk keluar rumah bagi sebarang tujuan. Sementara itu, kewajipan bersama suami-isteri adalah menjaga keimanan dan ketakwaan ,memelihara ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala., menghindari maksiat, dan saling menasihati.
Pasangan suami-isteri perlu berusaha untuk saling bertolak-ansur dalam menjalankan tanggung jawab masing-masing. Namun begitu, seandainya terdapat suatu situasi dan keadaan tertentu di mana berlaku pertindihan kepentingan antara peranan sebagai umm[un] wa rabbah al-bayt dan tugas dakwah, sedangkan kedua-duanya memang mustahil untuk dilakukan serentak pada ketika itu, maka mengikut syarak keutamaan yang mesti dilakukan adalah tanggungjawab sebagai umm[un] wa rabbah al-bayt.
Prinsip Dakwah Sinergi
Terdapat beberapa permasalahan lain yang kadangkala muncul. Namun, bagi setiap permasalahan yang dihadapi, inti pemecahan penyelesaiannya adalah seperti berikut:
1.Mengetahui hak dan kewajipan masing-masing serta hak dan kewajipan bersama, serta berusaha untuk bertolak-ansur. Seandainya mustahil untuk berkompromi, wajiblah kembali kepada penentuan keutamaan (awlawiyât) berdasarkan hukum syarak.
2.Membina dan meningkatkan komunikasi serta saling memahami. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sentiasa berkomunikasi dengan Saidatina Khadijah radhiallahu anha. Baginda bersama isterinya berusaha bersama membincangkan masalah dakwah. Bahkan, baginda meluangkan masa berkomunikasi dan bersenda-gurau dengan isteri-isterinya setiap kali selepas solat isyak. Setelah itu, barulah beliau menginap di tempat isteri yang mendapat giliran. Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam menjadi teladan bahawa komunikasi merupakan satu persoalan penting dalam rumah tangga. Berkomunikasi dalam rumah tangga bukanlah semestinya tentang perkara yang serius sahaja tetapi juga perkara-perkara urusan harian seperti melihat gambar keluarga bersama, perihal makanan dan minuman dan sebagainya.
3.Saling memberi sokongan seperti kumpulan dakwah kecil. Sokongan keluarga terdekat; suami dan isteri, anak-anak, ibubapa, dan orang-orang yang berada di sekitarnya; secara langsung atau tidak, akan memberi pengaruh terhadap kejayaan kumpulan dakwah keluarga. Beban rumah tangga, nafkah, dan dakwah jelas sangat berat. Malahan akan menjadi lebih berat jika suami/isteri atau keluarga tidak memahami kewajipan ini. Sebaliknya, semua tugas akan terasa ringan dan menyenangkan, perasaan penat akan segera hilang jika suami/isteri dan keluarga memahami aktivitinya; menyokong apatah lagi sekiranya turut sama-sama membantu. Suami dan isteri sama-sama memahami bahawa aktiviti tersebut bukanlah untuk kepentingan diri, kerjaya, ataupun untuk persaingan antara suami-isteri. Keduanya akan saling tolong-menolong dalam beribadah kepada Allah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Dengan begitu, akan tercipta sebuah keluarga yang harmoni, sakinah, mawaddah wa rahmah. Bagi Muslimah solehah, seberat mana pun beban yang mesti ditunaikan terasa ringan jika sokongan dan redha suami sentiasa bersama. Begitu juga, seorang suami soleh akan tetap tersenyum bahagia jika isterinya solehah dan menyokong dakwahnya. Di sinilah pentingnya suami-isteri saling memberi sokongan dalam menunaikan kewajipan dakwah Allah Azza wa Jalla. Adalah perlu bagi
para suami menjadi seperti Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam. dan para sahabat. Begitu juga perlunya para isteri menjadi laksana ummul mukminin dan para sahabiyyah yang secara harmoni berjuang bersama pasangan mereka dalam memperjuangkan Islam.
4.Pentingnya ukhwah sesama pendukung dakwah. Dakwah tidak mungkin dilakukan secara individu. Dakwah berjemaah adalah suatu kemestian. Ukhwah di antara pembawa dakwah akan terus terpelihara selama mana mereka berinteraksi antara satu sama lain. Dengan begitu, mereka akan saling mengenali, saling memahami, dan saling membantu. Masing-masing memahami karakter, kemampuan, permasalahan, kekurangan, serta apa yang diperlukan. Tidak akan ada tugas yang diberikan di luar kemampuan seseorang atau membuat dia lalai terhadap kewajipannya yang lain. Seandainya terdapat kekurangan pada individu pengembang dakwah mereka tidak terus dipersalahkan, tetapi akan diteliti penyebab permasalahannya dan dicari penyelesaiannya. Sebuah jemaah dakwah ibarat roda yang berputar. Masing-masing bertanggungjawab memainkan peranan diri; adakala berada di bawah adakala pula di atas.Demikian halnya dengan seorang pembawa dakwah. Ketika dia sedang menghadapi masalah, keadaannya ibarat berada di bahagian bawah roda. Saudaranya cepat bertindak untuk membantunya. Jika ini terjadi maka sebuah keluarga pengembang dakwah yang sedang menghadapi masalah akan diringankan oleh saudaranya dari keluarga lain.
Riwayat Keluarga Teladan
Keluarga Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam. adalah keluarga sakinah penegak syariah. Baginda sebagai seorang suami sering bergurau, berbuat makruf, dan lembut terhadap isterinya. Baginda merupakan seorang Rasul yang memperjuangkan Islam dan. salah seorang isterinya, Saidatina Khadijah radhiallahu anha, adalah penyokong utama dakwah baginda. Beliau(Khadijah), adalah orang yang pertama beriman dengan ajarannya (Sallallahu Alaihi wa Sallam) serta membiayai hampir seluruh dakwahnya. Namun demikian,
Khadijah radiallahu anha tetap merendah diri, berakhlak mulia, dan menjaga kesuciannya. Beliau juga menjadi ibu yang baik bagi anak-anaknya serta tetap menghormati dan mentaati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. sebagai suaminya. Dari ibu mulia inilah lahirnya perempuan mulia; Fatimah az-Zahra. Hidup beliau dilalui dengan penuh kesetiaan dan kebajikan sebagaimana yang semestinya dilakukan oleh seorang isteri kepada suaminya. Beliau mendampingi Rasulullah dalam suka dan duka perjuangan (Lihat: Akhmad Khalil Jam’ah, Perempuan Yang Dijamin Syurga, Darul Falah, Jakarta, 2002, hlm. 16). Saidatina Khadijah sentiasa menenangkan ketakutan Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam. Begitu jelas, keluarga beliau adalah keluarga sakinah yang berjuang, atau keluarga pejuang yang sakinah.
.
Riwayat seperti ini juga dapat dilihat pada keluarga Yasir bin Amir bin Malik. Dia bersama isterinya Sumayyah binti Khubath radhiallahu anha dan anaknya Amar bin Yasir, termasuk tujuh orang pertama yang memeluk Islam. Pasangan suami-isteri tersebut berhasil mendidik anaknya menjadi soleh. Sang suami amat sayang kepada isteri dan anaknya. Semasa hayatnya, Sumayyah dikenali sebagai seorang isteri yang baik, berbakti, dan mengabdi kepada suaminya. Beliau sentiasa disisi suaminya dalam suka dan duka. Mereka bukan hanya sebagai keluarga sakinah, malahan juga mempertaruhkan nyawanya demi melawan musuh-musuh Islam. Jelas, mereka adalah keluarga sakinah penegak Islam.
.
Contoh lain adalah keluarga Abu Thalhah. Beliau adalah seorang pejuang dan sahabat karib Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam. Isterinya bernama Ummu Sulaim binti Milhan radiallahu anha. Dia adalah seorang perempuan Anshar dan tergolong sebagai sahabiyah yang utama. Ilmu, pemahaman, keberanian, kemurahan hati, kesucian, dan keikhlasan hanya untuk Allah dan Rasul terkumpul dalam dirinya. Mereka menjadi ayah dan ibu tauladan dengan mendidik anak yang hebat seperti Anas bin Malik yang banyak meriwayatkan hadis. Hubungan mereka sebagai suami-isteri juga mesra. Ummu Sulaim sentiasa menyediakan makanan dan minuman, berdandan cantik, bercakap dan bersenda gurau dengan suaminya. Sememangnya keluarga mereka bukan hanya pembela Rasullullah bahkan juga sebuah keluarga sakinah.
Terdapat banyak lagi contoh-contoh riwayat keluarga sahabat yang dapat dijadikan teladan. Kesimpulannya, mereka menyatukan peranan ayah/ibu dan anak, peranan suami-isteri, dan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah, dengan perjuangan Islam. Sekiranya kita berkeinginan menjadi keluarga seperti mereka maka kita perlulah menjadi ‘keluarga sakinah penegak syariah dan Khilafah’. Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.
Sumber:
Hizbut tahrir Indonesia
MyKhilafah.com
Bolehkah Muslimah Melakukan Masirah (Demonstrasi)?
Apakah hukumnya kaum wanita melakukan masirah (perarakan) di jalan raya atau tempat terbuka, kemudian di sana mereka melakukan seruan?
Jawapan:
Masîrah secara harfiah bererti perjalanan, samada secara senyap ataupun disertai dengan ucapan. Dalam kamus al-Mawrîd, disebutkan bahwa masîrah bererti berbaris, atau perarakan; juga disamakan dengan demonstrasi- namun demonstrasi lebih tepat disebut sebagai muzhâharah.[1]
Menurut perspektif etimologi, sememangnya terdapat perbezaan antara masîrah dan muzhâharah. Kepada kaum sosialis, muzhâharah (demonstrasi) itu dilakukan dengan disertai pemboikotan, mogok, rusuhan, dan perlakuan ganas yang merosakkan harta benda awam . Tujuannya supaya objektif revolusi mereka tercapai..[2] Sedangkan masîrah tidak lebih dari satu perantaraan atau cara untuk menyampaikan pendapat dan tuntutan, mahupun bantahan terhadap pendapat atau dasar-dasar yang dijalankan oleh para penguasa; bukan sahaja pemerintah, tetapi semua golongan yang memegang tampuk kekuasaan, sama ada badan legislatif (pembuat undang-undang), badan eksekutif (pelaksana undang-undang), badan judikatif (kehakiman), parti yang sedang berkuasa, ataupun golongan yang memegang kekuasaan; seperti pasukan polis dan tentera. Pendapat, tuntutan, atau bantahan tersebut disampaikan dalam bentuk seruan (dakwah) atau teguran (muhâsabah); tanpa disertai dengan perbuatan yang bertentangan dengan misi dakwah dan muhâsabah itu sendiri— seperti melakukan mogok, rusuhan dan keganasan mahupun kerosakan.
Dengan demikian, hukum asal masîrah itu sendiri mengikuti hukum uslûb yang status asalnya adalah mubah. Sebagaimana uslûb (cara) yang lain, masîrah sebagai salah satu uslûb boleh digunakan untuk melaksanakan kewajipan, seperti menyampaikan seruan kepada para penguasa yang zalim atau menegur(muhasabah) kesilapan pemerintahan mereka. Hal ini adalah usaha untuk melaksanakan sabda Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.:
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jihad yang paling baik adalah (menyatakan) pernyataan hak kepada penguasa yang zalim. [HR al-Hakim].
Oleh itu, statusnya sebagai uslûb yang mubah tetap tidak akan berubah menjadi wajib; sekalipun uslûb tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu kewajiban.
Sebagai uslûb yang memang mubah, masîrah tidak boleh disertai dengan perkara-perkara yang diharamkan, seperti melakukan mogok, rusuhan, dan keganasan; termasuk laungan-laungan dan seruan yang disampaikan pada ketika masîrah(perarakan) itu sedang berlangsung. Oleh itu, dalam hal ini, perlu diperhatikan tiga perkara berikut:
1. Al-jur’ah bi al-haq, iaitu lantang dan berani dalam menyuarakan kebenaran (Islam);
2. Al-Hikmah fi al-Khithâb, iaitu bijak dalam menyampaikan seruan (syarahan);
3. Husn al-Hadits, iaitu baik dalam tutur bahasa.
Mengenai boleh atau tidak wanita melakukan masîrah, jelas hukumnya adalah mubah:
Pertama, dilihat dari aspek penglibatan mereka (kaum wanita) menyertai masîrah(perarakan), atau rombongan perjalanan bersama kaum lelaki di tempat umum. Dalam hal ini dibolehkan, sama ada dengan atau tanpa mahram. Dalilnya, pada ketika hijrah ke Habsyah, selain kaum lelaki juga terdapat 16 kaum wanita yang ikut serta dalam rombongan perjalanan tersebut.[3]
Kedua, dilihat dari aspek ucapan seruan, pidato atau penyampaian pendapat di tempat umum hukumnya juga mubah; dilihat dari sudut bahawa suara wanita jelas bukan merupakan aurat. Ini dibuktikan dengan tindakan para sahabat lelaki yang biasa bertanya kepada Saidatina‘Aisyah, jika mereka mempunyai sebarang permasalahan atau persoalan termasuk mengenai kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam
Di samping itu, boleh juga dilihat dari sudut penyampaian pendapat atau bantahan. Dalam hal ini, Ijma’ Sahabat telah menyatakan kemubahan sikap seorang wanita membantah dasar-dasar yang dibuat oleh penguasa, sebagaimana yang dilakukan oleh seorang wanita terhadap ‘Umar bin al-Khatthab selaku khalifah dalam urusan penetapan mahar. (Lihat penuturan Abu Hatim al-Basti, dalam Musnad sahihnya, dari Abu al-Ajfa’ as-Salami).
Dalam hal ini, tidak seorang sahabat pun yang melarang tindakan wanita tersebut; malahan mereka hanya membiarkannya. Padahal, tindakan tersebut dilakukan di tempat umum, di hadapan semua orang, dan jika bertentangan dengan hukum, perkara tersebut pastinya telah dilarang oleh mereka.[4]
Tindakan muhâsabah seperti ini juga telah dilakukan oleh para Sahabiyah, seperti yang dilakukan oleh Asma’ binti Abu Bakar ketika menegur dan membetulkan tindakan para penguasa Bani Umayah yang selalu menghina keluarga ‘Ali bin Abi Thalib di atas mimbar-mimbar masjid.[5]
Dalil-dalil di atas dengan jelas membuktikan, bahawa masîrah (perarakan) sebagai sebuah uslûb (cara) untuk berdakwah dan menyampaikan pandangan hukum syarak atau bantahan terhadap pelanggaran hukum syarak jelas hukumnya mubah. Kemubahan tersebut juga diguna pakai bukan hanya untuk kaum lelaki, tetapi juga untuk para wanita. Sebagaimana dalil-dalil dan alasan yang dikemukakan di atas. Wallâhu a‘lam.
[1] Ba’albakki, Qamus al-Mawrid: Arabiyyah-Injeliziyyah, materi: Masirah.
[2] V.I. Lennin, Where to Begin, dalam V.I. Lenin, Collected Works, cet. IV, Foreign Languages Publishing House, Moscow, 1961, V/13-24.
[3] Ibn Hisyam, As-Sîrah an-Nabawiyyah, ed. Thaha ‘Abd ar-Ra’uf Sa’ad, Dar al-Jil, Beirut, cet. I, 1411, V/15.
[4] Al-Qurthubi, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, ed. Ahmad ‘Abd al-’Alim al-Barduni, Dar as-Sya’b, Beirut, cet. II, 1372, V/99.
[5] Al-Ya’qubi, Târîkh al-Ya’qûbi, Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, t.t.
Sumber:Hizbut Tahrir Indonesia (post Muslimah)
Muslimah HTM
Memahami Peranan Muslimah
Peranan Muslimah dalam dunia Islam adalah sesuatu yang sering dan hangat dibincangkan, dan sering kali menimbulkan pelbagai andaian. Malangnya, perbincangan lebih menjurus kepada kesimpulan yang negatif. Satu persepsi yang paling biasa adalah wanita perlu hidup di bawah penindasan ala diktator para suami dan bapa mereka, dipaksa berkahwin dan sudah tentu, wanita juga dianggap tersepit dan menderita di sebalik tudung mereka. Dari segi sumbangan dan peranan wanita Muslim di dalam masyarakat pula hanya dalam lingkungan sejauh lima meter dari singki dapur.
Perbincangan berkenaan wanita Muslim dan peranan mereka sebenarnya adalah sesuatu yang penting untuk setiap Muslim. Pertamanya kerana ia adalah perkara yang melibatkan banyak salah anggap di kalangan golongan Kuffar yang perlu diperbetulkan Keduanya kerana segelintir dari golongan Muslim sendiri melayan kaum wanita secara tidak adil dan kononnya berasaskan Islam padahal hakikatnya, tindakan dan layanan mereka itu sering kali adalah berlandaskan budaya dan adat resam bangsa yang sememangnya bukan dari Syariat Islam.
Salah faham yang membenarkan layanan sedemikian rupa terhadap Muslimah berpunca dari dua sumber; iaitu dari kaum Muslimin yang memberikan justifikasi bahawa penindasan dan salah laku mereka adalah bersumberkan (syariat) Islam. Juga dari segolongan kaum Kuffar yang mempunyai agenda untuk mempergunakan ajaran Islam dan menggambarkan peradaban Islam sebagai mundur dan menindas.
Kebelakangan ini, layanan wanita Muslim di Afghanistan telah digunakan untuk mempamerkan gambaran penindasan dan penderaan ke atas wanita Muslim dan seterusnya menyalahkan hukum syarak. Contoh lain yang lebih ketara adalah pembunuhan Banaz Mahmood di United Kingdom oleh bapa dan pakciknya sendiri demi ‘maruah’. Contoh lainnya pula ialah Mukhtar Mai di Pakistan yang telah diperkosa secara berkumpulan sebagai hukuman pembalasan ke atas abang beliau yang dikatakan mempunyai hubungan dengan anak gadis ketua kampung mereka. Walaupun jelas tingkah laku dan tindakan ini bukan berasaskan Islam, tetapi pihak media Barat telah menghubungkaitkan jenayah ini dengan ajaran Islam.
Peranan Muslimah telah ditakrif dan digariskan dengan amat jelas dalam Islam. Secara ringkasnya, peranan utama Muslimah adalah untuk mengasuh dan mendidik anak-anak dan menjadi isteri yang bertanggung jawab. Mereka dituntut untuk melaksanakan segala tugas dan tanggung jawab dengan penuh kesungguhan dan ketaatan. Hadis di bawah memperingatkan wanita Muslim akan kebaikan dan ganjaran dalam melaksanakan peranan utama mereka.
“Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berurusan tentang satu perkara, dan apabila telah selesai urusannya, Baginda bertanya kepada wanita itu, “Adakah kamu mempunyai suami?” Beliau menjawab, “Ya.” Baginda bertanya lagi, “Bagaimanakah hubungan kamu dengannya?” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabku kecuali yang di luar kemampuan ku.” Baginda berkata, “Berilah sepenuh perhatian terhadap layanan kamu kepadanya kerana dia adalah Syurga dan Neraka mu.” [HR Ahmad]"
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Wanita yang terbaik dari golongan Quraish adalah mereka yang berbuat baik terhadap anak-anaknya dan menjaga harta-benda suami mereka.” Namun begitu, peranan wanita bukanlah hanya semata-mata sebagai seorang ibu dan isteri. Islam membenarkan wanita menunaikan ibadah Haji, melibatkan diri dalam memilih pemimpin, bergiat di dalam politik, bekerja mahupun menjalankan perniagaan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman bahawa lelaki dan perempuan adalah setara di hadapan Allah. Yang membezakan mereka adalah ketakwaan, beza dalam mengejar ganjaran kebaikan dan beza dalam mematuhi segala suruhanNya. Bukannya persamaan dari segi fizikal. Untuk menjelaskan lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan lelaki dan wanita itu berbeza dari segi peranan serta cara untuk meraih ganjaran dari Allah. ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka" [TMQ Surah an Nisa (4):34]
Sesetengah perintah dalam Islam bersifat umum dan terkena ke atas semua Muslim sama ada lelaki mahupun wanita. Sebahagian taklif (beban hukum) pula ditujukan khusus untuk lelaki dan sebahagiannya pula hanya untuk wanita. Terdapat berbagai aktiviti yang dibolehkan untuk Muslimah terlibat di dalamnya yang mana sesetengahnya memang menjadi tanggung jawab mereka dan tidak boleh di kompromi. Tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh berpendidikan atau bekerja adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Pengetahuan dan pemahaman asas kehidupan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan isteri-isteri baginda menjelaskan contoh wanita-wanita Muslim yang cemerlang di dalam bidang yang mereka ceburi. Isteri Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, Khadijah Radhiallahu anha bukan hanya seorang peniaga bahkan dia merupakan seorang usahawan yang berjaya. Saidatina Aisyah pula amatlah terkenal sebagai orang yang bertanggungjawab meriwayatkan sebahagian besar hadis-hadis.
Dalam Islam, Muslimah bukan sahaja dibenarkan untuk menerima pendidikan dan bekerja tetapi sepatutnya dan sememangnya akan diberi peluang di dalam Daulah Islam (Daulah Khilafah) untuk cemerlang di dalam kepakaran masing-masing. Kewajiban menuntut ilmu adalah terbeban di atas bahu setiap Muslimin dan Muslimah dan Daulah Khilafah bertanggungjawab memberi pendidikan sehingga ke tahap tertinggi kepada wanita, sebagaimana diberikan kepada lelaki. Wanita dilihat sebagai seorang warganegara yang amat bernilai yang bukan sahaja memberikan ilmu dan kepakaran tetapi juga mendidik, mengasuh, memupuk syakhsiyyah Islam kepada generasi Islam akan datang. Dalam pelbagai sudut, Muslimah memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang amat penting dan mulia di dalam masyarakat.
Dalam kebanyakan aktiviti yang dibolehkan untuk Muslimah melakukannya, salah satu yang paling penting adalah hak untuk menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran serta membincang dan mengambil berat tentang masalah umat Islam. Dengan meningkatnya kebangkitan dan kesedaran politik Muslim di serata dunia, suara politik Muslimah dalam menyumbang ke arah ini tidak boleh disisihkan. Sesungguhnya contoh-contoh aktiviti seperti ini telah wujud sejak zaman Rasulullahlah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi hinggalah ke hari ini. Islam mendefinisikan politik sebagai ri’ayah asy-syu’un al-ummah (memelihara urusan umat). Wanita Muslim tidak terpisah atau terasing malahan berada di tengah-tengah umat dan hidup sebagai sebahagian dari umat ini. Mereka merasai permasalahan yang menyelimuti masyarakat dan sebahagian besar dunia Islam, mereka merasai ketiadaan Islam sebagai pembela terhadap penindasan dan kekejaman rejim Kuffar.
Penglibatan Muslimah dalam politik bukanlah suatu fenomena baru. Antara contoh awal ialah pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila pemimpin Yatsrib (Madinah) menghantar wakil Bani Khazraj untuk memberikan bai’ah kepada Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kumpulan ini terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 orang wanita, yang berbaiah kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu Bai’atul Aqabah Kedua yang tersohor kerana ia membawa implikasi spiritual dan politik. Bai’at itu bukan hanya satu deklarasi menerima Islam tetapi ia juga adalah satu aku janji untuk memberi sokongan politik dan ketenteraan. Contoh lain tentang penglibatan wanita dalam politik adalah pada awal abad ke-14 Hijrah, Umm Muqtadir Billah, bonda kepada Khalifah Abbasiyyah, telah membentuk satu tribunal pengadilan bertujuan menyelesaikan rayuan dan tuntutan undang-undang serta meletakkan salah seorang dari pengiring perempuannya sebagai hakim.
Sebuah buku tulisan Zainab Ghazali yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan komitmen beliau dalam menjalankan tanggung jawab dakwah Islam dan usaha beliau dalam rangka untuk menegakkan sistem Islam. Akibatnya beliau telah diseksa dan dipenjarakan. Beliau menceritakan mengenai komitmennya ini di dalam bukunya untuk mengingatkan suami beliau tentang tanggung jawab mereka terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Apabila berlaku pertembungan antara kepentingan akad perkahwinan kita dan urusan dakwah, maka perkahwinan kita akan berakhir, akan tetapi dakwah akan sentiasa berakar umbi di dalam dadaku…Aku mengetahui akan hakmu untuk memerintahku dan adalah tanggungjawabku untuk mematuhimu, tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam jiwa kita adalah lebih besar dari nyawa kita, dan dakwahNya adalah lebih dekat dengan kita dari diri kita sendiri..”
Beliau menerangkan lagi tentang fokus dakwahnya.
“Bagi mereka yang sudah menjangka kepayahan jalan ini dan tahu - dengan izin Allah - rahsia di sebalik ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, mereka tidak akan sama sekali menyimpang dari kebenaran, mengajak kepada makruf dan berdakwah sehingga ummah kembali terbela dan semua umat manusia berada di bawah satu panji-panji Allah.”
Sejak sekian lama, wanita Muslim di katakan tidak berguna dan tidak berupaya untuk menjelaskan pendirian mereka di landasan politik. Namun kini keadaan sudah semakin berubah. Semakin ramai wanita di Pakistan, Indonesia, Mesir yang menyatakan pandangan dan keprihatinan mereka di khalayak umum, bermuhasabah kepada pemimpin, memberi pendapat di bidang pendidikan dan kesihatan, menyeru kepada Khilafah di dunia Islam. Wanita Muslim adalah sebahagian dari masyarakat, maka sudah semestinya mereka memainkan peranan yang penting dalam membangunkan masyarakat Islam yang sejati. Dalam Islam, wanita dilihat sebagai sebahagian anggota masyarakat yang bermartabat tinggi dan amat bernilai. Peranan wanita Muslim dalam mematuhi perintah Allah bukanlah mengagungkan lelaki tetapi mengagungkan satu-satuNya yang berhak untuk diagungkan (iaitu) Allah Yang Maha Esa.
Allah berfirman
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [TMQ At Taubah (9):71].
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan di atas bahu kita sebagai umat ini, tugas yang mulia iaitu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Muslimah wajiblah menunaikan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh semangat dan kesungguhan sebagaimana dia melaksanakan tanggungjawab dan ketaatan terhadap perintah Allah yang lainnya.
Sumber: Khilafah.com
Forum Terbuka - Gaza Berdarah, Dimanakah Kita?
Masa: 9 pagi - 1 petang
Tempat: Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19 Shah Alam, Selangor
Masuk adalah percuma. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir
Boikot barangan AS dan Yahudi - sampai bila?
Apabila umat Islam di Palestin dibunuh dan diperangi, mereka hanya mampu menjawab untuk memboikot barangan si musuh. Apakah agaknya pemboikotan yang dilakukan ini, walau secara besar-besaran sekalipun akan dapat menghentikan serangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin?
Sejak berpuluh tahun lamanya, setiap kali umat Islam diperangi oleh AS ataupun Yahudi, maka laungan penyelesaisan “boikot” barangan Amerika sering dilagukan. Sudah berapa kali siri pemboikotan dilakukan, apa yang nyata adalah, nyawa umat Islam semakin banyak yang melayang dan ekonomi AS dan Yahudi tetap teguh. Hakikatnya, apa yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi AS sekarang ini pun langsung tidak ada kena-mengena dengan pemboikotan oleh negara umat Islam, ia adalah krisis subprime yang berakar umbi dari sistem ekonomi Kapitalis itu sendiri – inilah yang menyebabka kejatuhan ekonomi Amerika, dan bukannya pemboikotan barangan mereka oleh negara luar! Kenapa para pemimpin dan ulama masih seakan-akan buta melihat hakikat ini?
Bayangkanlah jika Malaysia sedang diperangi Amerika atau Yahudi, dan kaum keluarga serta sahabat handai kita mati bergelimpangan di bunuh musuh di sekeliling kita, peluru dan bom pula saban hari jatuh di depan mata, maka apakah kita mengharapkan (pada ketika ini) agar negara lain memboikot barangan Amerika dan Yahudi??? Atau apakah yang kita harapkan? Derma yang tak pernah kunjung tiba? Atau bantuan ubat-ubatan bagi yang telah meninggal? Atau kain selimut untuk menutup mayat-mayat? Atau apa???
Atau apakah pada ketika ini kita mengharapkan datangnya tentera-tentera umat Islam dari pelbagai negara untuk menyelamatkan kita? Manakah yang lebih menggembirakan kita, menunggu derma jutaan ringgit dari seluruh dunia atau menunggu bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi yang sedang mengganas? Sudah tentulah akal fikiran yang waras akan menjawab bahawa, saat ini kita sesungguhnya memerlukan bantuan ketenteraan dari tentera-tentera umat Islam!!!
Ya, inilah jawapan dan penyelesaian yang sebenar yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di Gaza saat ini. Mereka memerlukan bantuan ketenteraan, bukannya bantuan simpati kemanusiaan! Dan mereka tidak menghendaki kita hanya memboikot barangan Yahudi di saat Yahudi sedang menyembelih mereka, satu demi satau, hari demi hari. Demi Allah! Sesungguhnya penyelesaian yang hakiki ke atas masalah Palestin adalah dengan menghantar tentera bagi berjihad melawan Israel di sana!!!
Sesunggunya pemboikotan tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk memberhentikan kesombongan Israel sedikitpun. Dan ia juga tidak akan menghentikan pembunuhan Israel ke atas umat Islam sedikit pun. Tapi malangnya inilah hakikat pemikiran yang dimiliki oleh sebahagian daripada umat Islam saat ini, hanya boikot sahaja yang dapat mereka fikirkan.
Sebagai seorang Muslim kita perlu melihat dan menyedari bahawa produk buatan Amerika dan Yahudi bukanlah hanya dalam bentuk barangan fizikal semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ialah ‘produk pemikiran’ yang saat ini jauh lebih banyak diambil oleh umat Islam. Produk seperti nation-state (negara bangsa), demokrasi, HAM, Pluralisme, Liberalisme dan yang seumpamanya adalah produk pemikiran kuffar Barat yang sehingga kini masih dipegang kukuh termasuklah oleh ulama Islam.
UMNO yang memerintah Malaysia masih berpegang erat dengan segala produk pemikiran kufur di atas sehingga menyebabkan tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang kembali kepada Islam dan cuba menyelesaikan masalah Gaza dengan menghantar tentera ke sana. Apa guna memboikot produk fizikal Amerika dan Yahudi walhal produk pemikiran kufur mereka dipegang erat dan dijaga rapi!!! Produk pemikiran ini jauh lebih berbahaya dan inilah yang menyebabkan Gaza terus bermandi darah, kerana para pemimpin dan ulama yang ada masih berpegang teguh dengannya.
Produk pemikiran kufur menyatakan bahawa Malaysia ada batas sempadan negara sendiri (yang telah ditetapkan oleh Britsh), maka akal para pemimpin dan ulama juga ternyata ‘terbatas’ pemikiran mereka oleh sempadan yang dicipta British. Mereka sudah tidak nampak dan tidak boleh pergi lebih jauh sedikit bahawa sempadan palsu ini hanyalah rekaan British semata-mata. Sesungguhnya sempadan ini langsung tidak wujud dan umat Islam adalah umat yang satu. Dan satu-satu penyelesaian yang diajar oleh Islam dalam memerangi orang-orang kafir yang sedang memerangi Islam adalah dengan jihad. Ya! Ini kerana situasi di Palestin sekarang adalah situasi perang, dan perang wajib dijawab dengan perang (jihad), apatah lagi yang membunuh umat Islam itu adalah kaum Yahudi laknatullah yang telah mempunyai sejarah kejahatan yang sejak lama terhadap Islam.
Setiap negara umat Islam mempunyai tenteranya yang tersendiri, namun tentera ini semuanya dimandulkan oleh pemerintah yang pengkhianat. Langsung tidak digerakkan ke medan jihad, walaupun di saat saudara-saudara kita di Palestin di sembelih dengan dahsyatnya oleh kaum terkutuk Yahudi. Semua ini berlaku kerana kuffar British telah mengajar bahawa, Palestin adalah negara ‘orang lain’, Malaysia negara kamu dan kamu tidak boleh langkau sempadan! Kedudukan kamu yang paling baik adalah berkecuali, menjadi negara-negara yang berkecuali dan jangan masuk campur urusan negara lain. Inilah ‘ajaran’ setan British yang sehingga kini masih tertanam dengan kukuh di minda pemimpin dan ulama Islam. Kerananya, tidak ramai ulama yang berani menggesa pemerintah agar melancarkan jihad di sana, kerana hal ini bermaksud ‘mencampuri urusan negara lain’.
Jika benar kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunah, maka apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam masa kini, apatah lagi para ulama, adalah dengan menggesa pemerintah yang ada agar mengambil penyelesaian Al-Quran terhadap apa yang berlaku. Dan penyelesaian Al-Quran di dalam masalah ini tidak lain kecuali dengan menggerakkan tentera untuk berjihad melawan Isreal yang sedang memerangi umat Islam. Inilah tindakan yang wajib diambil dalam keadaan sekarang. Firman Allah SWT,
”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].
“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].
Hanya dengan bergeraknya tentera dengan mengikuti perintah Allah dan Rasul, inilah sahaja jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin, bukannya dengan boikot!!!
Hukum Syara' : Percampuran Antara Lawan Jenis
Abu Dawud telah meriwayatkan hadis-hadis seperti di bawah:
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan, ( yang paling jauh dari barisan wanita) dan barisan yang paling baik untuk wanita adalah di barisan belakang dan yang terburuk adalah di hadapan (paling hampir dengan barisan lelaki)." [HR Abu Dawud]
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam melihat kaum lelaki dan perempuan di luar masjid bergerak bersebelahan antara satu sama lain. Beliau (Sallallahu Alaihi wa Sallam) menahan kaum perempuan lalu berkata, " Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan ini, adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi dinding." [HR Abu Dawud]
Di dalam Sunan Abu Dawud, muka surat 284, Hadis No 4931, diriwayatkan dengan kebenaran Saidatina Aisha Radiallahu anha, beliau berkata: "Aku selalu bermain dengan teman-temanku dan tatkala Rasulullah masuk, mereka(teman-temanku) akan pergi dan apabila beliau(Sallallahu Alaihi wa Sallam) keluar, mereka akan kembali semula."
Di dalam Sunan Abu Dawud , Hadis No. 4933, diriwayatkan bahawa Aishah Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuh tahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan apabila aku berpindah ke Madinah, segolongan wanita mempersiapkan ku untuk majlis perkahwinan ku dan tidak pernah sekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita. Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah dan kemudian kami masuk ke rumah."
Di dalam Sunan Abu Dawud Vol. 4, muka surat 370, Hadis No. 5273, diriwayatkan dengan kebenaran Nafih bahawa Muhammad Sallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud]
Ini bermakna, secara umumnya umat Islam perlu mengelakkan dari membuat sebarang hubungan dengan pihak yang berlainan jantina, sama ada dengan sesama Muslim ataupun bukan Muslim. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian ke atas aturan umum ini, di mana percampuran atau interaksi di antara lelaki dan wanita dibenarkan dalam beberapa keadaan.
Sebagai contoh, adalah dibenarkan bagi lelaki dan wanita yang mahram antara satu sama lain untuk bergaul dengan bebas untuk sebarang tujuan yang dibenarkan Islam. Begitu juga, terdapat keadaan tertentu dimana di benarkan bagi lelaki bukan mahram dan seorang perempuan untuk berinteraksi, umpamanya bagi tujuan dakwah (mengajak kepada Islam). Walaubagaimanapun, jenis pergaulan yang dibenarkan pada keadaan ini, bukanlah bebas, dan ianya terhad mengikut aturan dan batasan-batasan tertentu yang dibenarkan oleh Syara'. Kaum Muslim hendaklah memahami akan hukum-hakam dan batasan ini, sebelum terlibat dalam pergaulan atau interaksi itu tadi.
Hukum-hakam yang berkaitan dengan pergaulan juga adalah berbeza mengikut tempat di mana pergaulan itu berlaku
Dalam sesebuah masyarakat Islam, terdapat dua keadaan atau tempat di mana lelaki dan wanita berhimpun antara satu sama lain, yang mana penjelasannya agak berbeza dari segi hukum yang berkaitan dengannya. Sifat interaksi di antara manusia di dalamnya mungkin melibatkan percampuran diantara lelaki sahaja, wanita sahaja, dan diantara kedua-dua lelaki dan wanita. Ini adalah:
Tempat umum - Ini melibatkan tempat atau kawasan di mana sesiapa sahaja boleh berada di tempat itu tanpa perlu keizinan iaitu masjid-masjid, jalanan, lorong-lorong dan sebagainya.
Tempat khusus - Ini melibatkan tempat atau kawasan di mana keizinan adalah diperlukan sebelum seseorang memasukinya, seperti rumah. Di tempat sebegini, adalah dilarang dari memasuki tanpa keizinan pemiliknya, meskipun hanya untuk menjenguk apa yang ada didalamnya. Sahl ibnu Sa'ad meriwayatkan, "Seorang lelaki mengintai melalui sebuah lubang yang menembusi rumah Rasulullah ketika baginda sedang menggaru kepalanya menggunakan sikat besi kepunyaannya. Beliau(Sallallahu Alaihi wa Sallam) berkata, " seandainya aku sedar kamu sedang mengintai melalui lubang itu, akan aku cucuk matamu dengan sikat ini. Sesungguhnya, arahan untuk meminta kebenaran bagi memasuki rumah yang berpenghuni telah dikaitkan dengan kisah ini (iaitu seseorang tidak sepatutnya melihat keadaan orang lain tanpa kebenaran)." [Riwayat Bukhari]
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali sajalah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [TMQ An Nur:27-28]
Dari ayat ini dapat disimpulkan bahawa tempat yang dianggap seperti rumah dan di namakan tempat khusus adalah satu kawasan di mana tiada seorang pun dari luar yang boleh memasukinya kecuali dengan keizinan. Di tempat seperti ini, wanita mempunyai hukum khusus, iaitu dinamakan sebagai hukum dalam kehidupan khusus. Ia merujuk kepada tempat yang dianggap rumah atau tempat tinggal. Ia dibandingkan melalui analogi iaitu tempat-tempat yang tidak dibuka untuk orang awam atau kawasan-kawasan yang mana tidak ada sesiapa dibenarkan memasukinya kecuali setelah mendapat keizinan. Walaubagaimanapun, jika tempat-tempat itu boleh dilihat oleh orang luar contohnya kerana ia diperbuat dari kaca lutsinar, yang mana isinya terdedah kepada umum, maka ia dianggap sebagai tempat umum. Begitu juga dengan tempat-tempat yang terbuka kepada orang umum, yang mana sesiapa yang mempunyai permasalahan atau urusan boleh memasukinya tanpa keizinan, seperti pejabat-pejabat adalah tertakluk kepada hukum dalam kehidupan umum.
Islam menjelaskan hukum-hakam yang mengatur hubungan di antara lelaki dan wanita di setiap jenis keadaan ini.
Kehidupan Khusus (Hayat al-khassah)
Ini meliputi pergaulan manusia apabila berada di tempat khusus. Hukumnya di sini adalah percampuran (ikhtilath) antara lelaki dan wanita bukan mahram, secara umumnya adalah dilarang. Namun begitu, Syara' membolehkan percampuran berlaku di dalam sesuatu keadaan yang tertentu. Di dalam semua keadaan tersebut, seorang wanita tidak dibenarkan berkhalwat(bersunyi-sunyian) dengan seorang lelaki bersendrian. Keadaan tersebut adalah:
1) Perubatan: Adalah dibenarkan bagi lelaki dan wanita berinteraksi dengan tujuan melakukan rawatan perubatan. Para Sahabiyah biasa merawat para Sahabat dan Rasulullah membenarkannya.
2) Dakwah: Adalah dibenarkan bagi lelaki dan perempuan untuk hadir di dalam satu kelas yang sama seandainya tujuan percampuran mereka itu adalah untuk mempelajari tentang Islam ataupun jenis ilmu pelajaran yang lain yang dibenarkan oleh Syara'. Adik kepada Umar Radiallahu anhu sedang diajar ilmu al Quran oleh Khabab ibnu Arrat radiallahu anhu bersama suaminya tatkala Umar masuk ke rumah mereka. Telah diriwayatkan bahawa Ummu Salamah dan Aishah Radiallahu anha juga sering melakukan dakwah ke atas lelaki dan wanita.
3) Perkahwinan: Sekiranya seorang lelaki berkeinginan untuk memperisterikan seseorang wanita itu, adalah beliau dibenarkan untuk berbicara dengan wanita itu tentang hal peribadi wanita itu dan berkenaan perkahwinan mereka. Seorang lelaki telah datang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk menanyakan tentang perihal wanita yang ingin dinikahinya, dan Rasulullah menyuruh beliau pergi bertemu wanita itu, iaitu menemuinya bersama Mahramnya.
4) Tekanan atau kecemasan: Dalam keadaan darurat atau berlaku kecemasan seperti gempa bumi, peperangan atau taufan, percampuran yang sepatutnya adalah dibenarkan antara lelaki dan perempuan dalam tindakan untuk menyingkirkan sebarang bahaya atau ancaman.
5) Penangkapan oleh Negara: Dalil kepada perkara ini adalah dari Uthman dan Umar Radiallahu anhu berkata, "Wahai kaum wanita, tutupilah diri kalian, kami akan masuk" dan beliau memasuki rumah itu dengan tenteranya untuk menangkap seseorang dan terdapat Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat) ke atas perkara ini.
6) Jamuan makan: Dalam Surah an Nur, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
" Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu makan(bersama-sama mereka) di Rumah kamu sendiri, atau di Rumah bapa kamu, atau di Rumah ibu kamu, atau di Rumah saudara kamu Yang lelaki, atau di Rumah saudara kamu Yang perempuan, atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah Yang kamu kuasai kuncinya, atau di Rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa Yang seperti) kamu Dengan memohon kepada Allah cara hidup Yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya." [TMQ an Nur24:61]
Bagi lelaki dan wanita untuk makan bersama-sama adalah dibenarkan di tempat yang telah dinyatakan dalam ayat di atas seperti rumah bapamu atau sahabatmu sebagaimana ayat, " tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan."
Namun demikian, manusia hendaklah berhati-hati iaitu walaupun makan bersama dengan wanita di rumah teman-teman di bolehkan, tetapi mereka mesti meninggalkan tempat itu sebaik selesai makan dan berwaspada terhadap ikhtilath iaitu pergaulan dengan lawan jenis yang mungkin akan melampaui batasan yang dibenarkan syarak.
7) Silaturahim (mengekalkan hubungan persaudaraan): Adalah dibenarkan bagi sanak-saudara bukan mahram untuk duduk bersama dengan bukan mahram mereka(orang-orang yang boleh dinikahi) semata-mata bagi tujuan Silaturahim selagi ianya bukan berkhalwat(bersunyi-sunyian). Terdapat beberapa hadis yang menitikberatkan tentang mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudara.
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda: "Sesiapa yang menginginkan dirinya dikurniakan lebih kekayaan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudaranya." [HR MUslim]
Juga telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu anhu, sesungguhnya Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk hingga ketika selesai menciptakannya berdirilah rahim dan berkata, " Ini adalah tempat bagi orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan silaturahmi. "Allah berfirman, "Benar, apakah engkau senang jika aku menyambungkanmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?" Rahim berkata, "Tentu sahaja aku sangat senang." Allah berfirman, " Maka itu untukmu." [Mutafaq 'alaih]
Kehidupan Umum (Hayat al-Ammah)
Ini adalah berkenaan perlakuan manusia di tempat umum. Sekali lagi, hukum asas adalah bahawa pergaulan di antara bukan mahram lelaki dan wanita adalah dilarang secara umumnya. Walaubagaimanapun, syarak membenarkan dalam pergaulan(dari segi keberadaan di tempat yang sama) itu berlaku di dalam beberapa keadaan tertentu. Di dalam semua keadaan ini, kehadiran mahram seseorang wanita itu tidak menjadi pra-syarat pada ketika itu. Kawasan atau tempat- tempat ini dapat dikategorikan secara kasarnya termasuk:
1) Ibadah Haji: Berdasarkan perlakuan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.
2) Jual beli atau Sewaan: Ini termasuk di pasar-pasar/kedai, membeli, menyewa, meminjam dan memberi pinjam. Tarmidzi meriwayatkan sesungguhnya Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam berdagang dengan wanita, dan Abu bakar melihat Baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam berniaga dengan seorang wanita.
3) Pekerjaan: Seandainya keperluan pekerjaan itu memerlukan seseorang untuk bergaul, maka ia dibolehkan. Pekerjaan termasuk mencari pekerjaan seperti temuduga. Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam membenarkan isteri Zubair ibnu Awwam untuk bekerja. Beliau (isteri Zubair) membawa air untuk para lelaki dan wanita. Sallallahu Alaihi wa Sallam bahkan menawarkan unta baginda untuk membantunya.
4) Urusan kehidupan harian: Ini termasuk interaksi yang tidak dapat dielakkan antara lelaki dan wanita seperti di jalanan, pasar-pasar, kedai-kedai makan dan sebagainya.
Kes-kes tertentu dalam Kehidupan umum
Terdapat tempat khusus di mana hukum kehidupan khusus (hayat al-khassah) diguna pakai, seperti rumah-rumah. Terdapat juga tempat-tempat umum yang mana hukum dalam kehidupan umum terpakai seperti di pasar-pasar. Terdapat pula tempat-tempat umum yang mempunyai hukum yang khusus dalam memisahkan lelaki dan wanita, seperti di masjid-masjid dan hadirin yang mendengar ceramah umum di dewan-dewan kuliah dan beberapa keadaan yang lebih kurang sama.
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan (yang paling jauh dari wanita) dan barisan yang paling baik untuk perempuan adalah barisan belakang dan yang terburuk adalah barisan hadapan(betul-betul di belakang lelaki)." [Riwayat Abu Daud]
Di dalam Abu Daud kitab Al Salat, vol 1, dalam bab pemisahan, telah driwayatkan bahawa Umar bin Al Khattab Radiallahu anhu berkata: "Binalah pintu yang berbeza untuk perempuan di dalam masjid-masjid."
Oleh itu, tidaklah menjadi satu syarat bahawa lelaki dan wanita perlu dipisahkan ketika urusan jual-beli di pasar. Tetapi di masjid-masjid dan dewan-dewan kuliah, pemisahan antara lelaki dan wanita adalah sesuatu yang dituntut. Rasullullah Sallallahu Alaihi wa Sallam biasa berucap kepada hadirin lelaki dan wanita di satu masjid di Madinah, lelaki duduk di bahagian hadapan dan wanitanya di belakang. Begitu juga, di rumah-rumah sakit atau hospital, bahagian lelaki mesti dipisahkan dari bahagian wanita.
Di dalam semua keadaan yang dinyatakan tadi, apabila lelaki dan wanita dihimpunkan di dalam satu tempat, tidak boleh berlaku ikhtilath iaitu percampuran atau pergaulan bebas, di mana lelaki dan wanita itu bercampuran dan berinteraksi antara satu sama lain. Hukum umumnya adalah sebarang hubungan di antara lawan jenis perlu di kurangkan seminima mungkin dimana jika ada sebarang hubungan antara mereka, hendaklah ianya terbatas kepada urusan yang sedang dilaksanakan. Maka, di dalam Negara Islam, akan ada pemisahan tempat lelaki dan wanita, sebagai contohnya, di dalam kenderaan awam seperti keretapi, bas dan sebagainya.
Di dalam sebarang keadaan juga, aktiviti yang sedang dilaksanakan mestila yang halal (dibenarkan syarak). Begitu juga pergaulan antara lelaki bukan mahram dan wanita untuk tujuan keseronokan, aktiviti masa lapang ataupun berhibur adalah ditegah sama sekali. Dengan demikian, isu seperti hubungan teman lelaki/wanita, “dating”, ataupun berhibur sambil ditemani wanita bukan mahram adalah haram hukumnya. Namun begitu, Islam tidak melarang aktiviti-aktiviti yang disebutkan itu (berseronok, berhibur) selagi mana ianya dilakukan dalam lingkungan rumahtangga.
Majlis perkahwinan
Percampuran (ikhtilath) adalah dilarang kecuali ada keperluan yang di benarkan oleh Syara' iaitu seperti apa yang tertulis di dalam Kitabullah atau as Sunnah seperti membeli,menjual ataupun silaturrahim.
Tiada dalil menjelaskan tentang percampuran antara lelaki dan wanita dalam majlis walimah. Sebaliknya, apa yang disebutkan sewaktu hayat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para Sahabat adalah kebiasaannya para wanita duduk-duduk dengan mempelai wanita manakala kaum lelaki bersama-sama dengan lelaki-lelaki lain. Maka, percampuran dalam majlis walimah adalah haram dan tidak ada pengecualian ke atasnya.
Di dalam Sunan Abu Daud , Hadis No. 4933, diriwayatkan bahawa Aisha Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuh tahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan apabila aku berpindah ke Madinah, segolongan wanita mempersiapkan ku untuk majlis perkahwinan ku dan tidak pernah sekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita. Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah dan kemudian kami masuk ke rumah."
Apa yang telah dinyatakan ini adalah merujuk kepada perarakan majlis walimah semasa pengantin perempuan di bawa ke rumah suaminya. Adalah dibenarkan bagi pengantin lelaki untuk membawa isterinya ke rumah pihak lelaki dan kemudiannya, pihak lelaki hendaklah dipisahkan dari kaum wanita seperti mana yang telah dilakukan dan dibenarkan pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Perkara ini berlaku di luar rumah, maka ia termasuk di dalam hukum dalam kehidupan umum (hayat al-ammah).
Khalwat (Bersunyi-sunyian)
Khalwat membawa erti berkumpulnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram secara berdua-duaan atau bersunyi-sunyian tanpa di temani oleh mahram mereka atau orang lain. Ini boleh terjadi di tempat khusus mahupun tempat umum. Di dalam mana-mana salah satu keadaan tempat (umum atau khusus), berkhalwat adalah ditegah sama sekali di sisi Islam. Maka kedua-dua lelaki ataupun wanita yang melakukannya adalah berdosa.
Khalwat di tempat khusus: Perkara ini berlaku di mana-mana tempat yang yang memerlukan kebenaran untk memasukinya, seperti rumah kediaman atau bilik tidur.
Khalwat di tempat umum: Perkara ini berlaku di mana-mana tempat umum yang mana tidak menjadi laluan orang lain ( tempat sunyi). Sebagai contoh, di dalam hutan atau di dalam bilik yang terasing di pejabat-pejabat.
Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan." [HR Muslim]
Dari Bukhari di riwayatkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, "Janganlah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika wanita itu disertai mahramnya. Tidak boleh pula seorang wanita melakukan perjalanan kecuali disertai mahramnya." Tiba-tiba salah seorang sahabat berdiri dan berkata ' Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku hendak pergi menunaikan ibadah haji, sedangkan aku sudah ditugaskan ke peperangan anu dan anu.' Rasulullah menjawab, "Pergilah engkau dan tunaikan ibadah haji bersama isterimu." [HR Muslim]
Malu dan menundukkan pandangan
Sebahagian dari syarat untuk mengekalkan maruah dan kehormatan para lelaki dan wanita di dalam Islam adalah hukum tentang bagaimanakah pandangan mereka antara satu sama lain. Adalah di larang(berdosa) bagi seorang lelaki untuk merenung seorang perempuan dengan pandangan yang berahi kecuali terhadap isterinya. Begitu jugalah hukum seorang wanita Islam memandang lelaki.
Bahkan, penekanannya adalah dalam menundukkan pandangan jauh di antara lawan jenis ketika berhadapan dengan mereka di tempat seperti jalanan atau pasar-pasar.
Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [TMQ an Nisa'24:30-31]
Dari Jabir ibnu Abdullah meriwayakan, "Aku pernah bertanya pada Sallallahu Alaihi wa Sallam mengenai pandangan yang tiba-tiba (tidak disengajakan). Maka Baginda (SAW) menyuruhku untuk memalingkan pandanganku." [HR Muslim]
Ini menunjukkan bahawa hukum atau pengaturan bagaimana lelaki Muslim memandang wanita Muslim adalah sangat berbeza dengan cara Barat memandang wanita. Di Barat, wanita dilihat sebagai objek seksual dan perasaan hormat terhadap wanita di Barat hampir tiada sama sekali. Malahan, jika adapun rasa hormat itu, kriteria asasnya lebih tertumpu kepada sifat fizikal luaran semata, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [TMQ at Taubah9:71]
Khatimah
Aspek Sistem Sosial dalam sebuah Negara Islam ini akan mencegah exploitasi kaum wanita dalam pornografi, mahupun pengunaan tubuh badan wanita untuk tujuan pengiklanan bagi melariskan sesuatu produk. Tambahan pula dalam media secara umumnya, sama ada di kaca-kaca televisyen, majalah-majalah, surat khabar-surat khabar serta filem-filem, tidak ada lelaki mahupun perempuan yang akan digambarkan peranan mereka dengan cara mendedahkan aurat mereka, ataupun terlibat dengan aktiviti yang ditegah dalam Islam.
Dengan itu, adegan-adegan seksual yang diperbesarkan oleh media-media seperti yang dihadapi oleh masyarakat Barat, dan imej songsang kaum lelaki dan wanita yang terbina dalam pemikiran masyarakat disebabkan adegan-adegan ini, tidak akan pernah ada dalam sebuah Negara Islam.
Sumber: Islamic Revival (Usul and Fiqh)