Bicara CINTA




Mengapa?
Hati ku keras
Jiwa ku kasar
Perasaan ku rapuh
Fikiran ku kusut
Tatkala diri bicara agama
Batinku terasa perit
Segalanya dirasakan malas sekali
Berat telinga menadah madah
bicara kata penuh tarbiyah

Mengapa??
Hatiku lembut pada dunia
Mataku terpesona pada jelita
Jiwa ku tenang dengan lafaz cinta
Batin ku riang dengan harta
Segalanya dirasakan indah sekali
Puas nafsu pujian buat diri

Mungkin satu…
Yang benar-benar meracuni hatiku!
Mehnah zaman remaja
Pasti ramai yang teruja
Pastinya
“ CINTA”

Sentuhan tangannya menghangat suasana
Jiwaku jadi layu
Jeritan batin yang menghalang
Lantaran khoshyatullah
Dipagar hina oleh nafsu bertuankan iblis!
Aku lemah
Hanyut dalam hangatnya cinta
Aku tidak berdaya menolak pinta nya
Kasihan untuk mendera jiwanya
‘dia tulus cintakan aku’

Hati mudah melafaz cinta
Sedang bukan pada Pencipta
Ke mana hati ku hanyut..
Jiwa ku penuh rindu
Pada makhluk ciptaan Tuhanku
Yang masih BELUM menjadi milikku
Malahan mungkin juga BUKAN untukku
Siapa tahu??
Bisa kau rencanakannya untukku?

Mengapa??
Aku sanggup mengenepikan segalanya
Kerana aku mencintai nya
Aku rela mendengar bicara kasarnya
sanggup mengaku salahnnya
bahkan
seringkali aku resah
memikirkan kemana dia pergi
dengan siapa dia bersenda
mengapa dia senyap sepi
mungkinkah antara aku dan dia ada
PERPISAHAN?

Mengapa??
Kerana dia BUKAN MILIKKU!!


TUHAN…
Kau telah campakkan cahaya ke dalam hatiku
Tika dulu yang cahaya nya marak menjulang
Tapi kian padam
Kerana hadirnya
CINTA …. Sia-sia…

Kini
Kau masih memilihku
Untuk di beri nyalaan manis itu kembali
Dari bara api yang kian hilang
Kau beri aku kekuatan menyalakan kembali
Untuk membakar lembaran kejahilan
Kertas kemaksiatan, nota kelalaian
Agar aku senantiasa terpilih di sisiMU

TUHAN…
Jauhi godaan sesat iblis dariku
Pelihara tubuh ku dari sentuhan ajnabi
Kuatkan aku dengan mujahadah
Tutupi aurat yang menjadi aib bagi ku
Kentalkan jiwa ku menepis cinta palsu
Penjara nafsuku dari bertemu kepuasan
Yang mendorong kepada kehinaan
Kehancuran
Keseksaan
Di mahkamah akhirat mu kelak

“ adalah ledih baik bagi mu tertusuk besi panas dari menyentuh wanita yang tidak halal bagi mu” – at tabrani

Tatkala bibir mengalun sayu,
Kalam-kalam Tuhanku
Tatkala aku rebah
Sujud menghadapMu
Aku kian sedar
Sedang aku semakin lemas dalam badai ombak cinta
Yang membunuh iman ku
Yang menambah berat dosa di bahu kiriku
Yang menghapus pahala di bahu kananku
Yang menjauhkan aku dari Pencipta ku


Siapa dia berbanding TUHAN ku?
Layak kah aku untuk menyintainya dengan mengetepikan cinta
TUHAN ku?
Pencipta kepada CINTA
Yang selama ini aku puja
Buta…

Sedarkah aku?


TUHAN… untuk kesekian kalinya… pohon ku pada Mu untuk melengkapi fitrahku… labuhkan CINTA ku kepada insan yang benar-benar mencintaiMu, yang cinta kepada ku kerana cinta nya kepada Mu… mudahkan pertemuan kami dengan rahmat dan sifat rahman Mu…. Jadikan cinta kami yang mendapat anugerah terhebat ‘REDHO’ Mu…

Aku merindui Mu YA ALLAH….

Karya asal :Blue Flame

2 comments:

  1. ini luahan atie ke, atau sajer sajer bermadah ^^

    look cam u have a lot of problem jer,,,,

    la tahzan ya ukhti... ALlah kan ada
    so; put yur trust in ALlah

    pejuang islam kan kena tabah selalu, i know ur strong

    Salam istiqomah selalu yer, moga menjadi wanita mustanir yg mampu untuk menggongcang dunia

    p/s ; 6t, if u had a responed about tis writing, don forget to tell me via my blog, ok. hihihi =)

    ReplyDelete
  2. Salam'alaik..

    well, ini puisi dari kwn ana (blue flame)..

    ana ambik sbb ana rasa kbykn macam sesuai je.. iyalah, remaja mcm ana,hehe mengalaminya (ana rasa lah) tapi tdk tahulah betul ke tdk..

    benar kata akhi, pejuang Islam kena kuat dan tabah, lagi2 lah pejuang yg ingin menegakkan kalimah Allah SWT di atas muka bumi ini dgn berdirinya Khilafah Islamiyyah..

    anyway, sentiasalah doakan ana untuk menjadi wanita mustanir yang mampu untuk menggongcang dunia..

    (^_^)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat