Hanya Khilafah Penyelamat Umat Islam Palestin


Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh malang nasib yang menimpa saudara kita di Palestin. Sudahlah mereka dihujani dengan bom dan peluru di dalam negara, di luar negara pula tidak ada seorang pun pemimpin Islam yang berani bertindak menyelamatkan mereka. Dari satu sisi, pemerintah negara kaum Muslimin yang ada hari ini hanya sanggup mengekalkan kebaculan dan pengkhianatan mereka terhadap umat Islam. Dari sisi yang lain, mereka lebih suka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan golongan kuffar, daripada menghulurkan tangan membantu saudara mereka yang dibunuh golongan kuffar tersebut.

Peperangan di antara Isreal dan Muslim di Palestin tidak pernah kunjung padam. Setiap kali berlaku serangan, pemimpin umat Islam hanya lebih suka memerhati dan mengutuk sahaja apa jua bentuk keganasan yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam. Ada pula yang sentiasa mengharapkan PBB, OIC dan NAM agar membantu. Begitulah kisah ini berulang dan terus berulang saban waktu hingga berpuluh tahun lamanya. Bukannya mereka tidak tahu bahawa PBB adalah organisasi kufur kuda tunggangan Amerika. Bukannya mereka jahil bahawa OIC hanyalah badan yang ‘mengekalkan’ perpecahan umat Islam di bawah negara-bangsa. Dan bukanlah pemimpin ini buta bahawa NAM (dan juga OIC) hanya berminat untuk bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi sahaja kerja mereka.

Namun, malangnya setiap kali umat Islam dibunuh oleh golongan kuffar, pemimpin umat Islam masih terpekik terlolong meminta bantuan dari PBB, OIC dan juga NAM. Pandanglah dengan hati yang jernih dan bukan dengan hati yang buta, apakah PBB, OIC dan NAM akan menyelamatkan umat Islam? Percayalah bahawa keadaan akan kekal berterusan begini sekiranya umat Islam masih mengharap badan-badan ini bagi menyelesaikan permasalahan mereka. Apakah yang boleh diharapkan dari badan kufur seperti PBB, badan berkecuali seperti NAM dan ‘badan mesyuarat’ seperti OIC, kesemua atur main badan ini telah ditetapkan oleh golongan kuffar atau pun golongan penguasa Islam yang sekular. Mereka bukan menjadi penyelamat umat, sebaliknya PBB-lah badan yang membunuh umat Islam, OIC pula menjadi pemerhati dan NAM akan sentiasa berkecuali.

Sungguh pelik dengan orang yang bergelar ulama apabila berharap kepada badan kufur seperti PBB untuk menyelamatkan umat Islam. Ramai di kalangan ulama ini dahulunya begitu menyokong dan mengharapkan Barrack Obama sebagai pembawa perubahan. Nah sekarang saksikanlah sendiri apakah tindakan Obama di dalam kes ini? Bagi yang mengalu-alukan Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat yang baru yang dijangka membawa perubahan di dalam hubungan Barat dan Islam, sedarlah bahawa kalian hanya bermimpi di siang hari. Kepada umat Islam yang masih ada keimanan dan keikhlasan, sedarlah bahawa Israel dan Amerika akan terus bersekutu di dalam memerangi umat Islam. Janganlah hendaknya kalian terus hanyut di dalam khayalan yang kalian mimpikan selama ini.

Walaupun tindakan mengadakan demonstrasi bagi membantah kekejaman Israel adalah baik untuk dianjurkan, namun kita perlu ingat bahawa demonstrasi sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin. Demonstrasi di kedutaan semata-mata tidak akan membuatkan AS atau Israel berasa gusar atau takut. Apa yang akan menggusar dan menakutkan mereka adalah apabila umat Islam membantah kerajaan masing-masing kerana berdiam diri dan tidak mahu menggerakkan bala tentera mereka untuk berjihad menentang Israel. Apa yang akan menggusarkan kuffar Israel dan AS adalah apabila umat Islam berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah untuk membalas segala tindakan ganas Israel ke atas umat Islam.

Setakat ini, AS dan Israel masih boleh bernafas lega setiap kali mereka membantai umat Islam. Ini kerana, belum ada satu negara umat Islam pun yang berani dan sanggup mengisytiharkan jihad ke atas Israel. Insya Allah, usaha berterusan kita di dalam menegakkan Khilafah dan apabila berdirinya Khilafah nanti, maka Khalifah akan terus mengisytiharkan jihad ke atas negara musuh Allah ini dan pada ketika itu, ketakutan AS dan Israel tidak akan pernah reda.

Pada masa ini, sesetengah dari negara umat Islam di bawah OIC sendiri mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel seperti Turki, Jordan, Mesir dan Qatar, dan rata-rata pemimpin rejim Arab ini kesemuanya memilih untuk berdiam diri dan tunduk kepada musuh.

Sesungguhnya Israel bukanlah kuat mana. Jika kita masih ingat pada bulan Julai tahun 2006 menyaksikan bagaimana Israel gagal untuk menghancurkan kekuatan Hizbullah di Lebanon. Israel telah menceroboh Lebanon, namun ramai anggota tenteranya terkorban dan ada pegawai tinggi ketenteraan Israel meletak jawatan selepas kegagalan tersebut. Israel juga terpaksa mengundurkan tenteranya dari selatan Lebanon pada tahun 1999, juga selepas beberapa tahun gagal untuk melemahkan Hizbullah. Peristiwa ini sepatutnya memberikan pukulan hebat kepada rejim-rejim Arab Teluk dan juga Mesir di atas sikap diam mereka. Sekiranya Hizbullah yang hanyalah ‘sebuah gerakan’ berjaya mematahkan kekuatan tentera Israel yang merupakan ‘sebuah negara’, maka apatah lagi jika negara-negara kaum Muslimin lainnya bersatu menghantar tentera untuk membantu penduduk Gaza daripada serangan Israel. Kita dapat bayangkan betapa tentera Israel akan rebah menyembah bumi dengan ramainya.

Percayalah bahawa di dalam dunia Islam, terdapat ribuan atau jutaan umat Islam yang sanggup berjihad menentang kekejaman Israel, tetapi apa yang menghalang mereka daripada melakukan perkara ini adalah para pemimpin mereka sendiri. Penguasa kaum Muslimin langsung tidak menggerakkan tentera mereka untuk membantu umat Islam yang dibunuh kuffar, malah kalau ada dari rakyat mereka yang ingin berjihad akan pasti dicopnya teroris, sesuai dengan kehendak Barat.

Khalifah sebagai ketua Negara Islam sesungguhnya tidak akan sekali-kali membiarkan tentera kuffar menumpahkan darah dan kehormatan kaum Muslimin sedikit pun. Khalifah adalah perisai umat dan dia adalah penjaga umat ini, tidak sebagaimana pemimpin yang ada sekarang yang hanya menjaga perut masing-masing, dan lebih buruk, mereka menjaga golongan kuffar dari menjaga umat Islam. Justeru, ayuhlah kita bersatu dan berusaha untuk tegakkan Khilafah dan berhenti mengharap kepada pemimpin sekular dan sistem kufur yang ada untuk menyelesaikan kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita.

MyKhilafah

8 comments:

  1. Hanya kutukan dan makian yang bisa kita lontarkan kepada ZIONIS serta pendukungnya. Para pemimpin negara-negara timur tengah tidak memiliki keberanian untuk bertindak, hanya kecaman karna beberapa kepentingan.

    Saya juga menulis artikel tentang GAZA di Zona Militer Tertutup. Terimakasih untuk tulisan tentang PALESTINA, semoga menggugah Ummat Muslim sedunia.

    Em... blognya tambah keren, secerdas penulisnya (Wanita Mustanir)

    ReplyDelete
  2. iyah Fina, benar apa yg Fina katakan tuh..

    Bkn pemimpin negara2 timur tgh sahaja yg tdk memiliki keberanian utk bertindak, bahkan pemimpin2 semua negeri umat islam terlalu takut utk bertindak.. kerana apa?? kerana mereka telah dipisahkan oleh sempadan geografi..jd, perasan bersaudara sesama mukmin itu tiada..

    lagipun, hanya Khilafah (sistem pemerintahan Islam) yg mampu menghalang Zionis Israel..

    syukran, di ats pujian Fina. segala pujian itu kan milik Allah,..

    jika fina nak tahu lbh lanjut, blh layari website ini http://hizbut-tahrir.or.id/

    ReplyDelete
  3. salam'alaik..

    masyaAllah sungguh bersemangat enti!ana kagum:)
    tetapi ada sedikit persoalan di sini,mcm mana ye nk sedarkan dulu umat islam yg ada(yg x sedar)untuk berjihad dan membela islam jika mereka x faham pun perlunya berbuat demikian,x timbul pun rasa sensitiviti dalam diri utk rasa nk berjihad dan membantu umat islam di palestin?
    ana berstuju mmg khilafah yg boleh bantu selamatkan palestin,tetapi,sebelum tu, perlu dahulu kepada pembentukan org2 yg menghayati dan memahami islam tu sendri,so that baru la ada org yg akan menggerak2 khilafah tu sendri.kan??afwan,inisekadar pendapat ana.

    ReplyDelete
  4. wslm to saudara/i anonymous,

    subhanallah atas pujian enta/i..
    persoalan ye?? blh ana tahu saudara/i anonymous ni xda nickname ke?? kalo ada kn senang ana nak pgl..

    berbalik kpd persoalan enta/i, mcmana nak sedarkan umat islam dlu ttg perlunya berjihad & mbela Islam??itu bkn keje mudah..

    sbb akidah umat islam skrg ni kbyknnya kacau bilau.. ada sekular ada sosialis sbb islam hanya diamalkan utk spiritual semata2..

    jd, kita kena betul2 sedarkn dorg ttg akidah islam..sbb jihad tu adalah akidah..dn utk merasakan yg umat islam di palestin adalah saudara kita jgk akidah..

    utk adanya Khilafah, mmg perlu ada org2 yg mhayati & memahami islam tu sendiri.. khilafah itu utk ada diperlukn parti politik utk mengadakannya..enta/i blh rujuk website ni utk ktrgn lnjut : www.mykhilafah.com

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  5. salam,

    post ini kutukan kpd saudara tidak bernama (Anonymous)

    maaf, jujur saja tanpa basa basi. Kelihatannya anda mencampuradukkan apa yg dikatakan solusi dgn cara menegakkan solusi.

    Teori Kan? Sukar difahami?

    Bedanya fikrah dgn tharikah? masih sukar?

    sy beri contoh yg gampang (gampang bhs indon : maksudnya mudah ok!).

    sy lapar. solusinya apa? tidak mungkin tidur kan? tentu saja makan. jalan untuk mensukseskan kegiatan makan itu apa? ya banyak dong, salah satunya, kerja yg bagus dan halal, lalu dgn gaji yg kita dpt kita bisa membeli nasi atau makanan yg lain.

    gimana ttg isu ghaza?

    ya solusinya bkn dgn doa doang! kerna doa sebahagian dr tuntutan dan ibadah. Jadi, kalau bukan doa, apa? kutip dana? hantar bantuan perubatan? anda sendiri bersetuju, bahawa solusinya dgn Khilafah bukan?

    asal solusinya adalah Jihad! ya, bisa saja jihad oleh rakyat Palestin. Tapi, hakikatnya apa? mereka tidak mampu! mereka perlu bantuan. bantuan militer utk berjihad! tapi, mana mungkin selagi tidak adanya negara islamiyah, atau Khilafah Islmaiyah!

    Jadi, metode utk mewujudkan Khilafah itu yg perlu dibincangkan, yg mencakup bagaimana utk memberi kesedaran, pemahaman dan seruan kpd mereka.

    ringkas aja deh, gak usah terlalu panjang. Kita boleh buka satu lg posting. gimana sih, utk membangun sebuah Negara Khilafah Islamiyah? kita bincangkan di posting lain nanti ok? grassias

    ReplyDelete
  6. pembetulan:

    salam,

    post ini kutujukan kpd saudara tidak bernama (Anonymous)

    maaf, jujur saja tanpa basa basi. Kelihatannya anda mencampuradukkan apa yg dikatakan solusi dgn cara menegakkan solusi.

    Teori Kan? Sukar difahami?

    Bedanya fikrah dgn tharikah? masih sukar?

    sy beri contoh yg gampang (gampang bhs indon : maksudnya mudah ok!).

    sy lapar. solusinya apa? tidak mungkin tidur kan? tentu saja makan. jalan untuk mensukseskan kegiatan makan itu apa? ya banyak dong, salah satunya, kerja yg bagus dan halal, lalu dgn gaji yg kita dpt kita bisa membeli nasi atau makanan yg lain.

    gimana ttg isu ghaza?

    ya solusinya bkn dgn doa doang! kerna doa sebahagian dr tuntutan dan ibadah. Jadi, kalau bukan doa, apa? kutip dana? hantar bantuan perubatan? anda sendiri bersetuju, bahawa solusinya dgn Khilafah bukan?

    asal solusinya adalah Jihad! ya, bisa saja jihad oleh rakyat Palestin. Tapi, hakikatnya apa? mereka tidak mampu! mereka perlu bantuan. bantuan militer utk berjihad! tapi, mana mungkin selagi tidak adanya negara islamiyah, atau Khilafah Islmaiyah!

    Jadi, metode utk mewujudkan Khilafah itu yg perlu dibincangkan, yg mencakup bagaimana utk memberi kesedaran, pemahaman dan seruan kpd mereka.

    ringkas aja deh, gak usah terlalu panjang. Kita boleh buka satu lg posting. gimana sih, utk membangun sebuah Negara Khilafah Islamiyah? kita bincangkan di posting lain nanti ok? grassias

    ReplyDelete
  7. bagaimana nak ajak orang berjihad, sedangkan masjid saja masih kosong dari solat berjemaah??

    orang robohkan masjid kita marah sungguh2... mana lebih besar dosanya, robohkan masjid atau robohkan agama?? kalau tinggalkan sembahyang itukan robohkan agama? kenapa tidak dibuat demonstrasi untuk bantah orang yg tinggalkan sembahyang??

    ReplyDelete
  8. @mortiis06,

    syukran di atas lontaran persoalan yg membuka minda saya..

    pertama sekali, kebangkitan manusia bukanlah bermula dengan aktiviti kerohanian.. saya tak mengatakan solat berjemaah tak bagus, ia sangat bagus malah boleh merapatkan silaturrahmi sesama muslim..

    persolannya di sini bukanlah masjid masih kosong tanpa kehadiran umat Islam.. sebaliknya adalah kenapa umat islam tidak ke masjid???

    1) malas merupakan ubat yg paling mudah utk kita tdk melakukan sesuatu.
    2) tidak mahu merebut pahala berjemaah yg nilainya 27x dari solat bersendirian.
    3) tiada motivasi diri utk pergi ke masjid.
    4) umat islam hanya nampak masjid adalah tmpt utk solat berjemaah sahaja. dan kenapa ia berlaku?


    Umat Islam hanya marah apabila org kafir robohkan masjid, tapi apakah tindakan kita sebagai umat Islam?

    sedangkan kita tak nampak bahawa pembunuhan umat Islam oleh org2 kafir adalah perkara yg paling besar di sisi Allah. Rasulullah SAW telah bersabda, "runtuhnya Kaabah adalah kecil nilainya di sisi Allah dibandingkan dengan tumpahnya darah umat Islam" (kalau salah silap ttg ini, sila betulkan..)

    mana lebih besar dosanya, robohkan masjid atau membiarkan darah umat Islam membasahi bumi saban hari??

    Selagi institusi Khilafah tidak tertegak, sembahyang umat islam tidak akan terjaga dan terpelihara.. malah semakin banyak kemungkinan utk masjid dirobohkan.. kerana kita ketiadaan Khalifah yg akan menjadi benteng umat Islam seluruh dunia..

    Dan selama ketiadaan institusi khilafah juga, semakin menular ke'barat'an di malaysia.. dan semakin banyak darah umat Islam yg akan membasahi bumi.. wallahualam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat