Yang Dikatakan Masyarakat Islam


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh shbt2,

Hari ni dah masuk hari kedua tahun baru Masihi & hari kelima dlm tahun hijrah.. Pejam celik pejam celik usia ana juga telah meningkat setahun.. Bukannya ana berbangga dgn usia dah tua lg sthn ni tp menyedari yg diri ini semakin hampir kepada kematian.. Entah kan esok, entah kan lusa, mgkin hari ini, wallahu'alam..

Namun apa yg ana nak kongsikan di sini bknlah pengalaman hidup ana dari ana bayi sampailah usia ana kini yg menghampiri awal 20an. Ttp apa yg ingin ana kongsikan adalah mengenai masyarakat Melayu yg mengatakan bhw jika masyarakat mereka Melayu, maka mereka dikategorikan masyarakat Islam. Benarkah begitu yg dinamakan masyarakat Islam?? Kalau benar, apakah ciri2 nya?? Dan kalau bkn apa pula ciri2 nya?? Jwpn ana adalah masyarakat Melayu skrg ini bknlah masyarakat Islam yg sbnr. Mengapa ana berkata sedemikian??

Ini kerana, realiti masyarakat di negeri Islam (khususnya di Malaysia) saat ini, sesungguhnya adalah sebuah masyarakat yg tdk Islami biarpun Malaysia dikatakan Negara Isla
m Hadhari. Hal ini kerana sebuah masyarakat terbentuk dari sekelompok individu, pemikiran, perasaan & peraturan. Jadi utk mengatakan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu sbg masyarakat Islam, tdklah cukup jika hanya dgn keberadaan individu2 muslim sbg penduduknya.

Sebuah masyarakat pd hakikatnya adalah sekelompok manusia yg saling memiliki hubungan secara terus menerus. Apabila ada sekelompok manusia namun tdk memiliki hubungan secara terus menerus, maka mereka tdk blh dianggap sbg masyarakat melainkan hanya sebuah jemaah spt para penumpang kapal, penumpang kereta atau spt rombongan musafir.

Supaya terwujud hubungan secara terus menerus antara individu dlm sebuah masyarakat, perlulah disatukan pemikiran2nya, perasaan2nya & peraturan2nya. Apabila ketiga2 aspek ini tdk dijumpai pd mereka, tentu tdk akan ada hubungan secara terus menerus shgga dgn demikian mereka tdk dpt disebut sbg sebuah masyarakat.

Dari sinilah sebuah masyarakat terbentuk dr sekelompok manusia, yg memiliki pemikiran & perasaan yg sama serta diterapkan suatu peraturan di tgh2 mereka. Faktor2 ini pula yg menentukan corak masyarakat di dunia khususnya di Malaysia. Oleh sbb itu, masyarakat di dunia ini berbeza2 sesuia dgn perbezaan pemikiran, perasaan & peraturan yg mereka miliki.

Jika dilihat masyarakat di negeri2 Islam tika ini, ternyata mereka dikuasai oleh berbagai2 pemikiran, perasaan & peraturan yg bercampur aduk walaupun majoriti individu2nya adalah org2 Islam. Oleh sbb itu, tdk pelik apabila terjadi hal2 yg saling bertentangan secara nyata dlm pemikiran & perasaan antara kaum muslimin. Cthnya, pd masa mereka menanti2kan kehadiran Islam, kita blh saksikan betapa mereka menerima penguasa kafir dgn senangnya atau diam seribu bahasa terhadap perundangan kufur ciptaan manusia yg diterapkan di tgh2 mereka. Pd masa kita melihat mereka sama2 merindukan kembalinya Islam, kita blh saksikan betapa teguhnya mereka memegang semangat nasionalisme, patriotisme, kesukuan ataupun fanatisme mazhab & pelbagai -isme yg lainnya. Pd masa mereka menganggap Amerika Syarikat (US), Inggeris & Rusia sbg musuh, kita blh saksikan betapa mereka meminta & mengharapkan bantuan kpd negara tersebut, juga meminta perlindungan & menantikan huluran tangan dari negera2 kafir itu (baca: Pertubuhan Bangsa2 Bersatu,PBB) utk menyelesaikan masalah2 yg mereka hadapi.

Pd masa mereka menyakini bahawa sesama mukmin adalah bersaudara, kita blh lihat betapa mereka nerlumba2 menonjolkan fanatisme kesukuan atau kedaerahannya. Org Arab membanggakan kearabannya, org Turki membanggakan kethuraniahnya, termasuk org Iraq, org Mesir atau org Indonesia mahupun org Malaysia, masing2 bangga dgn tanah airnya. Dan seterusnya, kita blh saksikan di sana sini berlaku hal2 yg bertentangan dgn hukum2 Islam.

Begitu pula pd masa mereka menyakini Islam, kita blh lihat betapa mereka penuh dgn semangat menyerukan slogan2 demokrasi, kebebasan (freedom), kedaulatn di tangan rakyat dan berbagai pemikiran kufur yg jelas2 bertentangan dgn hukum2 Islam secara keseluruhan.

Demikianlah keadaanya umat Islam skrg ini termasuklah di Malaysia. Ini belum lg kita menyaksikan sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, politik luar negeri, sistem perundangan yg diterapkan di seluruh negeri2 umat islam, semuanya tdk lain adalah sistem & perundangan kufur ciptaan manusia. Keadaan inilah yg mjadikan masyarakat di negeri2 umat Islam khususnya di Malaysia, secara keseluruhannya dikategorikan sbg masyarakat yg tdk Islami.

Jadi jelaslah bahawa ciri2 masyarakat Islam yg sbnrnya, biarpun majoritinya adalah beragama Islam, namun sesungguhnya mereka hidup di dlm masyarakat yg tdk Islami & negeri yg mereka duduki bknlah Daarul Islam. Ini jg menjelaskan bhw masalah utama yg dihadapi kaum muslimin saat ini adalah krn ketiadaan negara Islam. Sejak keruntuhan Daulah Khilafah pd 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal Laknatullah, Islam telah dijauhkan & dipisahkan dr kehidupan bernegara & bermasyarakat. Jadi, umat Islam harus sedar bahawa perlunya penerapan Islam kembali dlm kehidupan bernegara & bermasyarakat iaitu dgn menegakkan sistem Khalifah & mengangkat seorg Khalifah yg dibai'at untk didgr & ditaati oleh kaum Muslimin selama ia menjalankan dgn Kitabullah & Sunnah Rasulnya, mengubah negeri2 umat Islam termasuklah Malaysia menjadi Daarul Islam & masyarakatnya mjd masyarakat Islam serta menyatukan kembali negeri2 umat Islam menjd satu negara iaitu negara Khilafah..

Wallahu'alam..

2 comments:

  1. =) melayu belum tentu islam...
    melayu bangsa, same mcm yang lain... BANGSA...
    dan Isslam bukan sekadar untuk melayu...

    bagi saye...
    peraturan di malaysia mengikut perlembagaan... kerajaan sekarang jika sekular dan x menyokong khalifah, mungkin jika tukar kerajjan... same je ceritanye... tukar krajaan jika ikut suasana sekarang pun tetap akan memilih demokrasi... pas ikut demokrasi,...

    saudari ni hizbur tahrir ye... mintak maaf jika silap... ye, saye banyak baca soal ni... erm... x banyak pun kot... tp saye tertarik dengan perjuangan ni... saye masuk ke arena blog dan fs bru saye tau benda2 ni...

    saye setuju jika ade khalifah... mungkin bukan sekarang, mungkin jika x dapat sekarng, time kite da xde... tp tetap kene perjuangkan kan...

    gunekan time ini untuk mendidik pelapis... ajar ape itu islam sebenarnye... saye sendiri mencari dan belajar banyak lagi... saye bukan aliran agame... jauh lagi... jauh sangat...

    dunia sekarang terikat dengan undang2 antarabangsa... kuasa veto...

    dan tetap dengan kuasa baru akan berjalan benda ini...

    ReplyDelete
  2. benar kata bro knie..
    melayu belum tentu islam.. :-)

    sbb apa ada pd BANGSA?? sedangkan Allah SWT tdk penah menilai seseorg itu dgn bangsanya melainkan ketakwaannya..

    ttp mslh skrg, org melayu ni terlalu memperjuangkan bangsa Melayunya.

    Rasulullah saw bersabda:

    "Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]

    "Sesiapa yang menyeru kepada assabiyyah, seolah-seolah dia menggigit kemaluan bapanya [diriwayatkan di dalam Mishkat al Masabih]

    "Tinggalkanlah (assabiyyah) kerana ia busuk" [HR Muslim dan Bukhari]

    Jadinya, memperjuangkan Melayu tu kan assahbiyah..dan haram hukumnya..

    1 lg mslh di Malaysia, dn di negara2 umat Islam yg lain, mesti nak perjuangkan demokrasi..sedangkan demokrasi tu kan jelas & nyata bkn dari Islam..

    Allahamdulillah, krn bro knie berfikiran mustanir (cemerlang).. kalau saudara bro knie nak tahu lbh lannjut ttg khilafah, blh layari www.mykhilafah.com or blh je add YM saya : alfikrul_mustanir

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat