Kitab Tajul Muluk : Adakah Matlamat Menghalalkan Cara?
Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia
a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga
kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.
Ulasan :
Bagaimana mungkin suatu nukilan yang tak diketahui pengarangnya, tidak diketahui sumber panduannya boleh dianggap TIDAK MELANGGAR SYARAK? Adakah alQuran dan Sunnah kemudiannya menjadi subset kepada Tajul Muluk ini? Nauzubillah.
Kebanyakkan dari kalangan umat Islam tidak make effort untuk mempelajari hadis dan tafsir Quran. Akibatnya ilmu-ilmu ala-ala horoskop menjadi panduan hidup. Soal tawakal, percaya kepada qada wal qadar tidak difahami secara mendalam. Akibatnya, bila ada masalah dalam perkahwinan, terus dianggap tidak mengikuti arahan atau suggestion dalam Kitab Tajul Muluk sebab tak pilih tarikh yang dicadangkan. Hakikatnya, jodoh adalah ditangan Tuhan. Manusia berusaha menjayakan perkahwinan dengan mengambil segala daya upaya (cause-effect) akan tetapi Allahlah yang menentukan. Bukan horoskop. Bukan TAJUL MULUK.
Dalam masyarakat jawa, ianya selari dengan ilmu yang digali dari Kitab Perimbon. Nak kahwin ikut tarikh sekian-sekian. Selalunya ikut tarikh lahir bakal pengantin iaitu mereka lahir pada hari apa. Hari yang dimaksudkan ada pengiraaan tersendiri seperti hari khamis wage, khamis pon. Hari Jumaat atau Selasa Keliwon sering dianggap hari yang agak 'menakutkan'. Barangsiapa yang mati dan meninggal pada dua hari ini, kuburnya akn dijaga untuk mengelakkan digali pelajar ilmu sesat. Dalam zaman ICT ini kepercayaan ini masih menebal dalam kalangan sesetengah masyarakat Jawa.
Dalam kalangan orang tua2 yang beriman kepada Kitab Perimbon yang merupakan kembar seiras dengan kitab Tajul Muluk , sikap dan keperibadian seseorang juga sering dikaitkan dengna anak ke berapa dan hari lahirnya itu. Stigma yang seringkali menjurus kepada yang negatif menjadikan mereka hidup dalam pemikiran kuno dan jumud. Orang yang pernah buat salah dianggap takkan pernah jadi baik. Ever. Orang yang ada tahi lalat di lokasi tertentu di tubuhnya dianggap begitu dan begini. Adakah tahil lalat itu pilihan seseorang untuk tumbuh di lokasi yang disukainya?
Sedangkan hakikatnya, Allah menjadikan manusia dengan sikap dan keperibadian yang pelbagai bukanlah kerana ia menjadi anak ke berapa dan lahir pada sekian-sekian haribulan akan tetapi ilmu dan pendidikan (aqliyah) yang diterimanya juga bagaimana dia mengawal kehendak dan nalurinya (nafsiyyah) sesuai dengan hukum syarak. Manusia yang baik dan memiliki keperibadian mulia bukanlah menurut spesifikasi yang diletakkan oleh manusia, akan tetapi sebagai muslim, baik dan buruk, mulia dan hinanya manusia bukanlah kerana Ramalan dalam tajul Muluk akan tetapi sejauh mana dia terikat dengan hukum syarak dalam perbuatannya. Seorang itu mungkin tahu kelemahan2 dirinya yang perlu diubah seperti sikap, kefahaman dalam sesuatu bidang atau ilmu. Di hadapan Allah, usaha orang ini untuk memperbaiki dirinya itulah yang akan dipertimbangkan. Bukan berserah kepada yang ghaib (qadriyatul ghaybiyyah). Kepercayaan kepada yang ghaib menjadikan seseorang putus asa. Tak guna aku usaha, aku ni anak no XXX, takkan boleh aku ubah sikap aku hingga diterima masyarakat. Inilah kesalahan fatal dalam kalangan sesetengah masyarakat Melayu yang suka sangat merujuk dan merenung nasib dengan tarikh2 lahir dsb. Sikap ini telah merugikan umat Islam kerana mereka akan berserah sebelum berusaha maksima, kemudian mengatas-namakan 'penyerahannya' itu sebagai berTAWAKAL.
Perlu difahami sesungguhnya, kehidupan manusia itu sendiri adalah dalam dua lingkaran:
i) Lingkaran yang menguasainya - fakta yang tidak ada pilihan. berbangsa melayu, cina, eropah, kacukan. Kulit gelap, sawo matang, kuning langsat. Hidung mancung,penyek atau lobang hidung besar. rambut kerinting ala maggi, rambut seperti semut bersusun, ikal mayang, afro dsb (yang tidak ada campur tangan salon kecantikan atau mana-mana pusat makeover). Contoh2 ini adalah qada (takdir) yang mana manusia tidak boleh mengubahnya. Dia mesti menerima dirinya sebagaimana adanya yang mana jika dia tidak setuju, keimannya belum sempurna.
ii) Lingkaran yang dikuasainya - keadaan yang mana manusia ada pilihan. Berjalan, senyum, duduk, tidur, mandi, menyanyi, masak, makan, bekerja, chatting, melayari internet. Berjalan ke majlis ilmu - mendapat pahala. Berjalan hingga sampai ke tempat karaoke yang mana laki perempuan bukan mahram bercampur baur - mendapat dosa. Chatting untuk mengurat dan hingga membawa pada maksiat - haram. Chatting untuk berkongsi ilmu hingga dari chatting itu seseorang mendekatkan dirinya kepada Allah (taqarrub ilallah) - dapat pahala.
Terlalu panjang sebenarnya jika hendak di ulas RUkun Iman ke 6 yang ramai Muslim mendakwa telah mengimaninya. Hakikatnya, kurang mengkaji agama Islam itu sendiri dan merujuk kepada kekuatan dalil dan tafsiran ulamak muktabar menyebabkan umat Islam bergantung kepada sesuatu yang bukan dari sumber wahyu.
Ringkasnya, pelajarilah bab qada wal qadar dengan mendalam dan tidak hanya seronok merujuk pada Tajul Muluk, Kitab Perimbon, Feng Sui, Horoskop dan yang setaraf dengannya. Ilmu Islam itu terlalu dan sangat-sangat banyak. S Jika kita telah biasa melazimi majlis ilmu dan tamak mahukan banyak, pasti kita akan meyedari bahawasanya, banyaknya ilmu agama yang perlu dikaji itu tidak memungkinkan kita membuang masa dengan Kitab-kitab Ramalan yang boleh merosakkan akidah.
Ulasan ini ana ambil dari seorang syabah: Caring Mommy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
laki2nye xde ?? :D
ReplyDeletehehehe (^_^)
ReplyDeletex dinyatakan...
adakah kita benar dlm kehdupan ini, memilih dgn pilihan Allah atau pilihan sendiri, dlm istilah tasawuf dinamakan tajrid. sejauh mana kita memahami makna tajrid.. "pilihan Allah", jika dlm memilih jodoh atau apa sahaja dlm kehidupan ini, kita menyerahkan sepenuhnya pada Allah, maka jodoh kita atau apa sahaja maka ia adalah pilihan Allah, jika tidak, jadilah pilihan sendiri.. jika pilihan sendiri... mana mungkin dtg pertolongan Allah
ReplyDeletebagi saya, apa yg dinyatakan dlm kitab itu, hanya garisan panduan dan kajian sampel.. sebab sifat2 manusia... begitulah.. sabar, marah, dendam, suka, suci hati dll... boleh dinyatakan semua sifat2 yg baik dan jahat... maka dgn sifat2 yg dinyatakan itu, maka itulah perangai manusia...misalnya tahi lalat dibibir, ciri ini adalah ciri suka bercium misalnya, suka bercium tidak salah, jika bercium dgn pasangan halal, cium anak, cium mak, cium ayah.. maka ini dibolehkan, tapi suka bercium dgn pasangan yg tidak halal, maka tak boleh... marah, marah kerana Allah ok, marah kerana nafsu, tak ok... walahu'alam
ReplyDelete