Laungan AINA JUNDAL MUSLIMIN.. LI TAHRIRI FALASTINE.. tiba-tiba berkumandang dari depan Masjid Khalid Ibnu Al-Walid di Jalan Padang Tembak...
Alhamdulillah. Tiada kata seindah bahasa. Tiada ungkapan yang indah untuk menggambarkan kegembiraan.
Syukur ke hadrat Allah kerana Muslimah dapat menjayakan demonstrasi bersama-sama rijal yang melakukan penyerahan Memorandum kepada Angkatan Tentera Malaysia.
Semoga penglibatan kita ini akan menjadi titik tolak ke arah banyak lagi demo di masa depan.. Sesungguhnya kepanasan terik mentari yang kita lalui itu hanyalah sedikit berbanding dengan azab siksa Allah kepada umat Islam yang tidak berusaha untuk menjadi aktivis dakwah.
Mungkin rombongan kita tidak seramai 5000 orang yang dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 tadi yang buat demo di Kedutaan Amerika, tetapi percayalah, pada ketika ini, dengan 1000 harapan bahawa Ketua Turus Angkatan Tentera telah membawa memo yang diterima, mereka akan memikirkan sesuatu. Sekurang-kurangnya jika mereka tidak mahu menerima hujah yang disampaikan sekalipun, akan muncul dan terbit di minda mereka bahawasanya ada segelintir umat Islam di negara ini yang berpandangan bahawa jalan penyelesaian akan kemelut yang melanda saudara seagama kita nun jauh di Gaza bukan hanya memboikot barangan dan menyuarakan kemarahan kepada 'self-appointed' Polis Dunia sebaliknya mengerahkan tentera-tentera umat Islam untuk berjihad fii sabilillah untuk meraih kemenangan atau
gugur syahid, demi untuk membela nasib saudara seagama yang dizalimi dan dibunuh dengan kejam.
Selama ini kita melihat sahabat2 di Indon, di UK, Palestine, dll berdemo. Tapi kali ini kita sendiri datang. Ikutkan memang ada kekangan terutamanya sebab ada kuliah. Tidak ada nilai kita elak dari ponteng satu hari ke kelas sedangkan kanak-kanak di Palestine kena bom dan kaku bergelimpangan tanpa pembelaan.
Siapa sangka HT akan ke MinDEF sedangkan yang lain2 ke Kedutaan amerika. Tetapi jika kita perhatikan bagaimana Muhammad al-Fatih dapat menawan kotanya raja Heraklius iaitu Konstantinople pada tahun 1453M, baginda sentiasa mengambil uslub 'pelik' yang tidak difikirkan oleh orang lain. Jadi, uslub kita tidak boleh uslub konvensional dan kaku.
Khaibar Khaibar ya Yahud
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada para panglima angkatan tentera kaum Muslimin, agar mereka tergerak untuk mara ke medan jihad bagi membebaskan kaum Muslimin di Palestin daripada cengkaman penjajah Zionis.
Ya Allah, sesungguhnya penguasa kaum Muslimin telah mengkhianati-Mu, telah mengkhianati Rasul-Mu, dan juga umat Islam keseluruhannya kerana membiarkan sahaja umat Islam di Ghaza diratah hidup-hidup oleh pengganas Zionis yang kejam. Wahai tentera kaum Muslimin, bangkitlah! Keluarlah dari berek-berek tentera dan bersama berangkat menuju ke medan jihad demi meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah!
Wahai umat Islam, sedarlah! Mari kita bersama bersatu hati bagi menghadapi kezaliman yang sedang terjadi ke atas saudara kita di Gaza! Marilah kita bangkit menyeru ke arah penyatuan yang hakiki… Ayuh, marilah bersama menyeru kepada tertegaknya khilafah kali kedua, yang berdiri atas manhaj nubuwwah!
Ya Allah, saksikanlah bahawa sesungguhnya hamba-Mu ini telah menyampaikan..!
Amin
Wassalam.
Lagi kisah menarik di:
1) Berfikir Jalan Keimanan
2) Khilafah
3) MyKhilafah
4) Apo Nak Dikato
syukran ya ukhti
ReplyDeleteterima kasih kerana mendoakan
namun
huhu
memang berat,
memang perlukan kekuatan
huhu
apa pun ana yang buat keputusan...
kerana x sanggup nak berhadaapan dengan masa depan yang tidak diketahui jawapan.
huhu
erm...
im strong like salahuddin al ayubbi
iknow i can make it...
berjuang tanpa henti seorang diri untuk melupakan segala kesudahan...
hehe
namun ana x tahu bile
mungkin esok lusa ataupun selamanya...
hehe...
doakan ana k...
supaya dapat continue study.
supaya bos ana lepaskan ana untuk continue study...
n supaya ana terus kuat menghadapi dugaan nih...
sampaikan salam ana kepada suma yang terlibat dengan seriubu maaf dipinta...
ALLAHUMMA YU BARIK FIKUM