Beberapa penafsiran Jihad yang salah.
Jihad versus "Melawan Nafsu"
Berdasarkan perbahasan di atas, adalah tidak ada kaitannya perkataan jihad dengan tafsiran sesetengah pihak dengan "melawan hawa nafsu". Tafsiran ini telah terpesong dengan pengertian jihad yang sebenar iaitu "berperang di jalan Allah untuk menentang golongan kuffar dalam rangka meninggikan kalimat Allah". Tafsiran ini diambil berdasarkan hadis berikut:
"Kita telah kembali dari jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar." Mereka para sahabat bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar itu?" Jawab baginda: "Jihad melawan hawa nafsu."
Hadis ini, menurut al-Iraqi, di dalamnya terdapat sanad yang daif. Ibn Hajar al-Asqalani pula mengatakan bahawa ini bukan sabda Nabi (bukan Hadis) melainkan kata-kata Ibrahim bin Ablah (Ala' ad-Din, Kanz al-'ummal, Muassasah ar-RisalahJuz IV, hlm. 616).
Berdasarkan analisa al-Iraqi, hadis berkenaan adalah daif. Sekiranya hadis berkenaan tetap digunakan maka ia tidak dapat dijadikan hujah untuk membina suatu pandangan. Tambahan pula, mengikut keterangan Ibn Hajar al-Asqalani, kenyataan tersebut bukannya datang dari Nabi(Hadis Maudu' – hadis palsu), maka ia tidak mempunyai apa-apa nilai untuk dijadikan hujah
Akan tetapi, sekiranya kenyataan di atas tetap digunakan, dan andaikan ia merupakan hadis sahih, maka lafaz al-jihad al-asghar (jihad yang lebih kecil) masih lagi bermakna "perang". Ini kerana kata-kata Rasulullah ditujukan kepada kaum muslimin yang baru pulang dari berperang. Mereka faham bahawa dengan jihad al-asghar iaitu berperang di jalan Allah tetapi mereka tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan jihad al-akhbar. Ini kerana Rasulullah menggunakan perkataan jihad tersebut secara kiasan (majazi) yang menyebabkan para sahabat memerlukan penjelasan dari Rasulullah. Oleh yang demikian, mafhum yang didapati dari hadis daif ini bahawa makna jihad yang lebih kecil adalah "berperang di jalan Allah" merupakan makna syarak sedangkan jihad yang lebih besar adalah makna kiasan berdasarkan makna bahasa iaitu "melawan hawa nafsu".
Dalam perspektif penggunaan bahasa, penggunaan lafaz menunjukkan suatu makna. Kaedah bahasa yang sangat popular:
At-tabadur amarah al-haqiqah
(Pengertian yang terlintas didalam fikiran orang Arab tulin merupakan makna yang sebenar.)
Dari kaedah ini, makna asal perkataan jihad adalah "mencurahkan tenaga", "berkerja keras" dan sebagainya tetapi perkataan ini telah digunakan oleh syarak untuk "berperang di jalan Allah", maksud yang terakhir ini telah menjadi lebih dominan dalam percakapan dan minda umat Islam. "Berperang di jalan Allah"lah yang menjadi maksud sebenar perkataan jihad. Dalam konteks ini, penggunaan secara bahasa sudah terbatal, kalah dengan kebiasaan yang telah diterima oleh umat Islam.
Jihad versus Terrorism
Mungkin yang tergambar di fikiran orang awam adalah jihad sama dengan perbuatan terrorism atau keganasan seperti yang digambarkan oleh barat. Ini merupakan tanggapan yang salah sama sekali.
Jihad adalah bertujuan untuk menghancurkan kekuatan politik yang bersifat fizikal yang menghalang bangsa-bangsa dan umat-umat di dunia ini daripada hidup aman di bawah sistem pemerintahan Islam dengan memberikan kebebasan kepada setiap individu untuk menganut akidah yang dinyakininya, menghilangkan kekufuran dari muka bumi ini, menyebarkan Islam sehingga keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam akan nampak sepertimana yang dinyatakan dalam surah al-baqarah ayat 193:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi 'fitnah' (kekufuran), dan (kemenangan) agama ini hanyalah milik Allah."
(TMQ al-Baqarah, 2:193)
Jihad merupakan alternatif yang terakhir sekiranya sesebuah negara itu tidak mahu tunduk kepada sistem Islam dan tidak mahu membayar jizyah seperti mana tertera di dalam surah at-Taubah ayat 29:
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, hari kiamat, serta tidak mengharamkan apa yang diharamkan apa sahaja yang telah diharamkan oleh Allahswt dan Rasul-Nya, dan tidak mahu memeluk agama yang haq iaitu orang-orang yang telah diberi Al-Kitab sehingga mereka memberikan 'jizyah' mengikut kemampuan dan mereka tunduk."
(TMQ al-Taubah, 10:29)
Inilah cara bagaimana jihad dilaksanakan seperti yang terangkum dalam hadis dari Sulaiman bin Buraidah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Khatimah
Seterusnya, Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam perang. Haram membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak. Islam juga menghargai harta benda sehingga diharamkan memotong pokok, merobohkan rumah atau merosak tanaman dan sebagainya. Islam juga menghormati tawanan perang sehingga boleh ditebus, dibebaskan atau dibunuh. Dalam kes terakhir, Rasulullah pernah memerintah untuk membunuh dua orang tawanan perang Badar disebabkan jenayah mereka terhadap kaum muslimin pada masa sebelumnya. Islam juga memerintahkan untuk mengobati tawanan perang secara adil sehingga kaum musyrik yang terluka dalam Perang Badar telah dirawat oleh kaum muslimin, manakala yang terkorban dari kalangan mereka telah dikuburkan bersama para syahid.
Jihad dalam Islam juga tidak bertujuan untuk menjajah. Penduduk tempatan yang telah ditakluk oleh islam tetap mempunyai kebebasan bahkan mereka juga bebas untuk mengelola tanah-tanah mereka sepertimana yang berlaku ketika Umar al-Khattab menakluk Iraq. Jika wilayah berkenaan dalam kekurangan, maka negara akan memberikan bantuan. Setiap rakyat mendapat jaminan dari Negara baik berupa kesihatan, pendidikan, tempat tinggal dan sebagainya. Sebagai contoh, Andalusia/Sepanyol merupakan suatu lembah yang kontang sebelum kedatangan Islam. Setelah kedatangan Islam, Sepanyol telah menjadi satu negeri yang maju dan menjadi pusat untuk menimba ilmu yang termasyhur semasa pemerintahan khalifah Abbasiah.
Oleh itu, berdasarkan huraian-huraian singkat di atas, umat Islam sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengungkapkan kata-kata jihad. Hendaklah umat Islam ini berhati-hati dalam menghadapi ajakan dan seruan-seruan yang salah dan digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Pengaburan makna jihad dengan cara mengalihkannya kepada makna yang lebih umum seperti membangunkan ekonomi, menuntut ilmu, mencari nafkah dan lain-lain yang dianggap sebagai aktiviti jihad merupakan satu usaha untuk menghilangkan makna jihad yang sebenarnya dalam bentuk al-qital, al-harb, al-ghazwu iaitu berperang di jalan Allah. Jangan sampai kita bermati-matian beranggapan apa yang kita usahakan selama ini akan membawa kita kepada mati syahid, rupa-rupanya hanya berkesudahan dengan mati yang sia-sia kerana pemahaman yang keliru. Lebih sedih lagi kita telah mengabaikan salah satu perintah yang wajib kita kaum muslimin lmelaksanakannya iaitu berperang (jihad fi sabilillah). Dan perang ini (jihad) hanya dapat dilaksanakan dengan berkesan jika wujudnya sebuah Daulah Khilafah dengan seorang Khalifah yang boleh memerintahkan keseluruhan umat Islam untuk berjihad.
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)