Bila 'Ia' Adalah Suatu Pemberian





Nur Kasih

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…


Wanita Solehah - Di Mata Syariat

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. 'Abdullah ibn 'Amr menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda :

'Dunia itu perhiasan; sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.' (HR Muslim).

Ana r.a. juga pernah menuturkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

'Siapa sahaja yang telah dikurniakan Allah wanita solehah bererti Dia telah menolongnya dalam satu bahagian agamanya. Oleh kerana itu, hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam bahagian keduanya.' (HR al-Hakim).

Perwatakan wanita solehah adalah sebagai berikut :

Pertama : Mentaati Allah dan suaminya. Allah SWT. berfirman : "Lelaki adalah pemimpin wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka. Oleh kerana itu, wanita yang solehah adalah yang mentaati Allah dan memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka."(QS an-Nisa' [4] : 3).

Abu Hurairah juga menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda : 'Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, aku pasti akan memerintahkan kepada wanita untuk bersujud kepada suaminya.'(HR at-Turmudzi).

Hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban. Dalam riwayat Ibn Hibban ditambahkan kalimah : 'Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seorang wanita dipandang belum menunaikan hak Tuhannya sebelum ia menunaikan hak suaminya.' (HR Ibn Hibban).

Ketika seorang Muslimah meninggal dunia, sementara suaminya meredhainya, ia pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam hal ini, Ummu Salamah menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda : 'Wanita mana sahaja yang meninggal, sementara suaminya meredhainya, ia pasti masuk syurga.' (HR at-Tirmidzi).

Kedua : Berhias untuk suaminya. Ini kerana, Rasulullah saw. bersabda : 'Jika suaminya memandangnya, ia menyenangkannya.' (HR Ibn Majah).

Rasulullah saw. juga pernah bersabda, sebagaimana dituturkan Sa'ad demikian : 'Di antara kebahagiaan itu ialah isteri yang jika engkau pandang, ia membuatmu takjub dan jika engkau meninggalkannya, ia akan memelihara diri dan hartamu.' (HR al-Hakim).

Ketiga : Memelihara rumah, diri dan harta suaminya.Hukum asal seorang wanita adalah sebagai ummun wa rabbah al-bayt (ibu dan pengatur rumah tangga). Hal ini didasarkan pada hadis dari Ibn 'Umar. Disebutkan bahawa Nabi saw. pernah bersabda : 'Setiap diri kalian adalah pemimpin; masing-masing bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin; ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya; ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin (pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya; ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.'(HR al-Bukhari dan Muslim).

Keempat : Membantu suaminya dalam urusan Akhirat. Rasulullah saw bersabda : 'Hendaknya salah seorang di antara kalian mempunyai hati yang bersyukur, lisan yang sentiasa berzikir dan isteri yang beriman yang dapat membantumu dalam urusan akhirat.' (HR Ibn Majah).

Kelima : Memiliki bekalan agama yang baik. dari 'Abdullah ibn 'Amr menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda : 'Janganlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya, kecantikannya akan menjadikannya berlebihan; janganlah pula kalian menikahi wanita kerana hartanya, hartanya itu akan membuatnya membantah. Nikahilah wanita atas dasar agmanya. Sesungguhnya seorang hamba sahaya perempuan yang hitam legam yang memiliki kebaikan agama adalah lebih utama.'(HR Ibn Majah).

Abu Adzinah ash-Shudfi menuturkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : 'Sebaik-baik isteri kalian adalah yang penyayang, banyak anak (subur), suka menghibur dan membantu jika ia bertakwa kepada Allah.' (HR al-Baihaqi).

Keenam : Mempergauli suaminya dengan baik untuk memelihara keredhaannya. Di antara pergaulan wanita terhadap suaminya adalah ia tidak berpuasa sunnah jika suaminya berada di rumah; juga tidak mengizinkan mahramnya berada di rumah suaminya. Abu Hurairah r.a. menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: 'Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa (sunnah), sedangkan suaminya berada di rumahnya, kecuali seizin suaminya; jangan pula ia mengundang seseorang ke rumah suaminya, kecuali seizin suaminya.' (HR al-Bukhari dan Muslim).

Wallahu'alam..

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya.

Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, Bapa kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.”

Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali.

Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Ku redhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah:ayat 3)

Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis.

Surat Chentaku



Hari ini seperti hari semalam. Dia bersikap dingin kepadaku tetapi dia menegur juga aku. Tertanya-tanya juga aku kenapa. Mungkin dia perlukan ruang untuk tidak berbual denganku. Kerana aku belajar agar tidak memaksa seseorang. Jika dia membaca apa yang aku tulis ini, aku harap dia faham yang aku tidak pandai meluahkan keprihatinanku dengan kata-kata.

Pagi tadi, kira-kira pukul 8 pagi aku menghantar sms kepadanya..

"Salam..erm, mcm ada yg xkne..tp xpela.kalo ada pape nak share, let me know."

Aku menunggu sms balas daripadanya tetapi tiada. Aku baru teringat dia tiada kredit ketika itu..
Setelah sejam kuliah, aku menoleh ke belakang melihatnya.. Aku berkata, "Owh, dia sedang menulis, study agaknya.. Biarlah.." Ingatkan nak ajak dia makan, tapi memandangkan dia macam tak nak makan, kubiarkan sahaja dia tanpa memanggil namanya.

Balik dari cafe, ada sepucuk surat di atas mejaku. Rakan sebelahku cakap, dia bagi surat. Aku cakap, owh surat chentaku..hehe..Suratnya ringkas tapi amat bermakna..

Teringat ketika aku keluar membeli tudung dengannya dua minggu lepas. Aku bersembang-sembang dengannya tentang isu semasa (Palestin,Khilafah,Umat Islam dll).. Terasa macam ingin kuulanginya lagi bersama dia..hehe.. Malam tue, status YM nya membuat kuterpana seketika.. Benarkah apa yang dia tulis tue?? Macam tak percaya je.. Tapi, mudah-mudahan dia benar-benar memahami apa yang aku sampaikan kepadanya..

"Wahai pemimpin negara, tlglah hntr tentera ISLAM ke Gaza. Sedarlah bahawa saudara seagama kita sedang sengsara. Menjadi pemimpin bukan bersenang lenang, pemimpin ibarat perisai.. Hapuskan pemangsa Yahudi laknatullah."

Kepada dia yang memberikan surat chentaku,
kugembira dengan perubahanmu. Semoga Allah sentiasa memberkatimu.. Ameen..

Altruisme


Allah SWT berfirman (yang ertinya) : Mereka mengutamakan (kaum Muhajirin) atas diri mereka sendiri walaupun mereka dalam kesusahan (QS al-Hasyr [59]:9).

Ayat ini berkaitan dengan sebuah riwayat yang dituturkan oleh Abu Hurairah ra. Disebutkan bahawa pernah ada seorang Muhajirin menemui Rasulullah saw. lalu berkata, "Ya Rasulullah, sungguh saya sangat lapar sekali!"

Mendengar itu Rasul segera membawa orang itu kepada salah seorang isteri beliau agar ia memberinya makan. Namun isteri beliau itu berkata, "Demi Zat Yang mengutusmu dengan haq. Kita tidak memiliki apapun kecuali air."

Nabi yang mulia lalu membawa orang itu kepada isteri beliau yang lain. Isteri beliau itu pun menjawab dengan jawapan yang sama. Beliau kemudian membawa orang itu kepada isteri-isteri beliau yang lainnya lagi.. Namun jawapan mereka juga sama saja : mereka tidak memiliki apa pun, kecuali air. Akhirnya, beliau bersabda kepada para sahabat, "Siapa sahaja yang sanggup menjamu tamu ini pada malam in, Allah pasti merahmatinya."

Seseorang dari kalangan Ansar lalu berdiri seraya berkata, "Saya, ya Rasulullah."

Orang Ansar itu pun membawa tamunya ke rumahnya. Ia lalu berkata kepada isterinya, "Kita didatangi tetamu malam. Apakah kita mempunyai makanan?"

Isterinya menjawab, "Tidak, kita tidak punya makanan, kecuali sedikit untuk anak-anak kita."

Lelaki Ansar itu berkata kepada isterinya, "Kalau begitu, tidurkanlah mereka. Hidangkan makanan itu untuk tetamu kita. Jika ia sudah masuk rumah, matikan lampu, sementara aku akan berpura-pura sedang makan."

Dalam kegelapan, tetamu itu pun masuk dan dipersilakan untuk memakan hidangan yang tidak seberapa bersama tuan rumah, padahal tuan rumah hanya berpura-pura makan.

Keesokan harinya, Nabi saw. bersabda kepada suami isteri itu, "Sungguh Allah sangat mengagumi kalian berdua kerana tingkah laku kalian malam tadi dalam menjamu tetamu kalian." (Al-Qurthubi, XVIII/24).

Kisah di atas sangatlah popular dan kerap kita dengar. Begitu kerap diperdengarkan, bagi sesetengah orang kisah itu mungkin tidak menarik lagi; tidak lagi mengharukan, menyentuh hati, apalagi meningkatkan rasa simpati kepada orang lain yang berada dalam kesulitan.

Sedangkan kisah di atas setidaknya memberikan dua pelajaran yang sentiasa relevan untuk diingat oleh setiap Muslim di mana pun dan bila-bila sahaja.

1) Betapa Rasulullah saw dan keluarganya tidak boleh dikatakan sebagai keluarga yang berada. Dalam banyak riwayat, Rasul sering 'terpaksa' puasa kerana seringnya beliau tidak menemukan sesuatu untuk dimakan. Namun yang menakjubkan di tengah kesederhanaannya, Rasul yang mulia tetap memperhatikan keperluan orang lain. Kehidupan Rasul kekasih Allah seperti ini menjadi cermin bagi kita bahawa kekurangan dan kemiskinan bukanlah alasan untuk berkeluh-kesah, berputus asa atau tidak mempedulikan orang lain. Lebih-lebih lagi jika kekurangan dan kemiskinan itu sampai mengakibatkan kita 'futur' di jalan dakwah. Bukankah Rasulullah saw. tidak pernah berhenti berdakwah hanya kerana sering dalam kekurangan?

2) Betapa banyak kekurangan dan kemiskinan, sahabat Ansar yang dikisahkan dalam riwayat di atas memiliki kesanggupan untuk mengutamakan orang lain (altruisme) berbanding dirinya dan keluarganya. Ia sanggup mengenyangkan tetamunya yang lapar walaupun ia sendiri dan keluarganya juga kelaparan. Gambaran sahabat Ansar yang satu ini selayaknya juga menjadi cermin bagi kita, bahawa kekurangan dan kemiskinan tidak boleh menghalangi niat untuk mengutamakan orang lain yang lebih memerlukan.

Sekarang, marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, sejauh mana rasa simpati, empati dan altruisme kita kepada saudara kita terutamanya yang sama-sama bergiat aktif dalam barisan dakwah, yang kehidupan ekonominya jauh lebih buruk daripada kita. Pernahkah kita tahu, atau mengambil tahu, bahawa di samping kita ada aktivis dakwah yang sering menahan lapar (berpuasa) kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan? Sedangkan mungkin ketika itu di rumah kita mempunyai makanan yang berlebihan.

Wallahu'alam..

Keutamaan Amal Muslimah


Jihad adalah kewajiban (fardhu) atas seluruh kaum Muslim, baik lelaki mahu pun wanita. Dalam konteks jihad defensif (jihad li ad-difa'i), jihad adalah fardhu 'ain atas mereka apabila musuh (negara kafir) memasuki dan menyerang kampung-kampung atau negara-negara tempat mereka tinggal. Akan tetapi, dalam konteks jihad ofensif (jihad li al-hujumi), jihad menjadi fardhu kifayah atas mereka. Ertinya, aktiviti jihad fi sabilillah wajib ditunaikan dan harus selalu dilangsungkan oleh Daulah Islamiyah. Semua itu sebagai bentuk pelaksanaan hukum Allah SWT. dan dalam rangka mengemban aktiviti dakwah ke seluruh penjuru dunia melalui futuhat (pembukaan negeri-negeri baru bagi penyebaran risalah Islam).

Peranan kaum Muslim pada zaman Rasulullah saw. dalam aktiviti jihad ofensif sangat tinggi. Mereka berlumba-lumba mencari kemuliaan berupa kesyahidan (syahadah) dan keredhaan Allah SWT., tidak terkecuali kaum wanita. Namun, Rasulullah saw. mengajarkan kepada kaum wanita agar mampu menentukan skala keutamaannya. Dalam hal ini, Ibn 'Abbas menuturkan riwayat, maksudnya:

Ada seorang wanita yang pernah meminta izin kepada Nabi saw. untuk turut serta berjihad. Ia berkata, "Wahai Rasulullah, aku diutus oleh kaum wanita untuk menghadap kepadamu sebagai wakil mereka dalam berjihad, yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kaum lelaki. Apabila mereka menang (dalam jihad), mereka akan beroleh pahala (ganjaran); jika mereka gugur, mereka akan mendapat kemuliaan di sisi Allah. Sementara itu, kami adalah kaum wanita. Apabila kami membantu kaum lelaki (dalam berjihad), apakah kami akan beroleh pahala?"

Nabi saw. menjawab, "Sampaikanlah salamku kepada kaum wanita yang mengutusmu. Mentaati suami dan menjalankan semua perintahnya adalah sama pahalanya dengan orang yang berjihad. Sayangnya mereka banyak yang tidak menjalankan hal ini." (HR al-Bazzar).



Penjelasan Rasulullah saw. menunjukkan dengan tegas tentang keutamaan kaum wanita. Kaum wanita adalah ummun wa rabbah al-bait (ibu sekaligus pengatur rumah tangga). Apa jadinya dengan pengasuhan, pendidikan dan perkembangan anak-anak (generasi muda) jika mereka terabai waktunya untuk aktiviti di luar rumah walaupun aktiviti di luar rumahnya itu adalah wajib? (Dalam contoh di atas adalah jihad li al-hujumi yang hukumnya fardhu kifayah). Bukankah aktiviti di dalam rumahnya- menjadi ummun wa rabbah al-bait - adalah fardhu 'ain, dan tidak dapat digantikan oleh orang lain, walaupun suaminya sendiri? Itulah alasan mengapa Rasulullah saw menyuruh kaum wanita agar mentaati suami mereka, sementara pahala yang diperoleh seorang wanita mentaati suaminya adalah amat besar.

Wallahu'alam.

Debat : Perlu Etika??


Imam Asy-Syafi‘i berkata,

Aku tidak berbicara kepada seorang pun kecuali aku sangat suka jika ia mendapatkan taufik, berkata benar, dan diberi pertolongan. Ia akan mendapatkan perhatian dan pemeliharaan dari Allah. Aku tidak berbicara kepada seorang pun selamanya kecuali aku tidak memperhatikan apakah Allah menjelaskan kebenaran melalui lisanku atau lisannya.” Ibnu Aqil berkata, “Setiap perdebatan yang tujuannya bukan untuk membela kebenaran adalah kebinasaan bagi pelakunya.”

Etika Debat

Debat (al-jadal/al-jidal) identik dengan dialog/bincang (at-tahawur). Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Allah mendengar soal jawab antara kalian berdua." (Qs. al-Mujadalah [58]: 1).

Dalam ayat ini Allah menyebut debat dengan istilah tahawur, ertinya berbincang/berdialog. Debat pada dasarnya adalah menyampaikan hujah atau yang diduga sebagai hujah oleh dua pihak yang berbeza pendapat. Tujuannya adalah untuk membela pendapatnya atau mazhabnya, membatalkan hujah lawannya, serta mengalihkannya pada pendapat yang tepat dan benar menurut pandangannya. Debat adalah perkara yang diperintahkan syariat untuk menyatakan yang haq dan membatalkan yang batil. Dalilnya antara lain adalah firman Allah SWT berikut:

"Serulah (manusia) pada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Qs. an-Nahl [15]: 125).

Rasulullah SAW juga sering mendebat kaum musyrik Mekah, Nasrani Najran, dan Yahudi Madinah. Pengembang dakwah akan senantiasa menyerukan Islam, melakukan amar makruf nahi mungkar, dan memerangi pemikiran yang sesat. Kerana debat telah ditentukan sebagai cara (uslub) untuk melakukan semua aktiviti tersebut maka debat menjadi suatu kewajiban, sesuai dengan kaedah:

Selama kewajiban tidak sempurna kecuali dengan suatu perkara maka perkara tersebut menjadi wajib

Debat Yang Tercela

Namun demikian, ada satu jenis perdebatan yang dicela oleh syariat hingga bahkan dianggap sebagai bentuk kekufuran, seperti mendebat Allah dan ayat-ayat-Nya. Allah SWT berfirman:

"Mereka berdebat tentang Allah, sementara Dia-lah Tuhan Yang Mahakeras siksa-Nya." (Qs. ar-Ra’du [13]: 1).

"Tidak ada yang memperdebatkan ayat-ayat Allah kecuali orang-orang kafir." (Qs. al-Ghafir [44]: 4).

Berdebat tentang al-Qur’an untuk menetapkan bahawa al-Qur’an itu bukan mukjizat atau bukan berasal dari Allah juga merupakan suatu kekufuran. Rasulullah SAW, sebagaimana dituturkan Abu Hurairah, pernah bersabda:

"Berdebat tentang al-Qur’an adalah kekufuran." [HR. Ahmad].

Antara Debat dan Syagab

Debat yang diperintahkan syariat dapat dilakukan dengan didasarkan pada hujah (dalil) atau yang diduga sebagai dalil (syubhah dalîl). Di luar itu dinamakan syagab (penyimpangan) atau takhlîth (pencampuradukan yang haq dengan yang batil).

Syubhah adalah sesuatu yang diduga oleh suatu mazhab sebagai suatu kebenaran, padahal bukan. Ini adalah definisi Ibnu Aqil. Sedangkan syagab diertikan oleh Ibnu Hazm dengan tindakan menyimpangkan kebenaran dengan hujah yang batil, dengan menggunakan premis-premis yang rosak yang akan membawa orang pada kebatilan; disebut juga safsathah. Ibnu Aqil berkata,

Siapa saja yang suka menempoh metodologi ahli ilmu, maka ia hanya dibenarkan berbicara dengan hujah (dalil) atau syubhah dalîl. Sedangkan syagab merupakan pencampuradukan yang dilakukan oleh ahli debat.”

Dari paparan di atas dapat ditarik kesimpulan, bahawa syagab adalah berdebat tanpa menggunakan dalil atau syubhah dalîl.

Etika Debat

Di antara etika dan aturan berdebat yang telah diwasiatkan oleh para ulama —dengan sebahagian tambahan— adalah :

1. Mengutamakan ketakwaan kepada Allah; bermaksud ber-taqarrub kepada Allah dan mencari redha-Nya dengan menjalankan perintah-Nya.

2. Diniatkan untuk menyatakan yang haq dan membatalkan yang batil, bukan kerana ingin mengalahkan lawan. Imam Asy-Syafi‘i berkata,

      Aku tidak berbicara kepada seorang pun kecuali aku sangat suka jika ia mendapatkan taufik, berkata benar, dan diberi pertolongan. Ia akan mendapatkan perhatian dan pemeliharaan dari Allah. Aku tidak berbicara kepada seorang pun selamanya kecuali aku tidak memperhatikan apakah Allah menjelaskan kebenaran melalui lisanku atau lisannya.” Ibnu Aqil berkata, “Setiap perdebatan yang tujuannya bukan untuk membela kebenaran adalah kebinasaan bagi pelakunya.”

3. Tidak dimaksudkan untuk mencari kemegahan, kedudukan, meraih dukungan, berselisih, dan ingin dilihat.

4. Diniatkan untuk memberikan kepatuhan kepada Allah dan pada agama-Nya serta nasihat kepada lawan debatnya. Sebab, kata Nabi SAW “Agama adalah nasihat (Ad-Din nashihah).”

5. Diawali dengan memuji Allah SWT dan bersyukur kepada-Nya serta membaca selawat kepada Nabi SAW.

6. Memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar diberi taufik atas perkara yang diredhai-Nya.

7. Menggunakan metod yang baik serta dengan pandangan dan keadaan yang baik. Ibnu Abbas r.a menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : Petunjuk yang baik, cara yang baik, dan tidak berlebih-lebihan adalah satu dari dua puluh lima bahagian kenabian. [HR. Ahmad dan Abu Dawud]. Ibnu Hajar berkata, “Ketahuilah, sesungguhnya petunjuk yang baik pada akhir zaman lebih baik daripada sebahagian amal.”

8. Singkat dan padat dalam berbicara, iaitu berbicara sedikit tetapi sarat makna, serta tepat sesuai dengan sasaran. Terlalu banyak bicara akan mengakibatkan kebosanan; juga berpeluang menimbulkan kesalahan, campur-aduk, dan ketergelinciran.

9. Bersepakat dengan lawan debatnya atas sumber yang akan menjadi rujukan keduanya. Jika lawan debat adalah orang kafir maka rujukannya semata-mata akal. Jika lawan debat adalah Muslim maka rujukannya adalah akal dan naql. Akal menjadi rujukan pada perkara-perkara yang bersifat rasional. Naql menjadi rujukan pada perkara-perkara yang bersifat syar‘i. Allah SWT berfirman : "Jika kalian berselisih tentang suatu perkara, kembalikanlah perselisihan itu kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (as-Sunnah)." (Qs. an-Nisaa’ [4]: 59). Orang kafir tidak boleh didebat dalam perkara cabang syariat, kerana ia tidak mengiman pokok syariat. Sebagai contoh : orang kafir tidak boleh didebat dalam masalah poligami lebih dari empat, kesaksian wanita, jizyah, warisan, keharaman khamr, dan yang lainnya. Berbincang dengan orang kafir mesti dibatasi pada pokok-pokok agama (akidah/keimanan) yang dalilnya bersifat rasional. Sebab, tujuan dari bincang adalah mengalihkannya dari kebatilan menuju haq, dan dari kesesatan menuju petunjuk. Hal ini tidak boleh diwujudkan kecuali dengan mengalihkannya dari kekufuran menuju keimanan terlebih dulu.

10. Tidak mengeraskan suara kecuali dengan kadar yang diperlukan untuk boleh didengar oleh orang yang ada disekitarnya; juga tidak boleh berteriak di hadapan lawan bincang. Pernah diriwayatkan, ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang bernama Abdush Shamad. Ia berbicara di hadapan Khalifah al-Ma’mun dengan mengeraskan suaranya. Al-Ma’mun kemudian berkata, “Abdushshamad, janganlah engkau mengeraskan suaramu. Sebab, kebenaran terdapat pada yang paling tepat, bukan yang paling keras.” Khatib yang sebenarnya ada pada seorang fakih, bukan yang pura-pura fakih.

11. Tidak boleh meremehkan dan menghinakan keberadaan lawan debat; bersabar atas penyimpangan lawan debat; berusaha memaklumi dan memaafkan kesalahannya, kecuali orang itu adalah orang yang pandir —kita mesti menjauhkan diri dari berbincang dan berdebat dengannya.

12. Menjauhi tindakan bodoh (al-hiddah) dan berbuat sesuatu yang membosankan.

13. Jika berdebat dengan orang yang lebih banyak pengetahuannya maka janganlah mengatakan, “Anda salah,” atau, “Pendapat Anda keliru.” Akan tetapi, katakanlah, “Bagaimana pandangan Anda jika ada orang yang berpendapat… (sebutkan pendapatnya)?” (dengan menggunakan nada orang yang meminta petunjuk), atau katakanlah, “Bukankah yang benar itu begini (sebutkan yang dimaksud)?”

14. Berusaha memikirkan dan memahami perkara yang disampaikan oleh lawan debat agar boleh membantahnya dengan mudah. Tidak boleh cepat-cepat berbicara sebelum lawan selesai berbicara. Ibnu Wahab berkata, “Aku pernah mendengar Imam Malik berkata, ‘Tidak ada kebaikan dalam jawaban sebelum difahami masalahnya terlebih dulu.’” Bukan termasuk etika yang baik jika seseorang memutuskan pembicaraan lawannya. Adapun jika lawan debat adalah orang yang berdebat kerana ingin berselisih, keras kepala, banyak membicarakan yang tidak bermanfaat maka yang menjadi sikap asal adalah tidak berbincang dengannya —jika semua sifat itu memang telah nyata diketahui ada pada dirinya. Apabila ia baru mengetahui sifat-sifat tersebut di tengah-tengah bincang maka ia mesti menasihatinya. Apabila ia tidak boleh menjaga diri maka putuskanlah pembicaraan dengannya.

15. Tidak berpaling kepada orang-orang yang hadir di majlis kerana meremehkan lawan debatnya, baik orang-orang itu berbeza pendapat atau bersepakat dengannya. Jika lawan debat melakukan hal itu maka mesti dinasihati. Apabila tidak mahu menghentikannya maka hentikanlah bincang ini.

16. Tidak boleh berdebat dengan merasa hebat dan takjub dengan pendapatnya, kerana orang yang ujub tidak akan menerima satu pendapat pun dari orang lain.

17. Tidak boleh berdebat di tempat-tempat yang dikhuatirkan, seperti berbincang di tempat terbuka dan di tempat-tempat umum, kecuali jika ia merasa tenteram dengan agamanya; tidak takut kerana Allah terhadap caci-maki orang yang mencaci; siap menanggung risiko dari pembicaraannya, baik berupa penahanan hingga pembunuhan. Tidak berbincang di tempat penguasa yang dikhuatirkan akan membahayakan dirinya. Jika tidak boleh meneguhkan dirinya bersama Hamzah (tidak mampu mengatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim) maka diam adalah lebih utama. Dalam keadaan ini kita mesti mengingat kembali bagaimana sikap para ulama terdahulu seperti Imam Ahmad dan Imam Malik; juga sikap para ulama masa kini seperti para ulama yang mendebat Muammar Qadafi ketika mengingkari Sunnah.

18. Tidak boleh berdebat dengan orang yang tidak disukai, baik kebencian ini datang dari dirinya atau datang dari lawannya.

19. Tidak boleh bermaksud ingin mengalahkan lawan bincang dalam forum. Tidak berbicara panjang lebar, khususnya dalam perkara yang sudah diketahui oleh lawan.

20. Tidak boleh berbincang dengan orang yang meremehkan ilmu dan ahlinya atau di hadapan orang-orang yang pandir yang meremehkan bincang dan orang-orang yang sedang berbincang. Imam Malik berkata, “Termasuk menghinakan dan meremehkan ilmu jika seseorang membicarakan ilmu di hadapan orang yang tidak menaati ilmu.”

21. Tidak boleh keras kepala dengan tidak menerima kebenaran ketika kebenaran itu tampak pada lawannya. Sebab, kembali pada kebenaran adalah lebih baik daripada terus-menerus dalam kebatilan; juga supaya termasuk ke dalam golongan orang yang mendengarkan perkataan dan mengikuti yang paling benar.

22. Tidak boleh melencongkan jawapan iaitu dengan memberikan jawaban yang tidak sesuai dengan pertanyaan, seperti jika seseorang bertanya, “Apakah Arab Saudi itu Negara Islam?” kita kemudian menjawab, “Peradilan di sana Islami.” Jawaban ini adalah mughalathah, ertinya kacau atau tidak sesuai dengan pertanyaan. Jawaban yang semestinya adalah mengatakan: benar, tidak, atau tidak tahu. Jawaban manapun dari ketiga jawaban ini —terlepas benar atau salah— adalah termasuk jawaban yang muthabiqah (sesuai dengan pertanyaan).

Itulah beberapa etika yang mesti diperhatikan ketika kita berdialog atau berdebat dengan pihak lain. Yang paling penting fahami tuntutan sabda Baginda Sallallahualaihi wa sallam berikut;

“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah)

Wallahu a‘lam bi ash-shawab.

Warkah Khas Buat Adam


Samurai X-Kenshin Himura
(My favourite anime)


Warkah ini saya tujuan khas buat my brother, Alang.. Since his birthday is today, i would like to wish Happy Birthday to my coolest Alang..hehe..So, bertambah umurmu, bertambahlah juga bebanan tanggungjawabmu..Bertambah besarlah tugasmu sebagai hamba-Nya..Semoga dirimu dirahmati dan diredhai oleh-Nya sentiasa serta bakal mengulangi kehebatan Sallehuddin Al-Ayubi, Ameen..


Gundam Seed Destiny
(Alang's favourite anime)

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku,
Kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..

FROM: Najihah

Mengenal Hakikat Manusia

Mengenal Diri

Mengenal diri merupakan satu subjek yang amat penting sekali dalam menentukan arah tuju manusia itu sendiri dan memahami dengan lebih jelas siapakah manusia itu. Oleh itu, manusia mestilah dikaji sebagai objek yang menyeluruh dan mendalam, iaitu dengan memahami gerak kerja yang mempengaruhi hidupnya. Adalah amat significant sekali melihat manusia dari pandangan yang benar supaya tidak ada lagi kesalahan dalam membuat keputusan berkenaan dengan penyelesaian masalahnya, pemahanman tentang potensi tentang potensi kehidupan inilah yang akan menentukan pemahaman berikutnya, tentang apa dan bagaimana manusia mesti bertingkah-laku. Disamping itu, pemahaman tentang masalah ini akan sangat mempengaruhi pandangan setiap Muslim khasnya pengembang dakwah dalam menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapinya. Pemerhatian yang teliti dengan pemikiran yang jernih ke atas insan akan menghasilkan satu kesimpulan yang tepat berkenaan diri manusia, iaitu manusia terdiri dari:

1) Potensi kehidupan yang tercermin dari perbuatan manusia
2) Potensi akal yang akan mencerminkan sikap manusia

Potensi Kehidupan Manusia

Pada diri manusia terdapat khasiat yang sama dengan makhluk hidup yang lain. Dimana khasiat yang dimaksudkan disini adalah keistimewaan yang berupa potensi khas yang diberikan oleh Allah SWT kepada benda, sehingga benda tersebut dapat memberikan sesuatu atau dapat dipergunakan untuk menghasilkan sesuatu seperti kemampuan berfikir, pertumbuhan dan perkembangan menjadi besar, keletihan dan mengantuk yang merupakan kesan daripada keperluan jasmani, juga berkembang-biak, merasakan kasih-sayang, perasaan kebapaan dan keibuan yang merupakan kesan dari naluri melanjutkan keturunan (procreation instinct), mempertahankan diri dan menyukai sesuatu, ingin berkuasa, ingin memiliki kekayaan, marah, selesa dan bangga yang merupakan kesan daripada naluri mempertahankan diri, merasa lemah dan mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi, takut dan perasaan tenang kerana melakukan ketaatan yang merupakan naluri beragama. Termasuklah perasaan-perasaan lain yang mendorong untuk dipenuhi. Semuanya itu mendorong dirinya untuk melakukan perbuatan dalam rangka memenuhi tuntutan perasaan-perasaan tersebut.

Akan tetapi, meskipun dorongan dari dalam dirinya kuat agar perasaan- perasaan tersebut dipenuhi, namun samada ianya dipenuhi atau tidak adalah bergantung kepada mafhum setiap orang tentang dorongan tersebut. Dan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Walaupun haiwan mempunyai naluri dan keperluan jasmani, namun ia tidak mempunyai akal, yang lantaran tidak mempunyai mafhum, maka dalam memenuhi dorongan naluri dan keperluan jasmaninya, haiwan menggunakan tamyiz gharizi, yang mana tamyiz gharizi tersebut adalah kemampuan untuk membezakan yang ada pada haiwam, yang bersifat naluriah, kerana adanya pencerapan ke atas sesuatu secara berulang-ulang. Contohnya, apabila haiwan itu makan, mengapa makan rumput? Dan bagaimana caranya ia mengetahui bahawa benda di hadapannya adalah rumput? Haiwan juga tidak pernah mendapat pendidikan seks, sebab pendidikan hanya dapat diberikan kepada manusia. Namun begitu, haiwan jantan dapat melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina yang sejenis. Misalnya anjing dengan anjing, serta hanya akan memasukkan zakarnya ke dalam vagina haiwan betina, bukan ke tempat yang lain. Semua ini merupakan tamyiz gharizi dan cara tersebut tidak pernah berubah. Berbeza sekali dengan manusia. Manusia dapat merubah cara dalam melakukan hubungan seksualnya. Adakalanya dengan cara liwat, kadang-kala seks oral dan sebagainya. Justeru semuanya dapat dilakukan oleh manusia kerana manusia dikurniakan akal.

Jika demikian, apakah potensi manusia dan haiwan itu sama? Jawabnya, mesti diteliti terlebih dahulu. Apabila yang dipermasalahkan adalah potensi kehidupan, maka potensi kehidupan manusia adalah sama dengan haiwan. Sebab yang dimaksudkan dengan potensi kehidupan disini adalah ciri khas yang diberikan oleh Sang Pencipta kepada setiap makhluk yang hidup . Apabila diperhatikan dengan mendalam, potensi kehidupan tersebut hanya ada dua, iaitu i) Keperluan jasmani (al-hajat al-udhuwiyyah), ii) naluri (gharizah) . Manakala akal (fikiran) bagi kehidupan manusia, tidak termasuk dalam potensi kehidupan sebab manusia masih boleh hidup meskipun akalnya hilang. Seperti orang gila, atau anak kecil yang belum sempurna akalnya. Akan tetapi, akal tetap merupakan salah satu potensi yangada pada manusia, yang justeru merupakan potensi terpenting baginya sebab akallah yang membezakan diantara manusia dengan makhluk yang lain.

Tubuh manusia yang dapat dicerap sebenarnya terdiri daripada pelbagai sel dengan bentuk, warna dan tugas yang berbeza. Jumlahnya lebih dari 200 billion sel. Setiap sel terdiri daripada membran (dinding sel) dan nukleus yang dikelilingi sitoplama. Plasma ini pula mengelilingi inti sel yang terdiri daripada beberaa kromosom. Bilangan kromosom ini hanya berjumlah 46 sahaja, tidak kurang dan tidak lebih dari itu, dimana kesemuanya terhasil dari gabungan sel sperma lelaki dan ovum perempuan.

Berkenaan dengan struktur tubuh manusia, tidak ada perbezaan antara seseorang dengan seorang yang lain apabila dilihat dari segi struktur organ dan fungsinya, walau apapun warna, bentuk dan penampilannya. Setiap manusia mempunyai mata, hati, hempedu serta anggota tubuh yang lain. Dan setiap anggota tubuhnya terdiri daripada sel-sel yang telah diterangkan sebelumnya, sehingga setiap manusia perlu makan, bernafas dan bergerak, tidur dan rehat.

Kenyataan bahawa setiap tubuh manusia memerlukan hal tertentu adalah khasiat yang telah diberikan Allah SWT kepada manusia. Inilah yang disebut sebagai keperluan jasmani (al-hajat al-udhuwiyyah) dan keperluan ini memerlukan pemenuhan. Maka, untuk memenuhi keperluan itu, manusia memerlukan keadaan, benda dan aktiviti tertentu. Keadaan yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti tidur, rehat dan dengan suhu udara tertentu. Sedangkan benda yang diperlukan antara lainnya seperti makanan, minuman, udara (oksigen). Manakala aktiviti yang dilakukan antara lainnya seperti makan, bernafas, membuang air besar dsb. Inilah keperluan jasmani manusia iaitu keperluan yang lahir dan wujud kerana kesan daripada kerja struktur organ tubuh manusia. Makanan adalah benda yang diperlukan oleh tubuh untuk memberi tenaga, kerana adanya zat tertentu di dalam makanan tersebut yang sesuai untuk keperluan tubuh. Apabila zat yang diperlukan oleh tubuh tersebut tidak terpenuhi, maka tubuh manusia akan mengalami gangguan atau kerosakan. Dan dari sinilah biasanya penyakit bermula. Inilah gambaran tentang keperluan jasmani yang ada pada manusia.

Di samping itu, terdapat kenyataan lain yang lahir dari dalam diri manusia yang juga memerlukan pemenuhan. Bezanya kenyataan ini lahir bukan dari kesan kerja organ tubuh manusia melainkan dari luar diri manusia. Ketakutan, ingin berkuasa, cinta tanah air, cinta kepada suku atau ingin menguasai suku lain adalah kenyataan yang muncul daripada diri manusia. Kecenderungan kepada lawan jantina, perasaan keibuan, mencintai anak, mengasihi orang lain, perasaan hiba kepada orang yang memerlukan bantuan juga merupakan kenyataan yang muncul daripada diri manusia. Rasa kagum kepada orang lain, perasaan kurang, lemah, memerlukan kepada orang lain, menghormati orang lain dan sebagainya juga merupakan kenyataan yang muncul daripada diri manusia.

Semuanya ini mendorong manusia untuk melakukan aktiviti tertentu supaya dorongan tersebut dapat dipenuhi. Namun dorongan tersebut berbeza dengan dorongan daripada keperluan jasmani sebab keperluan jasmani tersebut timbul sebagai kesan daripada kerja organ tubuh manusia. Sedangkan kenyataan yang kedua ini timbul sebagai kesan dari aspek luaran tubuh manusia. Sebagai contoh apabila manusia makan dalam keadaan lapar, maka aktiviti tersebut dilakukan untuk memenuhi keperluan jasmani. Namun, adakalanya orang makan dalam keadaan kenyang, maka aktiviti tersebut dilakukan bukan kerana memenuhi keperluan jasmani, melainkan kerana naluri. Bukan kerana dorongan lapar, melainkan kerana dorongan rasa ingin tahu, iaitu ingin merasainya, atau kerana dorongan perasaan yang lain. Jadi inilah yang dikatakan naluri, Naluri berbeza dengan keperluan jasmani.

Dalam konteks inilah Allah SWT telah berfirman melalui lisan Nabi Musa as :

Tuhan kami (iaitu) Tuhan yang telah menganugerahkan kepada tiap-tiap sesuatu dengan bentuk kejadiannya, kemudian memberikannya petunjuk – (Surah Thaha:50)

Ertinya bahawa Allah SWT telah menciptakan khasiat, kemudian Allah memberikan petunjuk kepada manusia atau haiwan agar menggunakan khasiat tersebut untuk melakukan aktiviti, iaitu dalam rangka memenuhi keperluan jasmani atau naluri. Sebahagian ulama’ menafsirkan ayat tersebut bahawa Allah SWT telah menciptakan haiwan betina untuk haiwan jantan daripada jenis jantinanya, supaya dapat melakukan perkahwinan, termasuklah bagaimana cara melakukannya. Di dalam ayat lain, Allah SWT secara amnya menerangkan hal yang sama, berkenaan dengan adanya khasiat yang diberikan oleh Allah SWT samada berupa keperluan jasmani mahupun naluri.

Zat yang Menciptakan dan Menyempurnakan (penciptaan-Nya) dan Yang Menentukan kadar (keistimewaan masing-masing) dan Memberikan petunjuk (Surah al-A’la:2-3)

Keistimewaan Pertama Manusia: Keperluan Jasmani

Keperluan jasmani manusia merupakan keperluan asas, yang lahir daripada kerja struktur organ tubuh manusia. Apabila keperluan asas tersebut tidak terpenuhi, maka astruktur organ tubuhnya akan mengalami kerosakan. Sebagai contoh, apabila tubuh manusia kekurangan air, maka kerja organ tubuhnya akan mengalami gangguan yang kemudiannya akan menyebabkan penyakit.

Keperluan jasmani juga berkaitan dengan peredaran zat yang ada di dalam tubuh. Sisa zat makanan, sebagai contoh, apabila tidak dapat dikeluarkan dalam bentuk najis, akan menyebabkan sakit perut dan memulas. Begitu juga, apabila manusia berada dalam keadaan udara yang dicemari dengan karbon monoksida, maka akan mengalami keadaan mengantuk, dan mungkin akan membawa pada kematian. Inilah bentuk keperluan jasmani. Jadi, keperluan jasmani ini merupakan keperluan organ tubuh dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pada manusia atau haiwan. Apabila pemenuhan keperluan ini kurang atau melampaui kadar tersebut, maka tubuh manusia akan mengalami gangguan (penyakit). Dalam hal ini, Allah SWT telah memberikan isyarat :


“ Dan diantara tanda-tanda Nya (Dia ciptakan) tempat untuk tidur kamu di waktu malam dan siang” ( surah ar-Rum:23)

“ Ini adalah manusia biasa, yang masih memerlukan makan sama dengan apa yang kamu makan, dan minum sama dengan apa yang kamu minum “ ( Surah al-Mukminun: 33)

Pada kadar tertentu, keperluan jasmani ini wajib dipenuhi sebab apabila ia tidak dipenuhi akan menimbulkan kemudaratan dan kematian. Maka, ia merupakan keperluan asas ( al-hajat al-asasiyyah ) manusia yang wajib dipenuhi. Oleh kerana itulah, maka sesuatu yang hukum asalnya haram pun dihalalkan oleh Allah SWT untuk orang-orang yang memerlukannya kerana apabila keperluan asasnya tidak dipenuhi, akan menyebabkannya binasa. Allah SWT berfirman :

“Maka, sesiapa sahaja yang dalam keadaan terpaksa, tanpa unsur kesengajaan dan penentangan, maka tiada dosa baginya”( Surah al-Maidah: 3)

Ayat di atas diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam konteks keharaman bangkai, darah, daging khinzir dsb, yang kemudiannya dibolehkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada orang-orang yang dalam keadaan terpaksa kerana untuk mempertahankan hidupnya sebab jika tidak memakannya ia akan menyebabkan kematian. Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam juga tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mencuri pada zaman kebuluran kerana untuk memenuhi keperluan asasnya:

“Tiada hukuman potong tangan (kepada pencuri apabila mencuri) pada zaman kebuluran yang sangat” (HR Makhul)

Oleh kerana itu, Umar bin Khattab tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang pencuri apabila ia mencuri semata-mata untuk memenuhi keperluan asasnya pada masa kebuluran.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pemenuhan keperluan jasmani merupakan pemenuhan yang wajib dilakukan. Apabila tidak dipenuhi pasti akan menyebabkan kehancuran dan kebinasaan. Atau apabila dipenuhi dengan tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka akan menyebabkan hal yang sama berlaku iaitu kebinasaan. Oleh kerana itu, manusia wajib berusaha memenuhi keperluan jasmaninya agar tidak ditimpa kebinasaan. Meskipun hukum asal hukum untuk memenuhinya mubah (harus), namun apabila telah sampai pada tahap yang boleh menimbulkan kemudaratan, maka pemenuhan itu menjadi wajib. Makan contohnya adalah aktiviti mubah yang menjadi wajib dipenuhi apabila menimbulkan kerosakan. Demikian halnya dengan kewajipan bekerja adalah dengan mengikut kadar terpenuh atau tidaknya keperluan asas seseorang. Apabila keperluan asasnya belum terpenuhi, maka bekerja untuk memenuhi keperluan asasnya adalah wajib. Berbeza apabila keperluan asasnya telah dipenuhi, maka bekerja untuk memenuhi keperluan seperti ini adalah mubah sahaja.

Disamping itu, keperluan jasmani adalah semata-mata keperluan yang lahir dari dalam tubuh manusia yang tidak ada hubungannya dengan unsur luaran. Rasa lapar contohnya, apabila telah dipenuhi hingga kenyang, maka meskipun ada makanan yang lazat, ia tidak akan mampu membangkitkan selera kenyang seseorang sehingga perutnya menjadi lapar kembali. Apabila muncul juga keinginan untuk makan makanan lazat tersebut, hal itu hakikatnya bukan kerana lapar melainkan kerana dorongan naluri ingin tahu, ingin mencuba dsb, sehingga makanan itu dimakan juga akhirnya. Inilah gambaran secara umum tentang keperluan jasmani manusia.

Keistimewaan Kedua Manusia: Naluri

Naluri manusia merupakan khasiat yang merupakan fitrah yang terdapat di dalam diri manusia agar manusia dapat mempertahankan eksistensi (keujudannya), keturunan dan mencari petunjuk berkenaan dengan kewujudan Sang Pencipta. Naluri ini memang tidak dapat dicerap secara langsung oleh manusia, namun dapat dijangkau oleh akal melalui kesan atau kenyataan yang jelas terlihat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menerangkan naluri tersebut melalui beberapa kenyataan yang telah dinyatakan di dalam beberapa ayat Al-Quran. Antara lain:

“Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu, dan pada apa-apa yang mereka jadikan atap.” (Surah An-Nahl:68)

Maksudnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kepada lebah khasiat yang memungkinkannya membuat sarang di gunung, pokok atau apa sahaja yang dibuat oleh manusia. Ayat ini menerangkan bahawa haiwan (termasuklah manusia) diberi khasiat untuk membuat rumah atau tempat tinggal agar dapat melindungi diri dari serangan makhluk lain. Ini merupakan kenyataan tentang wujudnnya naluri mempertahankan diri (gharizatul baqa’).

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menerangkan kenyataan lain daripada naluri dalam beberapa ayat yang antara lain:

“Dan (ingatlah) apabila Ibrahim dipuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “ (Dan saya mohon juga) daripada zuriat saya’. Allah berfirman: “Janjiku ini tidak akan mengenai orang-orang yang zalim.” ( Surah Al-Baqarah:124)

Kecintaan Ibrahim kepada zuriatnya merupakan kenyataan yang membuktikan wujudnya naluri iaitu naluri keturunan (gharizah al-nau’). Nabi Ibrahim memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar Dia menjadikan zuriatnya sebagai imam, sama seperti dirinya. Ini merupakan kenyataan wujudnya naluri yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala menafikan : “Allah berfirman:: ““Janjiku ini tidak akan mengenai orang-orang yang zalim’ yang menerangkan bahawa imamah tersebut hanya diberikan kepada zuriatnya yang zalim. Demikian juga ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, menceritakan kisah Yusuf ‘alayhi salam dengan seorang permaisuri raja:

“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf juga bermaksud (melakukan perbuatan yang sama) dengan wanita itu, seandainya dia tidak melihat tanda-tanda (dari) Tuhannya” (Surah Yusuf:24)

Dorongan syahwat kepada lawan jantina tersebut merupakan kenyataan yang membuktikan wujudnya gharizah an-nau’ Nabi Yusuf ‘alayhi salam kepada permaisuri raja tersebut. Demikian juga permaisuri raja tersebut, timbul syahwatnya kepada Nabi Yusuf ‘alayhi salam dan berkeinginan untuk memenuhi gharizah an-nau’ nya. Namun Nabi Yusuf ‘alayhi salam tidak melakukannya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mencegahnya. Contoh lain sebagaimana yang dikemukakan di dalam Al-Quran:

“Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, maka ianya memohon kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya” (Surah az-Zumar:8)

“Kembali kepada Allah” serta meluahkan keluhannya kepadaNya kerana ditimpa musibah adalah kenyataan mengenai wujudnya naluri beragama (gharizatul tadayyun). Ayat ini menerangkan kebiasaan manusia, iaitu berdoa atau memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila ditimpa kemelaratan namun apabila kesulitan telah hilang, Allah pun dilupakannya begitu sahaja.

Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa naluri manusia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu (i) Naluri mempertahankan diri (gharizatul baqa’), (ii) Naluri melanjutkan keturunan (gharizatul nau’) dan (iii) Naluri beragama (gharizatul tadayyun). Namun, sebahagian besar dari ahli-ahli psikologi menganggap kenyataan yang ditimbulkan dari naluri tersebut sebagai naluri. Contoh: mereka biasa menyebut naluri keibuan, naluri kebapakan, naluri ketakutan dsb. Sebenarnya, semua yang mereka sebutkan ini hanyalah kenyataan tentang wujudnya naluri dan bukannya naluri itu sendiri.

Namun perlu difahami perbezaan antara naluri dengan keperluan jasmani. Apabila keperluan jasmani timbul kerana unsur dalaman, akibat kerja organ tubuh manusia, maka naluri timbul kerana unsur luaran. Dari unsur luaran itu adalah pemikiran dan realiti. Oleh kerana itu, ketiga naluri tersebut muncul akibat adanya dua faktor luaran tersebut, iaitu (i) Realiti dan (ii) Pemikiran. Contohnya adalah kes Nabi Yusuf di atas. Nabi Yusuf dan permaisuri raja sama-sama tertarik antara satu sama lain kerana adanya realiti. Bagi Nabi Yusuf, wanita tersebut adalah realiti yang dapat mempengaruhi gharizatul nau’ nya. Begitu juga dengan permaisuri raja tersebut. Nabi Yusuf adalah realiti yang dapat mempengaruhi gharizatul nau’ nya sehingga masing-masing tertarik antara satu sama lain.

Orang yang berbelanja di pasar akan terdorong gharizatul baqa’nya kerana banyak realiti iaitu berbagai jenis barangan, samada pakaian, kasut ataupun lainnya. Semua barangan tersebut merupakan realiti yang dapat mendorong gharizatul baqa’ orang tersebut hingga dia terdorong untuk membeli. Bahkan, orang tersebut adakalanya bingung untuk memilih kerana semua barangan yang ada telah mendorong gharizatul baqa’nya dan kalau boleh semuanya ingin dibeli.

Orang yang mengucap takziah apabila ada orang yang meninggal dunia pastinya mengingatkannya kepada kematiannya kelak, serta menumbuhkan rasa ketakutan pada dirinya apabila meninggal kelak, sedangkan dirinya belum bersedia kerana merasakan masih banyak dosa. Perasaan seperti ini juga tumbuh daripada orang yang melihat realiti iaitu jenazah yang dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan yang pastinya ditinggalkan sendirian di dalam kubur. Orang yang menyaksikannya dapat membayangkan bagaimana jika dia kelak meninggal seperti jenazah tersebut. Inilah pengaruh realiti terhadap naluri manusia. Apabila seseorang lelaki membayangkan seseorang wanita, maka dorongan syahwatnya akan timbul meskipun ketika membayangkannya, wanita tersebut tidak ada di hadapannya. Seseorang yang membayangkan betapa nikmatnya mempunyai rumah besar, kesedaran peribadi serta keperluan yang serba lengkap pastinya akan mendorong keinginannya untuk mempunyai semua barangan tersebut. Begitu juga apabila seseorang membaca Al-Quran kemudian merenungkan isinya, antara lain tentang kenikmatan syurga, lalu timbul kerinduannya untuk mendapatkannya. Semua contoh tersebut merupakan kesan dari pemikiran.

Kedua-dua aspek luaran inilah yang mempengaruhi timbulnya naluri manusia. Oleh kerana timbulnya naluri tersebut bukan dari dalam diri manusia melainkan dari aspek luaran tersebut, maka apabila keinginan tersebut timbul, ia tidak mesti dipenuhi. Apabila ia tidak dipenuhi sekalipun, ianya tidak akan mengalami kebinasaan ataupun bahkan sehingga menyebabkan kematian. Tidak sama sekali. Naluri tidak akan mengakibatkan kesan-kesan seperti itu. Meskipun demikian, naluri tidak dapat dibunuh dan dihancurkan. Tetapi yang memungkinkan hanyalah dialihkan kepada yang lain atau ditekan. Contohnya, kecintaan kepada isteri dapat dialihkan kepada kecintaan kepada ibu. Kerinduan kepada isteri bagi seorang suami yang tinggal berjauhan dari isterinya dapat dialihkan dan dikalahkan dengan naluri yang lain. Caranya adalah dengan menjauhi realiti yang boleh membangkitkan naluri tersebut. Contohnya dengan tidak berinteaksi dengan wanita, tidak melihat gambar isterinya atau anak-anaknya, ataupun tidak menyibukkan pemikirannya dengan keluarganya. Kemudiannya, pemikirannya dipenuhi dengan hal-hal lain, antara lain dengan Zat Al-Wakil (Zat Yang Maha Mewakili) yang mampu mempengaruhi urusannya, yang menjadi tempatnya berserah untuk menyerahkan seluruh urusan keluarganya.

Meskipun demikian, tidak bererti bahawa naluri tersebut dapat dilumpuhkan secara mutlak. Sebab, naluri tersebut merupakan sebahagian dari fitrah manusia, manakala kenyataan yang nampak dari wujudnya naluri tersebut bukanlah sebahagian daripada fitrah manusia. Bahkan sedikitpun tidak akan mempengaruhi eksistensi fitrah tersebut. Contoh lainnya tentang pengalihan pemenuhan naluri tersebut adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Salallahu ‘alayhi wasallam apabila baginda memerintahkan berpuasa kepada pemuda yang mempunyai hajat kuat untuk berumahtangga ketika dia didominasi oleh kecenderungan seksualnya, iaitu apabila dia belum mampu membina rumahtangga. Sabda baginda Salallahu ‘alayhi wasallam:

“Wahai para pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang mampu berumahtangga, maka nikahlah. Sebab menikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun, sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya berpuasa, sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang)”. (HR Bukhari)

Puasa yang diperintahkan oleh Nabi Salallahu ‘alayhi wasallam dalam kes tersebut adalah agar seseorang yang mempunyai keinginan kuat untuk menikah kerana dorongan gharizatul nau’ nya dapat memalingkan dorongan gharizatul nau’ nya kepada dorongan gharizatul tadayyun (naluri beragama). Sebab puasa merupakan ibadah dan setiap ibadah mempunyai tujuan yang hendak dicapai iaitu meningkatnya kekuatan ruhiyah (spiritual) seseorang. Dengan spiritual yang meningkat, gharizatul nau’ seseorang dapat dikendalikan sehingga boleh ditekan.

Keistimewaan Ketiga Manusia: Akal dan Fikiran

Manusia adalah haiwan, sama seperti haiwan yang lain. Apabila haiwan yang lain mempunyai keperluan jasmani dan naluri, maka manusia pun demikian. Bezanya, manusia diberi akal, sedangkan haiwan yang lain tidak. Mengenai bukti-bukti bahawa manusia mempunyai akal, sedangkan haiwan yang lain tidak, jelas nampak daripada perbezaan diantara kehidupan setiap haiwan tersebut. Kehidupan manusia senantiasa dipenuhi dengan perubahan dan kerana itu kehidupannya dinamik, sedangkan haiwan tidak. Kehidupan haiwan juga bersifat statik, tidak mengalami perubahan. Dari masa ke semasa, hidupnya tetap sama. Itulah perbezaan yang jelas pada haiwan dengan manusia secara nyata. Dalil di dalam Al-Quran menggambarkannya dengan jelas:

“Kami telah menjadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari manusia dan jin. Mereka mempunyai hati, namun tidak digunakan untuk berfikir. Mereka mempunyai mata namun tidak digunakan untuk melihat. Mereka mempunyai telinga namun tidak digunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti haiwan, bahkan lebih hina lagi” (Surah Al-A’raf:179)

Ayat ini menerangkan adanya persamaan antara manusia dan jin dengan haiwan, iaitu apabila manusia dan jin sama-sama diberi akal, pendengaran dan penglihatan, namun tidak digunakan untuk berfikir, mendengar dan melihat realiti, maka kedudukan mereka sama dengan haiwan. Pada asalnya kedudukan mereka tidak sama dengan haiwan, namun apabila keistimewaannya iaitu akal tidak mereka gunakan, maka mereka sama dengan haiwan. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala menyamakan manusia dengan haiwan iaitu ketika manusia tidak berfikir,bererti haiwan memang tidak mempunyai akal. Dengan demikian, manusia diberi keistimewaan akal oleh Allah, sedangkan haiwan tidak.

Meskipun secara empirik dan normatif dalam pandangan Islam sudah jelas bahawa manusia mempunyai akal, namun sejak zaman dahulu ramai ulamak Islam dan non-Muslim tidak dapat menerangkan tentang esensi akal secara jelas . Oleh kerana itulah, maka pembahasan akidah Islam menjadi kacau dan bercelaru . Oleh sebab itu, memahami batasan akal dan fikiran ini menjadi sangat penting. Dengan demikian, semua masalah yang ditimbulkan akidah ketidak-jelasan batasan ini akan dapat dihindari.

Kata ‘akal’ berasal dari bahasa arab, iaitu ‘al-aqlu’. Erti perkataan tersebut adalah sama dengan al-idra’ dan al-fkr. Ketiga perkataan tersebut adalah sama. Dalam bahasa arab, perkataan seperti ini disebut mutaradif atau sinonim. Akal merupakan khasiat yang diberi Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia yang merupakan kesan daripada khasiat otak manusia. Sebab otak mempunyai keistimewaan untuk mengaitkan realiti yang dicerap dengan maklumat yang ada. Berbeza dengan otak haiwan. Otak haiwan tidak mempunyai khasiat untuk mengaitkan realiti dengan maklumat. Oleh kerana itu, haiwan tidak dapat dididik untuk bertingkah-laku baik dan sopan padahal haiwan mempunyai otak, memiliki pancaindera, dapat menerima maklumat dan diberi realiti. Sebab haiwan tidak dapat membuat kesimpulan kerana otaknya tidak mempunyai khasiat untuk mengaitkan realiti dengan maklumat. Maka tiap-tiap maklumat yang diberikan kepada haiwan selalu hilang, kerana fungsi otaknya tidak sama dengan otak manusia. Itulah perbezaan otak haiwan dengan manusia.

Otak manusia adalah benda yang terdapat di dalam tempurung kepala. Benda ini dikelilingi dengan tiga selaput yang dijaring dengan jalinan-jalinan talian saraf yang tidak terhitung jumlahnya, yang menghubungkan ke seluruh indera dan bahagian-bahagian tubuh manusia. Berat timbangan otak manusia dewasa mencapai 1,200 gram. Otak tersebut menghabiskan 25% oksigen yang diperolehi dari kedua paru-paru. Para ahli sains telah mengambil kesimpulan melalui eksperimen yang dilakukan dengan menggunakan infra-red yang mana melalui alat tersebut dapat diketahui bahawa apabila seseorang sedang berfikir, kenaikan haba (suhu) dapat dikesan semasa orang tersebut berfikir. Sebahagian saintis bahkan telah sampai pada kesimpulan bahawa maklumat yang dapat disimpan oleh otak manusia mencapai tidak kurang daripada 90 juta maklumat. Inilah keistimewaan otak manusia, yang tidak dimiliki oleh otak haiwan lain .

Dengan demikiran, merupakan kesalahan besar apabila membahaskan akal kemudian berkesimpulan bahawa akal adalah organ berbentuk fizikal dan berada dalam otak, kepala ataupun dada, dengan dalil bahawa hati ada dalam dada. Sebab fakta membuktikan bahawa orang yang dibedah hatinya atau jantungnya tidak berubah perangainya apabila ditukar jantungnya. Oleh kerana itu, akal sesungguhnya merupakan “kekuatan untuk melahirkan keputusan (kesimpulan) tentang sesuatu” dimana kekuatan ini bukan merupakan kerja satu organ tubuh manusia sahaja seperti otak, sehingga akal dianggap sama dengan otak, kemudian disimpulkan bahawa akal berada di dalam kepala. Ini adalah sebuah kesimpulan yang salah.

Jika demikian, siapa yang dapat membentuk kekuatan tersebut, yang secara simultan dapat membentuk akal? Maka, setelah melalui penelitian yang mendalam, dapat diambil kesimpulan bahawa kekuatan tersebut terbentuk daripada empat komponen yang dapat menyusun kekuatan sehingga menghasilkan apa yang dinamakan akal. Adapun proses kerja komponen-komponen tersebut sehingga menghasilkan kekuatan yang disebut akal adalah dengan memindahkan realiti yang telah dicerap ke dalam otak melalui pancaindera yang ada, dan dengan maklumat awal yang ada di dalam otak, realiti tersebut disimpulkan. Ketika itulah terbentuk kekuatan tersebut, iaitu kekuatan untuk menyimpulkan realiti. Inilah esensi akal manusia.

Intelektual Sosialis juga telah membuat kesimpulan berkenaan dengan akal, bahawa akal merupakan kekuatan yang dihasilkan melalui proses memantulkan realiti ke dalam otak atau otak ke dalam realiti. Mereka sengaja menolak komponen maklumat awal dalam memberikan gambaran tentang akal sehingga menyusun hujah bahawa akal merupakan kekuatan hasil refleksi. Benarkah akal merupakan kekuatan hasil refleksi otak ke dalam realiti atau sebaliknya? Jawapannya tentulah tidak benar sebab otak mahupun realiti tersebut sama-sama tidak dapat melakukan refleksi atau pantulan seperti cermin. Sebenarnya yang membawa pantulan objek realiti ke dalam otak tersebut adalah pancaindera (sense). Ini terbukti apabila pancaindera yang dipergunakan untuk mengesan objek adalah mata, maka memori yang tersimpan dalam otak berbentuk gambar. Sebab memori tersebut merupakan objek yang ditangkap dengan menggunakan mata. Berbeza apabila yang mengesan objek itu adalah hidung seperti bau kentut. Maka, memori yang tersimpan dalam otak berbentuk bau busukk. Juga berbeza apabila yang mengesan objek adalah telinga seperti bunyi kereta, maka memori yang tersimpan dalam otak berbentuk bunyi. Demikianlah seterusnya.

Inilah yang mereka sebut sebagai refleksi. Yang benar, semuanya itu merupakan hasil kerja pancaindera manusia. Jadi refleksi tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku. Tetapi yang ada adalah transformasi objek ke dalam otak dalam bentuk memori. Dengan pandangan tersebut, sebenarnya intelektual (golongan cendekiawan) Sosialis mengakui bahawa komponen akal yang dapat digunakan untuk berfikir seperti itu adalah 1) otak 2) Realiti yang dapat dicerap 3) Pancaindera yang mereka sebut dengan refleksi.

Sedangkan alasan mereka menolak wujudnya maklumat awal (ma’lumat sabiqah) hanya semata-mata kerana akidah mereka yang tidak mahu mengakui kewujudan Tuhan sebab mengakui ujudnya maklumat awal bererti mengakui bahawa pemikiran terlebih dahulu dari realiti. Dan dengan begitu akan muncul pertanyaan dari mana datangnya pemikiran manusia yang pertama? Sebab mesti ada Zat di luar diri manusia yang memberikan pemikiran tersebut dan Zat itu juga mestilah bukan realiti itu sendiri. Sudah tentu hal ini bertentangan dengan akidah mereka yang mengatakan bahawa alam atau realiti yang ada adalah bersifat azali yang tidak memerlukan Zat di luar dirinya. Dengan demikian, mereka membuat andaian (khayalan) bahawa manusia pertama telah melakukan eksperimen untuk mendapatkan maklumat.

Benarkah manusia dapat berfikir tanpa maklumat awal? Anak kecil atau prang dewasa yang gila adalah contoh yang tepat untuk membuktikannya. Anak kecil dan orang gila mempunyai persamaan dari segi otak. Otak anak kecil belum sempurna sedangkan otak orang gila tidak sempurna pertumbuhan atau tercedera. Otak dari setiap mereka tidak dapat digunakan menghubungkan antara maklumat awal dengan memori yang disampaikan oleh pencerapan mereka. Maka, samada anak kecil atau orang gila tersebut sama-sama tidak dapat membezakan realiti yang ada di hadapannya. Anak kecil yang memegang batu akan memakannya, dan orang gila juga akan melakukan hal yang sama. Masing-masing memiliki otak, namun benarkah dengan otak mereka secara automatik dapat menyimpulkan realiti di hadapan mereka? Ternyata tidak. Apabila orang gila dapat melakukannya, tentu kerana sisa memori yang masih terdapat dalam otak mereka. Sedangkan anak kecil tersebut sama sekali tidak dpaat melakukan apa-apa. Contoh lain apabila anak kecil tersebut diberi kosa kata yang salah seperti membuang air besar dikatakan menyanyi, maka jika tidak dibetulkan sehingga besar dia akan berkesimpulan bahawa menyanyi adalah buang air besar. Ini pengaruh maklumat awal pada diri seseorang.

Gambaran ini jelas sekali dari penjelasan Allah berkenaan dengan kisah Adam dan Malaikat, ketika berada di syurga apabila Malaikat protes kepada Allah Subhanahu wa Taala atas penciptaan Adam kerana dianggap hanya akan menimbulkan rusuhan di muka bumi, kemudian Allah membantah seraya menyatakan, Aku Maha Tahu tentang apa yang kamu tidak tahu. Dan Allah pun membuktikan pernyataanNya:-

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian mengajukannya kepada Malaikat seraya berfirman, “Bertahukanlah kepadaKu nama-nama mereka semuanya apabila kamu benar (dengan dakwaan kamu bahawa kamu lebih tahu). “Mereka menjawab, “Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai ilmu sedikit pun kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. Dia berfirman: “Wahai Adam, sampaikanlah kepada mereka nama-nama mereka semua”. Apabila Adam selesai menyebutkan kepada mereka nama-nama semuanya itu, Dia berfirman, “Bukankah aku telah beritahu kepada kamu, bahawa Aku Maha Tahu perkara ghaib di langit dan di bumi serta Maha Tahu apa yang kamu kemukakan dan apa yang kamu sembunyikan”. ( Al Baqarah 2:31-33)

Ayat di atas dengan jelas membuktikan bahawa Malaikat tidak dapat membuat kesimpulan tentang realiti yang ditunjukkan oleh Allah, sedangkan Adam dapat menunjukkannya, setelah Adam diberi maklumat oleh Allah sedangkan Malaikat tidak diberi maklumat terlebih dahulu oleh Allah. Dengan itu, jelaslah bahawa tidak ada seorang manusia pun yang dapat membuat kesimpulan tanpa mempunyai maklumat awal.

Apabila dilihat dari aspek kualiti pemikirannya samada dangkal (superficial thinking), mendalam (deep thinking) dan cemerlang (enlightened thinking), maka maklumat, pengetahuan dan pemikiran dapat dihuraikan seperti berikut:

1. Maklumat atau pengetahuan yang merupakan pemikiran yang dangkal.

Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalu proses berfikir yang hanya melihat sesuatu dan mengambil kesimpulan berkenaan dengan sesuatu itu tanpa disertai pemahaman. Pemikiran tersebut diperolehi dengan cara memindahkan realiti yang dicerap secara langsung ke dalam otak, tanpa ada usaha untuk mengindera perkara yang berhubungan dengannya, dan menghubungkan maklumat yang mempunyai kaitan dengannya. Juga tidak disertai usaha mencari maklumat lain yang mempunyai kaitan dengannya. Akhirnya kesimpulan yang diperolehi tentunya merupakan kesimpulan yang dangkal. Apabila pemikiran dangkal tersebut disampaikan kepada orang lain, maka ia akan menjadi maklumat bagi orang tersebut dan tentu maklumat ini merupakan pemikiran yang dangkal.

2. Maklumat atau pengetahuan yang merupakan pemikiran yang mendalam.

Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang melihat sesuatu dan membuat kesimpulan berkenaan dengan sesuatu tadi dengan cara memahaminya, setelah itu baru membuat kesimpulan tentang suatu tadi. Pemikiran tersebut diperolehi dengan cara meningkatkan kualiti pencerapan pada realiti yang disimpulkan, juga meningkatkan kualiti maklumat yang berkaitan dengan apa yang dicerap tersebut untuk memahami realitinya. Oleh kerana itu, maka orang yan mempunyai pemikiran yang mendalam tidak akan hanya mengindera atau puas dengan maklumat pertama yang digunakan untuk membuat kesimpulan, sebagaimana orang yang berfikir dangkal. Akan tetapi orang tersebut akan mengindera kembali serta menambah maklumat yang ada dengan maklumat yang lain. Pemikiran yang lahir dari proses seperti ini apabila disampaikan kepada orang lain maka ia menjadi maklumat bagi orang tersebut. Tetapi maklumat ini merupakan pemikiran yang mendalam.

3. Maklumat atau pengetahuan yang merupakan pemikiran yang cemerlang.

Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang mendalam ditambah dengan memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan realiti serta hal-hal yang masih mempunyai persekitaran dengan usaha untuk mencapai hasil yang benar. Apabila pemikiran tersebut disampaikan kepada orang lain, maka ianya merupakan maklumat bagi orang tersebut, yang tentunya ia merupakan pemikiran yang cemerlang.

Hajat Manusia Kepada Agama

Manusia diberi keistimewaan oleh Allah yang berbeza dengan haiwan iaitu akal, disamping keistimewaan-keistimewaan yang sama dengan haiwan seperti keperluan jasmani dan naluri. Kerana naluri itulah maka manusia memerlukan pemenuhan. Tidak terkecuali dengan naluri beragama (gharizatu at-tadayyun) yang terdapat di dalam dirinya. Semuanya menuntut untuk dipenuhi yang dalam hal ini tidak ada bezanya antara manusia dengan makhluk yang lain, sebab yang lainpun mempunyai naluri beragama seperti manusia. Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Al Quran berfirman:

“Dan segala sesuatu itu tidak ada, kecuali bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak akan dapat memahami bagaimana cara mereka bertasbih” – Al Isra’:44

“Tidakkah kamu melihat bagaimana kepada Allah bertasbih, langit dan bumi serta burung-burung dengan berbaris” (Surah An-Nur: 41)

Semua makhluk diberi keistimewaan yang sama dengan manusia dan mereka pun melakukan pemenuhan yang disebutkan dengan ‘bertasbih” kepada Allah Subhanahu Wa Taala dimana bertasbih tersebut merupakan bukti wujudnya naluri beragama iaitu mensucikan sesuatu yang diyakini,bahawa Dialah Sang Pencipta. Pensucian itu adakalanya menampakkan sesuatu yang hakiki yang biasanya dikatakan dengan istilah ‘ibadah’, tetapi adakalanya bentuk pensucian tersebut hanya merupakan penampakan minimum, seperti ta’zim dan penghormatan. Oleh kerana itu, semua makhluk beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Taala meskipun kita tidak memahami ibadah mereka, sebab ibadah itu merupakan keperluan setiap makhluk, kerana hal itu merupakan sebahagian dari fitrah mereka. Samada pensucian (taqdis) tersebut berkenaan dengan ta’abbud (ibadah), ihtiram (penghormatan) mahupun ta’zim, hakikatnya merupakan kesan daripada naluri beragama (gharizatu at-tadayyun), dan bukannya naluri mempertahankan diri (gharizatu al-baqa’), sebab apabila ia merupakan kesan daripada gharizatu al-baqa’, pastinya makhluk berkenaan tidak akan mendekatkan diri untuk beribadah, hormat dan ta’zim, sebaliknya akan melarikan diri dari zat yang ditakutinya.

Oleh itu naluri beragama telah ada pada diri manusia sejak sejarah kehidupan mereka bermula. Disepanjang sejarah tersebut, tidak pernah tercatat manusia hidupa tanpa memeluk agama, samada mereka menyembah matahari, bintang, api, berhala, mahupun menyembah Allah dimana penyembahan itu sebahagian daripada agama bagi mereka. Ini menunjukkan bahawa manusia sentiasa menyembah sesuatu di dalam kehidupan mereka sejak manusia itu diciptakan lagi. Ini bermakna, penganut Sosialisme yang menolak agama dan Tuhan, bukannya tidak mempunyai tuhan tetapi mereka mengganti tuhan dengan satu bentuk tyhan kepada bentuk tuhan yang lain, iaitu kebendaan (material), iaitu mengubah ta’zim dan taqdisnya dari tuhan kepada pahlawan atau benda-benda yang agung.

Oleh yang demikian, agama bagi manusia merupakan keinginan semulajadi yang diperlukan oleh nalurinya. Apabila naluri ni tidak dipenuhi, hidupnya akan mengalami kegelisahan, ketidak tenteraman, kegoncangan dan kekacauan. Oleh kerana itu, memeluk agama merupakan fitrah bagi setiap manusia. Apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah siapakah yang berhak menurunkan agama bagi manusia untuk mengatur keperluan naluri beragama tersebut?????

Dengan penelitian yang mendalam, kita akan dapati bahawa naluri tersebut merupakan pemenuhan yang berkaitan dengan Zat Yang Maha Agung, iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Maka dengan itu, aturan pemenuhan naluri tersebut mestilah daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Ini kerana Dialah Yang Maha Tahu tentang diri-Nya dan diri ciptaan-Nya iaitu makhluknya. Sedangkan manusia sendiritidak dapat memahami dirinya sendiri, apatahlagi tentang Zat Allah. Oleh kerana itu, sangat mustahil aturan agama tersebut datangnya dari manusia itu sendiri.

Perasaan lemah, serba kekurangan dan kekerdilan manusia di hadapan Zat Yang Maha Agung yang mendorong manusia mengagungkan Zat tersebut di dalam ibadah, sebenarnya bukan hanya timbul pada manusia ketika beribadah sahaja tetapi setiap masa sebab ia merupakan fitrah. Sedangkan fitrah dimana saja tetap fitrah, tidak akan berubah walaupun perasaan yang muncul daripada fitrah tersebut dapat dialihkan kepada bentuk yang lain. Oleh kerana itu, walaupun bukan dalam beribadah, manusia tetap memiliki naluri beragama sesuai dengan fitrahnya yang lemah, serba kekurangan dan memerlukan Zat Yang Maha Agung sehingga mustahil keperluan manusia kepada agama tersebut dapat dipenuhi dengan agama lain, selain agama yang diturunkan oleh Zat Yang Maha Agung iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Disinilah rasionalnya mengapa manusia memerlukan agama dan mengapa manusia memerlukan agama yang datangnya dari Allah Subhanahu Wa Taala dan bukannya dari yang lain.

Rasionalnya, agama memang sengaja diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada makhluk berakal yang telah dijadikan Allah sebagai khalifah fi al-ardhi yang telah bersedia menerima amanat yang tidak sanggup dipikul oleh gunung-ganang, langit dan bumi, namun diterima oleh manusia sebagai standard di akhirat kelak dimana Allah Subhanahu Wa Taala telah menjadikan keistimewaan akal manusia sebagai manath taklif (objek yang menjadi sebab diberi tanggungjawab) sehingga dapat memilih antara mengambil dan meninggalkan suatu agama. Oleh kerana itu, Allah Subhanahu Wa Taala akan meminta pertanggungjawaban manusia atas akalnya:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan dimintai pertanggungjawaban” ( Surah al-Isra’ :36)

My Blog

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat