Kenangan Di Hari Semalam.

Lebih dua hari kepala ini asyik ligat berfikir entry apakah yang ingin ditulis. Tajuk apakah yang sesuai untuk saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Akhirnya tajuk yang anda baca adalah tajuk yang telah saya pilih, Kenangan Di Hari Semalam. Macam pelik saja bunyinya. Tapi saya tak kisah, janji entry ini ter'publish'. Sebab, kisahnya bukan hanya semalam malah hari lain juga.

Seminggu ini (2hb-7hb Mac 2009) adalah minggu yang agak sibuk rasanya sepanjang semester dua ini. Status YM kawan saya pernah ada macam ini "minggu stress". Jadi memang betullah apa yang dirasai kawan saya itu sebab saya juga merasainya.. Hehe.. Apapun yang kita rasai, yang kita alami dan yang kita fikirkan, pengurusan masa adalah amat penting agar kita tidak terlepas perkara yang perlu disegerakan dan diutamakan.. Seperti di dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman :

"Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (QS al-'Asr [103]:1-3)

Sebab apa saya juga berfikir seperti kawan saya bahawa minggu ini adalah minggu stress?? Sebenarnya saya tak mengalami stress pun, cuma kepenatan dan kesibukan yang agak lain dari minggu-minggu sebelumnya. Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi lumrah bahawasanya tugas kita adalah untuk menyiapkan assignment, lab report, study, discussion group, homework and so on. Tetapi ada sesetengah pelajar yang bukan sahaja melakukan tugas-tugas seperti yang saya telah sebutkan tadi, bahkan lebih lagi. Apa yang saya maksudkan adalah berdakwah dan berdakwah. Abah selalu berpesan dan mengingatkan saya (he's my best motivator, no one else), kita sebagai umat Islam yang hidup dalam dunia kapitalis ini, yang mengaku bahawa beriman dengan hari akhir, maka kita perlu berdakwah, dengan kata lain mengajak umat untuk mengamalkan kehidupan Islam secara keseluruhan. Sebab ada sesetengah orang mengatakan bahawa seorang pelajar adalah pelajar. Jadi tugasnya adalah belajar dan belajar. Mana ada masa nak pergi berdakwah.. Jika benar begitu, bagaimana dengan firman Allah SWT yang ini?

Allah berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS Muhammad [47]:7)

Jadi jelas ye bahawa Allah akan menolong kita jika kita menolong-Nya. Jika kita mengadakan masa untuk berdakwah, niscaya Allah akan memberi kita lebih masa untuk urusan dunia. Maknanya di sini, bukan kita mendapat lebih dari 24 jam, tetapi kita merasakan bahawa masa 24 jam itu adalah cukup untuk kita melakukan tugas-tugas kita seharian. Sebabnya ada orang yang juga diberi masa tetapi tidak pernah cukup masanya.. Adakah kerana masa dia kurang dari 24 jam atau apakah sebenarnya?? Tepuk dada, tanya iman.

Berbalik kepada perkara tajuk, mengapa enty ini saya tulis? Saya tulis sebab minggu ini seperti biasa akan ada amali. Dua amali pula tue, Teknologi Farmaseutikal 2 dan Analisis Farmaseutikal 1. Hari yang sama setiap minggu, rabu dan jumaat. Saje nak berkongsi kisah di makmal, hehe. Sebab minggu ini lain dari minggu-minggu sebelumnya. Rasanya ayat ini telah saya tulis di awal- awal perenggan. Tapi tak kisahlah, saya suka pula dengan ayat ini memandangkan minggu ini adalah minggu terbaik setakat ini.

Hari rabu, amali di makmal kawalan kualiti untuk kursus Teknologi Farmaseutikal 2. Pensyarah adalah Dr Fern.. Tajuk amali adalah to evaluate the effect of different ingredients towards the characterictics to formulate emulsion. Tajuknya bahasa inggeris la pula, hehe. Secara mudahnya, kami membuat emulsi. Group seperti biasa, saya, fina, enink tapi sayang far pula tak dapat datang. Tapi mujur diganti oleh Yash. Macam main masak-masak kalau masuk makmal ini sebab guna pastle and mortar, main tumbuk-tumbuk.

Untuk pertama kalinya, group 4 (my group) and 1 (kalau saya tak silap) siap awal dari kumpulan-kumpulan lain. Kata seorang kawan saya, Aridz, "belajar dari pengalaman." Saya hanya berkata betul sambil tersenyum puas. Iya kita perlu belajar dari pengalaman agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu. Kesilapan lalu bukanlah besar sangat tapi memang betullah, integrasi antara kaum tidak boleh diterima. Tidak perlulah saya ceritakan di sini. Biarlah ia menjadi memori buat kami yang beragama Islam (kumpulan A). Allah berfiman dalam surah al-Anfal ayat 63, "dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Mahabijaksana."


Campuran minyak mineral, air suling, Span 20 dan Tween 80


Campuran minyak mineral, air suling, Span 20 dan Tween 80 (dititiskan Sudan solution III)

Emulsi yang telah diemparkan (centrifuge)

Dalam bahasa inggeris, an emulsion is a mixture of two immiscible liquids. One liquid (the dispersed phase) is dispersed in the other (the continuous phase). Group kami kena menggunakan minyak mineral (turpentine oil) untuk menyediakan campuran antara air suling dan minyak mineral serta Span 20 and Tween 80 (both are non-ionic surfactants). Lepas itu, kena titiskan larutan Sudan III as a dye, red colour (pertama kali saya tengok). Dalam amali kali ini, kami masih juga menggunakan viscometer dan homogenizer seperti minggu lalu. Cuma kali ini ada menggunakan vortex vibrator. Seterusnya, kena buat formulasi Emulsi Minyak Mineral (tak bestnya dalam malay) menggunakan cara gum (gum method).

Hari jumaat (semalam), amali di makmal kimia, aras 2 untuk kursus Analisis Farmaseutikal 1. Pensyarah adalah Prof Bukhari. Tajuk amali adalah ujian had (Limit tests). Ada 3 eksperimen kena buat. Eksperimen 1( ujian had untuk logam berat ),2 (determination of Loss on Drying) dan 3 (determination of Light-absorbing impurities). Eksperimen 2 ambil masa 2 jam (fuhh, lame betul nak kena tunggu) tapi eksperimen ini JC dengan Ah Hang yang buat. Saya, nani, stephanie dan seorang lagi pelajar cina (maaf, lupa nama) buat eksperimen 1 dan 3. Sekejap je dah siap. Tapi saya belajar lagi benda dan mesin baru iaitu ultra sonic (ingatkan water bath sebab sebiji je rupanya) and cara menggunakan mesin penyerap cahaya dengan betul. Agar selepas ini kesilapan lalu tidak berulang.


Mesin ultra sonik (macam water bath kan)


Keadaan kelas di waktu petang itu

Petangnya ada workshop antiinfektif, Dr Hesham. Kelas start pukul 2.45 petang. Yang peliknya, kelas boleh penuh sampai ke belakang, macam tak percaya je sebab sebelum ini tak pernah. Budak-budak ini ber'multiply' ke, menggandakah mereka?? Bukannya apa, kami yang selalu cop-cop tempat untuk duduk depan terpaksa duduk di barisan paling belakang. Tapi tak apalah juga sebab dapat pengalaman duduk belakang (hehe).

Ada presentation power point and poster about cancer and HIV/AIDS. Dalam fikiran saya "hebatnya budak-budak ini reka poster." Bukannya apa, ingatkan guna kertas macam manila kad tue je tapi haaa tengok jadi lain.. hebat betul. Rasanya macam sesuai sangat dipanggil bukan poster sebab macam banting je saya tengok even my group (immunosuppressant). Mula-mula nak buat poster, alih-alih jadi banting sebab besarnya 4x3 kaki (siapakah perekanya?huhu). Setelah melihat hasilnya, ini membuktikan bahawa my coursemates ramai yang pandai menggunakan adobe photoshop. So, congratulations to Aridz (HIV/AIDS group), Ida Lee (Immnunostimulant), wm (Immunosuppressant) dan siapa sahaja yang merekanya yang tidak dinyatakan di sini sebab saya tidak tahu (maaf ya).

Sekadar berkongsi kisah.

11 comments:

  1. berita yg benar... syabas,.. info yang interaktif.. tahniah wanita mustanir... mustanir tu pe erk..

    ReplyDelete
  2. mustanir tue cemerlang maksudnye.. huhu

    ReplyDelete
  3. oh enti makna nye maksudnye enti nak jd cemerlang kan, mcmn nak jd wanita cemerlang... taat ngan suami ke. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mr/Ms Anonymous,

    cemerlang bukan sahaja taat kepada suami, malah taat kepada semua hukum syara'..

    Lebih2 lagi skrg ini, di mana byk hukum syara' yang tdk dapat dilaksanakan kerana ketiadaan khilafah..

    Jadi, untuk ana menjadi wanita mustanir, ana perlu berusaha untuk mengadakannya.. Ini bukan bermakna ana melakukannya bersendirian tetapi ana menjadi sebahagian daripada jemaah..

    Wallahu'alam..

    p/s: nanti sertakan nama ye..xkan tak bernama kan, (^_^)

    ReplyDelete
  5. kenangan bersama di dalam lab..huhu..terasa puas bila menjadi yg pertama selesai lab..buat kali yg pertama sepanjang sem 2 ni..betul apa yg shira ckp..sebagai seorg khalifah di muka Bumi ALLAH ini..kita bukan sahaja memikul tangungjawab sebagai seorg anak dan pelajar..juga sbgai khalifah yg diutuskan oleh ALLAH S.W.T untuk berdakwah..jika kita menolong Nya..nescaya DIA akan menolong kita..DIA tidak akan pernah membiarkan hamba2 nya menderita..kerana DIA Maha Penyayang~

    ReplyDelete
  6. Sayang,

    Gambar kelas diwaktu petang menunjukan percampuran lelaki dan perempuan yang sebenarnya boleh dielakkan. Jangan dedahkan kelemahan ini kepada umum.

    Jaga dirimu. afrah

    ReplyDelete
  7. to anonymous,

    seperti entry ana tulis, kelas PENUH pd ptg itu..tak pernah kelas sepenuh itu..

    since we all tak dapat duduk di tempat biasa, kami terpaksalah duduk di kerusi belakang.. pelajar2 lelaki pula masuk lmbt sbb baru balik solat jumaat..jd, they have no choice, terpaksa duduk kat kerusi yg kosong2..

    iya, keadaan kelas mungkin nampak seperti terjadi percampuran lelaki dn perempuan memandangkan kelas kami tu kecik je, sebab kerajaan x mampu sediakan besar2..

    lagi satu, hakikatnya, percampuran tidak terjadi kerana itu kan tempat umum..lainlah kalau private place...huhu

    p/s khas buat anonymous...

    kalo enta/i seorg yg berani dan berprinsip, buktikan.. knp perlu menggunakan tidak bernama?? Adakah nama enta/i tidak layak utk dikenal??hehe

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    terima kasih kerana menempias saya.

    Begitu sedih sekali kerana anda tidak membaca dengan teliti. namaku afrah seorang wanita. saya pelayar internet dan bukan blogger. lembutkan hati dalam menerima apa-apa pandangan dan idea.

    Kelas kami dulunya lagi daif, seramai 35 orang dan yang lebih membanggakan adalah kami tidak pernah bercampur. dan tiada alasan untuk bercampur ketika dalam kelas atau luar kelas.

    jangan salahkan kerajaan. lihat semula dalam diri.

    anda seorang yang sepatutnya menerima, berfikir dan balas dengan penuh berhikmah. bukan menyalahkan dan mengkritik orang lain.

    ingat satu perkara, seorang yang puitis, tajam akal fikiran, kritis, bijak dan tenang perlukan latihan dalam memberi alasan, jawapan, ulasan mengenai pandangannya. lebih-lebih lagi pandangannya kepada agama. sayangnya anda perlukan lebih banyak latihan.

    tajamkan akal fikiran dengan membaca kepada semua jenis bahan bacaan.

    saya akan menyokong anda dari belakang sekiranya anda faham jatidiri yang sebenar.

    sekian. afrah

    ReplyDelete
  9. Wassalam,

    sudah saya ulang berkali-kali pembacaan tentang komen anti yang bertarikh Mar 10, 2009 12:16:00 PM,..

    saya sangkakan afrah hanya sekadar perkataan, tidak saya sangka it's a name, a name of a woman..for this mistake, i am really sorry..i didn't realise it..

    saya petik kata-kata anti 'seramai 35 orang dan yang lebih membanggakan adalah kami tidak pernah bercampur'..anti mempunyai rakan-rakan kelas seramai 35 org, tapi saya mempunyai rakan-rakan kelas seramai 88 orang termasuk saya..

    iya, mungkin perlukan lebih banyak latihan dalam memeberi alasan, jawapan, dan juga ulasan mengenai pandangan..

    tetapi ingin saya tegaskan di sini, percampuran yang berlaku merupakan 1 symptom dari sistem pendidikan sekular..

    terima kasih afrah, kerana sudi membaca di ruangan blog saya..really appreciate it..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  10. ana memohon maaf sebab x lampirkan nama untuk anonymous message 1 dan 2..
    dan seterusnya adalah msg dari afrah.. ana memohon kemaafan sekiranya pertnyaan yang diberi membuatkan enti marah dan tertanya,
    insyaAllah x kn diulangi ..

    sahabat mu

    amin pharm

    ReplyDelete
  11. Aduhh, amin..

    Kenapalah anta x ckp awal-awal??
    Kesian kat Afrah..Dia rasa dia kena tempiasnya..
    SubhananAllah..
    Skrg mungkin dia dah tak sudi untuk membaca blog ana lagi..hukhukhuk..

    Anyway, thanx sbb lawat blog ana..

    (^_^)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat