Samurai X-Kenshin Himura
(My favourite anime)
(My favourite anime)
Warkah ini saya tujuan khas buat my brother, Alang.. Since his birthday is today, i would like to wish Happy Birthday to my coolest Alang..hehe..So, bertambah umurmu, bertambahlah juga bebanan tanggungjawabmu..Bertambah besarlah tugasmu sebagai hamba-Nya..Semoga dirimu dirahmati dan diredhai oleh-Nya sentiasa serta bakal mengulangi kehebatan Sallehuddin Al-Ayubi, Ameen..
Gundam Seed Destiny
(Alang's favourite anime)
(Alang's favourite anime)
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku,
Kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..
FROM: Najihah
salam zirah kembali cik shira!;)
ReplyDeletethnx sbb viewing my blog k..
btw blog kamu byk info!
truskan okie!;p
Wassalam cik aainachentak, (^_^)
ReplyDeleteu are welcome..hehe
silakan ke sini selalu..huhu
Bila nk karang puisi sendiri pula? Nk tgk juga karya original dr awk sendiri..
ReplyDeleteErm, doakanlah saya agar saya blh karang puisi sendiri..
ReplyDeleteSebab saya tak reti sket bab seni2 ni..(^_^)
salam,orang medik mana reti hal2 seni :P
ReplyDeletewslm, amboi2..perli nampak...ermmm
ReplyDeleteeleh, org sejarah reti sgt la tuh??
kalo reti, buat lah puisi, sy nak baca..huhu
satu cabaran ke??terpulanglah kalau nak sahut...
INSYAALLAH SAYA SAHUT TENGOK JE NANTI
ReplyDeleteOk, saya tunggu dan lihat.. (^_^)
ReplyDeletesaya rasa cukup tertarik bila memabca sajak/puisi ini...
ReplyDeleteSegala apa yg telah ditaqdirkan oleh ALlah adalh adil untuk semua manusia..
Tapi pelik,, kebanyakkan ramai golongan liberal mehupun orientalis pada waktu sekarang ni seringkali menentang akan perihal suami berkahwin lebih dari seorang
isteri
Kalau nak mengikut pada puisi ini,,, ada benar sama sekali
"Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu."
Kaum adam sesekali tidak akan menzalimi kaum wanita sekiranya kaum adam pandai memikul tanggungjawab sebagai seorang lelaki/suami.
Cuma, pada zaman sekarang, si isteri yang bnyk tidak taat kepada perintah si suami.. Hemmm.
Tapi si suami pun kdg kdg begitu juga... Senyap2, main kayu tiga
Dunia dah terbalik kot!
ps : thanks atas en3 ini,.. Lelaki boleh menjiwai bila membacanya
Terima ksh, nik sbb sudi bce puisi ini tp bukan saya yang menulisnya..hehe
ReplyDeleteIya, mmg golongan liberal terutamanya gerakan feminisme (SIS kalau di malaysia)yang mengharamkan suami berpoligami.. Ini semua adalah idea-idea yang datangnya dari Barat..Semata-mata untuk menghancurkan umat Islam.
Kepada para muslimah, jgn terpengaruh dgn idea-idea yang bukan dari Islam..
Allah telah berfirman:
"Nikahilah wanita2 (lain) yg kalian senangi masing2 dua, tiga atau empat. Kemudian jika kalian takut tdk dapat berlaku adil, kahwinilah seorg saja, atau kahwinilah budak2 yang kalian miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat pd tindakan tdk berbuat aniaya." (QS an-Nisa'[4]:3)
Tetapi kepada para Adam yang ingin menikah lebih dari 1, Renungilah ayat ini,
"Sekali-kali kalian tdk akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian walaupun kalian sgt menginginkannya. Oleh kerana itu, jgnlah kalian terlalu cenderung (kpd salah seorg isteri kalian cintai)hingga kalian membiarkan isteri-isteri kalian yang lain tergantung." (QS an-Nisa[4]:129)..
Jadi di sini ingin saya katakan bahawa poligami adalah penyelesaian bukannya masalah..(walaupun hakikatnya ramai wanita yg x suke,hee)
Wallahua'lam..
Buat Nik & para Adam, ini tambahannya..harap memuaskan akal dan menenangkan jiwa..
ReplyDeleteSelamat mempraktikkannya nanti..(^_^)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam,
“Bertakwalah kepada Allah tentang (urusan) wanita, karena sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak yang menjadi kewajiban mereka, iaitu mereka tidak boleh memberi masuk ke rumah kalian orang yang tidak kalian sukai. Jika mereka melakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Mereka jua memiliki hak yang menjadi kewajiban kalian, iaitu nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang makruf " [HR Malik, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, an-Nasai, ad-Darimi, Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Khuzaimah, Abad bin Humaid, Ibn Abi Syaibah, dll]
hadis ini memerintahkan para suami untuk memperhatikan hak-hak isteri; agar para suami sentiasa bersikap lemah lembut kepada isteri, menggauli dan memperlakukan isteri dengan makruf. Hingga ketika menasihati, memberi hukuman dan bahkan jika terpaksa memukul dalam rangka mendidik pun tetap harus dengan cara yang makruf. Hendaknya kita selalu ingat sabda Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam:
"Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik di antara kalian kepada isteriku" [HR at-Tirmidzi, Abu Dawud dan ad-Darimi].
Hendaknya setiap kita, apalagi para pendukung dakwah, memperhatikan dan berupaya mewujudkan hal ini.
Wallahu' alam bi shawab.. (^_^)