Pembunuh Umat Islam Dijemput Datang?

KUALA LUMPUR 28 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia. Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam. Dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif. Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/06/09

Tindakan Najib menjemput Obama untuk melawat Malaysia menampakkan ketidak prihatinan Najib dengan pengkhianatan yang secara terang-terang telah dilakukan oleh Obama yang meneruskan polisi penjajahan idealogi Kapitalisme Amerika ke atas dunia Islam selama ini. Hanya mereka yang pemikirannya telah dikalahkan sahaja yang bersetuju untuk berbaik-baik dengan Obama. Obama merupakan individu yang mewakili negara Ideologi Kapitalisme. Beliau bukan hanya mewakili dirinya sebagai individu semata-mata. Sedarilah bahawa Obama itu adalah Amerika dan Amerika adalah negara Kapitalisme yang menggunakan penjajahan dalam pelbagai bentuknya sebagai jalan untuk menyebarkan ideologi Kapitalisnya.

Di tangan Obama begitu banyak darah umat Islam yang menitis dan mengalir hasil dari kekejaman yang dilakukan AS secara langsung mahupun tidak langsung, sudah tentu dengan restu Obama... Justeru itu siapakah Obama? Kawan atau lawan? Wahai Najib apakah kamu merasa begitu bangga dengan panggilan telefon yang kamu terima dari si pembunuh umat Islam yang merupakan saudara seIslam kamu? Apakah hujah yang akan kamu berikan di hadapan Allah SWT kelak? Sepatutnya Najib sebagai pemimpin muslim mencontohi keberanian panglima perang Islam Rub’i bin Amir ketika beliau bertemu dengan Rustum panglima perang Parsi. Antara kata-kata yang diucapkan oleh Rub’i kepada Rustum adalah:

Allahubtaa’thna Linukhrija man syaa’ Min 'Ibaadatil 'Ibaad Ila 'Ibaadatillah Wamin Jauril Adyan Ila Adlil Islam Wamin Diiqiddunya, Ila sia’tiddunya wal aakhirah. (“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan kami untuk membebaskan manusia daripada mengabdikan diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah. Dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”).

Wahai Najib! Wahai pemimpin-pemimpin di dunia Islam saat ini! Apakah kamu akan terus mencari kemuliaan dari orang-orang kafir yang secara terang-terangan memusuhi Islam dan umat Islam? Sedang kemuliaan itu hanyalah disisi Allah SWT, RasulNya dan umat Islam. Firman Allah SWT

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun (63) : 8]

Sumber: MyK

2 comments:

  1. Mungkin ada sesuatu yang Najib nampak tapi kita tak nampak.
    Obama bukan ketua sistem, he is just a part of the system.
    Tapi saya suka entri-entri kamu. Teruskan menulis. =)

    ReplyDelete
  2. Mungkin kamu benar, rev.
    Tetapi apakah pemimpin umat Islam masih tidak nampak bukti yang telah mereka saksikan??

    Btw, thanks sebab suka..=)

    InsyaAllah..

    Same goes tou you, rev. Entri kamu amat menarik untuk menghiburkan kepala yang memberat... Thanks..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat