Homemade Steamed Fish and Fried Chicken

Teringin nak berkongsi apa yang saya masak. Saje suka-suka. Takdelah hebat mana pun, sekadar masakan cincai dan simple. Hee.

Untuk menu pertama, saya guna ikan dan menu kedua guna ayam. Menu ikan adalah untuk sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan menu ayam untuk sesiapa yang sukakan ayam goreng tapi tak mampu untuk makan KFC atau ayam goreng McD. =)


Bahan-bahan menu 1 :

1) Ikan bawal 2 ekor (atau apa-apa sahaja ikan yang anda ada di dalam peti sejuk)
2) Bawang besar 1 biji
3) Bawang putih 2 ulas
4) Halia 4 cm (atau kalau ikut jari saya, sesebesa ibu jari. hee)
5) Serai 3 batang
6) Cili padi 3 batang
7) Limau nipis 1 biji (untuk perahan di atas ikan yang siap distimkan)
8) Garam secukup rasa
9) pembalut aluminium



Cara-caranya :

1) Ikan tadi diselar badannya dan diletakkan garam secukup rasa.
2) Potong kecil bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan cili padi.
3) Lipat pembalut aluminium mengikut kretiviti.
4) Stimkan di dalam periuk.
5) Setelah masak, perahkan sedikit limau nipis. Siap dihidang dan dimakan.



Enak dimakan dengan air asam. Nyummmyy..


Bahan-bahan menu 2 :



1) Ayam beberapa ketul. (9 ketul pun cukup sebab sorang makan 1 ketul ayam. hee)
2) Tepung gandum 4 sudu makan
3) Tepung kastard 1 setengah sudu makan
4) Telur 2 biji
5) Garam secukup rasa



Ayam yang disalut tepung gandum, tepung kastard, telur dan sedikit garam.


Sedap dimakan bersama sos cili Life. Hee

4 comments:

  1. wahhh ayam e2 nmpk mnyelerakan..
    myb i can try 2 use sotong atau udang rather than chicken..hehehehe

    ReplyDelete
  2. @syae~,
    sila2, jgn tak cuba..
    variasikan masakan anda..
    dan kongsikan bersama saya..

    heee

    ^_^v

    ReplyDelete
  3. selalu grg tambah serbuk kari dgn black pepper sikit dekat ayam. sedap. Ikan tu nampak best betul. Ikan bawal, tak jumpa lagi kat uk ni. lama tak makan da.

    ReplyDelete
  4. @reverie,

    yeke? tak pernah pulak tahu..
    takpelah, nanti saya cuba tambah serbuk kari dan black pepper..

    thanks.. =)

    ikan merah ada?

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat