'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'

Okeyh, ini entri contest lagi.Mungkin tidak memberi sebarang makna kepada anda atau pengunjung sebab entri ini tiadalah ilmu yang ingin dikongsikan apatah lagi untuk dicurahkan. Namun, dengan sukarela saya (opss) cuba sertai Raya Sakan Contest. Sebabnya akan saya (opss again) nyatakan di bawah. Almaklumlah, bercinta hati juga nak sertai contest lagi. Rasa-rasanya macam tak menang lagi seperti selalu, tapi yang penting ada moment terindah untuk entri ini. =)

Kata penganjur, eh bukan kata tapi tulisan laptop si ::Insan Tinggi:::, perlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya. Saya pun tak pasti tampal banner kat entri nih atau sidebar belog. Apapun, kejap lagi saya tampal kat sidebar ye.




Inilah gambar RAYA SAKAN saya. Satu je kan sebab penganjur suruh letak satu je. (Sila sengih nampak gigi ye). Kata si penganjur lagi, peserta-peserta blogger-blogger perlu berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat. Memang tiru bulat-bulat ayat si penganjur. Hehe.

Info gambar yang dipaparkan di atas adalah gambar saya bersama rakan-rakan Farmasi di malam Majlis Ukhwah Hari Raya 2010. Saya pun tak sure apa nama sebenarnya program ukhwah nih. Teehee. Majlis ini asalnya diadakan di padang kolej utama saya. Tapi beberapa minit selepas kami tiba di situ, hujan renyai-renyai mulai turun. Kiranya ketika gambar ini diambil, hujan telah pun jatuh mengenai tudung-tudung kami dan juga muka saya. :D Tapi kami tetap tak berganjak dari bekas kasut memijak padang sebab nak bergambar.

Dan kenapa saya merasakan gambar di atas sakan sangat dalam entri ini sebab sampai-sampai je di padang, kami teruslah keluarkan kamera memasing dari handbag untuk bergambar. Weh, hujan dah kena muka pun masih nak tegak macam tiang letrik ke walaupun ada jugak yang tiangnya senget ke tepi dan ke depan. Lalalala. :P Kata orang, biar basah berhujan, janji senyum dengan gambar. PEACE (^_^)' Okeyh tak lucu kan.

Sebab sebetulnya bukan sesalahnya, mungkin ini kenangan terakhir bersama teman-teman satu kursus di UKM. Jadi, inilah memori terindah lagi bermakna buat saya (opss lagi, hee) sebab keluar malam untuk beraya di Majlis Hari Raya untuk merapatkan ukhwah sesama rakan satu fakulti. Walaupun dah senior, junior dan freshie ada yang kami tak kenal. Tengok muka pun macam tak pernah. Teruk betul kan? Hee. Itulah sebabnya program ini diadakan. SAKAN tak kami semua bergaya? Memang layak dah kami semua nih bertukar status, kata seorang teman saya.

Selepas saya publish entri ini, kepada yang membaca, sengaja baca atau terbaca entri comel raya sakan saya nih, jangan segan-segan atau malu-malu ye. Sila doakan supaya ukhwah fillah kami ini berkekalan dan sentiasa diberkati Allah SWT. Amin. Doakan ye teman-teman. Syukran ;)

“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)



Mengharap redhaNya.
;)

3 Kupang Song *_*

Assalamualaikum wbt, semua.

Tadi ana dan sepupu ana yang cilik 2 orang tuh ikut ana teman abah ke KL. Balik dari KL, terdengar ini lagu di corong radio. Kata abah spontan, "Ini lagu abah kecik-kecik dulu." Ana hanya tersenyum. Sambil-sambil tuh, kedengaran 2 orang cilik tuh menyanyi sama. Comel sangat. ;)

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung

Meh dengar kat sini
Senyum sorang-sorang, best!

Menjadikan Keluarga Mitra (Rakan) Dakwah

Assalamualaikum sahabat-sahabat. Ana merasakan keinginan untuk menulis tiada. Tapi ana gagahkan juga jari jemari ini untuk berkongsi apa yang telah ana baca. Perkongsian ini telah lama ana simpan dalam draft sebab hendak menunggu masa yang sesuai. Biar lambat ataupun cepat, ia tetap releven sampai bila-bila. Kata saudara seberang, kapan saja. ;) Kenapa ana menjadikan entri kali ini sebuah perkongsian? Kerana keluarga sangat penting untuk kita kuat dan bersemangat dalam perjuangan dakwah. Jom kita baca sama-sama.

Keluarga adalah orang yang sangat dekat dengan kita. Mereka mengenal betul karakter asli kita dan kebiasaan-kebiasaan kita, yang baik mahupun yang buruk. Banyak hal yang kita tidak dapat sembunyikan dari mereka. Kerana itu, berdakwah kepada mereka mempunyai tahap kesulitan yang lebih dibandingkan dengan mengajak orang lain. Kerana itu pula, kesungguhan kita dalam memegang teguh prinsip Islam dan dakwahnya akan mempengaruhi keberhasilan dalam mengajak mereka.


Pertama: yang perlu diluruskan adalah niat kita. Meluruskan kembali apa yang ada dalam hati kita tentang Islam dan mengapa kita harus memperjuangkannya dengan jalan dakwah. Setelah itu kita harus belajar untuk istiqamah; bersungguh-sungguh dengan perjuangan dakwah ini dan terus-menerus melakukannya. Jangan sisakan peluang sedikit pun untuk lalai ataupun mengeluarkan pernyataan yang melencong dari cita-cita dakwah kita di hadapan anggota keluarga kita. Kesungguhan, niat kuat serta keikhlasan kita akan dapat dirasakan oleh orang yang serumah dengan kita.

Kedua: berupaya menyebarkan semangat Islam dan dakwah kepada mereka. Jika mereka ikut merasakan bara api semangat kita dalam berdakwah, niscaya mereka akan mudah ikut ke arah kebenaran. Agar mereka bisa ikut merasakan semangat kita, bisa dengan cara saat di rumah kita sering bercerita tentang pentingnya dakwah kita, bahawa masyarakat sekarang sedang terpuruk dengan menceritakan objek-objek dakwah kita dengan 1001 permasalahan yang membelit mereka dan jangan lupa selalu diikuti penjelasan tentang Islam sebagai penyelesaiannya. Kita tunjukkan pada ayah ibu dan saudara kandung kita; suami/isteri dan anak-anak kita bahawa kita berupaya keras untuk mengatur waktu dengan baik, agar kewajiban rumah terlaksana dengan baik dan dakwah pun berjalan dengan baik.

Ketiga: sering mengajak mereka ke acara-acara seminar, taklim, pengajian dan acara-acara dakwah kita agar mereka merasa ikut memiliki dan terlibat di dalamnya sehingga mereka ikut terdorong untuk memahami ikut serta dalam perjuangan dakwah kita.


Keempat: kita melakukan tiga hal di atas secara terus-menerus dengan istiqamah.

Kelima: tidak lupa berdoa kepada Allah SWT agar keluarga kita dibukakan pintu hatinya sehingga dapat menerima kebenaran, ikut serta memperkukuh dakwah kita. Dengan itu perjuangan dakwah penegakan syariah secara kaffah dengan Khilafah akan terasa ringan dengan dukungan orang-orang terdekat kita, orang-orang yang paling cintai-anggota keluarga kita. Amin! [Irawati TriKurnia; Guru SDIT Luqman Al-Hakim Hidayatullah Surabaya-Jatim]

Sumber: http://hizbut-tahrir.or.id/2010/08/20/menjadikan-keluarga-mitra-dakwah/


Ini ada berita terkini dari Melaka.
Sila klik untuk pembacaan.

Semalam mendengar tazkirah menarik 
dan yang penting termotivasi.
=)
Agenda Muslimah Selepas Ramadhan 
(Syawal dan seterusnya).
InsyaAllah, akan dikongsikan.

Protes dan Demonstrasi Bantahan oleh Muslimah HTM

 Kuala Lumpur 19hb September 2010 bersamaan 10 Syawal 1431H -  Disaat umat Islam seluruh dunia sedang meraikan Hari kemenangan pada Syawal yang mulia ini, kita digemparkan dengan satu lagi penghinaan dan agenda jahat Barat terhadap Islam.  Kali ini alasan mereka adalah sempena memperingati Hari Ulangtahun Tragedi Serangan 11 September 2001 dengan merencanakan satu rancangan penuh kebiadaban oleh sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat.  Terry Jones, seorang paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida  telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi itu dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa).

Walaupun kelompok ini membatalkan rancangan mereka di saat-saat akhir, namun penghinaan terhadap Islam tetap berlaku pada 11 September lepas, oleh sekumpulan ekstremis Kristian di beberapa negeri AS yang dengan biadabnya mengoyak dan membakar beberapa muka surat dan naskah Al Quran.  Nyatalah peringatan Allah kepada kita sebagaimana firmanNya: Mereka (kaum kafir) tidak pernah berhenti (menimbulkan) kemudaratan atas kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi[TMQ Ali Imran (3):118].

Peristiwa ini telah mencetuskan pelbagai bentuk bantahan dan demonstrasi sebagai reaksi amarah umat Islam di serata dunia dalam menyatakan sikap dan pendirian mereka terhadap isu yang menghina Islam dan umat Islam itu. 

Diatas kesedaran betapa hinanya perlakuan kaum Kuffar Barat ke atas umat Islam, tanpa adanya pembelaan dari seorang pun pemimpin Muslim yang sepatutnya menjadi pelindung kepada Deen Allah ini, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan perhimpunan dan edaran nasyrah kepada umat secara serentak dibeberapa negeri di seluruh negara bagi menyedarkan umat Islam yang ada pada hari ini betapa penting dan mendesaknya kewujudan dan keberadaan suatu institusi Negara(Khilafah) dengan seorang pemimpin(Khalifah) yang akan berperanan sebagai perisai dan pemelihara kepada Islam. Hanya dengan adanya institusi Khilafah yang menerapkan sistem kehidupan yang menyeluruh(kaffah), berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasululluh SAW sahajalah maruah Islam dan umatnya akan dapat dikembalikan, sebagaimana yang pernah dikecapi seperti di zaman keemasan Islam yang terdahulu.

Para aktivis Muslimah HTM dan pendokong perjuangan Hizbut Tahrir di Selatan, Utara dan Wilayah Tengah Tanahair telah berkumpul di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Masjid Jamek, Masjid India, pasar tani, stesen bas dan dibeberapa lokasi lain sambil memegang sepanduk dan poster dengan pelbagai seruan yang tertulis diatasnya.  Nasyrah Syawal MHTM serta suara rasmi mingguan HTM, Sautun Nahdah yang bertajuk “Tanpa Khilafah, Islam Terus Dihina” [klik sini untuk baca!] juga telah turut diedarkan ketika demonstrasi bantahan itu di lakukan.  Sambutan daripada umat di seluruh Malaysia secara keseluruhannya amat baik dan kebanyakannya bersetuju dengan tindakan bantahan yang dilakukan, serta perbincangan dengan umat juga menunjukkan mereka bersetuju tentang perlunya ada seorang pemimpin umat Islam yang benar-benar menerapkan sistem Islam dan hanya jihadlah satu-satunya jawapan kepada kebiadaban kaum Kuffar Barat ini.

Dikesempatan ini, Muslimah Hizbut Tahrir ingin menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya yang berada di Malaysia pada hari ini untuk berjuang bersama-sama dengan Hizbut Tahrir Malaysia bagi merealisasikan keyakinan dan kemuliaan ini.  Firman Allah SWT: dan Katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [TMQ At Taubah (9) : 105].

Untuk gambar-gambar sekitar protes dan demonstrasi bantahan, sila lihat sini ye, Protes dan Demonstrasi Isu Pembakaran Al-Quran.

Memasak Juga Satu Ibadah jika Ikhlas

Assalamualaikum wbt, sahabat semua. Alhamdulillah, sempat juga ana nak meng'update'kan belog ini. InsyaAllah, ana akan bahasakan diri pemilik belog .::Wanita Mustanir::. sebagai ana (saya). Walaupun sebelum ini ana ada menggunakan ganti nama ana, kini ana akan menggunakannya sekali lagi dan insyaAllah berterusan. Ana rasa agak kekok tapi ana cuba sebaik mungkin.

Okeyh, cerita hari ini ye. Alhamdulillah kerana ana sudah menghabiskan puasa enam untuk tahun ini, 1431H. Ganjarannya hanya Allah SWT yang berhak menentukan. Sepanjang petang, ana berjalan-jalan ke belog rakan-rakan. Ada belog yang menceritakan kisah peribadi, kisah masakan dan tak ketinggalan juga pembangkit rohani untuk mengharap redha Ilahi.

Pembacaan ana ke belog ini memuhasabah kembali diri yang hina lagi kerdil. Segala coretan di belog berwarna merah jambu itu amat menyentuh kalbu. Tapi segala isi yang dikarang juga perlu disertakan dengan tsaqafah Islam agar segala yang dipaparkan kepada pembaca yang juga umat mendapat maklumat untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Apapun bagi ana, segala coretan santai yang berilmiah sebegini perlu diaplikasikan dengan pemikiran Islam agar kehidupan Islami bisa dijalani oleh para pembaca termasuklah ana. InsyaAllah. Semoga kehidupan berumahtangga yang dibina pemilik belog .:: HaRuMaN MaWaR ::. ini sentiasa memdapat keberkatan Ilahi. Amin. Doa ini juga ana aminkan buatkan pasangan-pasangan suami isteri bakal ataupun sudah, buat kaum keluarga, umi abah, maknek dan arwah atok, makda pakda, sahabat handai, insan-insan tersayang lagi dirindui, individu-individu serta ana sendiri.

Berbalik kepada tajuk yang ana coretkan di sini. Memasak juga satu ibadah. Yang penting adalah ikhlas. Apabila kita ikhlas, maka pahalalah yang akan diberikan sebagai ganjaran. Bukankah senyuman yang diukir oleh sesiapa sahaja yang merasai masakan kita, kita juga akan bahagia? Begitu juga ana. Memasak mungkin mudah bagi ana dan mungkin juga susah bagi sesetengah orang. Kenapa mudah dan kenapa pula susah? Mudah sebab kita suka masak. Susah sebab jarang-jarang memasak.

Mungkin ada bagusnya juga apabila seseorang itu suka makan macam ana nih. Maka, dengan gembiranya ana suka memasak. Petang tadi, sahabat ana telah membeli belah bahan-bahan basah dan kering di pasaraya. Dan dia teringin nak makan ikan siakap kukus. Ana masakkan sebab dia meminta. Alhamdulillah, 2 sahabat anak gembira menikmati masakan ana itu. Ana juga gembira sebab mereka gembira. Apa yang penting adalah keikhlasan.

Kalau di rumah, ana juga memasak. Bukan anak nak tunjuk pandai di sini sehinggakan ada pembaca yang mungkin ada sindrom loya-loya sampai nak muntah. Apa yang ana coretkan di sini semata-mata untuk berkongsi dan mengajak para wanita untuk ikhlas dalam melakukan sebarang kerja-kerja rumah. Ana ambil sedikit coretan Puan Insyirah yang membuat ana tersedar, "Apabila buat sesuatu pekerjaan, ana tidak melakukan kerana ana seorang isteri tetapi sebagai hamba Allah. Apa sahaja pekerjaan di rumah mungkin bagi orang lain merasa "Wah, best jadi isteri. Buat air pun dapat pahala" ana terasa nak ketawa berguling sahaja dengan ayat ini okey! Serius, nampak sungguh rigid dan terlalu sempit skop kebajikan yang disuntik ke dalam minda para wanita sehingga hanya melihat perkahwinan sebagai medan mengumpul pahala."

Betul kata isteri yang berusia muda ini. Mengumpul pahala bukan hanya apabila kita telah bersuami. Berbakti kepada kedua orang tua juga mampu kita lakukan untuk mengumpul pahala. Yang penting kena ikhlas. Ana juga sedang dan berusaha untuk belajar mengikhlaskan diri dengan segala suruhan kedua orang tua ana. Tipulah kalau ana katakan yang ana tak pernah memberontak dengan mengikut sahaja arahan dan suruhan orang tua. Ana juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Tapi atas nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh abah tersayang dan umi tercinta serta kaum keluarga yang memahami kehidupan Islami, maka ana perlu berusaha untuk sentiasa ikhlas dalam segala perkerjaan. Tidak rugi jika kita ikhlas malah dapat pahala lagi.

Ana masih berkira-kira untuk meletakkan gambar masakan petang tadi. Tapi ana rasa, biarlah ia menjadi santapan mata ana dan 2 sahabat ana sahaja. Semalam ada cerita menarik untuk dikongsikan. Aksi muslimah turun padang bersama umat. Pengalaman yang dirasai oleh 2 gadis remaja ini membakar semangat ana. Sedih rasanya ana dan umi tak dapat menyertai aktiviti yang dilaksanakan semalam. Apapun, doa ana sentiasa mengiringi sahabat-sahabat seperjuangan. Segala usaha yang dilakukan oleh kalian insyaAllah akan diberikan ganjaran yang setimpal. Ini cerita pengalaman mereka, Kembara Hidup dan Kemuliaan Islam.


Hanya mereka yang inginkan kebenaran akan berani.
Takut kerana salah,
berani kerana benar.
Maka akan kusampaikan kebenaran
biarpun nyawaku melayang.
Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Love Our Family


Rasulullah telah berpesan kepada kaum lelaki dalam urusan kaum wanita sebagaimana sabda Rasulullah dalam khutbahnya ketika Haji Wada’ sebagai berikut:Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah dalam urusan kaum wanita kerana kalian telah mengambilnya sebagai amanat daripada Allah, dan kalianpun telah menjadikan kehormatan mereka halal dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak atas isteri-isteri kalian agar mereka tidak memasukkan ke tempat tidur kalian salah seorang yang kalian benci. Jika mereka melakukan tindakan demikian, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak sampai membahayakan. Sebaliknya, mereka pun berhak untuk mendapatkan rezeki dan pakaian mereka dengan cara yang makruf.[HR Muslim].

Dalam riwayat lain, baginda bersabda: Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap keluarganya. Sesungguhnya aku sendiri adalah orang yang paling baik di antara kalian dalam melayani keluargaku

Sabda Nabi SAW: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya”. 

Selamat Hari Raya Buat Semua & Tahun ini Tanpa Atokku

Entri melekat sempena Syawal 1431 H.
Sila skrol ke bawah untuk entri terkini.
Sekian, terima kasih. =)
........................................................................................

Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Semoga Ramadhan yang telah/bakal meninggalkan kita adalah yang terakhir tanpa perisai umat Islam iaitu Daulah Khilafah Islamiyyah. (Sila klik khilafah di www.mykhilafah.com untuk maklumat lanjut.)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Kitab Al-Quran) dan RasulNya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ An-Nisaa' (4):59]

Okeyh, ini kad raya daripada saya buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger yang datang menziarah di sini. Saya takdelah pandai membuat kad raya. Apapun, ikhlas daripada saya walaupun e-card ini tak seberapa cantik. Teehee.


Mari kita lihat susunan lemang di bawah. Kenapa gambar ini perlu ada dalam entri khas Hari Raya? Owh, lemang adalah makanan kesukaan atok. Ketika dah beberapa hari berpuasa, ada orang jual lemang di tepi jalan. Maknek berkata, "Atok takde, takdelah kita beli lemang. Kalau tak, mesti atok suka." Saya tetiba sayu mendengar kata-kata maknek. Iya, tahun ini tanpa atok untuk kami sekeluarga berhari raya. Semoga arwah atok dan awi (moyang perempuan saya) ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin. 0-0 ye. ;)

Sumber : Imej Google

Raya Cards Upadated!!


Kad raya drpd Zahratul Muslimah (Ayu) dari negara seberang, Indonesia.


Kad raya darp Hazirah Radzi, kawan baik masa sekolah menangah atas.
Thanks, zyra.


Kad raya dari organisasi BADAR, UKM KL.


Ini memang confirm empunya diri. Hehe.
Kad raya drpd Fareed, coursemate Faculty of Pharmacy.


Drpd Gabungan Mahasiswa UKM.


Ikhlas drpd Rabiatul Nabila Che Johar.
Kawan alam maya yang tak pernah bersua muka tetapi selalu bertamya khabar. ;)


Drpd Kak Mizah, senior UKM KL.


Kad raya drpd Kak Linda. Kenal sekejao tapi mesra.
Thanks to kawan-kawan kat KPJ Tawakkal.


Ini memang ikhlas dan kreatif drpd kawan sekolah, Iwan.


Ikhlas drpd Safawati Samsuri, classmate Faculty of Pharmacy.
Raya datang ler rumah ye. ;)

 From Yash.
Thanks, Yash..

Alangkah Indahnya Silaturrahmi Islam..


Silaturahmi adalah sebuah perbuatan baik dan tradisi Islam yang wajib dilaksanakan dan dijaga keberlangsungannya. Yang dimaksud dengan silaturahmi adalah menyambung tali persaudaraan terhadap para kerabat yang masih berhubungan kerana adanya pertalian rahim (darah). Perintah untuk menjaga silaturrahmi ini terdapat di dalam firman Allah SWT:

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ

Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kalian saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturahmi (QS an-Nisa’ [4]: 1)

Perintah yang sama juga terdapat dalam QS ar-Ra’d ayat 1. Sebaliknya, ada celaan dan ancaman bagi yang memutus silaturahmi. Allah SWT berfirman:


وَالَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأرْضِ أُولَئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ

Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh, memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (silaturahmi), serta melakukan kerusakan di muka bumi akan memperoleh laknat dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (jahanam) (QS ar-Ra’d [13]: 25).

Celaan yang sama juga terdaftar dalam QS Muhammad ayat 22-23. Allah SWT melaknat para pemutus silaturahmi dan menjanjikannya tempat kembali yang buruk (Jahanam). Ini adalah sebuah indikasi bahawa memutus silaturrahmi adalah perbuatan yang haram. Indikasi lain yang memperkuat kewajiban ini banyak dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW., antara lain sabda beliau:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Siapa saja yang mengimani Allah dan Hari Akhir, hendaklah memelihara tali silaturahmi (HR al-Bukhari).



Telah sangat jelas dari serangkaian dalil-dalil di atas bahawa silaturahmi merupakan kewajiban utama bagi seorang Muslim dan masyarakat Islam pada umumnya. Silaturahmi, di samping sangat bermanfaat untuk memperkuat jalinan persaudaraan di dalam keluarga-keluarga Muslim, juga dapat menjadi media bagi pembiasaan dan pendidikan yang baik bagi keluarga Muslim, khususnya anak-anak, juga sebagai media untuk berdakwah dan syiar Islam. Saya akhiri penulisan ini dengan sabda baginda SAW:

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Bukanlah menghubungi tali persaudaraan (silaturahmi) itu adalah seorang membalas hubungan kebaikan. Namun, menghubungi persaudaraan (silaturahmi) itu adalah menghubungkan kembali persaudaraan jika kerabat memutuskannya (HR al-Bukhari)


Monolog:
Owh, indahnya dan gembiranya hati ini
andai pintu-pintu hati mereka 
telah terbuka buat kami di sini!

Doa:
Bukakanlah pintu-pintu hati mereka, ya ALLAH!!
ameen..

Ramadhan Berlalu, Maksiat Berleluasa

Dah masuk hari kedua saya berpuasa enam. Bagaimana dengan anda? Sudah memulakan puasa sunat atau qadha? Kalau dikira-kira dah masuk hari keempat kita berhari raya. Bermakna dah empat hari jugalah Ramdhan meninggalkan kita. Sayu rasanya apabila bulan yang penuh barokah itu pergi tanpa dipinta. =(

Sepanjang empat hari berlalu, banyak rancangan-rancangan televisyen yang telah menghiasi lebaran kita pada tahun ini kan. Dan kebanyakan malam lebaran kita dihidangkan dengan filem-filem seram lagi menakutkan seperti Gong sehingga pemikiran-pemikiran yang ditanamkan di dalam filem tersebut membuatkan kanak-kanak percaya. Iya, perkara ghaib itu memang wujud. Tapi dengan dihidangkan filem-filem sebegitu membuatkan pemikiran kita yang dewasa ini semakin mundur dan mundur apatah lagi kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa.

Semalam, sempat juga saya menyaksikan sebuah rancangan Siti Nurhaliza. Stylistika SITI. Saya akui, saya pernah meminati si cantik Datuk Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu. Itupun di awal pembabitan beliau dalam arena seni. Tak silap saya kerana tahi lalat manisnya itu yang membuatkan saya meminati beliau. Okeyh, rancangan hiburan seperti itu juga akan berleluasa di kaca tv kita selepas Ramadhan berlalu.

Adakah maksiat hanya dihentikan apabila Ramadhan datang dan diteruskan sampai lewat pagi apabila lebaran menjelma? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Mari Kita Puasa lagi! Untung Sepanjang Tahun.

Alhamdulillah, saya kembali berpuasa hari nih. Hari pertama puasa untuk bulan Syawal. Saya sahaja yang baru puasa pertama sedangkan ahli keluarga saya yang lain sudah masuk hari kedua berpuasa enam hari nih. Saya teringat pertanyaan saya semalam kepada si cerdas sepupu licik saya, Aisyah. "Aisyah tak puasa ke hari nih?" Tanya saya sambil tersenyum. Aisyah membalas dengan muka yang masam sambil memuncungkan mulut kecilnya itu, "umi tak bagi kakak puasa. Kata umi kakak dah kurus." Saya hanya mampu tersenyum. Ketika bulan Ramadhan tempoh hari, Aisyah hanya bercuti puasa 2 hari di awal puasa. Itupun kerana keuzuran dirinya iaitu demam. Kalau uminya tak paksa Aisyah untuk berbuka, dia pastinya akan bertahan sampai waktu Maghrib.

Kanak-kanak sekecil itu sudah ingin merebut pahala walaupun mungkin dia belum tahu. Dia sendiri ingin melakukan ibadah-ibadah yang telah diperintahkan dan dianjurkan oleh Islam tanpa disuruh ibu bapanya. Subhanallah, malunya saya sekiranya saya sendiri tidak berusaha untuk memperbanyakkan amalan-amalan untuk mencari redha Ilahi. Pagi tadi semasa bersahur, abah menegur saya. "Mu solat tahajjud tak?" Saya hanya menggeleng. Umi menambah, "mu kenalah buat."

Seingat saya, sudah 3 tahun berturut-turut saya berpuasa 6 tanpa meng'qadha' puasa Ramadhan terlebih dulu. Saya bukan ingin membangga diri atau riya', saya hanya ingin memuhasabah diri saya sendiri. Apabila orang-orang yang lebih tua daripada saya berpuasa dan membacakan dalil ini, ‘Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun .’ (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah), maka nafsiyyah saya akan bangkit. Tidakkah kalian juga ingin merebut pahala ini?

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.


Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama
: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah ra pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

“Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

Imej Goole.
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Puasa Sunat Syawal - Anda juga boleh membaca artikel dengan klik link di sebelah kiri. Semoga kita dapat melakukan puasa enam untuk mengharap redhaNya. InsyaAllah.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah SWT akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya..” 

Amin.

Ancaman Terbesar Dunia adalah Ideologi BLAIR!!!

Bukan Islam tapi Ideologi Blair-lah yang menjadi Ancaman Terbesar Dunia Saat Ini

Mantan Perdana Menteri Inggris Tony Blair telah menggambarkan "Islam radikal sebagai ancaman terbesar yang dihadapi dunia saat ini" . Hal ini disampaikan Blair dalam wawancaranya saat mempromosikan memoarnya yang baru diterbitkan.

Dalam wawancara dengan BBC, Blair menepis fakta yang sangat nyata bahawa apa yang dilakukan muslim Chechnya, Kashmir, Palestina, Irak dan Afganistan adalah melawan pendudukan dan penjajahan asing.

Dia juga ingin menimbulkan kesan seolah-olah perang Barat terhadap umat Islam dirancang untuk menghadapi Islam radikal kerana mereka “regresif, jahat dan mundur”. Blair juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan perang terhadap Iran.

Mengomentari pernyataan Blair, Taji Mustafa, media wakil Hizbut Tahrir di Britain berkata: "komentar Blair, yang agresif dan ofensif, datang secara mengejutkan dari seorang yang bertanggung jawab terhadap tertumpahnya darah ratusan ribu Muslim di Irak dan Afghanistan akibat penjajahan Barat."

Blair juga merupakan orang yang sama yang menyatakan Syariah dan Khilafah sebagai ‘ideologi jahat’; yang pernah menyombongkan diri bahwa Israel tidak punya teman yang lebih besar dari pemerintahannya, dan yang menikmati keramahan diktator pembunuh seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak.

“Namun, bukan Islam yang merupakan ancaman bagi dunia tetapi ideologi Blair-lah yang mengancam dunia . Ideologi yang didedikasikan untuk melayani kepentingan perusahaan Barat dan untuk kepentingan bencana kapitalisme yang merosak.”

Bukan Islam yang memimpin dunia selama 100 tahun terakhir, dengan dua perang dunia, dan perang-perang lainnya yang tak terhitung jumlahnya. Bukan Islam yang merampok kekayaan alam India dan Afrika selama 200 tahun terakhir, kemudian meninggalkan warisan sebagai negara melemah, dan dipecahbelah dan terjerat dalam konflik yang berkepanjangan.

Bukan Islam  yang menjatuhkan bom-bom uranium dan fosfor putih di Gaza, bukan Islam yang menjatuhkan bom nuklear di Hiroshima atau Nagasaki. Bukan  Islam yang membiarkan elit dunia yang kaya semakin kaya, sementara orang miskin di dunia semakin miskin."

Kebohongan Blair terhadap Islam adalah upaya mengalihkan perhatian dari kejahatan Kapitalisme bukan hanya di masa lalu tapi juga sekarang. Blair sangat mencintai kapitalisme yang menarik dengan cara memaksa orang lain lewat laras senjata.

Sementara masyarakat melihat bagaimana penyelewengan realiti kebebasan dan demokrasi Barat, di sisi lain dunia Islam semakin nyaring menyerukan Khilafah sebagai alternatif bencana global kapitalisme. (hizb.org.uk;6 September 2010 )

Hee.. Anugerah Jalan-jalan Belog Datang Sini!!

Salam Hari Raya, sahabat-sahabat.

Apa khabar? Bagaimana dengan raya anda? Adakah anda hanya makan makan dan makan? ;P Jangan lupa untuk ziarah-menziarahi sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan serta bermaaf-maafan dan jangan gaduh-jaduh lagi. Amalan ini bukan hanya untuk bulan Syawal sahaja, malah harus diterapkan di bulan-bulan yang lain juga ye.


Owh ya! Saya ada dapat Anugerah Jalan-jalan Belog. Tuh yang gambar kat atas tuh. Hee. Nampak sangat saya nih seorang kaki jalan. Mujur bukan kaki ayam. Hee. kenapa ya agaknya saya dapat? Saya dapat anugerah ini ketika 10 hari terakhir Ramadhan. Apapun, saya kena jawab beberapa soalan. Ini soalan-soalan yang terpaksa saya jawab. Saya tiru dan tampal bulat-bulat kat sini walaupun anda tak nampak bulat-bula itu. ;P Thanks to darkrose.

1. apakah yang bermain di fikiran anda sekarang?
azam saya mesti kuat untuk mengimpikan apa yang saya hajatkan. apakah itu? Nantikan..

2. apakah nama samaran anda?
rasanya dulu saya pernah jawab soalan yang cenggini. tapi saya tak berapa minat nak expose nama-nama saya yang sangatlah banyak lagoi comel-comel. hihihi

3. siapakah nama 3 orang yang anda sayang?
kalau nama-nama yang disayang tidak cukup hanya 3. sepatutnya tidak terhingga. but the most and forever, biarlah saya dan yang berkaitan saja yang tahu.

4. panggilan untuk si dia?
si dia nih terlalu subjektif. siapakah atau apakah? hikhikhik

5. hadiah yang anda impikan dari seseorang istimewa?
alamak!! what should i say? ngeee..

6. blog mana yang anda selalu lawat?
kalau anda tanya pasal belog, susah untuk saya list down bagi soalan ini. Sebabnya, belog yang saya selalu lawat adalah belog yang saya follow dan juga belog-belog yang menarik minat saya untuk terus membaca mengikuti dan melihat walaupun saya hanyalah silent reader belog-belog tersebut.

7. tag kan kepada 15 blogger
soalan ini saya tak nak lah buat. boleh kan? ;)



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1341H
Maaf Zahir & Batin
;)


He's 1 year Already! Sanah Helwah, anak mama!!

Assalamualaikum teman-teman, salam 28 Ramadhan. Alhamdulillah, genaplah usia si kecil saya hari ini. Setahun yang lalu, 6hb September 2009, si kecil ini masih kemerah-merahan kulitnya melihat dunia. Ketika itu, saya berada di Bangi dan si kecil di PPUM. Uminya bersabung nyawa ingin melahirkan si kecil ini. Alhamdulillah, sudah setahun jagung anak mama nih. ;)


Hobinya memutar stereng.
Dan apa-apa sahaja yang boleh diputar 
walaupun hanya remote control dan juga handphone.


Kek Hari Lahir pertama si kecil.
Permintaan uminya yang suka kek lobak merah dan walnut.
Maka, inilah hasil tempahannya buat anak sulong kesayangan semua.


Memotong kek bersama si nenek
Nenek tidak mahu ketinggalan 
untuk bergambar kenangan bersama si kecil. 
Sanah helwah Megat Ilham.

Nama si kecil diberi oleh ayahnya. Nama diberi adalah Megat Ilham. Walaupun usianya dah 1 tahun, masih bertatih dan mampu berbual mesra, namun si kecil ini tetap menjadi kesayangan semua orang termasuklah atok, nenek, pakcik-pakcik dan mama-mamanya. Semoga si kecil akan menjadi anak soleh kepada umi dan ayahnya sekaligus menjadi seorang pejuang dan mujahid dalam mengembalikan semula kehidupan Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah. Amin. Amin ya Rabbal 'ala min.

Sedikit perkongsian daripada saya. Semua ibu bapa atau yang bakal menjadi ibu bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah SAW : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 38 yang bermaksud : "Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."

Dasar Perempuan Memang Begini Ker??



Alhamdulillah, khalas juga kerja mengedarkan kad raya kepada orang ramai.Kan saya dah beritahu kat entri yang lepas yang saya akan mengedarkan kad raya dengan ikhlas. Siap ada gula-gula lagi dalam goodie bag tuh. Rugi siapa yang tak nak ambil. Tapi ada juga yang tak nak ambil, agaknya terkejut kot tengok muka saya yang sangat tak mesra tapi comel. Hee.

Mari saya review sikit kad raya yang diedarkan tadi. Tapi bukan yang baru diambil gambarnya sebab saya terlupa. Proses memasukkan kad raya serta bahan-bahan lain dilakukan dengan pantas sehingga terlupa nak snap. Kad raya diedarkan dalam 2 ratus lebih bersama goodie bags tersebut.

Kad Raya HTM. 
Sila nantikan edarannya di tempat anda!! =)

Haaa.. Inilah kad raya yang telah diedarkan kepada orang ramai di Pasar Tani Shah Alam sekitar jam 11.20 pagi. Terlalu ramai lautan manusia di sana. Nak mencari parking kereta juga sudah memakan masa beberapa minit. Bukan hanya pasar tani, malah Mega Sale juga berlangsung di sana. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup meredah kesesakan ke situ untuk membeli dan memborong barangan sempena Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi.

Owh ya! Berkenaan dengan video di atas. Terlupa lak saya sebab terlalu excited bercerita tentang edaran kad raya. Saya on facebook tadi dan ternampak ada my friend yang post video nih. Saya ingat apalah, rupanya wanita sanggup meredah gaung yang dalam demi wang. Lelaki yang terakhir itu tak perlu bersusah payah nak mendapatkan si perempuan nun jauh di seberang. Hanya dengan mengatakan, 'Hey, girl! I have money.' Tanpa berfikir panjang, perempuan itu terus sahaja terjun gaung untuk mendapatkan si jejaka. Sedangkan dah beberapa orang jejaka bersusah payah untuk mendapatkan si perempuan itu tetapi semuanya mati. So sad.

Betulkah perempuan sekarang begitu perangainya? Mungkin ada sesetengah perempuan yang memang mata duitan ataupun dalam peribahasa melayunya adalah pisau cukur. Kalau difikirkan kembali, sekiranya ada video begini yang dikongsikan untuk tontonan ramai, bermakna memang adalah kan perempuan yang sebegitu. Zaman sekarang nih semuanya perlukan duit. Tak mustahil ada sesetangah perempuan akan jadi seperti itu kan. Saya tinggalkan 1 persoalan buat yang sudi menjawab dan berfikir. Mengapakah ia terjadi?


Seronok mengedar kad raya.
Seperti tahun-tahun lalu.
Hanya beberapa minit sahaja,
bila lautan manusia di depan mata.
(^_^)

Black and White Contest

Assalamualaikum semua.
Ini ada satu pertandingan.
Pertandingannya adalah
.
.
.
.
.
.



Hadiahnya : check it out here!


Friend(s) must join this :

Kami Adik Beradik Selalu kena Perli




Salam ke-26 Ramadhan. Masih bertenaga untuk beribadah? Owh, jam sudah menunjukkan angka 1:13 pagi. Di luar kedengaran rintik-rintik hujan membasahi bumi milik Allah SWT. Terasa tenang untuk meng'update' entri pepagi hari gelap nih.

Esok akan ada pemberian ikhlas kad raya kepada anda. Di mana? Nantikan sahaja. Yang pastinya di seluruh negeri tanah malaya di Malaysia. Okeyh, mari kita bercerita tentang kita ibadah yang sinonim dengan bulan Ramadhan ini. Bagaimanakah dengan ibadah sunat kalian? Adakah kalian rasa bertambah daripada bulan-bulan lain? InsyaAllah, ramai yang berlumba-lumba melakukan ibadah-ibadah sunat dan tidak lupa yang wajib untuk meraih pahala berlipat-lipat ganda. Semoga setiap apa yang kita lakukan diberi ganjaran pahala olehNya.

Berbalik kepada topik di atas, jom risik-risik jengah siapa saya kami adik-beradik sebenarnya. Hee. Di usia kami adik beradik yang masih muda belia remaja ini, kami memang selalu kena perli. Kenapa? Kami nih bukanlah se'rajin' generasi sebelum-sebelum kami dalam bab-bab ibadah nih. Contohnya, nenek saya setiap hari buat qiam. Sejak di usia muda remaja macam kami sekarang nih sampailah usianya meningkat tidak muda. Bukan sekadar qiam, ditambah pula dengan puasa sunat Isnin Khamis. Kami? Apalah sangat yang ada pada kami yang sangatlah pemalas tak rajin.

Apa yang diberitahu di sini bukanlah untuk membanggakan darah daging saya sendiri tetapi untuk dijadikan teladan buat saya dan adik beradik juga. Apabila umi dan nenek saya mula bercakap tentang ini, kami adik beradik mulalah buat muka khusyuk dan tawaduk mendengar nasihat mereka. Di dalam bilik memasing, mula berfikir apa yang dinasihatkan. Kami memang tak rajin. Ini kami belum ada keluarga sendiri, kalau kami adik beradik nih dah berkeluarga beranak-pinak, bagaimanalah ye keadaannya nanti? Huhuhu. 


Merenung jauh ke kanan.
^_^'

Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan

Sumber : Imej Google

Buat rakan-rakan Fakulti Farmasi UKM,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Peperiksaan Pertengahan Semester. Buat yang terbaik dan lakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Akhir kata, selamat maju jaya. (^_^)

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

   

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


Muziknya yang lembut,
menyentuh jiwa kebosanan.
Insaf. T_T
p/s: 
Terima kasih kepada pemberitahu.

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat