Kata penganjur, eh bukan kata tapi tulisan laptop si ::Insan Tinggi:::, perlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya. Saya pun tak pasti tampal banner kat entri nih atau sidebar belog. Apapun, kejap lagi saya tampal kat sidebar ye.
Inilah gambar RAYA SAKAN saya. Satu je kan sebab penganjur suruh letak satu je. (Sila sengih nampak gigi ye). Kata si penganjur lagi,
Info gambar yang dipaparkan di atas adalah gambar saya bersama rakan-rakan Farmasi di malam Majlis Ukhwah Hari Raya 2010. Saya pun tak sure apa nama sebenarnya program ukhwah nih. Teehee. Majlis ini asalnya diadakan di padang kolej utama saya. Tapi beberapa minit selepas kami tiba di situ, hujan renyai-renyai mulai turun. Kiranya ketika gambar ini diambil, hujan telah pun jatuh mengenai tudung-tudung kami dan juga muka saya. :D Tapi kami tetap tak berganjak dari bekas kasut memijak padang sebab nak bergambar.
Dan kenapa saya merasakan gambar di atas sakan sangat dalam entri ini sebab sampai-sampai je di padang, kami teruslah keluarkan kamera memasing dari handbag untuk bergambar. Weh, hujan dah kena muka pun masih nak tegak macam tiang letrik ke walaupun ada jugak yang tiangnya senget ke tepi dan ke depan. Lalalala. :P Kata orang, biar basah berhujan, janji senyum dengan gambar. PEACE (^_^)' Okeyh tak lucu kan.
Sebab sebetulnya bukan sesalahnya, mungkin ini kenangan terakhir bersama teman-teman satu kursus di UKM. Jadi, inilah memori terindah lagi bermakna buat saya (opss lagi, hee) sebab keluar malam untuk beraya di Majlis Hari Raya untuk merapatkan ukhwah sesama rakan satu fakulti. Walaupun dah senior, junior dan freshie ada yang kami tak kenal. Tengok muka pun macam tak pernah. Teruk betul kan? Hee. Itulah sebabnya program ini diadakan. SAKAN tak kami semua bergaya? Memang layak dah kami semua nih bertukar status, kata seorang teman saya.
Selepas saya publish entri ini, kepada yang membaca, sengaja baca atau terbaca entri comel raya sakan saya nih, jangan segan-segan atau malu-malu ye. Sila doakan supaya ukhwah fillah kami ini berkekalan dan sentiasa diberkati Allah SWT. Amin. Doakan ye teman-teman. Syukran ;)
“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)
Mengharap redhaNya.
;)
thanks for joining =)
ReplyDeletewelcome, z@ck.. ;)
ReplyDeletemelihat dari gmbar . memang seronok kan beraya dengan kawan - kawan
ReplyDeletevisit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/