Tadi ana dan sepupu ana yang cilik 2 orang tuh ikut ana teman abah ke KL. Balik dari KL, terdengar ini lagu di corong radio. Kata abah spontan, "Ini lagu abah kecik-kecik dulu." Ana hanya tersenyum. Sambil-sambil tuh, kedengaran 2 orang cilik tuh menyanyi sama. Comel sangat. ;)
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung
Meh dengar kat sini.
Senyum sorang-sorang, best!
comel..suka :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteJika kita teliti lirik lagu tersebut ia banyak mengandungi kritikan dalam sindiran terhadap pihak istana...ada sesiapa yang perasan? :)
Wasalam.
@cahayaharumankasturi,
ReplyDeleteapa yang comel? lirik kah? atau apa? huhuhu
@FM,
ReplyDeleteWassalam, akhi..
Ana ada juga perasan. Sebab tuh tertanya-tanya juga ana, apa kaitan lagu 3 kupang nih dengan raja.
Terima kasih sebab utarakan tentang ini.. =)